Program ini merupakan satu latihan untuk belia tani yang berminat untuk
mempelajari dan menimba pengalaman secara hands-on di ladang yang
diusahakan secara sendiri oleh peserta program.
Mereka
yang terpilih akan melalui satu tempoh 'incubation' selama 8 bulan
sebelum menceburkan diri dalam projek komersil sendiri, Projek Tanaman
Kekal Pengeluaran Makanan (Projek TKPM) Jabatan Pertanian, projek lain,
atau tanah sendiri. Adalah dijangka, di akhir tempoh kursus nanti,
peserta akan memperolehi kemahiran teknikal, kemahiran keusahawanan dan
juga dapat membangunkan rangkaian dan kontak perniagaan di kalangan
usahawan.
Objektif Program
- Peserta mendapat bimbingan dan pengalaman secara
hands-on di ladang.
- Peserta menjadi usahawanan tani yang
berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.
Jangkamasa Program:
Tempoh latihan adalah
lapan (8) bulan.
Kemudahan:
- Latihan pertanian secara percuma
- Tempat tinggal dan makanan disediakan
- Elaun sara hidup diberi
Lokasi:
- Institut Pertanian Serdang, Selangor
- Pusat Kecemerlangan Serdang, Selangor
- Pusat Latihan Pengembangan Pertanian Besut, Terengganu
- Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
- Institut Pertanian Titi Gantung, Perak
Kumpulan Sasar:
- Graduan Institut Pertanian
- Graduan IPTA / IPTS
- Belia Tani
- Orang Awam yang berminat
Permohonan Dan Pengambilan:
Pengambilan adalah berdasarkan syarat kelayakan berikut:-
- Warganegara Malaysia berumur di antara 17-35 tahun (kecuali pesara tentera/polis)
- Mempunyai Sijil SPM atau SPM (V) atau setera dengannya.
Calon
yang layak akan dipanggil temuduga dan jika berjaya akan ditawarkan
tempat.
Untuk
keterangan lanjut, sila hubungi:-
Pengarah,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Jabatan Pertanian
Aras 13, Wisma Tani
Lot 4G2, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62632 Putrajaya
Tel: 603-88703032 / 3028 / 3030 / 3261
Borang Permohonan