Organisasi
 

 

Latarbelakang / Visi  / Misi  / Wawasan / Matlamat / Fungsi / Objektif / Carta Perjawatan /
Piagam Pelanggan / Perkhidmatan / Program & Aktiviti /   Statistiks / Pegawai dan Staf / Pentadbiran di Peringkat Kawasan / Pusat Latihan (PLP) Lekir / Peta-peta Lokasi
(Sila klik pada tajuk-tajuk di atas)
 

 
Kompleks pentadbiran daerah Manjung


LATAR BELAKANG DAERAH

Lokasi:

Daerah Manjung merupakan salah satu daripada sembilan daerah di Negeri Perak Darul Ridzuan. Ia bersempadan dengan Daerah Larut Matang dan Selama dan Daerah Kuala Kangsar di sebelah utara, bersempadan dengan Daerah Hilir Perak di sebelah selatan dan bersempadan dengan Selat Melaka di sebelah barat. Jarak dari Ipoh ke Lumut ialah 80 kilometer, dari Kuala Lumpur 200 kilometer dan Pulau Pinang 180 kilometer. Daerah Manjung mempunyai keluasan seluas 1168.9 kilometer persegi.

Maklumat Asas::

Daerah Manjung telah ditubuhkan pada 1/1/1992.  Luas kawasan ialah 116,800 hektar (1168.06 km. persegi).  Mempunyai lima mukim iaitu:-

  1. Mukim Lekir (13,730 hektar / 137.3 kilometer persegi)

  2. Mukim Sitiawan (33,150 hektar / 331.5 kilometer persegi)

  3. Mukim Lumut (25,120 hektar /251.2 kilometer persegi)

  4. Mukim Beruas (19,160 hektar / 191.6 kilometer persegi)

  5. Mukim Pengkalan Bharu (25,640 hektar / 256.4 kilometer persegi). 

Keluasan Kawasan:

  1. Pengkalan TLDM 17.5 km/per. (1.49%)

  2. Tanah Simpanan Melayu 41,021 hek.(35.12%)

  3. Tanah Simpanan Hutan 6,276 hek (5.37%)

  4. *Luas kawasan Majlis Daerah 301.82 km. persegi @ 20.80% dari keseluruhan Daerah Manjung.

  5. *Kawasan Operasi Majlis 180.47 km. persegi.

  6. *Kawasan Kawalan Majlis 121.35 km. persegi.

    Nota:  *Data laman web MPM 2006

Bandar Lumut telah diisytiharkan sebagai bandar Maritim pada 24 April 2009. (Klik untuk berita selanjutnya...) Daerah Manjung telah menjadi destinasi utama pelancong ke Negeri Perak di mana Pulau Pangkor dan Teluk Batik telah menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri. Visi pembangunan sektor pelancongan ialah menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung.

SEJARAH PENUBUHAN

Jabatan Pertanian telah ditubuhkan dalam tahun 1905. Tugas utama Jabatan Pertanian pada masa itu adalah untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah digariskan oleh kerajaan. Di bawah panduan Jabatan Pertanian beberapa Enakmen telah diluluskan untuk mempercepatkan pembangunan dan pemeliharaan hak-hak tanah. Ini termasuk yang bersangkutan dengan (1) Pemansuhan buruh berkontrak, (2) Mengkhususkan tanah untuk kaum bumiputra, (3) Penyekatan kemasukan musuh-musuh yang merbahaya, dan (4) Pemberian tanah kurang daripada 10 ekar kepada petani-petani sejati bagi tujuan bertani.

Di dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia (1974), selaras dengan penubuhan kerajaan-kerajaan negeri, peruntukan telah juga dibuat bagi membolehkan penubuhan Jabatan Pertanian Negeri di tiap-tiap negeri. Jabatan Pertanian di setiap negeri telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pengembangan bagi memajukan sektor pekebun kecil.

Di peringkat awalnya, usaha Jabatan pertanian tertumpu hanya kepada penyelidikan tanaman, menyediakan pakar-pakar teknikal kepada pengusaha-pengusaha ladang, dan perkhidmatan pengembangan kepada pekebun-pekebun kecil. Walaupun Jabatan Pertanian bertanggungjawab memajukan semua tanaman ekonomi yang berpotensi, Jabatan juga turut menjalankan aktiviti penting iaitu membangunkan perusahaan getah. Bagaimanapun, menyedari adanya peningkatan permintaan dari industri getah, kerajaan merasakan perlu diletakkan aktiviti penyelidikan getah ini dibawah satu bumbung yang berasingan. Dengan itu Institut Penyelidikan Getah Malaya (RRIM) telah ditubuhkan dalam tahun 1926

LATAR BELAKANG PEJABAT PERTANIAN MANJUNG

Pejabat Pertanian Daerah Manjung telah ditubuhkan dengan fungsi utama pada waktu itu meliputi kerja-kerja pengembangan dan penyelidikan bagi semua jenis tanaman.  Daerah Manjung merupakan dalam zon MFZ 2 (Mixed Fruit Zone) dan sesuai dibangunkan dengan tanaman belimbing, nanas, jambu batu, mangga, betik dan roselle.

Pejabat Pertanian Daerah Manjung (Bahagian Pentadbiran) berpusat di Kompleks Pentadbiran Daerah Manjung, Seri Manjung dan dipecahkan kepada dua (2) kawasan pentadbiran iaitu Pejabat Pentadbiran Kawasan Beruas/Pengkalan Bharu dan Pejabat Pentadbiran Kawasan Sitiawan.  Manakala sebuah Pusat Latihan Pertanian (PLP) Lekir untuk peserta-peserta menjalankan kursus anjuran Jabatan Pertanian bagi daerah Manjung.

...Lokasi Kawasan Pejabat Pertanian

Sejajar dengan hasrat dan matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN 3) segala program dan aktiviti Jabatan Pertanian telah dibentuk bagi memenuhi misi untuk memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian didalam penggunaan teknologi tanaman dan industri hiliran serta perkhidmatan regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran pertanian negara.

Pejabat Pertanian Daerah Manjung disokong oleh perkhidmatan unit teknikal Jabatan Pertanian Persekutuan bagi meningkatkan keberkesanan program dan aktiviti yang dilaksanakan.


VISI JABATAN PERTANIAN

Ke arah industri pertanian yang berdaya saing, produk berkualiti dan selamat dari pengeluaran mesra alam serta berorientasi eksport.


MISI JABATAN PERTANIAN

Memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian di dalam penggunaan teknologi tanaman dan industri hiliran serta khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran serta mempastikan keselamatan sektor pertanian negara.


WAWASAN PEJABAT PERTANIAN

Jabatan Pertanian sebagai organisasi peneraju utama perkhidmatan pengembangan pertanian negara.


MATLAMAT PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG

Matlamat Pembangunan Pertanian Daerah Manjung selaras dengan Dasar Pertanian Negara dan Negeri adalah seperti berikut:-

  • Meningkatkan pendapatan petani daripada RM1,000.00 kepada RM3,000.00 sebulan melalui peningkatan produktiviti bagi setiap unit tanah dengan pemilihan perusahaan menguntungkan, penggunaan teknologi yang efisien, pengurusan bercorak komersil dan mengambilkira pemasaran untuk kegunaan dalaman dan luar negara. 
     

  • Menggalak dan meningkatkan pertumbuhan industri asas tani yang boleh menyumbang ke arah pembangunan ekonomi daerah, negeri dan negara.


FUNGSI

Pejabat Pertanian Daerah Manjung mempunyai 4 fungsi utama iaitu:-

  1. Pentadbiran dan Kewangan
  2. Perancangan dan Pembangunan Komoditi
  3. Pembangunan Sumber Manusia
  4. Pejabat Pertanian Kawasan

Fungsi utama Pejabat Pertanian Daerah telah ditentukan mengikut bahagian-bahagian dibawah Struktur Organisasi.

Pengurusan Pentadbiran dan Perkhidmatan:

  • Mengurus perlantikan baru
  • Mengurus pertukaran masuk
  • Mengurus pengesahan dalam jawatan
  • Mengurus perlanjutan tempoh percubaan
  • Kemasukan ke dalam jawatan berpencen
  • Mengurus rayuan penyelarasan gaji
  • Mengurus pemangkuan jawatan
  • Melaksanakan keputusan kenaikan pangkat
  • Mengurus pertukaran keluar
  • Menyediakan laporan penilaian prestasi tahunan
  • Mengurus tindakan tatatertib
  • Menyediakan kenyataan perkhidmatan
  • Menyedia penyata perjawatan bulanan / suku tahun
  • Mengurus persaraan dan cuti
  • Pendaftaran fail terbuka dan fail sulit
  • Kad perakam waktu / kedatangan

Pengurusan Kewangan

  • Mengurus kewangan
  • Pembayaran
  • Penerimaan hasil
  • Tender / Sebutharga

Pengurusan Stor

  • Perolehan barang-barang
  • Perakaunan dan perakui bil / pesanan kerajaan untuk diproses pembayarannya
  • Peranan pihak stor dalam urusan pemverifikasi stok
  • Pengurusan barangan tak luak (harta modal & inventori)
  • Peranan stor dalam pelupusan barang-barang
  • Surat menyurat dan taip-menaip surat bersabit dengan kerja-kerja urusan stor
  • Menyedia dan menyiapkan borang tempahan hantaran barang-barang untuk mengeluarkan barang-barang
  • Pemakaian kad kawalan stok
  • Menyiapkan laporan barangan stor dan lain-lain laporan yang berkaitan
  • Penyimpanan barang-barang

  • Pengeluaran dan penghantaran barang-barang

Carta Fungsi

Carta fungsi adalah dalam format pdf.  Sila klik di sini 


OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang pertanian khususnya tanaman makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara.

  • Membimbing dan mengujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.

  • Mengwujudkan kumpulan tenaga yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian.

  • Melindungi tanaman-tanaman negara (tanaman industri dan makanan) daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan kuarantin.

  • Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.

  • Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada dibawa keluar negara dan kerancam pupus.



CARTA PERJAWATAN

  Sila klik untuk capaian ke carta perjawatan !
 


PIAGAM PELANGGAN

ialah memberi perkhidmatan berkualiti:

  • Khidmat nasihat teknikal pertanian (agronomi, pengurusan tanah, perlindungan tanaman dan kejuruteraan) bagi semua tanaman kecuali getah.

  • Pembekalan benih tanaman bermutu mengikut jadual dan amaun yang ditetapkan.

  • Khidmat dan nasihat mengenai peraturan import dan eksport tumbuh-tumbuhan dan produk tumbuhan dan mengeluarkan sijil/permit/esen berkaitan serta menyediakan khidmat nasihat teknologi rawatan dan kuarantin lepas masuk mengikut Peraturan Akta Kuanrantin 1976.

  • Khidmat pendaftaran dan pengeluaran permit import, perlesenan jualan dan penyimpanan untuk jualan, ketulusan iklan dan penyemburan racun perosak mengikut Akta Racun Perosak 1974.

  • Khidmat perundingan daya maju projek pertanian secara pakej.

  • Khidmat nasihat dan bimbingan keusahawanan dan perniagaan berasaskan pertanian.

  • Menjalankan Kursus Sijil Pertanian dan Kursus Pertanian untuk agensi luar dan orang awam.


Khidmat akan disediakan dan disiapkan dalam tempoh masa seperti yang ditetapkan dalam piagam pelanggan Bahagian-bahagian Jabatan Pertanian.


PERKHIDMATAN UTAMA

  • Memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

      Lebih lanjut mengenai perkhidmatan pengembangan Jabatan Pertanian
     
     

  • Menguatkuasa Akta-akta yang menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara dari ancaman perosak dan penyakit luar serta memudahkan perdangan antarabangsa.


Manakala pelbagai perkhidmatan kepakaran ditawarkan seperti berikut:-
 

  1. Khidmat Nasihat Dan Perundingan Pertanian

    a) Kajikan daya maju projek
    b) Kesesuaian tanah dan agroiklim bagi pelbagai tanaman

    c) Pakej teknologi bagi pengeluaran tanaman-tanaman makanan dan industri meliputi:-/span>

        
    - agronomi tanaman dan lepas tuai komoditi pertanian
         - sistem pengairan ladang dan kejenteraan ladang
         - kawalan dan pengurusan perosak dan penyakit tanaman


    d) Pembangunan industri kecil dan sederhana berasaskan pertanian

    e) Pembangunan tapak semaian bagi pengeluaran benih tanaman buah-buahan, koko, kopi, kelapa,
        bunga-bungaan dan tanaman hiasan

    f) Teknologi pembiakan biji benih bagi biji benih padi, sayur-sayuran dan tanaman-tanaman kontan lain.

    g) Pemuliharaan tanah di kawasan pertanian berdasarkan garis panduan pembangunan pertanian
        di kawasan tanah cerun.

    h) Pelancongan dalam pertanian.

       

  2. Latihan Usahawan Tani

    Kursus dan latihan dalam bidang pertanian kepada belia-belia yang berminat dalam bidang pertanian adalah seperti berikut:-

    a) Latihan Sijil Pertanian

        - latihan bagi melahir tenaga mahir pertanian di peringkat operasi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja
          di Sektor Kerajaan dan Swasta
     
        - melahirkan bakal usahawan pertanian terlatih.

    b) Pusat Inkubator Pertanian

        - Memberi latihan kemahiran dan pendedahan operasi pengeluaran pertanian secara komersil selama 8 bulan
           kepada usahawan tani
     
    c) Pusat Bimbingan Usahawan (Pemprosesan Makanan)

         -
    menjalankan kursus teknikal dan hands-on dalam pemprosesan dan pengeluaran produk makanan bermutu
          secara komersil yang menepati amalan pengilangan yang baik (GMP), amalan kebersihan yang baik (GHP)
          selama 8 bulan.

     

  3. Perkhidmatan Persijilan Kualiti

    Memberi khidmat persijilan kualiti ke atas sistem pengeluaran tanaman berkualiti seperti:-

    a) Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)

        - mengiktiraf ladang dan kebun yang mengamalkan amalan pertanian baik yang menghasilkan produk berkualiti,
          selamat dan sesuai untuk dimakan.

    b) Skim Organik Malaysia

        - mengiktiraf ladang dan kebun yang mengusahakan tanaman mengikut piawaian organik negara MS 1529
          dengan mengeluarkan label logo 'Organik Malaysia'.

  4. Khidmat Sokongan Teknikal

    a) Pendaftaran kultivar tanaman buah-buahan
    b) Pengeluaran dan jualan benih tanaman
    c) Pengawasan dan ramalan serangga perosak tanaman
    d) Khidmat diagnostik/nasihat untuk kawalan perosak & penyakit tanaman
    e) Identifikasi spesimen serangga dan rumpai
    f)  Siasatan tanah (separa lengkap dan lengkap) termasuk pengesahan kesesuaian tanah untuk tanaman
    g) Kajian kebolehhakisan tanah dan kajian hidrologi

    h) Pengeluaran dan jualan peta terdiri daripada peta tanah, peta kesesuaian tanah, peta gunatanah (termasuk
        peta gunatanah terkini daripada satellite dan remote sensing bagi projek spesifik) dan peta risiko hakisan tanah

    i)  Perkhidmatan makmal
        - ujian biji benih
        - analisis daun untuk mengesan penyakit virus tanaman
        - analisis daun dan baja untuk unsur-unsur makro/mikro
        - analisis tanah untuk maklumat ciri-ciri fizikal dan kimia
        - analisis air untuk makro,pG,konduktiviti jumlah pepejal larut

    j)  Makanan statistik pertanian
        - perangkaan keluasan tanaman Semenanjung Malaysia
        - perangkaan padi
     

  5. Khidmat Regulatori dan Penguatkuasaan

    a) Akta Racun Makluk Perosak 1974

        - pengeluaran permit import bagi racun perosak untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan
        - pengeluaran lesen premis untuk menjual racun perosak dan penyimpanan racun perosak untuk jualan
        - pendaftaran racun perosak yang diimport dan dikilang untuk jualan
        - kelulusan penyemburan racun perosak melalui udara
        - kelulusan pengiklanan racun perosak

    b) Akta Kuarantin Tumbuhan 1976

        - pengeluaran permit import bagi tumbuh-tumbuhan, produk tumbuhan dan organisasi / mikroorganisma
        - pengeluaran Sijil Fitosanitasi bagi tumbuh-tumbuhan dan komoditi pertanian untuk dieksport
        - kuarantin lepas masuk

    c) Akta Perlindungan Varieti Baru 2004 (Akta 634)

        - memberi perlindungan hak pembiak baka bagi varieti baru tubuhan yang dicipta

        - memberi pengiktirafan dan perlindungan ke atas sumbangan petani, masyarakat setempat dan pribumi
           terhadap pewujudan varieti baru

        - menggalakkan pelaburan pembangunan pembiakan varieti baru

    d) Pengeluaran Lesen Eksport dan Permit

        - Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport(1988):  pengeluaran lesen eksport bagi tumbuh-tumbuhan
        - Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies-spesies Haiwan dan Tumbuhan Liar yang Terancam
          Pupus (CITES)
        - pengeluaran permit CITES bagi tumbuh-tumbuhan liar yang terancam pupus untuk dieksport


    Perkhidmatan Berbayar


PROGRAM DAN AKTIVITI

 

Program utama Jabatan Pertanian:

Jabatan Pertanian memberi fokus kepada beberapa program utama yang akan mentransformasikan sektor pertanian negara.  Program-program ini akan menerima pakai teknologi terkini, berskala besar, mempraktikkan mekanisasi ladang dan mengurus projek-projek pertanian sebagai satu entiti bisnes yang memberi keuntungan kepada pengusaha-pengusaha.  Program-program tersebut ialah:-

Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah:-

PROGRAM UTAMA Pejabat Pertanian Daerah Manjung

Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah:-


Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang akan dipantau dengan perhatian utama :

  1.  Pelaksanaan Program Pengembangan Negeri

    - Maklumat / Profit Pegawai Pengembangan
    - Program Gerak Gempur JKKK
    - Hari Ladang
    - Klinik Pengembangan
    - Penglibatan Pegawai Teknikal dan Aktiviti Pengembangan
    - Pelaksanaan Projek-projek Kelompok
    - Persijilan MS ISO 9001:2000 KPPK
    - Penglibatan Petani Individu dan Kelompok & Persijilan \SALM/ SOM
    - Pusat Kecemerlangan Jabatan
     

  2. Pendaftaran Petani

  3. Bilik Gerakan Negeri
  4. Pelaksanaan Program BOT di Negeri-negeri ( Buah-buah, Sayur-sayuran, Padi, Kelapa )
  5. Pelaksanaan Progam HIP ( High Impact Project )

    - TKPM
    - IAT
    - Ladang Kontrak
     
  6. Pelaksanaan Program Peningkatan Pendapatan Petani
  7. Kemajuan Perbelanjaan Sebutharga / Tender Negeri

Daerah Manjung merupakan dalam zon MFZ 2 (Mixed Fruit Zone) dan sesuai dibangunkan dengan tanaman belimbing, nenas, jambu batu, mangga, betik dan roselle.


STATISTIKS

Lihat statistiks di sini, klik !


PEGAWAI DAN STAF

Kenali kami  di ruangan ini, klik !
 

[ke Halaman Utama]        [ke Belakang] 
 

 


Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
23 June 2011 02:02:01 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
Hakcipta Disember 2007-2011 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini,
sila hubungi webmaster: mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.