MENGAPA BUAH KELAPA MAWA TIDAK
BOLEH DIJADIKAN BENIH



Penjelasan mengapa buah kelapa
MAWA tidak boleh digunakan untuk benih

Kelapa MAWA adalah hasil kacukan antara Malayan Yellow Dwarf (MYD) atau Malayan Red Dwarf (MRD) sebagai baka betina dengan West African Tall (WAT) sebagai baka jantan.  Proses pengkacukan adalah seperti ditunjukkan dalam di bawah:-


Jenis kacukan MAWA ini mempunyai ciri "hybrid vigour", di mana MAWA akan mengeluarkan buah dengan lebih awal, bilangan buah yang lebih dan isi buah yang tebal.  Prinsip genetik yang digunakan untuk kacukan ini ialah prinsip "heterosis".

Jika buah dari pokok MAWA dijadikan benih, pokok-pokok yang dihasilkan dari penanaman biji benih ini tidak semuanya akan mempunyai ciri-ciri MAWA kerana phenomenon genetik (segregation) di mana sebahagian daripada pokok itu akan mengikut ciri-ciri ibu (MYD atau MRD) atau bapa (WAT) atau MAWA.  Oleh yang demikian, pokok-pokok yang dihasilkan dari penanaman ini adalah tidak seragam (non-uniform) dari segi ciri-ciri-ciri bentuk dan hasil.  Dalam lain perkataan ada pokok yang rendah, ada pokok yang tinggi dan ada pokok yang sederhana tingginya.

Untuk menentukan ciri-ciri MAWA dikekalkan, benih MAWA yang digunakan untuk penanaman, benih MAWA mestilah terus menerus diperolehi dari hasil kacukan asal, iaitu MYD atau MRD dengan WAT.  Pengeluaran benih ini merupakan satu bidang khusus (specialised technique) yang dijalankan oleh ladang-ladang swasta tertentu.

Langkah-langkah Jabatan Pertanian
untuk mengeluarkan kelapa MAWA

Hingga sekarang, benih MAWA untuk Rancangan Pemulihan Semula Kawasan Kelapa adalah dibeli dari ladang swasta.  Jabatan Pertanian telah menubuhkan dua buah Kebun Benih Kelapa di Jorak (58 ekar) dan Lekir (100 ekar).  Pokok-pokok baka betina yang ditanam di Kebun Benih Kelapa ialah MYD dan MRD untuk dikacukkan dengan debunga WAT yang diperolehi dari ladang swasta.

 [ ke belakang ]    [ke Laman Utama]



Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
08 July 2009 09:58:49 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.