Istilah Pertanian:
 Dari Wikipedia Bahasa
 Melayu, ensiklopedia bebas
 Istilah Pertanian
 From Wikipedia, the free
 encyclopedia
 Amalan Pertanian Baik
 Dan Semakan Status
 Permohonan
 Skim Akreditasi Ladang
 Malaysia (APB,SOM,SALM)
 Ladang Kontrak
 Panduan Bercucuk Tanam
 Panduan Siri-siri Tanah
 Utama di Semenanjung
 Malaysia
 Infotani
 Rencana Umum
 Industri Asas Tani (IAT)

 Insentif  Diberikan
 Pemulihan Tanah Terbiar
 Pekeliling
 Peta Lokasi
 Kejayaan / Pencapaian
 Soalan dan Jawapan
 Pendaftaran Kontraktor
 Kalendar / Jadual Kursus
 Suntingan Akhbar
 Glossari

 Lagu Jabatan Pertanian
 Lagu Dasar Pertanian
 Negara
 Senikata Lagu Jabatan
 Pertanian
 Interpretasi Logo Jabatan
 Pertanian

 Rantaian Dalam Negara
 Rantaian Luar Negara
 Rantaian Dalam Daerah

 


SKIM AKREDITASI LADANG MALAYSIA


Objektif:

Satu skim persijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan amalan pertanian yang baik berkonsepkan mesra alam sekitar dan menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan.

Proses Akreditasi:

Proses untuk persijilan dan akreditasi melibatkan kerja-kerja pemprosesan permohonan, pemeriksaan ladang dan kawasan, verifikasi amalan ladang, analisis hasil ladang, penilaian dan kelulusan oleh Jawatankuasa dan seterusnya pendaftaran dan persijilan.

Pelaksanaan:

Lawatan ke ladang akan dijalankan oleh pegawai-pegawai pemeriksa yang dilantik berasaskan maklumat yang diperolehi mengenai ladang tersebut serta amalan-amalan yang diikuti dan dinilai berpandukan standard dan garispanduan yang telah ditetapkan.  Tiga aspek penilaian akan diberi tumpuan untuk tujuan akreditasi iaitu kesesuaian ladang dan persekitaran, amalan pertanian yang dilaksanakan dan kualiti produk yang dihasilkan.  Maklumat-maklumat bagi penilaian ini diperolehi melalui pemeriksaan tanah dan kawasan persekitaran ladang, rekod ladang yang disimpan oleh pengusaha, temubual dengan pengusaha serta pemerhatian tentang amalan-amalannya, pemeriksaan tempat-tempat tertentu, serta pengambilan hasil ladang yang sedia untuk dipasar bagi tujuan analisis.

Penilaian mengenai kesesuaian ladang dan persekitaran tanah dan tanaman serta risiko ladang kepada persekitaran.  Amalan pertanian yang baik pula mengambilkira pengurusan tanah dan substrat, penggunaan bahan tanaman dan input, pengurusan pembajaan dan kawalan perosak, pengendalian lepastuai, pengurusan dan pembuangan sisa ladang, penggredan, pembungkusan dan perlabelan serta kebajikan dan kemudahan pekerja.  Produk-produk yang dikeluarkan dari ladang-ladang ini pula hendaklah berkualiti dan selamat untuk dimakan dan yang mempunyai bentuk, rupa dan rasa yang baik serta mengandungi sisabaki racun perosak dan kandungan logam berat di bawah paras yang dibenarkan.

Syarat Persijilan:

Ladang-ladang yang diberi sijil hendaklah mematuhi syarat-syarat utama Akreditasi seperti berikut:

Syarat:

  1. Diusahakan secara sah
  2. Mempunyai laporan pemeriksaan tanah
  3. Mempunyai ladang di kawasan kecerunan sesuai untuk tanaman yang diusahakan
  4. Mengusahakan ladang di paras ketinggian < dari 1,000 meter di atas paras laut
  5. Mengamalkan langkah-langkah pemuliharaan tanah
  6. Menyimpan rekod ladang dengan sempurna
  7. Tidak menggunakan enapcement untuk pembajaan
  8. Tidak menggunakan bahan tanaman jenis GMO
  9. Menggunakan racun perosak yang berdaftar
  10. Mengamalkan pengurusan perosak bersepadu
  11. Memastikan pekerja berpakaian sesuai untuk kerja-kerja meracun
  12. Mempunyai tempat simpanan racun yang sempurna
  13. Mengamalkan sistem penuaian, pungutan dan pengangkutan hasil yang baik
  14. Mengamalkan pengurusan pembuangan sisa ladang yang baik
  15. Menggaji pekerja yang sah dan berumur >16 tahun
  16. Mengeluarkan hasil pertanian yang mempunyai kandungan sisa baki racun perosak di bawah paras yang dibenarkan (Jadual 16 Akta Makanan 1983)
  17. Mengeluarkan hasil pertanian yang mempunyai kandungan logam berat (As, Pb, Hg.Cd) di bawah paras yang dibenarkan (Jadual 14 Akta Makanan 1983)

Ladang yang mematuhi semua syarat-syarat utama yang ditetapkan akan menerima sijil Skim Akreditasi Ladang Malaysia dan boleh menggunakan logo SALM.  Persijilan adalah sah untuk tempoh setahun dan perlanjutan tempoh bergantung kepada penyimpanan rekod ladang dan analisis hasil ladang yang akan dibuat dari semasa ke semasa.

Kesimpulan:

Skim Akreditasi Ladang Malaysia melalui pengiktirafan dan penggunaan logo SALM, merupakan program yang boleh memberi kelebihan dalam meningkatkan kualiti keluaran pertanian supaya negara dapat bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Untuk Keterangan lanjut sila hubungi

Urusetia Akreditasi Ladang Malaysia
Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia
Tel:  603-26175449 / 5479
Fax:  603-26918563
E-mail: norma@doa.moa.my

 
[Laman Utama]


Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
08 March 2010 08:49:46 AM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007-2010 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan
mana-mana rantaian lamantidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini,
sila hubungi webmaster: mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.