PERMOHONAN LESEN MENJUAL/MENYIMPAN
RACUN MAKHLUK PEROSAK

 


SYARAT-SYARAT BAGI LESEN MENJUAL DAN LESEN MENYIMPAN RACUN MAKHLUK PEROSAK
 

1.  Syarat-syarat Lesen Menjual Racun Makhluk Perosak bagi Premis
    di mana Racun Makhluk Perosak tidak dipamer atau disimpan

  • Racun makhluk perosak tidak boleh dipamerkan atau disimpan di premis tersebut.
     

  • Racun makhluk perosak tidak boleh dijual kepada orang di  bawah umur 18 tahun. Untuk maksud ini satu papantanda dengan kenyataan “RACUN MAKHLUK PEROSAK TIDAK BOLEH DIJUAL KEPADA  ORANG DI BAWAH UMUR 18 TAHUN” mestilah dipamerkan dengan  jelas di premis tersebut.
     

  • Kuantiti racun makhluk perosak seperti: paraquat, monocrotophos, calcium cyanide, hydrogen cyanide, methyl bromide, aluminium  phosphide, zinc phosphide dan magnesium phosphide yang dijual atau dilupus mestilah direkod menggunakan format LRMP-B1.
     

  • Syarat-syarat lain yang difikirkan sesuai oleh Pegawai Pelesen Racun Makhluk Perosak.

2. Syarat-syarat Lesen Menjual Racun Makhluk Perosak bagi Premis
    di mana Racun Makhluk Perosak dipamer dan/atau disimpan

  • Racun-racun makhluk perosak berikut: paraquat, monocrotophos, calcium cyanide, hydrogen cyanide, methyl bromide, aluminium  phosphide, zinc phosphide dan magnesium phosphide hendaklah diasingkan daripada racun-racun perosak yang lain serta disimpan  berkunci.
     

  • Kuantiti racun makhluk perosak tersebut di atas yang dijual atau dilupuskan mestilah direkod menggunakan format  LRMP-B1.
     

  • Racun makhluk perosak tidak boleh dijual atau disimpan di  premis di mana makanan, minuman atau ubat-ubatan untuk kegunaan manusia atau haiwan juga dijual atau disimpan kecuali terdapat satu sekatan kekal yang mengasingkan racun makhluk perosak daripada bahan-bahan tersebut. Sekatan kekal tersebut mestilah
    sekurang-sekurangnya setinggi 3 meter atau sehingga paras siling, mengikut mana yang lebih rendah. Sebagai alternatif, racun makhluk perosak juga boleh disimpan dalam almari yang berkunci dan tidak mempunyai bahan-bahan lain.
     

  • Racun makhluk perosak hanya boleh dijual di dalam bekas asalnya  sahaja dan tidak boleh dijual jika bekas tersebut retak, berkarat, rosak atau sekiranya label asal terkoyak atau tidak boleh dibaca.
     

  • Racun makhluk perosak tidak boleh dijual kepada orang di bawah umur 18 tahun. Untuk maksud ini satu papantanda dengan kenyataan  “RACUN MAKHLUK PEROSAK TIDAK BOLEH DIJUAL KEPADA ORANG DI  BAWAH UMUR 18 TAHUN” mestilah dipamerkan dengan jelas di premis  tersebut.
     

  • Alat pemadam api sebagaimana yang diluluskan oleh pihak bomba tempatan perlu disediakan di premis di mana racun makhluk  perosak dijual atau disimpan.
     

  • Satu papantanda yang bertulis dengan perkataan “MERBAHAYA RACUN MAKHLUK PEROSAK” mestilah dipamerkan dengan jelas pada premis tersebut. Latarbelakang papantanda mestilah berwarna putih manakala tulisan berwarana merah tua. Perkataan-perkataan ini mestilah berukuran sekurang-kurangnya 5cm tinggi. Simbol  tengkorak serta tulang bersilang berwarna hitam berukuran sekurang-kurangnya 10cm tinggi mesti juga disertakan pada
    papantanda ini.
     

  • Jika mempunyai stor ianya mesti dikunci dan satu papantanda dengan kenyataan ”AWAS STOR RACUN MAKHLUK PEROSAK - DILARANG MAKAN, MINUM DAN MEROKOK” mestilah dipamerkan dengan jelas di pintu masuk stor tersebut. Latarbelakang papantanda mestilah berwarna putih manakala tulisan berwarna merah tua. Perkataan-perkataan ini mestilah berukuran sekurang-kurangnya 5 cm tinggi. Simbol tengkorak serta tulang bersilang berwarna hitam berukuran sekurang-kurangnya 10cm tinggi mesti juga disertakan pada papantanda ini.
     

  • perkataan ini mestilah berukuran sekurang-kurangnya 5 cm tinggi. Simbol tengkorak serta tulang bersilang berwarna hitam  berukuran sekurang-kurangnya 10cm tinggi mesti juga disertakan pada papantanda ini.
     

  • Premis tersebut mestilah mempunyai kemudahan-kemudahan asas bagi tujuan pembersihan tumpahan racun makhluk perosak seperti baldi yang mengandungi pasir, baldi kosong, pencedok pasir serta bekalan air yang mencukupi.
     

  • Syarat-syarat lain yang difikirkan sesuai oleh Pegawai Pelesen  Racun Makhluk Perosak.

   

3.  Syarat-syarat bagi Lesen Menyimpan Racun Makhluk Perosak.

  • Urusniaga tidak dibenarkan di premis yang diberikan Lesen  Menyimpan Racun Makhluk Perosak.
     

  • Racun-racun makhluk perosak berikut: paraquat, monocrotophos, calcium cyanide, hydrogen cyanide, methyl bromide, aluminium  phosphide, zinc phosphide dan magnesium phosphide hendaklah  diasingkan daripada racun-racun makhluk perosak yang lain serta disimpan berkunci
     

  • Kuantiti racun makhluk perosak tersebut di atas yang dijual atau dilupuskan mestilah direkod menggunakan format LRMP-B1.
     

  • Racun makhluk perosak tidak boleh dijual atau disimpan di  premis di mana makanan, minuman atau ubat-ubatan untuk kegunaan manusia atau haiwan juga dijual atau disimpan kecuali terdapat satu sekatan kekal yang mengasingkan racun makhluk perosak daripada bahan-bahan tersebut. Sekatan kekal tersebut mestilah sekurang-kurangnya setinggi 3 meter atau sehingga paras siling. mengikut mana yang lebih rendah. Sebagai alternatif, racun
    makhluk perosak juga boleh disimpan dalam almari yang berkunci dan tidak mempunyai bahan-bahan lain.
     

  • Alat pemadam api sebagaimana yang diluluskan oleh pihak Bomba tempatan perlu disediakan di premis di mana racun makhluk perosak dijual atau disimpan.
     

  • Stor mestilah dikunci dan satu papantanda dengan kenyataan  “AWAS STOR RACUN MAKHLUK PEROSAK - DILARANG MAKAN, MINUM DAN MEROKOK” mestilah dipamerkan di pintu masuk stor tersebut. Latarbelakang papantanda mestilah berwarna putih manakala  tulisan berwarna merah tua. Perkataan-perkataan ini mestilah
    berukuran sekurang-kurangnya 5 cm tinggi. Simbol tengkorak serta tulang bersilang berwarna hitam berukuran sekurang- kurangnya 10 cm tinggi mesti juga disertakan pada papantanda ini.
     

  • Premis tersebut mestilah mempunyai kemudahan-kemudahan asas bagi tujuan pembersihan tumpahan racun makhluk perosak seperti baldi yang mengandungi pasir, baldi kosong, pencedok pasir serta bekalan air yang mencukupi.
     

  • Syarat-syarat lain yang difikirkan sesuai oleh Pegawai Pelesen  Racun Makhluk Perosak.

 

Lesen Pengendali Kawalan Perosak

  1. Seseorang yang mempunyai, mengendalikan atau menguruskan suatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak yang terlibat dalam menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas harta orang lain bagi upah, hendaklah memiliki suatu lesen pengendali kawalan makhluk perosak yang dikeluarkan oleh Lembaga.
     

  2. Permohonan untuk Lesen Pengendali Kawalan Racun Perosak hendaklah dibuat secara bertulis kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak dan disertakan dengan fi permohonan sebanyak RM400.00.
     

  3. Lesen Pengendali Kawalan Racun Perosak tidak boleh dipindahkan miliknya dan dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

  1. Melainkan jika dibatalkan atau digantung telebih dahulu, lesen ini adalah sah selama tempoh dua tahun dari tarikh lesen dikeluarkan.
     

  2. Lesen ini hendaklah dipamerkan pada sepanjang masa di premis yang dinyatakan dalam lesen ini.
     

  3. Tiada seorang pun boleh menjalankan suatu syarikat/perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak selain di premis yang dinyatakan dalam lesen ini.
     

  4. Lembaga tidak akan mengeluarkan Lesen Pengendali Kawalan Racun Perosak sehingga pemohon, atau seorang pemakai racun makhluk perosak yang bekerja di bawahnya, yang menjalankan atau menyelia penjalanan pengendalian kawalan makhluk perosak di atas harta orang lain bagi upah, ialah pemakai racun makhluk perosak berlesen.
     

  5. Pemegang lesen hendaklah memohon kepada Lembaga berkenaan dengan apa-apa pertukaran dalam alamat bagi syarikat/perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak itu sekurang-kurangnya 10 hari sebelum pertukaran itu, disertakan dengan satu salinan Lesen untuk Menjual dan Menyimpan untuk Penjualan Racun Makhluk Perosak yang dikeluarkan oleh Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak dan, dalam hal perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak, lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan bagi premis yang baru.
     

  6. Pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perubahan mengenai pemakai racun makhluk perosak berlesen yang bekerja di bawahnya dalam tempoh 10 hari daripada perubahan itu.
     

  7. Lembaga Racun Makhluk Perosak boleh, sebagai tambahan kepada syarat-syarat di atas, mengenakan apa-apa syarat yang lain yang difikirkannya perlu.

 Download borang bermohonan bagi lesen menjual / lesen menyimpan untuk jualan racun makhluk perosak

 
 [ke Laman Utama]

 


Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
08 July 2009 10:25:36 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.