Fertigasi mengandungi autopot adalah satu kaedah terkini di mana baja lengkap
dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan
(titisan).
Fertigasi: Maksud sebenar dalam sains pertanian ialah "Cara Pemberian
Makanan Kepada Tanaman". Fertigasi Aautopot bermaksud: "Kaedah
terkini, iaitu apabila baja lengkap dalam bentuk nutrien diagihkan ke dalam
bentuk larutan nutrien diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan
(titisan)". Keperluan paras air atau larutan nutiren dikawal oleh smart
valve. Pokok ditanam dalam polibeg yang mengandungi serpihan batu-batan
dan polibeg ini diletak dalam autopot. Autopot pula dibuat daripada High
Density Poliethelin dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.
Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah rock melon, cili dan tomato
kerana seiring keadaan harga pasarannya yang agak tinggi dan permintaan yang
mantap sepanjang tahun. Tanaman lain seperti timun jepun, terung, kacang bendi,
kacang panjang, peria, petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.
Kaedah
Keperluan asas yang diperlukan ialah:-
- rumah pelindung hujan
- sistem pengairan
- baja (khas) untuk fertigasi
- peralatan pH dan EC meter.
- sumber air bersih.
- bekas tanaman di ladang dan semaian (polibeg dan autopot).
- media tanaman (pecahan batu-batan)
- biji benih terpillih.
Keadaan Penanaman:
Penyediaan larutan stok. Terdapat dua
kaedah, iaitu yang pertama ialah dengan menggunakan larutan baja yang sudah
dijual dan dikhaskan untuk sistem fertigasi dan yang kedua ialah dengan
menggunakan kaedah secara manual.
- Kaedah penyediaan stok dengan menggunakan baja yang dikhaskan
Terdapat dua stok, A dan B. Campuran baja dilarutkan ke dalam air
berukuran 100 liter dalam bekas Stok A.
Campuran baja B juga dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas
Stok B. Kemudian disimpan di tempat yang teduh dan tidak terlalu
terdedah kepada cahaya matahari.
- Kaedah penyediaan stok baja dengan menggunakan kaedah secara manual
Sediakan formulasi ini terlebih dahulu dalam sebuah bekas (bekas C).
|
Set A |
Kuantiti (g) |
Kalsium nitrat
Iron (EDTA) |
18.720
328 |
Kalium nitrat
Monokaliumhydrogen fosforan
Magnesium sulfate
Manganese sulfate
Asid borik
Zingkam sulfate
Kumprum sulfate
Ammonium molibate |
16.240
5.260
9.840
30
60
4.4
1.56
0.36 |
Kemudian masukkan set A ke dalam bekas A berukuran 100 liter air.
Masukkan set B ke dalam bekas B brukuran 100 liter air. Masukkan
kedua-dua larutan ke dalam tangki C mengikut kepekatan yang ditetapkan.
Sila lihat jadual di bawah:-
Umur pokok
(minggu) |
Kepekatan (EC)
Tangki C |
Kepekatan (EC)
Autopot |
1-2
2-4
4-6
6-7
8-9
>10 |
1.6
1.7
1.8
1.9
20 - 2.2
2.4 - 2.5 |
1.7
1.8
1.9
2.0
2.3 - 2.5
2.6 - 3.0 |
Penting:
Prestasi perkembangan tanaman adalah bergantung kepada kepekatan
larutan yang diberikan. Kepekatan yang terlalu tinggi ataupun rendah
akan menyebabkan berlaku masalah kepada tanaman, sama ada terbantut
ataupun mati akibat kandungan bahan larutan yang terlalu tinggi.
Semaian Anak Benih
Sebiji benih ditanam di dalam media Jiffy 7
(dibua daripada cocopeat) yang direndam di dalam air.
Sediakan polibeg berlubang berisikan batu batan.
Anak benih bersama-sama dengan Jiffy 7 dipindahkan ke dalam polibeg.
Polibeg diletakkan ke dalam pot.
Penjagaan:
Menyukat kondutiviti
(E.C.)
Menyukat pH larutan baja
Menyembur racun serangga dan kulat.
Membuang tunas air, akar yang berlebihan di dalam autopot.
Membuat terillis.
Memilih serta membalut buah dan mengutip hasil
Kebaikan Sistem Fertigasi
Autopot
- Dapat mengelak serangan penyakit, perosak dan rumpai daripada tanah dan
media.
- Hasil pengeluaran yang tinggi.
- Pertumbuhan pokok yang sekata.
- Penjimatan air dan baja sebanyak 30%.
- Boleh diusahakan 4-5 kali setahun.
- Hayat simpanan (shelf life) buah yang lebih lama.
Anggaran keuntungan bagi 300 autopot dalam jangka masa 3 bulan:
| Perkara |
Jumlah (RM) |
Jumlah pendapatan kasar
(5,500 kg @ RM3.50 sekilogram) |
19,250.00 |
Kos perbelanjaan
(kos pembangunan + penyelenggaraan) |
7,700.00 |
| Pendapatan bersih |
11.550.00 |
| Pendapatan bersih bulanan |
3.850.00 |
| Nisbah kos dan keuntungan |
1:2:5 |