Natural Farming (Perladangan Organik)
 

Natural farming (Perladangan Organik) adalah satu kaedah pengeluaran bagi menghasilkan tanaman makanan organik.  Ia menggunakan sumber semulajadi termasuk mikroorganisma setempat (indigenous microorganism), baja berasaskan tumbuhan dan haiwan serta faktor persekitaran (air, udara, cahaya matahari dan tanah).

Faktor-faktor tersebut dapat membantu meningkatkan populasi dan aktiviti hidupan (indigenous).  Hanya mikroorganisma setempat sahaja digunakan kerana ianya sesuai dengan keadaan tempat tersebut.  Mikroorganisma yang dibawa dari luar berkemungkinan tidak sesuai dan mungkin mengganggu sistem hidupan yang sedia ada.

Secara amnya, kehidupan boleh dibahagikan kepada 3 peringkat, iaitu:-

  • Tempoh pertumbuhan tampang (vegetative period)

  • Tempoh peralihan (cross-over period)

  • Tempoh pertumbuhan produktir (productive period)

Setiap tempoh pertumbuhan memerlukan rawatan yang khusus untuk membolehkannya mencapai pertumbuhan yang maksima.

Kebajikan:

Meningkatan keuntungan melalui

  • Pengurangan kos pengeluaran sehingga 30 peratus

  • Menggunakan bahan input tempatan yang lebih murah dan mudah diperolehi

  • Meningkatkan pengeluaran hasil 4-6 kali ganda

  • Hasil selamat dimakan kerana bahan-bahan input yang digunakan terdiri dari produk fermentasi dan ekstrak dari tumbuhan dan haiwan dan tidak menggunakan input kimia sintetik.

Elemen-elemen pengeluaran

Pengeluaran produk secara Natural Farming (perladangan organik) menekankan kepada lima perkara, iaitu:-

  • Penyediaan baja (baja asas dan membuat formulasi baja)
     

  • Pengurusan tanah (penggunaan indigenous microorganism, sungkupan, kelembapan tanah, penyediaan dan penggunaan kos dan pembajakan minimum).
     

  • Pengurusan tanaman (penggunaan fomulasi baja mengikut peringkat tanaman dan amalan kultura).
     

  • Pengurusan perosak dan penyakit (kawalan secara kultura, fizikal, biologi dan menggunakan biopesticide)
     

  • Pengurusan rumpai (kawalan secara kultura, fizikal, biologi dan menggunakan biopesticide)

Natural farming menitikkan peranan indigenous microorganism dan baja-baja Natural farming dalam sistem perladangannya.  Mikroorganisma ini boleh dibiakkan melalui berbagai peringkat antaranya adalah proses penyediaan IMO 1 hingga IMO 5.  Ia boleh digunakan dalam penyediaan kompos untuk mempercepatkan proses pereputannya.  Sila ikuti penyediaan di bawah:-

Baja-baja Natural Farming

 

Baja Natural Farming disediakan melalui proses osmosis dengan menggunakan bahan-bahan di sekeliling ladang seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sisa tanaman bersama gula merah.  Selain daripada aitu, baja natural farming diperbuat daripada tulang dan kulit telur yang dicampur dengan cuka asli.

 

 

 [ke Laman Utama]   [ ke belakang ]

 



Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
20 July 2011 04:59:05 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.