|
MEMBUAT
BAJA KOMPOS DARIPADA
BAHAN ORGANIK
Pengenalan
Kompos adalah
sejenis baja organik yang boleh memperbaiki struktur tanah. Ianya terhasil
daripada proses pereputan sisa bahan organan oleh mikroorganisma. Proses
pereputan ini adalah penting kerana ia menukar sisa organik daripada menjadi
bahan pencemar alam kepada bahan yang berguna. Walau bagaimanapun kualiti
baja kompos bergantung kepada cara membuatnya. Perhatian perlu diberi ke
atas perkara-perkara berikut untuk menghasilkan baja kompos yang berkualiti.
Tapak Membuat baja Kompos
Bangsal atau
pondok kompos adalah disyorkan untuk menghasilkan baja kompos yang berkualiti.
Binaan ini memberi persekitaran yang terkawal untuk membuat kompos dan boleh
mengelakkan dari kehilangan nutrien disebabkan oleh larutlesap semasa hujan yang
lebat. Sekiranya tiada pondok atau bangsal, tapak yang dipilih hendaklah
berhampiran dengan sumber bekalan air (untuk membasahkan baja kompos), mempunyai
sistem saliran yang baik dan mempunyai teduhan (seperti di bawah pokok).
Bahan-bahan Untuk Kompos
-
Sisa Bahan
Berkarbon
Jerami padi, habuk kayu, daun tebu, batang kekacang, batang keledek, daun
kering, batang jagung yang dicincang, empulur jagung, rumput kering, hancuran
kertas dan lain-lain.
-
Sisa Bahan
Bernitrogen
Najis haiwan, hampa padi, rumpai segar, sisa sayuran, sampah sarap dan
lain-lain.
Membalikkan Longgokan Kompos
Pada amnya, kompos
boleh diguna selepas tiga bulan proses membuatnya dijalankan. Darjah/kadar
pereputan di dalam satu-satu longgokan kompos adalah berbeza. Untuk itu
adalah penting untuk membalik dan meggaul longgokan kompos setiap dua atau tiga
minggu sekali bagi mendapatkan baja kompos yang mempunyai kualiti yang seragam.
Proses menggaul perlu diulang dua ke tiga kali sepanjang proses membuat kompos.
Siraman air tambahan adalah perlu sekiranya bahan kompos terlalu kering.
Bagaimana Menggunakan Baja Kompos
Bagi tanaman
seperti jagung, keledek, tembakau, sayur-sayuran dan bunga hiasan, baja kompos
perlu ditabur di atas tanah sebelum dibajak. Sebaliknya bagi tanaman
kekal, seperti pokok buah-buahan dan teh, baja kompos perlu ditabur di sekitar
batang pokok. Kadar penggunaan baja kompos yang disyorkan adalah seperti
berikut:-
Kadar yang disyorkan penggunaan baja kompos di Taiwan
|
Jenis tanaman |
Kadar |
Tanaman tanah tinggi
Jagung
Keledek dan Teh
Tembakau |
10,000-20,000 kg/ha
20,000-25,000 kg/ha
15,000-20,000 kg/ha |
Tanaman Buah-buahan
Limau
Belimbing
Betik
Nanas |
10 kg/pokok
15 kg/pokok (dibubuh semasa menanam benih)
10,000 kg/ha
15,000 kg/ha |
Sayuran
Sayur jenis daun
Sayur jenis buah
Sayur jenis umbisi
Sayur jenis bebawang |
10,000-20,000 kg/ha
10,000-20,000 kg/ha
10,000-30,000 kg/ha
10,000-20,000 kg/ha |
| |
|
Amaran/Perhatian
-
Pada
amnya, baja kompos sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan semua nutrien
bagi tanaman terutamanya bagi unsur nitrogen. Oleh itu baja kimia, adalah
perlu digunakan sebagai tambahan kepada baja kompos. Kadar tambahan bagi
setiap elemen/nutrien bergantung pada kualiti bahan mentah yang digunakan dalam
membuat kerja kompos.
-
Sesetengah sisa
organik, terutama sisa makanan mungkin tidak sesuai untuk dijadikan bahan mentah
untuk baja kompos kerana kandungan logam berat atau keasidan yang tinggi.
Perhatian perlu diambil tentang jenis bahan organik baru yang hendak digunakan
buat pertama kali.
|