KURSUS JANGKA PENDEK / KURSUS MODUL
DI PUSAT LATIHAN PERTANIAN DAN
PUSAT
LATIHAN KEJURUTERAAN PERTANIAN
JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK
Kursus
Jangka Pendek / Kursus Modul anjuran Jabatan Pertanian Negeri Perak ini
diadakan di pusat-pusat Latihan Pertanian Degong, Lekir, Manong dan
Selama serta Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Titi Gantong.
Objektif Kursus
Memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi pengeluaran makanan, mekanisasi dan lain-lain teknologi terbaru.
Memberikan pengetahuan tentang perakaunan asas ladang ke arah menyediakan petani kepada pertanian komersil.
Memberikan pendedahan aspek kualiti pengeluaran makanan bagi meningkatkan daya saing dipasaran global.
Peserta Kursus:
Peserta kursus dicalonkan oleh Pejabat
Pertanian Daerah dan dihantar ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Jabatan Pertanian Negeri Perak untuk dibuat pemilihan.
Pemilihan adalah tertakluk kepada laporan siasatan dan sokongan dari
Pejabat Pertanian Kawasan dan Pejabat Pertanian Daerah.
Kaedah Kursus:
Syarahan, Latihan Amali, Perbincangan dan Lawatan Belajar.
Kemudahan:
Kemudahan makan/minum dan penginapan disediakan secara percuma dan
ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak.
Cara Memohon:
Semua
permohonan hendaklah menggunakan Borang Rasmi Pusat Latihan Pertanian
(PLP) yang boleh didapati di semua Pusat Latihan Pertanian, Pejabat
Pertanian Kawasan dan Pejabat Pertanian Daerah.
Borang
tersebut hendaklah dikemukakan terus kepada Pejabat Pertanian
Kawasan/Daerah, Lima (5) minggu sebelum kursus bermula.
Pertanyaan:
Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada
mana-mana Pejabat Pertanian yang berhampiran.
PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
22 February 2011 10:30:13 AM
Penafian:
@
Hakcipta Disember 2007-2011 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.
Pejabat ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini
juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini. Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini,
sila hubungi webmaster: mariam@malaysia.net /
cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0
& ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.