PENGURUSAN AIR SAWAH


Pengurusan air ialah gabungan proses pengambilan, penyaluran, pengawaian, pengukuran, penyibaran, penggunaan dan pembuangan air.  Ia tertumpu di peringkat sawah di mana proses-proses tersebut dilakukan pada kadar, kuantiti dan masa yang tepat untuk mendapatkan keuntungan maksima daripada penggunaan tanah dan air.


MENGURUS AIR SAWAH

  • Baiki batas sawah.  Seelok-eloknya ukuran batas tidak kurang daripada 30.5 cm lebar dan 15 cm tinggi.  Memeriksa dan membaiki batas hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kebocoran dan menjamin simpanan air yang cukup bagi tanaman
     

  • Ratakan tanah sawah. Seelok-eloknya ukuran batas tidak kurang daripada 30.5 cm lebar dan 15 cm tinggi.  Memeriksa dan membaiki batas hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kebocoran dan menjamin simpanan air yang cukup bagi tanaman
     

  • Ratakan tanah sawah supaya dapat bekalan air yang sama rata.  Semasa pengagihan air, bukalah batas sawah dengan membuat atur atau parit kecil pada batas supaya air dapat mengalir dari satu petak ke petak lain.
     

  • Selepas itu, paras air hendaklah dikekalkan pada paras 10 cm selama lebih kurang 35 hari iaitu ke peringkat beranak maksima.  Air yang berlebihan hendaklah disalirkan keluar.
     

  • Di peringkat bunting kecil, bagi tanaman luar musim, air hendaklah dikekalkan pada paras 5-7.6 cm.  Jika hujan turun di peringkat ini, sebaik-baiknya simpanlah air hujan sehingga ke paras 20 cm.  Air yang melebihi paras 30 cm bolehlah disalirkan keluar.
     

  • Selepas bunting kecil bagi tanaman luar musim, hendaklah berhenti memasukkan air ke sawah dengan menutup semua pintu hantaran sawah, kecuali paras air di bawah rendah daripada 5 cm.
     

  • Untuk musim utama, gunalah air hujan dengan sepenuhnya.  Selepas peringkat beranak, paras air hendaklah dikekalkan pada paras yang lebih tinggi iaitu 7.6-20 cm.  Air yang terlampau dalam menggalakkan pokok padi meninggi.  Ini memudahkan lagi kejadian padi rebah.
     

  • Jika hujan turun selepas peringkat bunting kecil (musim utama dan luar musim), simpanlah air hujan itu dengan menaikkan paras air sehingga 30 cm.
     

  • Binalah parit-parit kecil di sawah untuk menyalirkan air dari tempat air dalam ke parit buang.
     

  • Simpanlah air hujan tidak melebihi 20 cm dalam daripada peringkat bunting kecil sehingga 2 minggu sebelum menuai.  Salirkan air keluar dari sawah perlahan-lahan semasa peringkat masak untuk memudahkan penuaian.
     

  • Amalkan sikap bekerjasama dengan jiran dalam menggunakan air untuk mengelakkan kekurangan air di setengah petak sedangkan setengah petak yang lain berlebihan air.
     

FAEDAH MENGURUS AIR

 

Secara sempurna:

  • Menjamin bekalan air yang cukup di sawah.

  • Dapat mengelakkan pembaziran air.

  • Dapat mengawal rumpai.  Masa yang krititkal untuk menyekat pertumbuhan rumpai bermula dari menanam hingga 25-35 hari selepas menanam (bergantung kepada jenis padi).

  • Dapat mengelakkan pertelagahan atau salah faham di antara petani.

  • Dapat mengawal penyakit seperti reput tangkai dan serangga perosak seperti kutu bruang.

  • Dapat mengurangkan kos pembajaan secara mengurangkan kehilangan baja melalui larian air pemukaan dan larutlesap.

  • Membolehkan petani menanam padi dengan lebih luas kerana kurangnya pembaziran air.

[ke Halaman Padi]      [ke Halaman Utama]


Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
08 July 2009 07:36:56 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.