FERTIGASI TKPM


Apakah fertigasi:

Fertigasi berasal dari perkataan fertilizer (baja) dan irrigation (pengairan) merupakan satu teknologi gabungan pembajaan dan pengairan dalam sistem tanaman.

Ia merupakan kaedah penanaman yang mana baja lengkap diberikan kepada tanaman dan bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis menggunakan polibeg.  Melalui teknologi tersebut, bekalan air dan nutrien yang cukup serta seimbang mengikut peringkat pertumbuhan pokok dapat dikawal dengan lebih sistematik.

Ini membolehkan tanaman membesar dengan sihat serta berupaya mengeluarkan hasil yang optimun dan berkualiti tinggi.  Biasanya sistem ini digunakan untuk tanaman sayur-sayuran jenis buah.

Kebaikan sistem fertigasi:

  • Tidak memerlukan kawasan luas
  • Masa penanaman yang pendek
  • Kurang beban kerja berat
  • Penggunaan air dapat dijimatkan
  • Mudah kawalan penyakit dan perosak
  • Masalah input dapat dikawal
  • Hasil yang tinggi
  • Kurang kejutan pada anak benih
  • Tidak dipengaruhi oleh musim
  • Mesra alam
  • Boleh memanfaat baja organik

Maklumat Projek Fertigasi Sediada

Bil Perkara Kuantiti
1 Luas Kawasan 0.1 hektar
2 Struktur Pelindung Hujan - 7m x 6m x 40m 3 buah
3 Bilangan peserta 1 orang
4 Tangki Air (600 gelen) 3 buah
5 Pam air elektrik (1 hp) 1 buah
6 Rumah operasi (24' x 24') 1 buah

 

 


 

Gambar-gambar Projek Fertigasi TKPM Lekir
(Sila klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih besar)


Rumah Pam Sistem (SPH)
(Sila klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih besar)

Kos PSH Sediada

No. Tender:  KP/JP/KL/05/04     Tarikh : 21.3.2005
Ukuran SPH 8m x 30 m = 240 m2
Kos Seunit SPH = RM26,657.49
Kos Per Meter Persegi = RM111.07/2

Nota:

Rumah Pam Sistem / System Pam House (SPH)

 [ ke belakang ]    [ke Belakang] 


 

 


Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
08 July 2009 09:23:14 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.