Bagi menjamin
buang pisang yang berkualiti tinggi, pengendalian betul dan baik hendaklah
dilaksanakan. Pengendalian yang perlu diambil perhatian meliputi segala
aktiviti lepas tuai bermula daripada penuaian, perawatan, penimbangan dan
lain-lain disamping penjagaan yang sempurna semasa di ladang. Buah pisang
yang berkualiti tinggi akan menjamin harga yang baik pasarannya.
Sebaik sahaja buah
pisang dituai atau dipotong tandannya ianya hendaklah diletakkan dengan cara
menegak yang mana bahagian pangkal tandan yang baru dipotong hendaklah
didudukkan di sebelah bawah atau ke tanah bagi mengelakkan getah-getah yang
keluar daripada meleleh dan terkena kepada buah pisang dan seterusnya
merosakkannya. Pisang berkenaan bolehlah diletakkan dengan disandarkan ke
perdu pokok dan dilapik dengan daun-daun pisang dan pastikan ianya tidak
terbalik. Pastikan pisang-pisang tadi diletakkan di tempat yang teduh.
Bagi pisang yang telah sedia dibungkus atau dibalut adalah dicadangkan supaya
pembungkus atau pembalut berkenaan tidak dibuang atau dikoyak kerana ianya boleh
menahan buah pisang daripada terkena getah, kotoran atau tercalar dan juga
cahaya panas matahari.
Adalah lebih
baik jika pangkal tandan yang dipotong dibalutkan dengan plastik bagi
mengelakkan getah pisang terkena buah-buah dan ini boleh merosakkan
kualitinya. Cara pembalutan tandan ini adalah perlu terutama bagi
pisang-pisang yang akan disusun atau diangkut secara banyak ke
pusat-pengendalian atau ke pasaran terus.
Adalah
didapati bahawa pangkal tandan pisang yang panjang kira-kira 30 cm yang
ditinggalkan semasa memotong/menuai pisang, adalah berguna untuk mengelak
buah-buah pisang daripada terkena getah atau jenis-jenis penyakit tertentu
akibat pemburukan ke atas tandan atau sikat-sikat pisang. Ianya juga
berguna untuk kerja-kerja angkat mengangkat buah pisang bagi pengendalian
seterusnya.
Kerja-kerja Angkat Letak
Setiap kerja yang
melibatkan angkat letak buah-buah pisang hendaklah dilakukan dengan penuh
berhati-hati dan dengan cara yang betul agar buah-buah berkenaan tidak rosak dan
dapat menjamin kualiti yang baik. Cara mengangkat pisang yang betul ialah dengan
menjinjing tandannya dan bukan memegang buah-buahnya. Jika kerja-kerja
pengangkutan ke pusat-pusat pengumpulan ladang memerlukan penggunaan kereta
sorong atau motosikal, buah-buah pisang hendaklah dilapik dengan suatu alas yang
boleh menahan buah-buah pisang daripada tercedera atau rosak. Bagi tujuan
tersebut adalah dicadangkan digunakan alas sponge dan jika bakul digunakan bagi
pengangkutan di dalamnya hendaklah dialas dengan lapisan sponge. Juga
setiap lapis pisang yang disusun di dalam bakul tersebut hendaklah dilapik
dengan sponge juga.
Sekiranya ladang
yang diusahakan luas dan mempunyai modal adalah disyorkan sistem pengangkutan
kabel digunakan sebagaimana telah dilaksanakan di ladang-ladang pisang di
negara-negara pengeluar utama. Dengan cara menggunakan sistem kabel ini
buah-buah pisang yang telah dituai dapat dibawa terus ke pusat-pusat pengumpulan
atau pusat-pusat pembungkusan dengan tidak melibatkan kerja-kerja angkat letak
yang banyak dan ini dapat mengelakkan daripada berlaku kecederaan atau kerosakan
terhadap buah-buah pisang berkenaan.
Menimbang
Bagi tujuan
pasaran dalam negeri biasanya penimbangan buah-buah pisang dibuat terus di
peringkat ladang atau di pusat-pusat pengumpulan. Biasanya pengendalian
yang dipraktikkan mengakibatkan kecederaan kepada buah-buah pisang berkenaan di
mana buah-buah pisang ditimbangkan secara bertindih-tindih bagi menjimatkan masa
dan tenaga. Cara menimbang yang boleh mengurangkan kecederaan ialah dengan
memasukkan pisang-pisang berkenaan ke dalam bakul yang telah dialas dengan
sponge, atau jika menggunakan alat penimbang sangkut pangkal tandan pisang
hendaklah disangkut di penyangkut berkenaan.
Membasuh / Merawat Buah
Sesampainya pisang
di pusat-pusat pengumpulan, buah-buah tersebut disyorkan diletak di atas alas
sponge dan boleh digred mengikut kehendak pengguna atau kesesuaian pasaran
samada untuk pasar luar negeri atau tempatan. Kerja-kerja menyisir pisang
bolehlah dilakukan di pusat-pusat tersebut dan ianya dilakukan dengan
berhati-hati dan pastikan pisau yang digunakan itu sesuai dan bermata tajam.
Kerja-kerja menyisir pisang ini hendaklah dilakukan di atas tempat yang telah
dialas dengan sponge untuk menjaga buah-buah pisang daripada rosak.
Selepas disisir,
trim dan gred buah-buah pisang dan basuh dengan air biasa supaya segala
kekotoran dan pucuk-pucuk bunga yang kering ditanggalkan dan buah-buah pisang
menjadi betul-betul bersih. Selepas itu buah-buah tersebut hendaklah
direndam sekejap selama 4-20 minit di dalam air tahan kulat (air yang telah
dicampur dengan Benomyl) di mana sukatan campurannya ialah:-
Membasuh /
Merawat Buah
Benomyl
(gm)
Sukatan Air (liter)
Sesampainya
pisang di pusat-pusat pengumpulan, buah-buah tersebut disyorkan diletak di
atas alas sponge dan boleh digred mengikut kehendak pengguna atau
kesesuaian pasaran samada untuk pasar luar negeri atau tempatan.
Kerja-kerja menyisir pisang bolehlah dilakukan di pusat-pusat tersebut dan
ianya dilakukan dengan berhati-hati dan pastikan pisau yang digunakan itu
sesuai dan bermata tajam. Kerja-kerja menyisir pisang ini hendaklah
dilakukan di atas tempat yang telah dialas dengan sponge untuk menjaga
buah-buah pisang daripada rosak.
Selepas
disisir, trim dan gred buah-buah pisang dan basuh dengan air biasa supaya
segala kekotoran dan pucuk-pucuk bunga yang kering ditanggalkan dan
buah-buah pisang menjadi betul-betul bersih. Selepas itu buah-buah
tersebut hendaklah direndam sekejap selama 4-20 minit di dalam air tahan
kulat (air yang telah dicampur dengan Benomyl) di mana sukatan campurannya
seperti di tertera di sebelah.
0.5
2.5
5.0
10.0
25.0
50.0
250.0
1
5
10
20
50
100
500
Pengeringan
Selepas dibasuh
dan dirawat, buah-buah pisang hendaklah dikeringkan samada dengan menggunakan
kipas atau dibiarkan kering sendiri dengan meletakkannya di atas rak-rank dan
terlindung daripada cahaya matahari. Kerja-kerja menggred boleh dilakukan
semasa membasuh atau selepas pidang dikeringkan. Buah-buah pisang yang
telah kering dan digred bolehlah dibungkus dan dihantar ke pasaran atau
dimasukkan ke bilik pemeraman.
Pembungkusan
Merupakan satu
kaedah untuk menjaga mutu pisang dan membantu memperbaiki kaedah persembahan
jualan dan seterusnya meninggikan kualiti pisang samada di pasaran tempatan atau
luar negeri.
Pasaran
Tempatan
Bagi tujuan pasaran runcit adalah dicadangkan pisang yang telah disisir dan
dibungkus, dipamerkan di tempat-tempat jualan dengan baik dan tersusun.
Ini dapat mengelakkan pisang tersebut daripada tercedera akibat bergesel
antara satu sama lain dan juga menarik perhatian pelanggan-pelanggan.
Pisang dibungkus dengan plastik polietilena dan dilapik dengan polyster dimana
jumlah tiap-tiap bungkusan menandungi beberapa biji pisang.
Pasaran Luar
Negeri (eksport)
Pisang hendaklah bersih daripada kotoran samada serangga atau bunga-bunga
pisang yang telah kering dan lain-lain. Sebaik mungkin pisang tersebut
hendaklah dibasuh dengan air biasa dan telah direndam dengan benomyl.
Pisang yang telah kering dan bersih hendaklah disusun di dalam kotak yang
teguh dan dilapik telus udara. Kotak-kotak ini hendaklah yang tidak
mudah rosak dan mempunyai ruang udara dan biasanya dibuat daripada "Corrugated
Fibre Board" dan saiznya bergantung kepada kehendak pasaran.
Jika destinasi pisang adalah jauh, adalah perlu dipastikan pisang tidak masak
di perjalanan dengan menggunakan cara pengubahsuaian atmosfera yang
membolehkan proses kemasakan pisang dilewatkan. Masukkan ke dalam
plastik yang tidak telus udara dan masukkan sebungkus "clean pack" untuk
membantu menyerap gas etilina yang dikeluarkan oleh buah. Oksijen
dikeluarkan daripada plastik dengan menggunakan penyedut udara. Selepas
itu karung plastik hendaklah diikat dengan kemas supaya tidak dimasuki udara.
Penyimpanan / Pemeraman
Pisang yang
diterima dari ladang biasanya akan dikumpulkan di pusat-pusat pengumpulan.
Pastikan setor mempunyai dinding dan hendaklah dibersihkan dan sebaik-baiknya
hendaklah difumigasikan sebelum penyimpanan dilakukan. Pastikan pisang
diletakkan samada di atas rak yang berlapik dengan sponge di dalam kotak dan
disusun dengan baik.
Pengangkutan dan Pasaran
Sekiranya ladang
luas, lori treller adalah dicadangkan digunakan untuk mengangkut pisang ke
pusat-pusat pengumpulan. Pengangkutan dengan kabel telah digunakan dengan
meluasnya lebih-lebih lagi di ladang-ladang yang besar. Lori biasa dan lori
sejuk boleh digunakan untuk mengangkut pisang. Bagi pengangkutan lori
biasa hendaklah mempunyai ruang legar masuk udara yang cukup. Bagi tujuan
ekport, kesejukan container hendaklah dikawal pada suhu 14-15 darjah Celsius.
PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
08 July 2009 10:24:30 PM