|
PANDUAN MENANAM BAWANG
Di Malaysia terdapat beberapa jenis
bawang merah yang ditanam iaitu jenis Siam, Indonesia dan India.
KEADAAN TANAH
Tanah yang sesuai bagi bawang merah
ialah tanah yang pengaliran airnya sempurna seperti tanah gembur berpasir atau
tanah pasir peroi yang kaya dengan bahan reputan. Tanah gambut juga
didapati sesuai dan keasidan tanah ialah antara 6.5-7.8. Sekiranya tanah
kurang subur, penambahan baja organan seperti tahi lembu dan sebagainya adalah
disyorkan.
Pengairan yang mencukupi dalam lima
minggu selepas menanam dan kering setelah pokok berumur 8 minggu adalah penting.
Penggunaan sungkupan seperti jerami padi dapat mengekalkan kelembapan dan
mengawal suhu tanah. Kawalan rumpai dibuat pada peringkat awal pertumbuhan
dan semasa penyediaan tanah.
PENANAMAN
-
Menyedia Batas
Di tanah gambut dan gambut halus (muck) yang tidak bertakung air; bawang ditanam
di tanah rata tanpa batas. Bagi tanah-tanah lain dan di kawasan-kawasan
air senang bertakung, batas disediakan setinggi 20-30 cm (8-12 inci) dan 91-122
cm (36-48 inci) lebar. Jarak antara batas selalunya 66-91 cm (26-36 inci)
dan panjang batas bergantung kepada petani sendiri.
-
Menyedia Benih
Bawang jenis India adalah lebih baik dari jenis yang lain (Thailand, Filipina
dan Cina) dari segi pertumbuhan, ketahanan terhadap gejala 'White Tip' (iaitu
kekeringan bahagian hujung daun) dan penghasilan bawang.
Saiz bebawang yang digunakan semasa menanam tidak memberikan kesan yang bererti
ke atas jumlah hasil. Bagi jenis berlabu panjang rencong memerlukan
sebanyak 1210 kg untuk sehektar (8 pikul seekar) manaka jenis bulat pendek,
kadar benih yang diperlukan untuk sehektar ialah sebanyak 1512 kg (10 pikul
seekar). Untuk mendapatkan hasil yang baik, benih hendaklah dipilih dari
labu yang matang, tidak berpenyakit dan telah dikeringkan sekurang-kurangnya 6
minggu selepas dituai.
-
Menanam
Labu-labu bawang untuk dijadikan benih didebu atau dicelup di dalam racun
cendawan sebelum menanam. Benih ditanam dengan menimbus 1/3 bahagian dari
labu benih dengan tanah dan meninggalkan 2/3 bahagian lagi di permukaan tanah.
Jarak tanaman yang diguna ialah 13 x 13 cm (5 x 5 inci).
Amalan memotong di bahagian atas hujung bebawang sebelum menanam tidak
menunjukkan kesan dalam mempercepatkan percambahan, sebaliknya cara ini akan
menggalakkan jangkitan penyakit seperti jangkitan Fusarium. Dengan itu
amalan memotong bahagian atas hujung bebawang sebelum menanam adalah tidak
digalakkan.
Bekalan air yang secukupnya di peringkat awal pertumbuhan bawang mungkin dapat
mengurangkan kejadian penyakit mati pucuk dan reput bebawang. Penggunaan
sungkupan adalah digalakkan di mana kandungan air dan suhu tanah dapat dikawal.
Bagi mengurangkan masalah, penanaman bawang hendaklah dijadualkan mengikut
keadaan cuaca. Kerja-kerja menanam dan peringkat awal pertumbuhan
hendaklah jatuh pada musim hujan dan memungut hasil pada musim kering.
PENJAGAAN
-
Mengawal rumpai
Penggunaan racun pra-cambah (Lasso) selepas menanam adalah digalakkan.
Cara mencabut dengan tangan perlulah dilakukan dari peringkat awal lagi agar
pertumbuhan akar bebawang tidak terjejas.
-
Membaja
Nisbah dan waktu membaja bawang merah yang ditanam di Muar dan Melaka adalah
seperti berikut:-
|
Waktu
Membaja |
Baja campuran terus |
Jumlah
Baja Digunakan |
(kg/ha) |
(lb/ekar) |
(Ka/ha) |
(lb/ekar) |
(lb/ekar) |
|
Semasa menanam |
N
P2O5
K2O |
90
112
135 |
80
100
120 |
664 |
591 |
|
atau
I.C.I. Compound 88 |
989 |
800 |
|
Sebulan selepas
menanam |
N
P2O5
K2O |
67
56
67 |
60
50
60 |
381 |
339 |
|
atau
I.C.I. Compound 55
|
483 |
430 |
MENGAWAL MUSUH DAN PENYAKIT
Musuh
Bagi tanaman bawang merah (Alliaceae) tidak terdapat musuh yang merbahaya tapi untuk
langkah berjaga-jaga, sembur 2 minggu sekali dengan Dipterex kekuatan 0.1% bahan
aktif. Ulat ratus (spodoptera litura) memakan daun secara
berkelompok. Buat giliran tanaman.
Penyakit pokok dan cara kawalannya
-
Hawar
daun / Tumpuk mungu dan cumut
Sembur dengan Maneb (Manzate D) sebanyak 280-560 gm / 898 liter air
sehektar.(4-8 oz / 80 gelen air/ekar).
-
Reput
bebawang
Pastikan saliran air sempurna. Rendam benih dalam racun kulat
sebelum menanam. Jangan lukakan bebawang sebelum dan selepas menuai dan
amalkan tanaman giliran.
-
Tumpuk ungu (Alternaria porri)
Bintik-bintik pada mulanya berwarna kelabu. Bintik akan membesar dan
merekah berwarna ungu. Akhirnya daun menjadi kering dan layu. Rawat
benih dengan racun kulat sebelum menanam. Semburkan dengan thiram, ziram
atau maneb.
-
Pucuk putih (fisiologi)
Hujung daun menjadi putih dan kering. Hasil akan berkurangan.
MEMUNGUT HASIL
Hasil mula dipungut 80-90 hari
selepas menanam. Hasil yang didapati sebanyak 10-13 t/ha (66-85
pikul/ekar) adalah tinggi.
MENGERING DAN
MENYIMPAN
Selain dari cara menjemur di bawah
matahari, bebawang boleh dikeringkan dengan menggantungkan ikatan bebawang ke
atas ampaian tali di dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik.
Cara ini didapati lebih berkesan dan memerlukan tenaga buruh yang kurang serta
kadar pereputan bebawang rendah jika dibandingkan dengan cara menjemur di bawah
matahari.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.
HALANGAN
PENGELUARAN
Bawang merah boleh ditanam dengan
jayanya di kebanyakan tempat di Malaysia. Walau bagaimanapun, masih
terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan sebelum sebarang projek
berekonomi berskala besar dapat dilaksanakan. Antara masalah utama adalah
seperti berikut:-
-
Kos yang tinggi dan ketiadaan biji
bebawang yang bermutu untuk digunakan sebagai bahan tanaman.
-
Jika benih (true seeds) murah
digunakan, amalan-amalan agronomi yang diwujudkan untuk biji bebawang perlu
diubahsuai.
-
Kejadian 'keputihan-hujung' daun
bawang adalah masalah biasa yang tidak menentu dan boleh timbul bila-bila masa
di sepanjang pengeluaran bawang merah tempatan. Bergantung pada peringkat
pembesaran pokok bawang, apabila simptom pertama kelihatan, boleh menyebabkan
sedikit atau kesemua tanaman musnah (tiada hasil langsung).
-
Hujan yang sukar diramal boleh
menyebabkan kehilangan hasil ketika dan selepas penuaian bebawang.
-
Kurangnya maklumat tentang keperluan
penyimpanan bebawang kultivar benih tulen (true seeds).
Penanaman bawang merah di Malaysia
mempunyai potensi yang baik. Kejatuhan nilai ringgit Malaysia menjadikan
bawah merah import mahal dan bawang merah tempatan menjadi lebih kos kompetitif.
Penanaman secara kecil-kecilan perlu dijalankan oleh petani-petani kecil kerana
pendekatan ini mampu mengurangkan kos disamping memberi pulangan yang lebih baik
berdasarkan penjimatan kos oleh sebab penggantian kos tenaga upah kepada kos
tenaga keluarga.
RANTAIAN LAMAN WEB:
Di bawah diturunkan tapak-tapak web
mengenai tanaman bawang. Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah ini:-
|