Pengenalan:
Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) adalah salah satu Projek
Berimpak Besar di bawah Jabatan Pertanian yang diwujudkan sebagai:
Satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara untuk menggalakkan
pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan moden
Melibatkan usahawan tani dan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman
makanan.
Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri bagi memudahkan pelaksanaan program di atas. MOU
telah ditandatangani oleh Menteri Pertanian dengan Menteri-menteri Besar
di semua negeri..
TKPM mula dibangunkan pada tahun 2000 dengan bilangan sebanyak 4 projek
dan merangkumi keluasan fizikal seluas 895.2 hektar.
Konsep Pelaksanaan Program TKPM:
Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan
Negeri dan pengusaha seperti berikut:-
-
Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan tanah dan digazetkan sebagai projek TKPM.
Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan tanah dan digazetkan sebagai projek TKPM.
-
Kerajaan Persekutuan menyediakan infrastruktur asas dan pengurusan di bawah landasaran MOA Inc.
-
Usahawan dan swasta terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan (melalui lot yang disediakan).
Objektif TKPM:
-
Melahirkan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan.
-
Menggalakkan penglibatan usahawan dan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan yang komersil
-
Mewujudkan zon kekal pengeluaran tanaman makanan.
-
Menyumbang kepada peningkatan pengeluaran makanan negara secara mapan, berkualiti dan selamat.
-
Menggalakkan dan mewujudkan pembangunan rantaian bekalan makanan bersepadu; dan
-
Meningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.
Strategi pelaksanaan dan pengeluaran program TKPM
Pembangunan yang berasaskan pendekatan pengezonan
Berdasarkan 'market driven'
Berlandaskan pembangunan kluster industri tanaman makanan.
Mewujudkan rantaian makanan (from farm to table) dalam pembangunan kluster industri tanaman makanan
Perladangan berskala besar dan komersil.
Penglibatan pihak swasta
Penggunaan teknologi perladangan moden dan terkini (contoh: Fertigasi) dan mekanisasi
Amalan pertanian baik.
Strategi Pemasaran Program TKPM
Strategi pemasaran bagi program TKPM melalui 3 kaedah seperti berikut:-
Pemasaran atas inisiatif sendiri (pasaran domestik dan eksport)
Pemasaran secara 'contract farming' (FAMA, Syarikat Individu.
Pemasaran melalui anchor company:-
- Swasta
- Government-Linked Company
Syarat-syarat Penyertaan TKPM
Pemilihan peserta dijalankan dibawah kendalian MOA Inc. Negeri.
Kriteria Utama pemilihan peserta mestilah:-
Warganegara Malaysia
Peserta berpengalaman dan terlatih
Mempunyai minat dan kesungguhan
Mempunyai modal dan credit standing yang baik serta sanggup meminjam
Mempunyai sikap terbuka dan positif serta mematuhi peraturan-peraturan
yang ditetapkan
Ciri-ciri 'High Impac Projects'
Tanah digunakan sepenuhnya
Mengamalkan teknologi terkini dan amalan pertanian baik
(termasuk Pensijilan SALM).
Pengeluaran hasil yang tinggi, bermutu dan berterusan.
Mempunyai pelan pemasaran.
Menjana pendapatan bersih yang tinggi kepada pengusaha.
Bantuan Yang Disediakan
Maksimum RM10,000 / hektar bagi aktiviti:-
Fungsi TKPM Lekir:
Memberi Latihan Kepada Petani dan Pegawai.
Pusat Pengeluaran Benih dan Bahan Tanaman.
Membiak Baka Klon Terpilih.
Taman Kekal Pengeluaran Makanan.
Pusat Pemerhatian dan Demonstrasi.
Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lekir bermula pada tahun 2001.
Luas fizikal 147.00 hektar dan luas kawasan yang dimajukan ialah 139.65 hektar.
Peruntukan Projek TKPM
|
Tahun |
Amaun (RM) |
|
2001 |
566,000.00 |
|
2002 |
654,045.50 |
|
2003 |
221,399.65 |
|
2004 |
195,600.00 |
|
2005 |
264,000.00 |
|
2006 |
1,000,000.00 |
|
2007 |
140,000.00 |
|
JUMLAH |
3,040,445.15 |
Komoditi utama ialah tanaman mangga, sayuran dan tembikai.
Sistem tanaman adalah terbuka manakala fertigasi (0.8 hektar).
Bilangan peserta adalah seramai 25 orang. Keluaran RMK
9 dianggarkan berjumlah 5,000 tan dan anggaran nilai RMK9
berjumlah RM5,000,000.00. Status keluaran pada tahun 2006
ialah 577.70 tan dan nilai pada tahun tersebut ialah RM388,640.00.
Beruas / Sitiawan
/ Lekir