|
KOBIS CINA, KOBIS BUNGA & KOBIS BULAT
KOBIS CINA:
Kobis Cina (Brassica campestris L.) adalah juga dikenali
sebagai kobis panjang atau sawi putih. Sayuran ini kaya dengan vitamin A,
B, C dan zat-zat galian seperti kalsium dan besi. Kobis cina termasuk
dalam sayuran jenis 'Curicifer' yang dipercayai berasal dari negeri China.
Tanaman ini popular di kalangan pekebun-pekebun pada tanah tinggi dan tanah
pamah/rendah.
Jenis:
Terdapat dua jenis yang biasa ditanam iaitu:-
Jenis Tanah Tinggi (Brassica campestris vari. pekinensis):
Jenis ini mempunyai daun-daun yang panjang. Apabila pokok besar,
daun-daun muda akan membentuk bungkah yang padat.
-
Jenis Tanah Pamah/Rendah (Brassica campestris var. chinensis):
Jenis ini mempunyai daun-daun yang pendek. Daun-daunnya yang muda akan
membentuk bungkah yang kurang padat dan kecil apabila pokok cukup besar.
Tanah
Kobis cina sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya
dengan bahan organan seperti tanah gembur, tanah peroi dan tanah liat ringan.
Kawasan ini juga perlu mendapat cahaya matahari yang cukup dan mempunyai
saliran sempurna. pH tanah yang sesuai ialah diantara 5.0 - 6.5
Menyedia batas
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Kemudian
sediakan batas berukuran 75-90 cm lebar, 25-30 cm tinggi dan 7.5m panjang.
Jarak antara atas ialah 40 cm.
Semaian
Kobis cina ditanam dengan menggunakan biji benih.
Kawasan yang luasnya 0.4 hektar (1 ekar) memerlukan lebih kurang 0.5-0.8 kg.
biji benih. Biji benih ini boleh ditabur terus ke atas batas atau
disemai dahulu di tapak semaian. Selalunya cara semaian lebih elok
dijalankan kerana kita dapat memilih pokok-pokok yang sihat dan subur untuk
diubah ke batas tanaman.
Buat tapak semaian yang berukuran 1 m lebar dan 3 m panjang
Taburkan biji benih yang telah dirawat dengan racun kulat seperti thiram atau
benomyl dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih untuk mencegah penyakit
melecuh. Gaulkan biji benih ini dengan pasir halus/tanah peroi dan
barulah ditabur di tapak semaian. Tutup tapak semaian dengan lalang
kering ataupun pelepah kelapa dan siramkan air. Biji benih akan
mencambah selepas 3-4 hari ditabur. Buangkan daun penutup tapak semaian
supaya tidak mengganggu pertumbuhan seterusnya.
Mengubah
Ubah anak benih apabila telah mempunyai 4-5 helai daun,
iaitu kira-kira empat minggu selepas disemai. Sebelum mencabut anak
benih, siram tapak semaian secukup-cukupnya. Seelok-eloknya cabut anak
benih bersama dengan tanah di sekelilingnya. Ini dapat mengelakkan
kerosakan akar dan mempastikan anak benih itu tidak terencat pertumbuhannya
selepas diubah ke batas tanaman. Hanya anak-anak benih yang sihat sahaja
diubah ke ladang. Ubah semasa cuaca redup atau pada waktu petang hari.
Siramkan air setelah mengubah anak benih.
Jenis tanaman
Jarak tanaman yang disyorkan ialah 15 cm antara pokok dan
20 cm antara baris.
Penjagaan
-
Sungkupan
Letak rumput-rumput kering, jerami kering atau lalang kering di permukaan
batas sebagai sungkupan. Ini bertujuan untuk mengekalkan
kelembapan tanah dan melambatkan pertumbuhan rumpai. Ia juga dapat
mengurangkan hakisan. Sungkupan yang telah reput akan menambah kandungan
bahan organan ke dalam tanah.
-
Membaja
Baja organan (serbuk udang, tahi ayam dan sebagainya) adalah sesuai untuk
tanaman kobis di beberapa kawasan. Baja campuran dan baja urea juga digunakan
sebagai baja permukaan. Bagi tanah mineral, program pembajaan seperti
berikut boleh diamalkan. Tabur baja di antara lorong-lorong pokok.
|
Masa
Membaja |
Jenis
Baja |
Kadar
Pembajaan /
0.4ha |
|
Semasa mengubah |
Baja organan
(serbuk udang) |
180 - 240 kg
(12 - 15 gm/pokok) |
|
Minggu pertama
(NPK Mg) |
Baja campuran
(12:12:17:2 + TE) |
99 - 124 kg/04 ha. |
| |
Baja organan
(serbuk udang) |
180 - 240 kg
(12 - 15 gm/pokok) |
|
Minggu ketiga
(NPK Mg) |
Baja campuran
(12:12:17:2 + TE) |
99 - 124 kg |
|
Minggu kelima |
Urea |
9 - 22 kg |
|
Minggu ketujuh |
Urea |
9 - 22 kg |
Menyiram
Kobis cina memerlukan air yang banyak untuk membesar terutama di peringkat
awal pertumbuhannya. Siram dua kali sehari iaitu pagi dan petang kecuali
hari hujan.
Merumput
Kawalan rumpai sangatlah diperlukan. Bersihkan batas daripada rumpai
sepanjang masa untuk memastikan hasil yang lumayan. Merumput boleh
dilakukan dengan tangan atau cangkul.
Menyembur racun
Penyemburan racun adalah penting untuk mengawal serangan musuh dan penyakit.
Semburan perlu dilakukan di peringkat tapak semaian lagi jika terdapat
serangan serangga. Hentikan semburan sekurang-kurangnya dua minggu
sebelum hasil dipungut.
MUSUH DAN PENYAKIT KOBIS
Musuh dan tindakan perlu diambil:
-
Ulat plutella (Plutelia xylostella L.)
Ulat memakan epidermis bahagian bawah daun terutama pada kobis muda. Daun-daun yang telah
diserang menunjukkan lubang-lubang tembus cahaya. Jika serangan teruk,
tunas kobis akan terbantut.
Sembur racun Bacillus thuringiensis. Serbuk yang dibancuh dengan kadar 50
mg dalam seliter air. Gilirkan tanaman dengan tanaman jangka pendek.
Sembur racun serangga seperti Permethrin (0.07% bahan aktif), Carbaryl, trichlorphon dengan kadar 0.1% bahan
aktif Fermethrin (0.07% bahan aktif), triazophos (0.15% bahan aktif) dan Acephate (0.075% bahan aktif.)
-
Webworm Kobis (Hellula undalis F.)
Ulat ini memakan daun dan selalunya merosakkan tunas. Menyerang kobis di
semua peringkat. Larva yang kecil memakan epidermis di bawah daun.
Larva yang besar mengorek batang, daun dan tunas. Akibat serangan
serangga, tunas kepala tidak terbentuk. Sembur selang 4-7 hari dengan racun
seperti trichlorphon 0.1% bahan aktif.
-
Ulat pangkas (Agrotis ypsilon, Rott)
Ulat memotong batang anak benih muda di paras permukaan tanah dan memakan
daunnya. Serangga ini gemar kawasan tanah lembab oleh kerana peringkat
larva tinggal di dalam tanah. Letak umpan seperti trichlorphon yang dicampur
dengan dedah di keliling batang anak-anak benih. Sembur racun serangga
seperti trichlrphon pada kadar 0.1% bahan aktif di sekeliling anak-anak benih.
-
Ulanah / ulat ratus (Prodenia litura) (Spodoptera litura)
Ulat memakan daun dan mengorek masuk ke dalam tunas. Ia juga menyerang
semua peringkat tanaman kobis. Jika tanaman muda diserang dengan teruk, tunas
kepala tidak akan terbentuk. Sembur racun serangga seperti trichlorphon pada kadar 0.1% bahan aktif.
Ulang semburan tiap-tiap dua minggu bila bunga atau kepala sudah terbentuk.
-
Kumbang kutu (Phyllotreta sinuate Ateph.)
Peringkat larva, merupakan peringkat yang paling merosakkan. Larva yang
baru menetas akan bergerak terus ke dalam tanah dan memakan akar di pangkal
anak benih. Kumbang
dewasa memakan daun yang mengakibatkan permukaannya berlubang-lubang halus.
Sembur racun serangga seperti carbaryl, diazinon atau
trichlorphon pada kadar 0.1% bahan aktif. Sembur pada tiap-tiap batas,
selang 4 hari sekali.
-
Bena / Kutu Daun
Kutu daun adalah serangga berbadan lembut berwarna hijau kekuningan dan
bersaiz kecil. Ada yang bersayap dan ada yang tidak. Serangga ini
mempunyai mulut yang dikhaskan untuk menghisap cairan dari daun kobis.
Biasanya kutu berkumpul di bahagian bawah daun. Kutu membiak dengan
kadar yang cepat. Kutu menghisap cairan dari sel-sel daun.
Akibatnya daun menjadi kuning dan kerekot, pokok menjadi terbantut dan mati.
Anak-anak benih biasanya diserang teruk dan terus mati. Sembur dengan
teliti racun serangga seperti Malathion, Endosulfan atau Diazinon pada kadar
0.1% bahan aktif.
PENYAKIT KOBIS:
Reput lembut (Erwinia carotovora)
Akar dan batang menjadi lembut dan berair, menyebabkan pokok layu.
Akhirnya batang dan akar menjadi reput dan berbau busuk. Tiada kawalan
kimia. Amalkan tanaman bergilir, elak melukakan pokok dan tanam di
tanah yang baik salirannya.
Akar tongkol (Plasmodiophora brassicae)
Akar menjadi bengkak atau berbongkol-berbuku dan menjadi busuk. Cabut
pokok yang berpenyakit, kawal rumpai, buatkan saliran yang elok dan sembur
racun seperti calomel atau vapam dengan kadar 0.1% bahan aktif sebelum
menanam.
Bintik daun (Cercospora spp.)
Daun-daun berbintik perang. Rawat biji benih dengan air panas selama
20 minit pada suhu 50oC.
Reput hitam (Xanthomonas campestris)
Penyakit ini kerap terjadi. Di awal serangan terdapat lekok hitam di
bahagian tepi daun dan akan merebak keseluruhan daun. Urat-urat daun
menjadi perang tua atau hitam. Seluruh daun akan menjadi kuning dan
gugur. Bahagian dalam batang dan sistem akar menjadi hitam. Jaga
kebersihan kawasan. Rawat biji benih dengan air panas selama 20 minit
pada suhu 50oC.
Reput daun (Corticium solani)
Kulat merebak dengan cepatnya melalui sentuhan menyebabkan daun-daun menjadi
reput. Serangan selalunya teruk di musim hujan. Cabut dan buang
pokok yang diserang.
Memungut Hasil
Kobis cina boleh mula dipungut 42-49 hari selepas mengubah.
Pungut kobis yang matang dengan cara memotong pangkal batangnya dan tinggalkan
3-4 hedai daun bingkai pada tunggul kobis itu.

|
|
KOBIS BULAT (tanah pamah)
Sejenis tanaman 2 musim yang menghasilkan daun-daun yang tumbuh rapat.
Batangnya mempunyai antara ruas yang padat dan rapat. Mempunyai ciri-ciri
dari segi bentuk, saiz, warna daun yang berbeza-beza antara varieti.
Varieti
Varieti yang sesuai ditanam di tanah pamah ialah seperti beriktu:-
-
KK Cross
Pungutan hasilnya ialah 60-65 hari selepas mengubah, toleren pada panas, saiz
kepada 1.0-1.6 kg, warna kepalanya ialah hijau muda ke putih di bahagian dalam,
kepala sederhana kompak, hasilnya adalah 20-30 tan/hektar.
-
US Tropical
Pungutan hasilnya ialah 65-70 hari selepas mengubah,
toleren pada panas,
saiz kepada 1.0-1.8 kg, warna
kepalanya ialah hijau muda ke putih kekuningan di bahagian dalam, kepala
sederhana kompak, hasilnya adalah 15-25 tan/hektar.
-
Autumn Queen
Hasil boleh dipungut 75-80 hari selepas mengubah,
toleren pada panas,
saiz kepada 1.0-1.5 kg, warna
kepalanya ialah hijau muda di bahagian tengah dan epala
kompak, hasilnya adalah 15-25 tan/hektar.
-
Eiyu
Selepas 65-70 hari diubah, hasilnya boleh dipungut (65-70 hari seleaps
mengubah),
toleren pada panas,
saiz kepada 0.9-1.0 kg, warna
kepalanya ialah hijau muda ke putih kekuningan di bahagian tengah, kepala
kompak, hasilnya adalah 15-25 tan/hektar.
Iklim dan Tanah:
Walaupun ia merupakan sejenis
tanaman iklim sederhana, hibrid-hibrid telah dapat menyesuaikan diri di kawasan
panas. Ia tidak digalakkan ditanam pada musim hujan. Kobis boleh
ditanam di kebanyakan jenis tanah. Pertumbuhan kobis adalah subur di tanah
yang lembab serta mempunyai pengairan yang cukup. Tanah gembur yang kaya
dengan bahan organan dan pH diantara 5.0 - 6.5 akan memberi hasil yang tinggi.
Penyediaan Tanah:
Tanah dibajak dan digembur sedalam 20-25 sm. Kemudian batas berukuran 1.2
m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 sm tinggi disediakan. Baja organan
sebanyak 6 kg/batas (4 tan/hektar) digaulkan dengan tanah di atas batas, sebelum
menanam.
Menanam:
Sama kaedah seperti menanam flokoli, brokoli dan kubis bunga di atas.
Pembajaan:
Baja kapur sebanyak 2.5 tan/hektar, perlu ditabur semasa membajak tanah
sekiranya pG di bawah 5.0. Kadar Kadar pembajaan yang
disyorkan untuk tanaman kobis adalah seperti berikut:-
| Pusingan |
Masa |
Jenis Baja |
Kadar/batas
(7.5 x 1.2 m) |
Kadar/Hektar
(650 batas) |
1
2
3
4 |
Sebelum menanam
2 minggu selepas mengubah
4 minggu
6 minggu |
Baja organan
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2 |
6 kg
0.3 kg
0.6 kg
0.6 kg |
4 tan
200 gg
400 kg
400 kg |
Pengairan:
Kobis memerlukan pengairan yang cukup
semasa tumbesaran pokok. Penyiraman air satu kali sehari secara manual
atau sistem pengairan renjis disyorkan terutamanya selepas mengubah dan di
pringkat anak pokok masih muda.
Pengawalan Rumpai:
Untuk mengelakkan rumpai, gula racun
rumpai pracambah sepertio Alachlor, disembur pada kadar 4 liter/hektar ke atas
batas, 2-3 hari sebelum mengubah. Satu pusingan merumput secra
manual diperlukan selepas ini. Rumpai di keliling batas boleh dikawal
dengan penyemburan racun paraquat (1 liter/hektar) Penggunaan sungkupan
plastik adalah digalakkan.
Serangga dan
Perosak:
.
|
Ulat Plutella |
- |
Amalkan tanaman giliran.
Sembur racun Bacillus thuringiensis (Florbac) atau Permethrin
(Corsair). |
|
Ulat Ratus |
- |
Sembur racun Fenvalerate
(Sumicidin), jika perlu. |
|
Ulat Jalur |
- |
Sembur racun Permethrin
(Corsair). |
|
Reput Hitam |
- |
Amalkan
tanaman giliran. Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit. |
|
Reput Berair |
- |
Amalkan tanaman giliran. cabut dan musnah pokok yang
berpenyakit. |
|
Akar Tongkol |
- |
Cabut
dan bakar pokok yang berpenyakit. Mengapur untuk meninggikan
pH ke 6.5. Amalkan tanaman giliran. Sembur racun Qiuintozene
(Terrachlot) |
Pengutipan hasil:
Tempoh matang ialah antara 60-80 hari selepas mengubah
bergantung kepada varieti. Apabila matang, warna daun menjadi lebih cerah
dan kepala kobis menjadi mampat dan padat. Bahagian pangkal batang
dipotong dan ditinggalkan 2-3 helai daun pembalut.
Pengendalian Lepas Tuai bagi tanaman-tanaman di atas:
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.
Rantaian Laman Web:
Spesifikasi Piawaian dan Gred Kubis Bulat
Spesifikasi piawaian dan gred ini akan meliputi kobis bulat
(Brassica oleracea var. capitata Linn) bagi tujuan pasaran domestik.
Spesifikasi piawaian dan gred ini hanya merangkumi kobis bulat yang diiimport
dari Indonesia dan kubis bulat Cameron Highlands. Spesifikasi piawaian dan
gred ini hanya digunapakai untuk kobis bulat yang telah dibuat perapian
(trimming) yang minimum pada daun pelindung (wrapper leaves) dan tangkai.
Terma-terma yang digunakan akan bermaksud (i) Ringan dan Berongga (ii) Berat dan
Padat.
Bagi tujuan spesifikasi tersebut, terma-terma yang digunakan
akan bermaksud:-
-
Keragaman varieti
Mempunyai ciri yang sama dan segi rupa bentuk dan warna di dalam satu-satu lot.
-
Kekotoran
Tidak terdapat kesan bahan-bahan asing seperti tanah ataupun najis atau terdapat
warna selain warna asal kubis, tetapi tidak termasuk kesan kapur untuk
pencegahan proses pembusukan.
-
Kerosakan
Kerosakan fisiologi - kubis retak/merekah/pecah di bahagian tangkai atau
kepalanya akibat terlalu tua.
Kerosakan mekanikal - kelopak daun pecah/koyak/kesan ditebuk akiabt
geseran/tercucuk benda.
Penyakit - terdapat kesan gigitan atau ditebuk serangga perosak pada dedaun
kubis/ lain jenis penyakit.
|
Gred |
Ketentuan |
Kelonggaran (%
maksimum) |
|
1 |
Bebas dari
kerosakan
Saiz yang seragam (berat > 1.3 kg) |
10
5 |
|
2 |
Bebas dari kerosakan
Saiz yang seragam (berat 0.5 kg - 1.3 kg) |
10
5 |
|
Luar Gred |
Kobis yang
tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas |
|
Pengendalian Lepas Tuai
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.
Pembungkusan dan Perlabelan
Persampelan
Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah
berdasarkan kepada MS 1187:1990 Method of Sampling Fresh Vegetables atau
kaedah statistik yang dipersetujui.
KOBIS BUNGA:
| Famili |
: |
Cruciferae |
|
|
Kubis bunga (cauliflower) - Brassica oleracea L. Botryti |
| Nama Saintifik |
: |
Brokoli - Brassica oleracea L. Italica |
|
|
Flokoli - kacukan kubis bunga dan brokoli |
|
|
Kobis Bulat - Brassica aleracea var.
capitata L. |
Kubis bunga, brokoli dan
flokoli adalah sejenis sayuran yang dikelaskan sebagai sayuran bunga, yang
mana bahagian yang dimakan ialah jambak bunga. Jambak ini mengandungi
putik-putik bunga yang masih muda dan tersusun padat di penghujung tangkai dan
bentuknya bulat leper. Selain kubis bunga (cauliflower), brokoli dan
flokoli juga tergolong di bawah kumpulan jenis kubis ini. Spesies asal
kubis bunga, brokoli dan flokoli dipercayai terdapat secara liar di kawasn
pantai laut Mediterranean dan seterusnya disebar ke Eropah. Kubis bunga
telah mula ditanam di negeri-negeri beriklim sederhana, dan pada masa ini
terdapat varieti kubis bunga yang sesuai ditanam di kawasan tropik.
Kubis bunga berwarna putih,
manakala bunga brokoli berwarna hijau dan flokoli berwarna kuning kehijauan.
Mengandungi khasiat makanan seperti tenaga, air, protin, karbohidrat, lemak,
serabut, kalsium, besi, karotena beta, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan
niacin.
KEPERLUAN
ASAS TANAMAN
-
Iklim
Walaupun sesuai ditanam dalam kawasan beriklim tropika, suhu yang agak dingin
masih diperlukan untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optima, seperti kawasan
yang melebihi 100 m dari paras laut.
-
Tanah
Kubis bunga, brokoli dan flokoli memerlukan tanah yang subur, dan mengandungi
banyak bahan organan. Nilai pH yang paling sesuai ialah diantara 6-7.
Disamping itu, tanah perlulah gembur dan mempunyai saliran yang baik.
Sifat-sifat tanah dan kesesuaian untuk kubis bunga, brokoli dan flokoli
seperti berikut:-
|
Sifat Tanah |
Sesuai |
Sederhana Sesuai |
| Kecerunan |
0 - 6 darjah |
6 - 12 darjah |
| Saliran |
Tak sempurna salir
kesalir |
Kurang salir dan agak
salir kesalir sangat |
| Kedalaman tanah
berkesan |
> 50 cm |
25 - 50 cm |
| Tekstur dan struktur |
Selain dari pasir tak
berstruktur dan lempung |
Pasir yang tak
berstruktur dan lempung |
| Kemasinan |
< 1 mmhos |
1 - 2 mmhos |
Kedalaman lapisan
asid
sulfat dari permukaan tanah |
> 50 cm |
0 - 50 cm |
| Ketebalan gambut |
Tiada halangan |
- |
| Keberbatuan |
Tiada halangan batu
di permukaan 25 cm |
- |
|
Ketidak seimbangan
nutrien |
Tiada kelebihan
nutrien
mikro atau CEC rendah
(<5 meq/100 g tanah) |
CEC rendah. |
KULTIVAR YANG DIYSORKAN
Varieti yang biasa ditanam di tanah rendah adalah seperti berikut:-
- Kubis Bunga - Sumber Crown, Snow Top, Chia Tai fuji 005
- Brokoli
- Green King (553), Early Value (554), No. 108, No. 067
- Flokoli
- Green Harmony (509)
|