|
Ladang Kontrak
Perlaksanaan
ladang kontrak telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian Pertanian
Malaysia sebagai salah satu program yang mampu memberikan impak besar
kepada pengeluaran bahan makanan terutama dari tanaman sayuran dan buahan.
Ladang kontrak menjamin pengeluaran hasil tanaman yang berterusan dan
berkualiti selaras dengan kehendak pasaran dalam dan luar negara. Model
pelaksanaan dan kemajuan semasa Program Ladang Kontrak yang diterajui oleh
FAMA diulas secara ringkas dan sebagai satu program yang baru dan
melibatkan pelbagai jabatan/agensi, beberapa kelemahan penyelarasan dan
pelaksanaannya dikenalpasti. Sebagai sebahagian daripada pasukan projek
ladang kontrak MOA Inc, Jabatan Pertanian terlibat secara aktif sebagai
agensi bertanggungjawab ke atas pengeluaran oleh petani. Jabatan Pertanian
turut mencari formula bagi menjayakan program ini berdasarkan maklumbalas
dan pengalaman Jabatan semasa mengendalikan perlaksanaan ladang kontrak
sebelum ini bersama dengan petani-petani kecil dan sederhana.
Satu kontrak
dengan perjanjian yang kemas dengan memasukkan elemen - elemen kuantiti,
kualiti (gred), harga dan tempoh masa adalah diperlukan dalam perjanjian
supaya wujud suasana untung kepada kedua belah pihak yang terlibat iaitu
petani sebagai pengeluar dan pemasar sebagai pembeli.
Rantaian
(Ladang Kontrak):
|