|
PROGRAM BUMI HIJAU
Pelaksanaan Program
Bumi Hijau dan Pembangunan Keluarga Tani adalah lanjutan dari program Kempen
Buku Hijau yang telah dilancarkan pada 3 Mac 2006 oleh Y.A.B Perdana Menteri
Malaysia. Program ini terdiri dari 3 komponen utama iaitu Tanaman (bercucuk
tanam), Ternakan dan Akuakultur. Program ini akan memberi fokus di kawasan bandar dan luar bandar dengan
menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam dan ikan atau dengan
kombinasi yang sesuai untuk kegunaan sendiri dan selebihnya boleh
diproses/guna sendiri. Penanaman sayur-sayuran akan dilaksanakan di halaman
rumah dengan mengambilkira
konsep kitchen garden atau edible landscape, secara langsung akan
memperindahkan lanskap kawasan kediaman mereka.
Matlamat utama
Program Bumi Hijau ialah untuk melibatkan penduduk negara ini bercucuk tanam
dan menternak bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian. Ini akan dapat
meringankan beban kewangan penduduk akibat kesan kenaikan harga barangan
makanan dan kesan kenaikan kadar inflasi.
Program
ini adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi
mengeluarkan sendiri bahan makanan harian yang diperlukan sebagai langkah
untuk membendung impak kenaikan harga barangan makanan serta meringankan beban
kewangan kesan kenaikan harga minyak. Dalam
masa yang sama program ini dapat mewujudkan kesedaran dan menggalakkan
penduduk negara mengeluarkan sendiri makanan segar, berkhasiat dan selamat.
Kempen ini mengandungi tiga
komponen iaitu tanaman, ternakan dan akuakultur. Matlamat utama kempen
ini ialah untuk:-
-
Mengurangkan kos perbelanjaan harian keluarga yang meningkat
akibat kenaikan harga minyaK.
-
Mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian
terutama di kalangan belia dan pelajar sekolah untuk melibatkan diri secara
komersil dan sepenuh masa di masa yang akan datang.
-
Mewujudkan kesedaran rakyat terhadap makanan segar,
berkhasiat dan selamat; dan
-
Mewujudkan suasana persekitaran dan kawasan halaman perumahan
yang cantik dan menarik dengan tanaman makanan yang juga berfungsi sebagai
hiasan (edible landscape) selain daripada tanaman hiasan lain.
Jenis tanaman dan ternakan yang disyorkan:
- bayam
- kangkung
- sawi
- terung
- cili
- bendi
- kacang kelissa
- pegaga
- kunyit
- serai
- pandan
- limau kasturi
- ulam-ulaman, herba dan lain-lain
- ayam kampung dan ayam telur
- ikan keli dan ikan tilapia
Siapa yang patut menjayakan program bumi hijau?
Semua rakyat Malaysia, terutama kepada semua penduduk di taman perumahan
dan pangsapuri. Ternakan hanya untuk peserta di pinggir bandar dan luar
bandar sahaja.
Perlaksanaan bumi hijau
Aktiviti bumi hijau boleh dijalankan secara individu di sekitar rumah,
secara komuniti di tanah-tanah kosong (dengan kebenaran pihak berkuasa), di
kawasan perumahan, sekolah, masjid dan sebagainya dan juga boleh berlandaskan
konsep 'kitchen garden'. Perkhidmatan sokongan
bumi hijau Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan
Jabatan Perkhidamtan Haiwan menyediakan:
-
Khidmat nasihat teknik
penanaman, penternakan dan penjagaan;
-
Keperluan bji benih
dan bahan tanaman, anak ikan dan anak ayam dengan harga yang berpatutan dan
-
Input-input lain yang
bersesuaian.
Tempat menanam
Atas tanah dan sekitar rumah, dalam bekas seperti pasu, tin, kotak polystyrene
terpakai dan sebagainya.
Bahan dan cara menanam
Semaian biji benih atau tanam anak pokok terus ke atas tanah atau bekas
tanaman. |
|
Kerajaan telah
meluluskan sebanyak RM 15 juta bagi tahun 2008 dan untuk fasa
1, sebanyak RM 5 juta telah diagihkan. Dengan peruntukan tersebut Jabatan
telah menetapkan sasaran seramai 187,000 keluarga di 2,880 Kampung dan Taman
Perumahan di seluruh negara.
Kit Bumi Hijau
bernilai RM15.00 yang mengandungi 4 jenis biji benih sayuran terpilih, baja
serta risalah / selembaran yang mengandungi maklumat cara penanaman dan
penjagaan tanaman sayur-sayuran sebagai panduan akan beri secara percuma
kepada semua peserta. Orang ramai boleh menyertai program ini; (i) secara
individu yang melibatkan peserta menanam di halaman rumah dan (ii) secara
berkumpulan/komuniti/institusi (20 peserta/kumpulan) di kawasan tanah lapang
di kampung/Taman Perumahan.
Pelaksanaan program ini akan diselaraskan oleh
Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Program Kempen Bumi Hijau di peringkat
kebangsaan, negeri dan daerah. Exco Pertanian bertindak sebagai pengerusi J/K
diperingkat Negeri dan Jabatan Pertanian menjadi urusetia kepada Jawatankuasa
ini. Semasa melaksanakan program ini Jabatan Pertanian juga perlu bekerjasama
dengan lain-lain Jabatan/agensi seperti Jabatan Perdana Menteri, Jabatan
Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan (Pusat Latihan
Perkhidmatan Negara), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Perbadanan
Putrajaya, DBKL dan kementerian Kemajuan luar Bandar dan Wilayah.
Program Bumi Hijau Bersama Menteri Besar Perak di Pangkor 2011
|