|
LADANG
CENDAWAN TIRAM
- L.E
MUSHROOM, SITIAWAN
Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah perumpamaan yang
boleh dikaitkan dengan syarikat LE Mushroom; yang terletak di Pekan Ayer Tawar,
Manjung, Perak. Perusahaan ini telah diwarisi dari bapanya yang merupakan
pengusahaan cendawan pertama di Daerah Manjung lebih 20 tahun yang lalu.
Bermula dengan perusahaan secara kecil-kecilan, kini LE Mushroom telah
membesarkan perniagaan mereka kepada dua lokasi yang sesuai 1.5 ha. di Pekan
Ayer Tawar.
Syarikat ini kini diterajui oleh
Encik Jason EK dan rakan kongsinya, Sherrry Lee. Menurut kata mereka,
syarikat ini mampu mengeluarkan hampir 4,000 bongkah cendawan sehari.
Bongkah-bongkah ini akan dijual kepada pengusaha-pengusaha cendawan yang
berminat dengan harga 70 sen sebongkah. Mereka juga menjual cendawan segar
yang mendapat permintaan yang tinggi di pasar-pasar borong di sekitar Negeri
Perak, Selangor dan Pulau Pinang, termasuk Cameron Highlands. Selain dari
itu, mereka turut memberi khidmat nasihat kepada bakal pengusaha dan
pengusaha-pengusaha kecil cendawan.
Kaedah pengeluaran:
Kebun terbuka
Saluran pemasaran:
Dalam negeri, jualan terus kepada pengguna, jualan
menerusi orang tengah, jualan menerusi agensi kerajaan.
Kepada sesiapa yang berminat untuk
mendapat maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi:-L.E MUSHROOM
Lot 18614, Jalan Sitiawan
(sebelah Sekolah Tinggi Nan Hwa)
32400 Ayer Tawar, Perak
Laman Web: lemushroom.blogspot.com
Emel: ek5265@yahoo.com
Tel: +605-6729497
Atau
Sherry Lee: 016-5919497 / 5491555
Selain L.E. Mushroom, terdapat beberapa pengusaha kecil
cendawan di daerah ini. Diantaranya ialah Puan Rotiah
bt. Ayob yang menjalankan projek tanaman cendawan tiram pada
tahun 2006 dengan keluasan 75'x 20' (5000 bongkah) di
No. 53, Kg. Telok Penchalang, Seri Manjung.
Panduan
Menanam Cendawan |
 |
|