 |
 |
  |
|
Green Harmony, varieti flokoli yang sesuai
ditanam di kawasan terbuka |
Kaedah penyemaian biji benih dengan
menggunakan nursery plug |
Tanaman flokoli di ladang |
Mengubah Ke Ladang
Anak pokok di peringkat 4-5 helai daun atau 6-7 cm tinggi
adalah sesuai untuk diubah ke ladang. Walau bagaimanapun, proses
pengerasan anak pokok perlu dijalankan selama dua ke tiga hari sebelum diubah ke
ladang.
Pembajaan
Program pembajaan meliputi pembajaan asas dengan menggunakan
baja organan dan pembajaan tambahan menggunakan baja komersil. Pembajaan
dedaun disyorkan semasa anak pokok di dalam nursery plug.
Jadual Pembajaan
|
Masa |
Pembajaan |
Jenis Baja |
Kadar |
-14 HLT
9 HLT
20 HLT
35 HLT
|
Asas
Tambahan
Tambahan
Tambahan |
Tahi ayam
Baja butiran (13:13:20:2+TE)
Baja butiran (13:13:20:2+TE)
Baja butiran (13:13:20:2+TE) |
2.8 tan/ha
20 g/pokok
25 g/pokok
25 g/pokok |
HLT - Hari lepas tanam
Kawalan Perosak
Kawalan perosak tanaman hanya tertumpu kepada kawalan
serangga perosak, iaitu mengawal perosak serangga Plutelia xylostella dan
Hellula undalis. Kehadirannya mula dikesan apabila pokok flokoli berumur
21 hari lepas tanam (HLT) dan tindakan segera menyembur racun methamidophos
diambil.
Tumpuan penyemburan racun adalah pada bahagian pucuk dan
bahagian bawah daun dan tindakan ini memberikan kesan yang baik. tindakan
susulan menyembur racun perosak diteruskan dua kali pada 30 HLT dan 35 HLT
dengan menyembur deltamethrin. Tiada insiden penyakit dilaporkan sepanjang
tempoh pemerhatian.
Pokok flokoli mencapai purata ketinggian 45 cm semasa
pengutipan hasil. Pembetukan kepala bunga bermula antara 34-52 hari matang
antara 48-62 hari selepas ditanam. Purata indeks kematangan kepala bunga
ialah 14 hari selepas terbit kepala bunga. Kelewatan mengutip hasil pada
indeks tersebut mengakibatkan bunga akan keluar menonjol dan ini merendahkan
kualiti produk. Hasil yang dikutip menunjukkan bahawa flokoli varieti
Green Harmony mampu memberikan purata hasil sebanyak 6.45 tan sehektar.
Tempoh Kematangan
Kubis bunga, brokoli dan flokoli akan mula mengeluarkan bunga
bila berumur antara 70-80 hari selepas menanam bergantung kepada kultivar.
Tanda-tanda peringkat kematangan adalah seperti berikut:-
-
Jambak bunga padat
-
Putik bunga belum mengorak
-
Bagi brokoli, putik bunga belum mengorak dan berwarna hijau.
Petik semasa ianya belum bertukar warna keperang.
-
Bagi flokoli, putik bunga belum mengorak dan berwarna kuning.
Uneven sprouting akan berlaku sekiranya flokoli terlewat dipetik.