|
HARI LADANG PERINGKAT DAERAH
MANJUNG 2008
MAJLIS PERASMIAN HARI LADANG
Pejabat Pertanian Daerah Manjung telah mengadakan Hari Ladang pada 25
hingga 27 Julai 2008 bertempat di Pusat Latihan dan Pengeluaran Tanaman
(PLP) Lekir. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Aziz Awang dari
Pejabat Agama Daerah Manjung. Perasmian Hari Ladang ini telah
disempurnakan oleh Y. Bhg. Encik Ariffin bin Abdul Latif, Pengarah
Pertanian Negeri Perak. Hari Ladang kali Ke II ini memberi tumpuan kepada
Kempen Menanam Kelapa Pandan. Gimik Pelancaran Kempen Menanam Kelapa
Pandan telah dilakukan oleh Y.D.H. Toh Muda Orang Kaya-kaya Panglima Kinta
Seri Amar Bangsa Diraja, Encik Abd. Wahab bin Dato' Seri Azizul Hassan,
P.M.P, D.N.S, P.P.P, B.S.K, A.N.S, H.T.S iaitu Orang Besar Jajahan Manjung
dan Y.Bhg. Pengarah Pertanian Negeri Perak.
Berbagai aktiviti yang telah diatur disepanjang program pada hari
tersebut. Diantara aktiviti yang diadakan ialah Seminar Hari Ladang,
Kursus Minyak Kelapa Dara, Demonstrasi Kelapa Botak dan Kelapa Telur,
Pameran dan Jualan, Klinik Pengembangan, Kaunter Portal Agribazaar dan
Laman web Pejabat Pertanian Daerah Manjung serta Ceramah Agama.
Gerai jualan yang melibatkan unit semaian PLP Lekir, usahawan-usahawan
bimbingan Jabatan Pertanian dan pihak swasta mendapat sambutan yang
menggalakkan dari orang ramai yang datang berkunjung.
 |
 |
 |
Gimik Pelancaran Kempen Menanam Kelapa
Pandan oleh Orang Besar Jajahan Manjung dan Pengarah
Pertanian Negeri
Perak (klik gambar untuk paparan yang lebih besar) |
PERASMIAN LAMAN WEB PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
Bertempat di Dewan Besar, Pusat Latihan dan Pengeluaran Tanaman Pertanian
Lekir bersempena Hari Ladang Peringkat Daerah Manjung yang berlangsung
pada 25 hingga 27 Julai 2008, perasmian Laman web Pejabat Pertanian Daerah
Manjung telah dilancarkan dengan rasminya oleh Yang Berbahagia Encik
Ariffin b. Abdul Latif, Pengarah Pertanian Negeri Perak pada 25/7/2008.
Majlis ini turut dihadiri oleh Orang Besar Jajahan Manjung, Ketua-ketua
Jabatan serta usahawan-usahawan dan golongan petani dari segenap pelusuk
daerah. Satu anugerah khas berserta sijil telah diberikan kepada
Puan Hj. Mariam bt. Mohd. Ariffin, selaku webmaster bagi menghargai
sumbangan beliau. Laman web ini telah mula berlegar di ruang maya pada
akhir bulan Disember 2007.
Gimik Pelancaran dan Perasmian Laman Web
 |
 |
 |
 |
Perasmian laman web oleh
Pengarah Pertanian Negeri Perak
(klik gambar untuk paparan yang lebih besar) |
Penyampaian cenderahati
kepada webmaster
(klik gambar untuk paparan yang lebih
besar) |
SEMINAR HARI LADANG
Seramai 60 orang telah menyertai Seminar Industri Hiliran
Kelapa (40 orang dari Lekir/Sitiawan dan 20 orang dari Beruas/Pengkalan Baharu).
Ceramah disampaikan oleh Pegawai Pertanian IAT Negeri manakala demonstrasi
kelapa botak dan kelapa telur dilaksanakan oleh Bahagian Pusat Tanaman Industri
dan Florikultur (PTIF).
KURSUS / KURSUS HANDS-ON
Kursus Potensi Kelapa Pandan
Peserta seramai 40 orang. Kursus ini telah dikendalikan Encik Abd. Hamid
bin Kornain, Ketua Seksyen, Pejabat Pembangunan Komoditi Teluk Bharu.
Kursus Minyak Kelapa Dara (Hands-On)
Kursus ini dikendalikan oleh Puan Nazirah bt. Khairudin, Pegawai IAT Daerah
Hilir Perak.
Kursus Kelapa Botak dan Telur (Hands-On)
Ceramah dan demonstrasi Kelapa Botak dan Kelapa Telur telah dijalankan
oleh Pegawai dari Komoditi Teluk Bharu.

Kursus Potensi Kelapa Pandan |

Demonstrasi Kelapa Botak |

Ceramah Mengenai Kelapa Pandan |
|
(klik gambar untuk paparan yang lebih
besar) |
PAMERAN DAN JUALAN
Gerai Pameran
Sebanyak 18 gerai (gerai jualan dan pameran) disediakan
Gerai Jualan
Jualan anak benih, T-shirt, bahan input oleh Kelab Sukan Pejabat Pertanian
Manjung.
Jualan benih anggur oleh pengusaha pertanian dari Lekir.
Jualan mesin-mesin kecil dan barang-barang kraftangan.

Lawatan ke gerai jualan |

Gerai jualan |

Gerai Pameran |

Gerai jualan |
|
(klik gambar untuk paparan yang lebih
besar) |
KAUNTER PERKHIDMATAN
Beberapa kaunter perkhidmatan
disediakan, iaitu:-
Kaunter Klinik Pengembangan
Kaunter Portal Agribazaar
Kaunter Laman Webdan Etiqa.
CERAMAH AGAMA
Ceramah agama bertajuk "Halalan Thoyyiba" telah diadakan
25/7/2008 pada sebelah malam (9.00 -10.30 malam). Ceramah disampaikan oleh
ustaz Haji Mustafa bin Jaafar, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIPK.
Ceramah umum pula diadakan pada 26/7/2008 di waktu yang sama.
 |
 |
 |
 |
|
Ceramah Agama |
Kaunter Klinik Pengembangan |
Kaunter Portal Agribazaar |
Kaunter Laman Web |
SUKANEKA KELUARGA
PERTANIAN
Sukaneka Hari Keluarga
Beberapa acara telah diadakan seperti bowling padang (bowling kelapa),
pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan anyaman ketupat (satay,
bawang)
Senamrobik
Senamrobik keluarga pertanian ini dipimpin oleh Pengurus SAL Enterprise dari
Felcra Lekir.
|