|
NATURAL FARMING
Natural Farming adalah satu kaedah pengeluaran bagi menghasilkan tanaman
organik dengan menggunakan sumber semulajadi termasuk mikroorganisma tempatan,
tumbuhan, haiwan dan faktor di persekitaran. Bahan mentah semulajadi
digunakan untuk menyediakan formulasi baja dan kawalan perosak sebagai sumber
keperluan pokok bagi meningkatkan potensi pengeluaran hasil tanaman.
Pengurusan kaedah ini lebih menjimatkan dengan mengitar semula sumber dari
ladang sedia ada. Natural Farming diperkenalkan oleh Dr. Cho Man
Kyu dari Korea sejak tahun 1960'an. Ia merupakan kaedah alternatif
pertanian semulajadi yang mapan, berkos rendah, mencapai kualiti dan hasil
produk yang tinggi tanpa penggunaan baja kimia sintetik dan racun perosak.
Falsafah / Prinsip
Natural Farming
-
Mesra Alam
Natural Farming ialah pertanian mapan. Semua input pertanian
disediakan secara pereputan, fermentasi dan sisa buangan haiwan.
Penggunaan produk ini dapat memulihkan ekologi dan keadaan tanah yang telah
rosak akibat dari penggunaan kimia, racun rumpai dan kejenteraan.
-
Menghormati
Kehidupan
Natural Farming menghormati kehidupan dan menghindari gangguan dari
pengalaman aktiviti pertanian terhadap hidupan dan alam semulajadi.
Tanaman dan ternakan peliharaan yang diurus secara Natural Farming
mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan penyakit, serangga dan
perubahan cuaca.
-
Kualiti Tinggi
Produk pertanian yang dihasilkan secara rasanya lebih sedap, bebas dari sisa
baki racun dan kimia serta selamat dimakan.
Kaedah Natural
Farming
-
Tanpa racun perosak
-
Tanpa racun rumput
-
Tanpa pembajakan
-
Tanpa baja kimia /
sintetik
-
Teori 'Nutritive Cycle'
Natural Farming
melaksanakan pemeliharaan pokok dan haiwan berpandukan dari teori 'nutritive
cycle'. Teori ini menitikberat setiap perubahan pada peringkat/fasa
pertumbuhan pokok atau haiwan. Pembajaan atau makanan untuk pokok/binatang
diberi dengan tepat mengikut masa, kuantiti yang diperlukan dan jenis yang
sesuai mengikut fasa pertumbuhan tersebut.
Input-input
Natural Farming
-
Indigenous
Mikroorganisma (IMO)
Kumpulan mikrob yang berkuasa khusus digunakan bagi tujuan membaiki keadaan
tanah dan memberi kesuburan kepada pokok.
 |
Penyediaan indegenous mikroorganisma
(IMO 1 - IMO 5) |
-
Baja Natural
Farming
Baja yang disediakan melalui proses fermentasi dari tumbuhan hijau seperti
sayur-sayuran, buah-buahan, sisa buangan haiwan seperti tulang lembu dan kulit
telur. Gula merah atau molases digunakan didalam proses fermentasi
tersebut.
Formulasi baja dari tumbuhan hijau seperti kangkung, batang pisang dan lain-lain
jenis sayur dinamakan Fermented Plant Juice (FPJ). Fermented Plant
Juice (FPJ) disediakan dari buah-buahan seperti betik, nenas dan pisang,
Phosphate calcium (PCa) dari tulang haiwan, Calcium phosphate (CaP)
dari kulit telur, Fish Amino Acid (FAA) dari ikan dan Oriental Herbal
Nutrient (OHN) pula disediakan dari bawang putih atau halia atau kulit kayu
manis.
|