MENANAM LOBAK PUTIH

 

Nama Botani
Famili
:  Raphanus Sativus
:  Cruciferae


Merupakan salah satu sayuran jenis umbisi yang kaya dengan zat makanan.  Berasal dari Eropah, ia boleh ditanam di tanah tinggi atau tanah rendah. Pokok lobak putih hampir menyerupai pokok sawi bunga tetapi batangnya lebih pendek dan tepi daunnya berombak-ombak.  Pokok ini ditanam untuk mendapatkan isi akar tunjangnya iaitu lobak warna putih.  Bunga berwarna putih keunguan.  Ubinya berkeadaan bulat panjang dan berukuran lebih 20 cm.

Varieti

Terdapat dua jenis yang biasa ditanam, iaitu Jenis Cina dan Jenis Ming Ho.  Jenis Cina ditanam di tanah tinggi manakala jenis Ming Ho adalah jenis hibrid untuk tanah pamah, berumur pendek, umbisi besar, tempoh kutip hasil 45 hari selepas ditanam, panjang umbisi 25 cm dan kulit dan isinya halus.

Iklim dan Tanah

Lobak putih tumbuh sumber di kawasan beriklim lembap dan sederhana sejuk pada altitud tinggi. Ia telah dapat menyesuaikan diri untuk hidup di kawasan panas.  Ia memerlukan hujan yang banyak dan cuaca yang panas.  Lobak putih boleh ditanam di pelbagai jenis tanah, daripada gambut hingga ke liat peroi ringan.  Tanah gembur yang kaya dengan organan, mempunyai saliran yang baik dan pH 5.5-6.5 adalah paling sesuai.

Penyediaan Tanah

Kawasan yang telah dibersihkan dibajak dan digembur sedalam 20-25 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar dan ubi.  Kemudian batas berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.  Baja organan sebanyak 6 kg/batas (4 tan/hektar) digaulkan dengan tanah di atas batas sebelum menanam.

Menanam

Lobak putih dibiakkan dengan biji benih yang ditanama terus ke atas batas.  Sebelum menanam, biji benih direndam dalam air selama 4-5 jam dan dirawat dengan racun kulat seperti Thiram.  Sebanyak 1.5 kg biji benih diperlukan untuk seluas satu hektar.  Biji benih ditabur ke atas batas dalam alur yang dibuat melintangi batas dan ditumbuskan dengan tanah.  Jarak antara alur adalah 25 cm.  Apabila biji benih bercambah 3 minggu selepas menanam, penjarangan dibuat mengikut jarak tanaman yang disyorkan iaitu 25 cm x 10 cm.

Pembajaan

Kadar pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Batas Kadar/Hektar
1
2
3
4
Sebelum menanam
1 minggu selepas mengubah
3 minggu
5 minggu
Baja organan
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
6 kg
0.3 kg
0.4 kg
04. kg
4 tan
200 kg
250 kg
250 kg

Jenis tanaman:
Jarak tanaman yang disyorkan ialah 15 cm antara pokok dan 20 cm antara baris.

Pengairan:
Lobak putih perlu disiram sebanyak 1-2 kali sehari, sekiranya tiada hujan, secara manual atau sistem pengairan renjis.

Kawasan rumpai:
Guna racun Alachlor atau Atrazine pada kadar 4 liter/hektar.  Kemudian kawalan rumpai dilakukan secara manual sebanyak 2 kali sepanjang umur pokok.  Racun paraquat boleh digunakan di keliling batas dan parit.

Kawalan Serangga / Penyakit:
Perlu dibuat awal-awal lagi dan penyemburan racun harus dihentikan 2 minggu sebelum memungut hasil.  Diantara musuh dan penyakit yang biasa menyerang ialah:-
 

  1. Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon)
    Sembur racun Deltamethrin (Decis) atau Dimethoate (Rogor 40).
     

  2. Kumbang Kutu (Phyllotreta sinuat.a)
    Sembur dengan Diazinon (Rasudin) atau Deltamethrin (Decis).
     

  3. Ulat Pucuk (Hellula undalis)
    Sembur racun Profenofos (Selecron 500 EC).
     

  4. Reput Berair ((Erwinia carotovora)
    Amalkan tanaman giliran.  Cabut dan musnahkan pokok yang berpenyakit.
     

  5. Antraknos (Colletotrichum capsici)
    Musnahkan pokok berpenyakit.  Gunakan biji benih yang sihat.  Amalkan tanaman giliran, kawalan rumpai dan saliran yang baik.  Sembur racun Copper oxychloride.

 

 


Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
08 July 2009 10:27:04 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.