PENUAIAN HASIL DAN PENGENDALIAN LEPAS TUAI
 

  • Kaedah Penuaian Hasil

    Pokok padi akan mula mengeluarkan bunga apabila berumur 80-85 hari selepas ditabur atau 90-95 hari selepas tabur semaian dan buah akan masak 30-40 hari selepas peringkat berbunga.  Air di dalam sawah hendaklah dibuang secara beransur-ansur apabila buah padi mula menguning dan sawah dikeringkan 14 hari sebelum padi masak iaitu mencapai kematangan 80% masak.  Bagi kebanyakan varieti, penuaian boleh dilakukan kira-kira 30-40 hari selepas padi terbit.  Penuaian buah padi yang terlalu masak atau 100% masak akan meningkatkan peratus kehilangan hasil akibat buah mudah relai semasa menuai.

    Penuaian hasil boleh dibuat secara manual dan secara mekanikal.  Cara manual ialah menggunakan sabit atau pisau penuai dan cara ini sungguh membebankan dan hanya dipraktikkan di kawasan bermasalah seperti di kawasan yang dalam dan tidak boleh dikeringkan, di kawasan yang kecil serta tidak mempunyai khidmat jentuai.

    Bagi cara manual, padi perlu dibanting atau direlaikan dalam tong selepas disabit.  Proses merelai padi boleh dipercepatkan dengan mengguna perelai mekanikal.  Pada masa kini, penuaian padi dilakukan dengan menggunakan jentuai (hasil dituai dan dibersihkan sekaligus).  Lazimnya apabila padi lembab, tahap penuaian rendah dan kehilangan bijirin meningkat.  Dengan itu penuaian dengan jentuai biasanya dilakukan apabila pokok padi dalam keadaan kering.
     

  • Pengendalian Lepas Tuai

    Penggunaan guni untuk mengisi padi yang dituai masih diamalkan di kebanyakan tempat.  Cara ini memerlukan banyak tenaga kerja untuk mengisi padi dalam guni dan mengangkut.  Sistem pukal dapat mempercepatkan kerja-kerja pengendalian dan penjualan ke pusat-pusat pembelian padi.  Padi yang telah dituai terus diisi ke dalam lori untuk dibawa ke kilang.  Ia hanya dapat dilakukan sekiranya kawasan sawah mempunyai jalan ladang yang baik.  Kos penuaian dan pengangkutan ke pusat pembelian dapat dikurangkan bagi penuaian menggunakan sistem pukal.  Kaedah ini membolehkan hasil padi dihantar ke kilang dengan lebih cepat.

    Kandungan air di dalam buah padi semasa dituai ialah kira-kira 20-24%.  Didapati bahawa hasil tuaian luar musim adalah lebih basah dari hasil tuaian musim utama.  Buah padi yang baru dituai perlu sampai di kilang untuk pengeringan dalam masa 24 jam, dan sekiranya ini tidak dapat dilaksanakan, maka pengeringan sementara perlu dilbuat.  Kandungan air perlu dikurangkan ke 14% dengan cara menjemur atau dengan menggunakan mesin pengering.

[ke Halaman Padi]     [ke Halaman Utama]


Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
08 July 2009 10:22:51 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.