|
SISTEM HIDROPONIK TAKUNG BAGI SAYUR-SAYUR
BUAH DAN BUNGA
Dipetik dari majalah Teknotani Ogos 1999 dan lain-lain sumber pertanian,
Penanaman secara
hidroponik ialah satu kaedah menanam tanpa menggunakan tanah. Selain
daripada sayur jenis berdaun, sayur jenis buah dan pokok bunga boleh ditanam
secara hidroponik. Kaedah ini memerlukan larutan zat makanan di dalam
takungan yang berisi air. Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti
bergantung kepada baja yang digunakan, benih yang elok dan juga cahaya matahari
yang cukup.
Amalan Kultura:
Biji benih atau
keratan tampang, disemai dengan menggunakan sepotong media sebagai sokongan awal
untuk percambahan dan diubah ke bekas-bekas penanaman. Anak-anak benih
dijaga dengan memberi larutan baja untuk pembesaran sehingga boleh dituai.
-
Pilih anak benih yang baik untuk
dibesarkan. Buang anak benih yang cacat, terencat, rosak dan tidak sihat.
Untuk sayuran buah tinggalkan hanya sebatang anak benih untuk membesar.
Untuk sayuran berdaun, bilangan anak benih bergantung kepada jenis sayuran.
-
Pemilihan boleh dilakukan ketika anak
benih berumur antara 7-10 hari dari tarikh menyemai. Cabut anak benih yang
hendak dibuang dengan cermat supaya tidak merosakkan yang lain.
-
Lakukan penjarangan jika tanaman
terlalu rapat agar pertumbuhan tidak akan menjadi kecil dan tidak sihat.
Untuk sayuran daun yang tumbuh menegak, bolehlah dibenarkan 2 batang pokok untuk
satu lubang tanaman.
-
Apabila pokok mula membesar, sokongan
perlu diberi supaya ia boleh tumbuh tegak. Ketika pokok setinggi 20-30 cm,
gantung pokok menggunakan tali rafia dengan mengikat dengan longgar di pangkal
batang dan melilit batang pokok. Jagan ikat tali pada batang dengan ketat.
Hujung tali rafia yang lagi satu diikatkan pada palang penyokong tanaman yang
tingginya 1.5 - 2 meter dari paras sungkupan.
|

|
Pada masa ini
beberapa sistem hidroponik sedang digunakan untuk pengeluaran sayur-sayuran.
Sistem-sistem ini ialah sistem hidroponik takung, sistem NFT dan sistem aggregat
rockwool.
|
SISTEM
HIDROPONIK TAKUNG
Kaedah penyediaan dan peralatan yang diperlukan:
Takung
Hidroponik
Takung hidroponik hendaklah tidak telus cahaya, tidak serap panas dan tidak
berkarat. Disyorkan supaya digunakan takung plastik berukuran 15 cm
tinggi, 52 cm panjang dan 26 cm lebar yang dilengkapkan dengan penutup
polistirena yang berlubang serta bakul-bakul semaian.
|

sistem hidroponik takung |
Penutup takung diperlukan untuk melindungi larutan baja dari terkena sinaran
matahari serta kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja.
Bahan yang sesuai sebagai penutup adalah kertas tebal, plastik atau polistirena.
Penutup hendaklah mempunyai lubang-lubang yang dibuat khas untuk meletakkan
bakul semaian. Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.
|
-
Bakul Semaian
Plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang-lubang di penutup takung.
Benang atau perca-perca kain dari jenis yang boleh menyerap air diletakkan di
dalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih. Juntaikan perca
kain atau benang tersebut melalui lubang-lubang dinding bakul sumbu supaya dapat
meresap larutan air baja.
-
Penyediaan
Larutan Baja
Gunakan baja hidroponik komersil dengan kadar yang disyorkan pada label.
Baja ini boleh dibeli dari kedai-kedai pembekal baja swasta tertentu. Air
paip atau air tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hendaklah yang
telah lama tersimpan kerana ianya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh
digunakan.
-
Menyemai
Semak sebanyak 2-4 biji benih ke dalam satu bakul semaian. Tinggalkan
kepada 1-2 pokok sebakul seminggu selepas benih bercambah. Elakkan benih
dari terendam dalam larutan.
-
Penjagaan
Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah yang terlindung
dari hujan dan mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari.
Pastikan takung terlindung dari air hujan. Kawalan serangga / penyakit
boleh dibuat dengan membuang bahagian yang diserang atau menangkap perosak
dengan tangan. Jika perlu semburkan dengan racun perosak tanaman.
Elakkan semburan racun kimia sekurang-kurangnya satu minggu sebelum memungut
hasil.
-
Perhatian
Pastikan ada ruang udara pada
pangkal pokok dan permukaan air untuk pernafasan akar. Gunakan media dan
larutan yang baru untuk setiap penanaman. Basuh dengan sempurna takung,
penutup dan bakul selepas setiap penanaman.
Kaedah ini adalah salah satu cara
tanaman yang paling senang, murah dan juga mudah dilaksanakan. Semua
golongan masyarakat yang berminat boleh mencuba dan tidak memerlukan kawasan
yang luas. Ia boleh dibuat sebagai hobi atau jika dibuat
besar-besaran, sistem ini boleh memberi hasil yang lumayan kepada petani-petani
dan juga suri rumah.
Sayur-sayuran yang ditanam dengan
cara ini segar, bersih dan rasanya manis. Ia boleh juga dimakan segar
kerana kurang penggunaan racun. Selain dari sayur-sayuran kaedah ini juga
boleh digunakan untuk menanam bunga-bungaan. Bunga-bungaan dan
sayur-sayuran yang dihasilkan didapati berkualiti dan bermutu tinggi.
SISTEM HIDROPONIK BERAGGREGAT:
Menggunakan cecair nutrien atas
tanaman yang ditanam di media tanaman seperti rockwool, sabut kelapa dan pasir
serta menggunakan kaedah pengairan titis untuk tujuan pengairan dan menyampaikan
nutrien kepada akar tanaman.
Kaedah kultur 'rockwool/cocopeat'
adalah lebih efesien. Kaedah ini banyak digunakan oleh penanam-penanam
hyroponik secara perladangan komersil.
Walaupun kultur rockwool/cocopeat ini
boleh dijadikan media yang baik kepada semua jenis tanaman, khasnya tanaman
sayuran jenis berbuah seperti tomato, cili, melon dan sebagainya, tetapi kultur
rockwool/cocopeat banyak tertumpu kepada penanaman berbagai jenis bunga-bungaan
seperti rose, kekwa, canation dan lain-lain. Pengaliran larutan nutrien
dijalankan secara titis menggunakan bantuan pam.
Nota: Penemuan
penyelidik masakini rockwool boleh digantikan dengan cocopeat (habuk kelapa)
dengan kaedah amalan kultur yang sama.
SISTEM HIDROPONIK TANPA BERAGGREGAT:
Hanya menggunakan cecair baja tanpa
media untuk menyokong tanaman. Sistem ini memerlukan persekitaran terkawal
dan ia biasanya dibuat didalam struktur pelindungan hujan. |

Sistem hidroponik beraggregat

Sistem beraggregat 'rockwool culture' |
SISTEM NFT / TNC:
Teknik Nutrien Cetek
Dalam sistem NFT atau Nutrien Film
Technique, TNC atau 'Teknik Nutrien Cetek', larutan cecair baja dialirkan dalam
palong yang mengandungi akar tanaman yang ditanam. Pam air digunakan untuk
menggerakkan air baja ini ke palong dan dengan secara graviti, air tersebut
dialirkan di dalam palong . Air baja ini dikumpulkan dalam satu tangki dan
dipamkan semula ke dalam palong-palong tanaman. Pergerakan air perlu untuk
mengudaraan di bahagian akar tanaman. Dalam sistem air baja bergerak ini,
sayur daun dan juga jenis sayur buah seperto tomato dan timun adalah sesuai.
Biasanya jenis tanaman bernilai tinggi seperti timun jepun, tomato, cherry
sesuai untuk ditanam menggunakan sistem ini.
|

Teknik nutrien cetek (TNC) |
|
Teknik
Nutrien Dalam (TND/DFT)
Konsep pengaliran larutan
nutrien adalah hampir sama dengan kaedah nutrien cetek. Sedikit
perbezaan, iaitu di dalam kultur nutrien dalam, bekas atau palong
penanaman berukuran biasa lebih lebar dan tinggi jika dibandingkan dengan
palong yang boleh digunakan dalam teknik nutrien cetek. Palong boleh
disediakan dengan ukuran lebar 60-80 cm dan tinggi lingkungan 20-25 cm dan
panjang palong masih boleh mengikut kesesuaian tempat. |

Teknik nutrien dalam (TND/DFT) |
Untuk kejayaan tanaman yang
lebih baik, sistem ini lebih elok jika larutan nutrien dalam tangki
dibantu dengan bekalan udara bagi bekalan oksigen yang diperlukan oleh
akar-akar tanaman. Ini bermakna sistem ini perlu dipasang dengan Pam
Pemampat Udara atau sebuah injap Pemampat Udara.
Membetulkan Kepekatan Larutan Untuk Sayur-Sayuran:
Jika pokok menjadi kuning
keseluruhan, tambahkan lagi larutan pekat sebanyak 40 ml. ke dalam setiap 10
liter larutan tipis yang sedia ada dalam takung. Tunggu 4-5 hari.
Jika pucuk termuda menjadi hijau tambahan tidak perlu diulangi. Ulangan
maksima ialah 2 kali. Jika masih tidak berjaya buang semula larutan dalam
takung dan ganti dengan lain.
Jika terlebih larutan pekat, hujung
dan tepi daun muda menjadi hangus. Untuk membetulkan ketipisannya,
pindah/buangkan 1/8 hingga 1/4 larutan sedia ada dan diganti dengan air sahaja
ke paras sebelum dipindah/dibuang.
Membetulkan Kepekatan Larutan Untuk Sayur Buah dan Bunga:
Pokok sayur buah dan bunga dewasa
menghisap air lebih banyak dari baja, oleh itu larutan menjadi pekat.
Pokok akan menunjukkan tanda-tanda kemarau seperti kuning bertompok, daun
melengkung, hujung daun dan pucuk hangus dan akhir sekali keseluruhan pokok
layu. Oleh itu penanam perlu mempunyai alat pengukur kemasaman (p.H) dan
kepekatan (E.c)
Tentukan pH 5.5 - 7.5. Jika p.H
tinggi melebihi 7.5 campurkan asid sulfurik untuk merendahkan. Jika kurang
dari 5.5 ianya dinaikkan dengan mencampurkan sodium Hydroxide. Pastikan
kepekatan (conductivity) antara 2,000 hingga 4,000 Umnos. Kepekatan optima
ialah 3,000 Umhos.
Larutan Baja (nutrien)
Ini adalah bahagian terpenting dalam
kaedah penanaman hydroponik. Larutan baja ini disediakan dengan
menggunakan garam-garam inorganik yang menepati kandungan sebelas jenis
pembajaan yang diperlukan oleh tanaman seperti:-
nitrogen
kalium
pasfurus
kalsium
sulfur
ferum
mangganan
boron
zinkam
kumpram
molybdenum
Biasanya dalam pasaran tempatan,
larutan stok ini dijual dalam bentuk "Larutan Kepekatan Tinggi" yang dikenali
sebagai Larutan A - kalsium nitrat & zat besi (iron chelate) dan Larutan B -
(sembilan unsur yang lain).
Perhatian:
Pastikan larutan pekat digoncang
sebelum digunakan.
Bila menambah larutan tipis pada
pokok besar (dewasa) pastikan pangkal bakul tidak terendam3-4 jam. Ruang
udara perlu ada antara paras larutan tipis dengan pangkal bakul.
Pastikan air hujan jangan masuk ke
dalam takung.
Tempoh pungut hasil bagi sayuran
adalah kurang atau sama saja mengikut tempoh tanaman atas batas.
Kebaikan Sistem
Hidroponik:
Sistem penanaman secara hidroponik
mempunyai beberapa kebaikan berbanding dengan sistem konvensional yang
menggunakan tanah, iaitu:-
Pengeluaran sayuran dapat diusahakan
di kawasan yang tidak subur, kurang sumber air dan tidak mempunyai saliran yang
baik dan juga di kawasan tanah yang bermasaalah.
Sistem hidroponik tidak memerlukan
giliran tanaman, malah penanaman dapat dilakukan sepanjang tahun. Tanaman
yang sama boleh ditanam di tempat yang sama. Sebaliknya, penanaman secara
konvensional menggunakan tanah memerlukan giliran tanaman yang bertujuan untuk
mengawal penyakit dan menjaga kesuburan tanah.
Pengeluaran hasil melalui sistem
hidroponik adalah seragam dan dapat dikeluarkan sepanjang masa. Perkara
ini penting sekiranya petani mengusahakan penanaman secara komersial dan
mempunyai ikatan yang tertentu yang memerlukan jumlah yang tetap sepanjang
kontrak berjalan.
Sanitasi hasil adalah lebih baik
melalui sistem hidroponik.
Penggunaan air dan baja yang lebih
cekap dapat dicapai melalui sistem hidroponik. Baja tidak mengalami larut
lesap dan penggunaan air pula dapat dikawal dengan baik mengikut keperluan
tanaman. Pengambilan nutrien lebih sempurna kerana nutrien tidak
menghadapi rintangan untuk diserap oleh akar tanaman.
Pulangan hasil seunit kawasan bagi
seunit masa adalah tinggi. Tanaman didapati matang lebih awal.
Kaedah penanaman secara densiti padat dilakukan tanpa sebarang gangguan kerana
tiada persaingan terhadap air dan nutrien.
Pencemaran alam sekitar dapat
dikurangkan dengan penggunaan bahan kimia yang minimum dan terkawal.
Oleh sebab penanaman dijalankan
dengan menggunakan sistem yang terkawal, pengawalan penyakit dan perosak dapat
dilakukan dengan lebih cekap.
Penggunakan tenaga buruh adalah
minimum. Dua orang boleh menjaga sebanyak 2000 pokok semusim.
Masaalah kimia (kemasaman dan
salinity) dan fizikal jenis tanah dapat diatasi.
Tanaman tidak terdedah kepada masalah
banjir, hakisan dan kemarau.
Mudah pengendalian - tidak perlu
berpanas, tergigit lipan, menyiram, merumput dan membajak. Guna sistem 3T
(tanam, tunggu, tuai).
Jimat masa - tahap kematangan tanaman
yang lebih cepat daripada penanaman di atas tanah.
Keselamatan - sisa baki racun kurang
kerana sayur atas tanah memerlukan penggunaan racun banyak dan ada racun yang
tahan 3 bulan.
Segar - melebihi 3 hari jika dicabut
dengan akar dan jika tidak ada peti sejuk boleh bubuh dalam baldi dan tidak
layu.
Tempoh Pungut Hasil
Sayur-sayuran:
1
2
3
4
5
6
7 |
Salad
Sawi Jepun
Bayam Hijau
Kailan
Kangkong
Sawi Hijau
Kobis Bunga |
28 - 30 hari
25 - 30 hari
25 -30 hari
35 - 45 hari
25 - 28 hari
35 - 40 hari
90 hari ke atas |
Perbandingan
Diantara Tanah dan Hydroponik:
Fisiologi tumbuhan yang ditanam
secara hydroponik tidak berbeza dengan fisiologi tumbuhan yang ditanam di dalam
tanah. Di dalam tanah, kedua-dua komponen organik dan bukan organik
mestilah direputkan dahulu kepada unsur bukan organik seperti kalsium,
magnesium, nitrogen, kalium, fosforus, besi (ferum) dan lain-lain sebelum ia
dapat diserap oleh tumbuhan. Unsur ini melekat kepada partikel tanah dan
digantikan di dalam larutan tanah apabila ia telah diserap oleh tumbuhan.
Dalam sistem hydroponik, akar tumbuhan, dilembabkan oleh larutan yang
mengandungi unsur pemakanan. Oleh itu proses pengambilan unsur-unsur
mineral oleh tumbuhan adalah sama seperti diterangkan dalam rajah di bawah.
Asal Usul Unsur
Perlu Didalam Tanah dan Hidroponik

|