|
Kini beliau bercadang memperluaskan projek
perlebahannya dengan meletakkan kotak-kotak lebah dan gelodog (perangkap lebah)
di plot kelapa di ladang pertanian Lekir. Mulai bulan Januari-Mei, beliau
bercadang meletakkan kotak-kotak lebah dan gelodog di bawah pokok getah dan pada
bulan Jun-September di bawah pokok durian termasuklah pokok akasia dan pokok
gelam (pokok hutan).
PENTERNAKAN LEBAH
MADU:
(sumber:
Buku Penternakan Lebah Madu)
Untuk meningkatkan mutu industri
penghasilan lebah madu di Malaysia, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif
dan kemudahan untuk membantu penternak sedia ada dan bakal penternak.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah memperkenalkan
Projek Lebah Madu Jabatan Pertanian yang menggalakkan keluarga petani menyertai
industri ini sebagai sumber pendapatan sampingan/utama dengan menggunakan atau
mengeksploitasi sumber-sumber yang sedia ada.
Kawasan tanaman yang sesuai untuk
memelihara lebah madu ialah kawasan tanaman yang mempunyai sumber pembekal
nektar dan debunga seperti kelapa, kelapa sawit, gelam, getah, durian,
belimbing, akasia, bakau, pisang, mangga, betik, rambutan dan sebagainya.
JENIS-JENIS LEBAH
MADU:
Lebah madu dibezakan kepada dua jenis
melalui cara hidupnya. Terdapat lebah yang hidup aktif bersendiri dan
lebah yang hidup di dalam satu koloni (sarang). Jenis lebah yang hidup
aktif bersendiri lebih banyak berbanding dengan lebah yang hidup di dalam
koloni. Lebah berkoloni adalah lebah yang hidup bersama di dalam satu
kelompok besar dan membentuk satu masyarakat. Setiap anggota di dalam
koloni tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.
Lebah madu termasuk di dalam kelompok
lebah yang hidup berkoloni. Setiap lebah akan membahagikan tugas-tugas khas
sesama mereka sendiri untuk meneruskan kitaran hidup di dalam koloni. Satu
koloni (sarang) mengandungi 30-50 ribu ekor lebah yang terdiri daripada 3
golongan, iaitu seekor lebah ratu, beratus-ratus ekor lebah jantan dan
beribu-ribu lebah betina atau lebah pekerja.
Klasifikasi lebah madu adalah seperti
berikut:-
|
Kingdom |
: |
Animalia |
|
Phylum |
: |
Arthropoda |
|
Phylum |
: |
Arthropoda |
|
Class |
: |
Insecta |
|
Order |
: |
Hymenoptera |
|
Family |
: |
Apiidae |
|
Genus |
: |
Apis |
|
Species |
: |
Mellifera / cerana /
florea |
KATEGORI LEBAH MADU
Bombidae:
Menghasilkan sedikit madu. Tidak dikategori sebagai penghasil madu asli.
Merupakan agen pendebungaan dalam proses pembiakan tumbuhan.
Meliponidae:
Lebah madu yang tidak mempunyai sengat. Tidak mengeluarkan hasil madu dan
tidak dikategorikan sebagai serangga pemangsa yang boleh mengancam nyawa hidupan
lain.
Apidae:
Spesies lebah madu yang banyak diternak adalah Apis Mellifera (dari Eropah),
Apis Adonsonni atau Apis Unicolor (dari Afrika), Apis Dorsata dan Apis Indica
(dari Asia). Tergolong sebagai penghasil lebah madu asli. Berfungsi
dalam menghasilkan madu lebah dan mempunyai tugas-tugas khas lain seperti
mencari air, mengutip nektar pokok untuk menghasilkan propolis, mengutip debunga
untuk menghasilkan pollen dan mengutip lilin yang menghasilkan lilin lebah.
-
Apis Dorsata
Dikenali sebagai lebah madu gergasi Asia banyak diternak di Sabah dan beberapa
buah negeri di Semenanjung Malaysia dan telah dikenalpasi berpotensi untuk
menjalankan usaha penternakan lebah madu ini melalui Projek Lebah Madu Jabatan
Pertanian. Lebah ini banyak hidup secara liar di dalam hutan hujan
tropika. Madu yang dihasilkannya lebih banyak dan lebih pekat berbanding
dengan lebah jenis lain. Jika penternakan dilakukan di kawasan yang
mempunyai sumber pembekal nektar dan debunga seperti kelapa, kelapa sawit,
gelam, getah, durian, belimbing, akasia, bakau, pisang, mangga, betik dan
rambutan, setiap pokok tersebut boleh menempatkan sehingga 5 -10 buah sarang
(ukuran sarang dianggarkan mencapai 1 m2).
-
Apis Indica
Dikenali sebagai Apis Cerana. Banyak membuat sarang dalam lubang dan
diternak secara tradisional dengan menggunakan perangkap. Sarangnya
digantung kira-kira dua meter dari tanah di bawah tempat yang teduh, sejuk dan
kering yang merupakan tempat pilihan lebah untuk membina sarang. Mengikut
sistem moden, kebanyakan lebah diternak di dalam sarang kayu. Boleh hidup
liar dan membina sarang di celah-celah batu atau di dalam gua.
-
Apis Mellifera (ligusta,
corniola, caucasia, lehzeni, mellifera)
Berasal dari benua Eropah dan banyak dijinakkan dan diternak oleh kebanyakan
masyarakat yang tinggal di pedalaman. Lebah ini bersifat sabar
dan sentiasa menjaga sarangnya agar tetap bersih dan selamat. Pengeluaran
madunya tinggi. Usaha penternakan lebah madu ini telah dilakukan secara
besar-besaran dan dikomersialkan di bawah Projek Lebah Madu Jabatan Pertanian.
- Apis mellifera ligusta: Dikenali sebagai lebah madu Itali.
Lebah ini tidak akan mencari tempat baru untuk membina sarang selagi sarang yang
sedia ada cukup luas. Sangat popular di benua Eropah, Amerika dan
Australia. Hasil madunya tinggi sehingga mencapai 30-60 kg. setiap tahun.
Jika ia diternak di kawasan yang mempunyai sumber makanan yang cukup, lebah ini
mampu menghasilkan sehingga 200 kg. madu bagi setiap koloni dalam masa setahun.
Madu digunakan untuk penghasilan royal jelly, propolis, racun lebah, lilin dan
pollen.
- Apis mellifera corniola: Di Amerika Syarikat, ia
dianggap sebagai lebah yang mempunyai produktiviti yang tinggi dalam
menghasilkan madu. Malangnya lebah ini suka berhijrah dari satu kawasan ke
kawasan yang lain. Di Malaysia, ia banyak diternak secara besar-besaran di
beberapa buah negeri yang berpotensi dalam menghasilkan lebah madu secara
komersial.
- Apis mellifera caucasia: Di Malaysia, lebah ini
telah diternak dan dikomersialkan di bawah Projek Lebah Madu Jabatan Pertanian.
- Apis mellifera lehzeni: Banyak ditemui di negara Jerman
- Apis mellifera mellifera: Banyak
ditemui di Belanda
-
Apis Unicolor
Banyak terdapat di benua Afrika. Juga dikenali sebagai Apis adansonii.
Lebah ini dapat menghasilkan madu yang baik dan lebih banyak berbanding dengan
lebah madu yang terdapat di negara Eropah, tetapi ia sukar dikawal, sangat
agresif, keras dan suka mempertahankan sarangnya.
Lebah madu Afrika ini terbahagi kepada empat subspesies iaitu:-
1.
2.
3.
4. |
Apis unicolor fasciata
Apis unicolor fresei
Apis unicolor intermissa
Apis unicolor unicolor |
-
-
-
- |
Banyak terdapat di Mesir.
Banyak terdapat di kawasan pergunungan tinggi di Afrika.
Terdapat di Tunisia, Malta dan Afrika Utara
dan pendalaman Afrika.
Banyak terdapat di Pulau Madagascar. |
-
Apis Florea
Dari kumpulan Apis yang mempunyai ukuran paling kecil. Mudah hidup di
kawasan air payau.
-
Apis Koschevnikovi
Mirip seperti lebah madu jenis Apis indica. Hidup secara liar di
Kalimantan tetapi masih tiada usaha yang dijalankan untuk menternaknya secara
besar-besaran.
-
Apis Andrenofromis
Hidup secara liar dan sukar diternak di dalam ladang lebah kerana sifatnya yang
memerlukan tempat yang terbuka. Hasilnya tidak memberi pulangan ekonomi yang
tinggi.
-
Melipona Thoracia
Dikenali sebagai lebah damar. Lebah ini membuat sarang di dalam
lubang-lubang kayu, pokok, celah batu dan lubang-lubang.
-
Trigona sp.
Banyak diternak di Indonesia dan dikenali dengan pelbagai jenis nama mengikut
daerah penyebarannya. Serangga ini membuat sarang di dalam lubang-lubang
kayu, pokok, celah batu dan lubang dinding di dalam rumah. Lebah ini boleh
menghasilkan madu dan lilin. Madu yang dihasilkan sedikit, masam dan
sering digunakan untuk penyediaan ubat tradisional.
Diantara jenis-jenis lebah madu
yang dikenali ialah:-
-
Lebah Keran (Apis cerana - asal Asia
Tenggara)
-
Lebah Hutan (Apis dorsata - asal Asia
Tenggara)
-
Lebah Lalat (Apis florea - asal Asia
Tenggara)
-
Lebah Eropah (Apis mellifera)
Jenis-jenis Lebah Eropah yang ada
nilai ekonomi:
-
Apis mellifera mellifera L. (Dark
Bees)
-
Apis mellifera lingustica Spin.
(Italian Bees)
-
Apis mellifera carnica Pollman
(Carniolans)
-
Apis mellifera caucasica Gorb.
(Gaucasians)
KASTA-KASTA LEBAH:
-
Pekerja
Bersaiz kecil. Bilangan dalam haif boleh melebihi 10,000 ekor (20K-200K).
Jangka hayat 20-40 hari atau sehingga menggunakan sengatnya (140 hari semasa
musim sejuk). Bekerja hingga akhir hayat, jantinanya adalah betina
(sterile female).
Tugas pekerja ialah membina kom, menjaga haif, larva, jantan yang muda dan ratu.
Ia juga membersihkan haif, mengumpul nektar, debunga dan propolis memberi
bantuan perwapan nektar (evaporate nectar), menutup sel (madu dan pupa),
mengeluarkan telur jantan dan memindahkan larva untuk menjadikan ratu yang baru.
-
Jantan
Bersaiz sederhana. Terdapat sehingga 200 ekor / tiada langsung dalam haif.
Jangkahayat boleh capai sehingga 60 hari atau sehingga kahwin. Berfungsi
kahwin sahaja (dengan ratu dara/muda).
-
Ratu
Bersaiz besar. hanya satu dalam haif. Jangkahayat: ekonomik
- 2 tahun, maksima - 8 tahun; bergantung kepada sperma yang diperolehi.
Jantina: betina / bisexual (parthenogenesis).
Tugas Ratu: Kahwin dengan jantan - di udara 'mating flight' (temuan tahun
17771 oleh Janscha); 5-20 minit di sebelah petang. Bunuh 'adik' atau
'ibu', mengeluarkan telur (3 hari selepas kahwin) dan mengeluarkan hormon
9-hydroxydecenoic acid (HDA). Daripada 90 juta sperma yang dikeluarkan
(deposited) oleh beberapa ekor dron, hanya 7 juta yang akan disimpan di dalam
spermatheca (ratu). Hormon 9-HDA ialah hormon yang mengawal koloni.
Ketiadaan hormon dalam haif akan merangsang kepada pekerja bertelur, pembentukan
sel ratu dan telur diletakkan ke dalam sel ratu.
Kitaran hidup: telur - larva -
pupa - dewasa
Penyakit-penyakit
lebah:
Pengurusan:
Terdiri dari pengurusan koloni,
sumber makanan, peralatan, hasil dan perpindahan (migratory)
-
Pengurusan Koloni
Pengurusan koloni (luar dan dalam) perlu dilakukan.
Penguruan luar koloni ialah:
- Sumber makanan (N&P):
Sedia ada seperti pokok liar dan pokok hutan.
Tanaman yang diusahakan seperti perladangan dan pekebun kecil.
- Sumber air: Air diperlukan untuk mencairkan makanan anak (brood
food) dan membantu
menyejukkan haif (evaporation) samada air sedia ada (sungai, parit,
longkang) atau air
yang disediakan (bekas/takungan air).
- Sumber penyakit dan perosak (P&D)
Samada penyakit berpunca dari peralatan, haif lama, kom terpakai dan dsb.
Sumber perosak (sarang tebuan, burung seperti Merob spp. dan kom terpakai
(wax, moth, mite).
- Keadaan fizikal haif
- Lain-lain (gangguan haiwan ternakan / manusia, kecurian, bencana).
Pengurusan dalam koloni yang harus dilakukan:
Populasi Yang Sesuai:
- Lebih dari 10,000
- Lebih 85% lebah pekerja
Populasi Rendah:
- Perlu tambah lebah pekerja
- Perlu tambah anak (brood)
- Perlu tambah makanan
Populasi Tinggi:
- Pecah koloni (colony production)
- Migration (honey production)
-
Peneluran dan Taburan Anak
Ratu yang baik menggunakan 100% sel kom. Ratu sederhana baik
menggunakan 70% sel kom.
Ratu kurang baik menggunakan 50% sel kom. Pastikan samada perlu diganti
atau harus diganti.
-
Kehadiran sel ratu (queen cell)
Dalam keadaan Ratu masih baik (produktif), sel-sel ratu dimusnahkan.
Sel Ratu dikekalkan bagi tujuan pemecahan koloni (menambah bilangan koloni) dan
untuk
mengganti Ratu sedia ada (disebabkan oleh cacat, mati atau tidak produktif).
-
Keadaan kom
Sekiranya kom bertukar warna hitam, ini menunjukkan ia telah lama, sering
digunakan oleh
ratu untuk meletakkan telurnya. Keluarkan dari haif (dibakar atau
'recyle' untuk dijadikan
lilin landasan). Kom mestilah disusun mengikut susunan yang betul
serta sensitif dengan
keperluan kom oleh koloni.
-
Penyimpanan Debunga dan Madu
Setiap koloni mesti mempunyai stok madu dan debunga sepanjang masa.
Sekiranya stok
madu didapati banyak, kerja-kerja memungut (harvesting) perlu dilakukan.
Sekiranya madu
didapati sedikit / tiada - perlulah dibantu.
-
Kehadiran Perosak dan Penyakit
1. Sacbrood: penyebab - virus
2. Chalkbrood: penyebab - fungus
3. Foulbrood: penyebab - bacteria
-
Lain-lain
Lain-lain perhatian yang perlu diambil ialah penempatan haif, kebersihan
dalam haif, tukar haif,
bilangan koloni dalam satu-satu kawasan (stocking rate)
samada perlu ditambah/dikurangkan.
Memastikan ciri-ciri koloni/baka baik.
BAGAIMANA MEMULAKAN PROJEK LEBAH
MADU
Seseorang yang ingin menjalankan
projek lebah madu haruslah mempunyai sifat kegigihan, minat dan kesungguhan
dalam menjalankan pekerjaan ini. Beliau perlu mengikuti mana-mana kursus
perlebahan terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek ini.
Keperluan yang diperlukan oleh
seseorang penternak lebah:
-
Kemahiran
Mengikuti kursus / latihan yang dianjurkan oleh agensi latihan samada Jabatan
Pertanian, syarikat swasta atau individu.
-
Minat dan kesungguhan
Faktor individu. Minat itu datang dalam diri sendiri dan tiada paksaan
atau pengaruh dari orang lain.
-
Modal
Modal terdiri dari beberapa kategori, samada modal persendirian, bantuan dari
agensi pembangunan ataupun pinjaman (MARA, individu atau institusi kewangan).
-
Pemilihan tempat (kawasan yang
sesuai)
Kawasan yang terdapat sumber makanan yang banyak - nektar dan debunga - sama ada
tanaman sedia ada atau tanaman baru. Kawasan tersebut tiada gangguan
samada angin yang kuat, haiwan ataupun manusia.
-
Pemilihan baka
Antara baka / jenis lebah yang disyorkan ialah Apis Cerana dan Apis mellifera.
-
Peralatan
Veil dan topi, pengasap, pengempar.
-
Penjagaan di ladang
- Pengurusan koloni
- Pengurusan sumber makanan
- Pengurusan hasil
-
Lain-lain Keperluan:
- 'Hive tool' (pahat haif) - untuk menggerakkan/mengangkat bingkai dalam haif.
- 'Dummy board' (papan kawal suhu) - membantu mengawal suhu dalam haif.
- 'Queen excluder' (pemisah ratu) - mengelakkan ratu naik ke haif atas, ketika
menggunakan haif super
(tingkat ke dua).
- 'Pollen trap' (perangkap debunga) - untuk memerangkap debunga yang dipungut
oleh lebah pekerja.
- "Queen cage' (sangkar ratu) - digunakan untuk megelakkan ratu diserang /
dibunuh oleh lebah pekerja.
- "Queen cell cup' (cawan sel ratu) - digunakan bagi tujuan untuk membiakkan
ratu atau untuk
mengeluarkan 'royal jelly'.
- 'Feeding tray' (bekas nektar tambahan) - digunakan untuk mengisi air
gula (nektar tambahan) dan
diletakkan di dalam haif.
PANDUAN PEMELIHARAAN LEBAH:
Kos permulaan Apis Cerana:
|
1. Peralatan asas
(veil + topi, pengasap, pengempar) * |
**RM1595.00 |
|
2. Baka (RM250.00 x
10 koloni) |
**RM2,500.00 |
|
3. Persiapan tempat
(kaki haif: RM40.00 x 10 unit) |
**RM400.00 |
|
JUMLAH |
|
* Veil + topi RM40.00
Pengasap RM55.00
Pengempar RM1,500.00
** Harga pada tahun 2008
Kos permulaan Apis mellifera:
|
1. Peralatan asas
(veil + topi, pengasap, pengempar) * |
**RM1995.00 |
|
2. Ubat-ubatan (RM30.00
x 5 peket) |
**RM150.00 |
|
3. Persiapan tempat
(kaki haif: RM45.00 x 10 unit) |
**RM450.00 |
|
JUMLAH |
|
* Veil + topi RM40.00
Pengasap RM50.00
Pengempar RM1,900.00
** Tidak termasuk kos kursus (RM750.00/3 hari) - tahun 2008
Anggaran Hasil Madu:
|
1 haif |
= |
20 kg/th |
RM20.00 x 20 = RM400.00 |
|
10 haif |
= |
RM4,000.00 |
RM333.33 / bulan |
|
50 haif |
= |
RM20,000.00 |
RM1,666.66 / bulan |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai madu, propolis, koloni lebah, ratu lebah, peralatan lebah, venom dan
hiliran produk lebah, sila hubungi penternak-penternak lebah di bawah:-
|
Bil |
Nama Pengusaha |
Telefon & Emel |
|
1 |
Encik Norhizat bin Yeop @
Mr. Bee @ Hizatyeo
277 Taman Terus Maju, Sitiawan, Perak. |
Telefon: 019-2606772
Emel: hizatyeo@gmail.com |
|
2 |
Encik Ikmal bin
Sitiawan |
Telefon:
Emel: |
|
3 |
Encik Ahmad Zulkifli bin
Mat Diah
Beruas |
Telefon:
Emel: |
|
4 |
Encik Mohamad Yusof b.
Abu Hassan
Beruas |
Telefon:
Emel: |
|
5 |
Encik Mohamad Zainal bin
Zahid Sofian
Beruas |
Telefon:
Emel: |
BERITA BERGAMBAR

Ratu Lebah |

Frem lebah |

Peralatan Perlebahan |

Penternak lebah dengan
pakaian perlindungan |

Perkembangan koloni |

Kumpulan haif |

Kotak madu (atas & bawah) |

Kom (comb) |

Frem yang berkualiti
(ada madu, anak lebah, dsb) |

En.Hazrul Haili, Peg.Pertanian Beruas bersama En.Ahmad Zulkapli di
Beruas |

En.Mohamad Yusof b.
Abu Hassan, penternak lebah
madu di
Beruas |

Mohamad Zainal
bin Zahid Sofian, penternak lebah
madu di Beruas |
|