|
PENYAKIT MATI
ROSOT BETIK
(PAPAYA DIEBACK DISEASE)
|
Penyebab Penyakit |
Bakteria |
|
Dikesan |
November 2003 |
|
Taburan |
Johor, Melaka dan
Perak |
|
Varieti Diserang |
Eksostika, Sekaki,
Solo, Hong Kong |
|
Keluasan Diserang |
806 hektar (65%
dari kawasan yang dibanci) |
|
Anggaran Kerugian |
RM30 juta |
Berikut merupakan tanda-tanda / simptom penyakit Papaya Dieback dari peringkat awal hingga peringkat serius.
- Daun lecuh basah (water-soaked) pada tepi dan hujung daun. Urat daun dan sepanjang urat daun menjadi nekrotik kehitaman.
- Pucuk lecuh basah (water-soaked) dan nekrotik kehitaman pada bahagian antara pucuk dan pelepah. Pucuk kemudian reput dan terkulai.
- Tompok-tompok hitam pada kulit dan lecuh basah (water-soaked) pada isi buah.
- Pelepah daun lecuh basah (water-soaked) dan nekrotik kehitaman pada bahagian hujung pelepah. Daun akhirnya terkulai.
- Batang lecuh basah (water-soaked)
Antara
langkah-langkah kawalan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
I. SENTIASA LAKSANAKAN
AMALAN PERTANIAN BAIK (GOOD AGRICULTURE PRACTICE)
-
Kawasan Penanaman:
Elakkan menanam tanaman betik di kawasan yang telah mengalami serangan
penyakit Papaya Diebak untuk selama satu tahun.
-
Memusnahkan
Sumber Penyakit Supaya Tidak Menjangkiti Tanaman Betik Yang Sihat:
Pokok betik yang diserang dan pokok-pokok di dalam lingkungan 5-10 meter
diameter dipotong, disembur racun rumpai dan dimusnahkan dengan cara ditanam
atau dibakar. Pagarkan kawasan ini dengan tali dan galikan parit lebih
kurang 0.3 meter (satu kaki) dalam di sekeliling kawasan ini untuk mengelakkan
serangan melalui tanah dan air.
-
Penggunaan
Bahan Tanaman Bebas Penyakit:
Memastikan penggunaan biji benih betik yang diambil dari kawasan bebas penyakit
Papaya Dieback serta elakkan penggunaan mata tunas dari kawasan yang diserang.
-
Pengurusan
Rumpai Yang Baik:
Pengurusan rumpai yang baik dapat memusnahkan perumah-perumah sekunder yang
boleh menjadi sumber jangkitan patogen di ladang.
-
Pencegahan
Penggunaan Baja Tahi Ayam Yang Tidak Reput:
Elakkan dari menggunakan baja tahi ayam yang tidak reput sepenuhnya.
-
Pencegahan
Jangkitan dan Sebaran ke Ladang Betik Lain yang Sihat:
i.
|
Kemasukan kenderaan dan
pelawat ke ladang hendaklah dihadkan dan dikawal rapi bagi mengelakkan
kemungkinan jangkitan penyakit Papaya Dieback dari kawasan lain melalui
tanah yang melekat pada tayar dan kasut. Pergerakan kenderaan dan
manusia adalah antara punca jangkitan dan kemerebakan penyakit dari satu
ladang berpenyakit ke ladang lain yang sihat.
|
ii.
|
Disyorkan ada tapak
pencuci yang mengandungi air dicampur bahan basmi kuman seperti klorox,
dettol dan sebagainya di pintu masuk ladang betik. Ianya bertujuan
untuk mencuci tayar kenderaan dan tapak kasut (pelawat/pengusaha) yang
masuk ke ladang betik.
|
iii.
|
Bersihkan
segala peralatan ladang di dalam larutan klorox 5-10%.
|
iv.
|
Basuh dan
bersihkan bekas dan bakul yang digunakan untuk mengisi buah yang telah
dipungut.
|
II.
PEMANTAUAN PENYAKIT PAPAYA DIEBACK
Pemantauan dan pengawasan yang
rapi dan kerap sentiasa dijalankan di ladang betik sekurang-kurangnya seminggu
sekali untuk pengesanan awal jangkitan penyakit Papaya Dieback. Sekiranya
simptom awal ditemui, pokok betik tersebut hendaklah dicabut dengan segera dan
dimusnahkan.
Pokok betik yang dihinggapi oleh penyakit mati rosot
|