BAJA ORGANIK PIRAB JUMBO
Baja Organik Pirab Jumbo adalah baja pelbagai guna kerana ia adalah baja
Membaikpulih Struktur Tanah serta mampu menambah hasil tanaman dan menjadikan
hasil tanaman lebih berkualiti. Ia amat sesuai untuk akar tanaman, batang
tanaman serta daun dan buah tanaman. Mengandungi (N)1.88%, (P) 1.22%,
(K) 2.20%, (GA)
0.2%, (HA) 5.0%, (OM) 35%.
Produk Baja Pirab Jumbo telah melalui proses kuarantin di Jabatan Pertanian,
Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan. Ianya telah
dianalisa dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengimportan Mikro Organisma dan Bahan Organan.
Produk baja Organik Pirab Jumbo mampu menembusi pasaran domestik dan juga
antarabangsa kerana ianya telah terbuktikan keberkesanannya di Thailand
yang lebih berpengalaman dalam bidang pertanian.
AZOMITE adalah singkatan kepada A to Z of Minerals
including Race Elements. Merupakan bahan yang mengandungi lebih 70
komponen bahan mineral yang membantu didalam pertumbuhan serta perkembangan
tumbuhan atau lebih dikenali sebagai micronutrien atau Organic Matter (OM)
seperti Alumina, Barium Oxide, Calcium Oxide, Carbon, Chlorine, Ferric Oxide,
Hydrogen dan Magnesium Oxide. Ianya merupakan komponen yang terbesar
didalam baja ini iaitu sebanyak 35%. Organic Matter ini mampu menyediakan
karbon dan sumber tenaga kepada mikrob tanah. Menstabilkan kadar pemecahan
tanah. Meningkatkan keupayaan tanah untuk menyimpan serta menyalurkan
udara dan air kepada tumbuhan. Menyimpan dan membekal nutrien seperti
nitrogen, phosphorus dan sulfer yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok dan
mengurangkan kesan racun kimia, logam berat dan pencemaran lain ke atas tanah.
Selain dari itu Azomite juga telah menghasilkan Humic Acid (HA) yang merupakan
komponen yang membantu dalam proses penyerapan baja dan nutrien lain untuk
tumbuhan.
AMYKO adalah bahan kulat akar (fungus root)
dikenali sebagai mycorrhiza yang membantu perkembangan akar
tumbuhan secara biological. Mycorrhiza meningkatkan
kebolehan akar untuk menyerap nutrien serta menyimpan
karbohidrat. Baja ini juga mengandungi Gibberellic Acid
(GA) yang merupakan hormon semulajadi tumbuhan bagi menggalakkan
pertumbuhan pokok. Ianya mampu meningkatkan penghasilan
buah atau bunga. Kandungan baja ini mengandungi 0.2%
kerana GA yang terlalu banyak akan menyebabkan atau bunga
terbantut. Selain daripada itu, Baja Pirab Jumbo ini juga
mengandungi komponen N-P-K sama seperti baja sintetik atau kimia
yang ada di pasaran. N (Nitrogen) membantu pertumbuhan
daun supaya lebih sihat dan kuat. P (Phosphorus) membantu
pertumbuhan serta perkembangan akar dan bunga manakala K
(Potassium atau Potash) penting untuk kesihatan tumbuhan secara
keseluruhan. Baja Pirab Jumbo adalah baja organic yang
menggabungkan enam komponen biologi yang utama dan penting bagi
pertumbuhan serta perkembangan tumbuhan, yang tidak terdapat
pada baja organic biasa atau baja sintetik/kimia yang ada di
pasaran. Baja Pirab Jumbo merupakan baja organik yang
sangat efektif kerana kandungan bahannya yang stabil dan 100%
bersifat organik.
Baja Organik Pirab Jumbo telah diberi kelulusan oleh beberapa
agensi kerajaan Malaysia seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan
Pengaliran dan Saliran. Penggunaan baja ini tidak memberi kesan sampingan
yang negatif terhadap tanah dan persekitarannya samada jangka masa yang singkat
mahupun panjang. Penggunaan yang berlebihan juga tidak mendatangkan kesan
negatif ke atas tanaman dan tanah persekitaran sekiranya berlaku lebihan
penggunaan (over dosage).
Baja ini sangat sesuai untuk:
- akar tanaman
- batang tanaman
- daun dan buah tanaman
Cara-cara Penggunaan dan Sukatan:
Sayuran:
75 kg - 150 kg / hektar
Kelapa Sawit
Permulaan tanam-masuk lubang 500 gm / pokok
Pembesaran / buah-tabur keliling 1 kg / pokok
Pokok Getah
Permulaan tanam-masuk lubang 200 gm / pokok
Pembesaran / susu-tabur keliling kanopi - 500 gm / pokok
Padi
Permulaan tanam / membajak - 150 kg / hektar
Pengeringan air - 150 kg / hektar
-
BAJA BIO-ORGANIK ALAM HIJAU
Baja organik sisa kelapa sawit yang dikompos (dihancurkan) dengan menggunakan
tekonologi terkini dan mengandungi mikroorganisma berfaedah yang diasing dan
dibiak melalui kaedah bioteknologi.
Pengertian Baja Bio-Organik
Bio - Kehidupan; menggunakan
mikrob seperti kulat (fungsi) dan bakteria sebagai bahan utama.
Organik - Bahan-bahan berasal dari kehidupan, bukan dari bahan kimia dan galian.
Proses Pengeluaran
-
Pereputan:
Sisa kelapa sawit direputkan dengan menggunakan mikrob pengurai (lebih 1.2
spesis) bakteria, kulat dan protozoa seperti Bacillus sp., Actinomycetes sp.,
Trichoderma sp., Aspergillus sp., Azetobacter, Acetobacter, Psb. dan lain-lain.
-
Pengkayaan:
Baja organik yang dihasilkan melalui perebutan, diperkayakan dengan menggunakan
mikroorganisma berfaedah seperti Mycorrhiza sp., Trichoderma sp., mineral
berfaedah semulajadi dan sumber nitrogen organik.
Kebaikan
- menguntungkan, membawa hasil yang lebih tanpa bahan kimia dan sisa toksik.
- bahan organik reput dengan sempurna dengan nisbah Carbon:Nitrogen yang rendah.
- bebas kuman pembawa penyakit (E.coli dan Salmonella).
- kombinasi miktorb dan mineral berfaedah yang tinggi.
- kandungan nutrien yang tinggi.
- mengitar semula nutrien, mesra alam, membaiki kandungan tanah.
Faedah penggunaan
- meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil.
- menggalakkan perkembangan akar dan tunas.
- meninggikan kecekapan penyerapan air dan nutrien.
- memperbaiki ciri fizikal tanah.
Kaedah dan Dos Penggunaan
|
Kegunaan Tanaman |
Kadar |
Kekerapan/Tahun |
|
Kelapa sawit nurseri |
3 - 5 kg/lubang |
1 kali |
|
Penanaman ke ladang |
2 - 3 kg/lubang |
1 kali |
|
Kelapa sawit belum matang |
3 - 5 kg/lubang |
2- 3 kali/tahun |
|
Kelapa sawit matang |
3 - 5 kg/pokok |
2 - 4 kali |
|
Buah-buahan |
250 - 300 kg/ekar |
2 - 4 kali |
|
Sayur-sayuran
|
300 - 500 kg/ekar |
Semusim |
|
Padi |
300 - 500 kg/ekar |
Semusim |
|
Tanaman Landskap: |
|
|
|
Pokok/Plam |
3 - 5 kg/pokok |
2 - 4 kali |
|
Renek |
11 - 2 kg.pokok |
|
|
Penutup bumi/rumput |
300 - 500 kg/ekar |
2 kali |
|
Media penanaman |
Ikut
keperluan pokok. (Dicampur dengan tanah dan pasir) |
Ikut keperluan |
|
Sungkupan |
Bila perlu |
Bila perlu |