|
PENYAKIT VIRUS BINTIK CINCIN BETIK
(Papaya Ringspot Virus Disease)
Penyakit virus bintik cincin betik ini adalah penyakit yang merbahaya
kepada tanaman betik. Ianya disebabkan oleh sejenis virus dan sangat mudah merebak. Virus ini tidak boleh dikawal dengan racun perosak.
Penyakit ini belum pernah dijumpai di Malaysia, tetapi dilaporkan telah
merebak di negara jiran.
Penyakit Bintik Cincin Betik menyerang tanaman betik di peringkat anak dan pokok dewasa. Di peringkat anak pokok, tanda-tanda
serangan adalah seperti berikut:-
Tanda-tanda kerosakan pada batang:
Kawalan:
- Musnahkan pokok yang berpenyakit
- Musnahkan juga perumah lain seperti tanaman jenis timun (cucurbits)
Di peringkat pokok dewasa, tanda-tanda serangan boleh
dilihat pada daun, batang dan buah.
Tanda-tanda awal serangan pada daun:
- Daun muda mula menguning (kuning cair)
- Di peringkat pertengahan serangan, lingkaran daun ketiga (dari atas)
menjadi kuning nyata.
Kawalan:
- Musnahkan pokok yang berpenyakit
- Musnahkan juga perumah lain seperti tanaman jenis timun (cucurbits)
Tanda-tanda pada buah:
- Bintik-bintik bewarna hijau gelap di peringkat buah muda
- Lingkaran berwarna kekuning-kuningan melingkari tompok-tompok hijau
gelap di peringkat buah matang.
- Buah menjadi kecil dan tidak sempurna bentuknya jika diserang di
peringkat muda.
Tanda-tanda pada batang:
- Pokok terbantut dan kecil
- Kelihatan lakaran hijau berminyak atau bintk-bintik hijau pada
batang
Tanaman betik yang dijangkiti penyakit ini akan
terencat pertumbuhannya, mengurangkan hasil sebanyak 60%, merendahkan mutu
dan saiz buah dan warna isi pucat dan tidak manis. Sekiranya terdapat
tanda-tanda seperti tersebut di atas, sila hubungi:-
- Pejabat Pertanian untuk mengesahkannya.
- Musnahkan tanaman yang diserang dengan membakarnya.
Selain dari itu, elakkan daripada menanam tanaman
selingan berikut dalam kebun betik tuan:-
- Tembikai atau Timun Cina
- Petola
- Labu
- Tanaman-tanaman lain dari keluarga mentimun
Tanaman selingan dari keluarga mentimun boleh
menyebabkan tanaman betik tuan diserang penyakit bintik cincin. Oleh itu,
sebagai langkah keselamatan, kerapkan pemeriksaan kebun betik tuan.
Tindakan awal mengesan penyakit ini menyelamatkan masa, tenaga dan wang.
|