PANDUAN MENANAM ABIU
 


PENDAHULUAN

Nama Saintifik :  Pouteria caimito Radik
Famili              :   Sapotaceae

Abiu adalah sejenis tanaman malar hijau yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae.  Ianya berasal dari kawasan tanah rendah Amazon di Brazil dan kini telah tersebar luas di Amerika Selatan dan Amerika Tengah.  Di Sabah tanaman ini telah mula ditanam di Stesen Penyelidikan Pertanian, Tenom pada tahun 1984, sebagai salah satu koleksi janaplasma buah-buahan dari luar negeri yang berpotensi untuk dibangunkan.

Pokok abiu adalah sederhana besar dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 10 meter.  Daunnya tersusun secara berselang, berbentuk sama ada abovat atau eliptik, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar.  Bunganya jenis hermaprodit, berwarna putih dan keluar dari aksil daun sama ada secara tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok.  Buah yang muda berwarna hijau, berbentuk eliptik atau bulat, berkulit licin dan kadangkala mempunyai 'nipple' yang pendek dan mengandungi banyak cairan bergetah.  Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah.  Isinya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk oblong.

Abiu boleh dibiak sama ada melalui biji benih atau secara pembiakan tampang.  Jenis pembiakan tampang yang sesuai dilakukan ialah cantuman biji ataupun cantuman sisi.  Anak pokok yang dibiak cara tampang boleh ditanam ke ladang 4-5 bulan selepas mencantum.  Biji benih abiu haruslah disemai secepat mungkin (1-2 hari) bagi menjamin pertumbuhan yang baik.  Anak pokok dibiak dari biji benih boleh ditanam ke ladang bila mencapai umur 6-8 bulan selepas disemai.  Pokok abiu yang dibiak secara tampang akan mula mengeluarkan buah antara 1-2 tahun dan pokok yang dibiak melalui biji benih mulai berbuah 2-4 tahun selepas ditanam.

Pengutipan Hasil

Pengutipan hasil dilakukan 2 kali setahun iaitu sekitar bulan April dna Ogos apabila buah telah betul-betul matang.  Buah abiu perlu dipetik dengan berhati-hati agar tidak jatuh ke tanah.  Ini adalah untuk mengelakkan buah mudah rosak dan daya ketahannya menjadi rendah.  Harga buah abiu adalah sekitar RM5-RM8/kilogram.

Ruang pasaran bagi buah abiu setakat ini tertumpu di Ipoh, Bidor dan Kuala Lumpur.  Bagi pengguna lebuh raya utara selatan, mereka boleh mendapatkan buah abiu ini di gerai buah-buahan R&R Tapah.  Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui mengenai buah ini dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang atau Encik Liew Hon Tin di talian 012-5182819.

Rantaian Laman

 

 

[ke Ruangan Panduan]    [ke Halaman Utama] 


 

 


Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
26 January 2010 01:33:18 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2010 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.