POKOK KENAF: PILIHAN PERTANIAN BARU NEGARA
(Tanaman ini adalah dibawah perkhidmatan Jabatan Hutan)
Nama saintifiknya
Hi-Biscus Cannabinus
Pokok kenaf
barangkali masih terlalu asing bagi kebanyakan petani di negara ini memandangkan
ia bukanlah dari kelompok pertanian yang diusahakan secara komersial seperti
buah buahan.
Pokok mudah diperolehi di Afrika, India, Amerika Syarikat serta beberapa kawasan
di benua Eropah dan Asia ini. Melalui usaha berterusan yang dijalankan
oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), pokok
kenaf dilihat dapat menjana industri baru dalam penghasilan pelbagai produk
berasaskan fiber di negara ini.
Lebih daripada itu, usaha yang diketuai oleh Ketua Projek kenaf itu juga
wajar diberi perhatian kerana ia bersifat mesra alam sekitar dan bebas dari
sebarang unsur pencemaran.
Kenaf ialah
sejenis pokok tropika yang menghasilkan fiber menyerupai jut dan kebiasaannya
digunakan untuk menghasilkan tali dan tekstil. Pokok kenaf secara
keseluruhannya dari hujung pucuk hingga ke batang mempunyai pelbagai kegunaan
sekali gus menjadikannya sebagai pilihan pertanian baru di kebanyakan negara.
Pokok kenaf mungkin dapat menggantikan pokok getah sebagai alternatif dalam
penghasilan produk berasaskan kayu seperti plywood dan sebagainya. Fiber
daripada pokok kenaf pula paling mendapat sambutan kerana ia boleh menghasilkan
pelbagai produk berkualiti seperti papan pemuka dan siling kenderaan, baju,
kertas dan sebagainya. Daun pokok kenaf pula boleh dijadikan makanan
haiwan ternakan dan teh, manakala bunganya dapat dijadikan anak belih.
Pokok kenaf sebaliknya dapat dituai pada tempoh empat bulan sahaja. Ini
sekaligus dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga buruh kerana proses menuainya
tidak memerlukan sumber tenaga yang banyak..
|