Pendahuluan
Pusat Pertanian
Beruas ditubuhkan pada tahun 1932 melalui Gazet No.
7490 dengan keluasan 5e 2r 03p. Fungsi asal pusat pertanian ialah
sebagai Pusat Pertanian Padi iaitu sebagai tempat percubaan,
penyelidikan dan pengeluaran benih padi.
Semasa pemerintahan Jepun (1941 1945) pusat ini tidak menjalankan
aktivitinya. Selepas merdeka (1957) pembangunan pusat ini telah
mendapat perhatian dengan penambahan keluasan 2.5 ekar kepada 8 ekar
dan pembinaan sebuah pejabat dan rumah kakitangan.
Pada tahun 1965 pusat ini memulakan tanaman padi dua kali setahun bagi
menggalakkan petani mengusahakan tanaman padi secara lebih giat
sehinggalah tahun 1988 apabila tanaman padi dihentikan kerana masalah
bekalan air yang tidak mencukupi.
Pada tahun 1988, fungsi pusat telah ditukar kepada Pusat Percubaan,
Pemerhatian dan Demonstrasi tanaman singkat masa (sayuran, tebu, pisang
dan jagung) dan tanaman mempelam.
Pada tahun 1995 oleh kerana masalah kekurangan tenaga buruh untuk
penyelenggaraan tanaman maka tanaman rambutan telah dicadangkan untuk
ditanam menggantikan tanaman tersebut. Penanaman rambutan pelbagai klon
mula ditanam pada bulan Ogos, 1995 hinggalah sekarang.
Letaknya berhampiran Pekan Beruas (1 km) dalam Mukim
Beruas, Daerah
Manjung. Pusat pertanian lain yang berhampiran ialah Pusat
Pertanian Gelong Gajah (11 km) dan Pusat Pertanian Manong (24 km).