|
TEKNIK MERATA SAWAH DALAM KEADAAN BASAH
Pada masa sekarang amalan merata sawah dilakukan dalam keadaan kering
dengan menggunakan traktor yang dipasang dengan back bucket dan land leveller
serta berpandukan laser beam. Ketidaktentuan cuaca seringkali berlaku dan
ini mendorong sekumpulan Jurutera Bahagian Kejuruteraan Pertanian membangunkan
teknik merata sawah dalam keadaan basah bagi membolehkan kerja-kerja merata
sawah boleh dilaksanakan.
Peralatan
menjayakan teknik merata sawah basah
|
Traktor mini yang sesuai adalah traktor pacuan empat roda yang
mempunyai kuasa 30-40 kuasa kuda dan berat kurang daripada 1200
kg. seperti traktor mini Yanmar, Shibaura dan Kubota.
Traktor ini akan dipasang dengan cage wheel (jenis belimbing atau
yang bersesuaian) bagi kerja-kerja menyisir dan drive harrow.
Tooth harrow ialah alat menyisir yagn berukuran 16 kaki panjang.
Bahagian tengahnya berukuran 12 kaki dan tambahan 2 kaki di kiri
dan kanan. Bahagian tengah boleh dilipatkan ke dalam bagi
memudahkan pengerakan di luar sawah. |

Kerja pembajakan
menggunakan 'Drive Harrow' |
Drive harrow ialah
alat membajak putar untuk menghancurkan ketul-ketulan tanah kepada saiz yang
lebih kecil. Mata pisau yang digunakan ialah saiz C yang mempunyai
kelebaran 2540 mm manakala pam air jenis centrifugal atau flow bersaiz 3-4 inci
diperlukan bagi mengepam air masuk atau keluar sawah.
Teknik Merata
Tindakan pertama yang perlu
dijalankan ialah memotong jerami dan tunggul padi yang masih ada di sawah dengan
parang slasher dan diracun untuk menghancur dan mereputkannya atau dibakar untuk
menghapuskannya. Jerami yang ada boleh juga dikutip dengan mesin pengutip
jerami (bailer). Tanah sawah dibajak dalam keadaan kering atau separuh
basah menggunakan traktor 60 kuasa kuda yang dipasang rotovator dengan trailing
boardnya diangkat. Ketulan tanah pada permukaan yang dihasilkan mestilah
berukuran tidak kurang daripada 3-4 inci.
Air perlu dimasukkan ke lot sawah
sehingga memenuhi 50% permukaan atau sehingga paras 5 cm. Sekiranya paras
air di taliair lebih tinggi daripada permukaan sawah, air boleh dialirkan masuk
secara tarikan graviti. Sekiranya paras air rendah, air perlu dipam masuk
selama 3-4 jam. Seterusnya tanah perlu disisir menggunakan alat sisir (tooth
harrow) yang dipasang pada traktor mini 30-40 kk. Semasa menyisir, tanah
dari kawasan yang lebih tinggi dan tidak ditenggelami air di sisir dan ditarik
ke sawah yang rendah yang ditenggelami air. Arah kerja menyisir perlu
dirancang dengan baik bagi mendapat tanah yang rata. Proses ini perlu
dilakukan secara berterusan sehingga seluruh permukaan tanah petak sawah
ditenggelami air pada paras yang sama. Proses ini mengambil masa 3-4 jam
bagi lot sawah yang mempunyai perbezaan paras permukaan yang kurang daripada 12
inci. Setelah kerja-kerja menyisir selesai, kerja-kerja menghancur ketulan tanah
menggunakan drive harrow yang dipasang pada traktor ini perlu dijalankan dengan
trailing board mesti ditutup. Semasa kerja-kerja menyisir, peralatan yang
dipasang ke traktor mesti diangkat semasa membelok dan traktor hendaklah
berundur pada arah yang lurus selepas membelok dan meneruskan aktiviti menyisir
atau membajak putar. Kaedah ini penting bagi mengelakkan kerosakan pada
lapisan keras tanah oleh tayar traktor dan menutup kesan layar serta memberi
hasil kerja yang kemas. Teknik merata sawah dalam keadaan basah juga boleh
digunakan ke atas tanah sawah yang sebelumnya dirata secara kering tetapi telah
tergendala akibat hujan.
Limitasi Teknik
Merata Tanah Basah
Disyorkan
penyediaan tanah dibuat dalam keadaan kering, walaupun hujan atau takungan air
yang sederhana kerana ini tidak menjejaskan kerja. Kaedah ini memerlukan
sawah dibanjiri dengan air sehingga ke paras 5 cm (2") atau 50% daripada kawasan
lot tersebut untuk memulakan kerja-kerja menyisir.
Jika sawah
didapati ditakung air penuh atau dibanjiri air hujan, peras air perlu
dikurangkan dahulu sebelum memulakan kerja. Kaedah ini tidak sesuai bagi
tanah sawah dengan lapisan keras yang dalam melebihi 40-50 cm. Untuk
mengurangkan masalah soil plasticity dan tanah dari melekat pada tayar traktor
paras air perlu ditinggikan. Keadaan ini hanya sesuai bagi perataan yang
melibatkan lot-lot sawah di mana perbezaan paras tinggi-rendahnya kurng dari 30
cm (1 kaki). Penghapusan tunggul dan jerami tunggul akan timbul dan
mengganggu kerja merata sawah
|