Kursus Keusahawanan
Kemahiran, Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian
bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawanan muda yang menceburkan
diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti Makanan Sejuk Beku,
Bakeri, Produk Hasilan Kelapa, Makanan Sejuk Beku dan Buah-buahan.
Pelaksanaan:
Kursus
ini dijalankan secara 'hands on' untuk mempastikan peserta benar-benar
mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan
menepati Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP). Disamping itu peserta
akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional
terutama dalam aspek keusahawanan, mengurus kewangan, mengurus pemasaran
dan menyediakan Rancangan Perniagaan.
Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawanan yang
telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian atau swasta.
Pengambilan Peserta:
Tempoh
kursus ialah enam (6) bulan dan pengambilan peserta akan dibuat setahun
sekali.
Kemudahan:
Tempat tinggal dan makan semasa berkursus
Elaun kursus
Syarat-syarat Permohonan:
Warganegara Malaysia berumur antara 20-40 tahun (lelaki/perempuan)
Berkelulusan SPM / SPVM
Tinggal di asrama sepanjang tempoh latihan
Sihat tubuh badan
Berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus
Kursus
dijalankan di lima (5) buah Pusat Bimbingan Usahawanan (PBU) mengikut
pengkhususan yang telah ditetapkan seperti berikut:-
1. PBU Serdang, Selangor
2. PBU Ayer Hitam, Johor
3. PBU Manong, Perak
4. PBU Telok Chengai, Kedah
5. PBU Ajil, Terengganu
-
-
-
-
-
Sejuk Beku
Bakeri
Bakeri dan Sejuk Beku (asas kelapa
Bakeri dan Sejuk Beku
Hasilan Buah-buahan
Cara Memohon:
Iklan
akan dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Borang-borang boleh
didapati
di sini dan juga melalui Jabatan Pertanian Putrajaya,
Jabatan Pertanian Negeri dan Daerah, Institut-institut Pertanian dan
melalui laman web: www.doa.gov.my
Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimajukan ke alamat
seperti berikut:-
Timbalan Pengarah (Industri Asas Tani)
Bahagian Pengembangan, Perundingan,
Pelaburan dan Industri Asas Tani,
Jabatan Pertanian,
Wisma Tani, Aras 8,
Blok 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62632 Putrajaya.
Bimbingan Selepas Kursus:
Pihak
Jabatan Pertanian akan terus membimbing peserta lepasan Pusat Bimbingan
Usahawan dibawah Program Pembangunan Industri Asas Tani.
Peserta yang telah menjalankan projek akan terus diberi khidmat nasihat
dari pegawai pembimbing Jabatan Pertanian.
PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
13 July 2009 12:16:47 AM