|
PANDUAN MENANAM BAYAM
Nama Botani : Amaranthus spp.
Famili :
Amaranthaceae
Bayam adalah sejenis sayuran daun yang mengandungi vitamin A, B dan C dan
zat-zat galian seperti kalsium dan besi. Terdapat dua jenis bayam iaitu :-
-
Jenis berwarna hijau. Jenis ini
berdaun lebar dan kadang kala berdaun bujur.
-
Jenis berwarna hijau keunguan dan
kemerahan.
Bayam sesuai ditanam dipelbagai jenis
tanah terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat berpasir. Tanah
yang kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai
kemasaman tanah diantara 5.5 - 6.5 adalah paling sesuai.
Menyedia Batas
Bajak dan gemburkan tanah sebelum
menyediakan batas. Ukuran batas ialah 120 cm lebar, 20-30 cm tinggi dan
760 cm panjang. Jarak antara batas ialah 46 cm. Buat tiga alur kecil
memanjang di permukaan batas.
Menanam
Bayam ditanam terus dengan
menggunakan biji benih. Oleh kerana biji benih bayam berkeadaan halus,
gaulkan biji benih dengan pasir atau tanah peroi sebelum disemai. Kemudian
taburkan sama rata ke dalam alur-alur di atas batas. Selepas 2-3 hari anak
benih akan cambah. Jarakkan mengikut ukuran yang disyorkan ialah 8-10 cm
antara pokok dan 2-3 cm antara barisan. Sebanyak 6-7 kg biji benih
diperlukan untuk 1 hektar.
Bayam boleh juga disemai di dalam
tapak semaian sebelum diubah ke batas. Sebelum menyemai gaulkan biji benih
dengan racun kulat seperti Thiram dengan kadar 3 kg. Thiram dengan 1000 gm biji
benih untuk mencegah penyakit melecuh. Lebih kurang 12 hari selepas
menyemai, siram anak-anak benih dengan baja larutan Urea sebanyak 4 gm dalam
seliter air. Sungkupan penuh dibuat 3 hari selepas menyemai. Ubah
dan tanam anak-anak benih ke atas batas yang telah disediakan selepas 3-4 minggu
disemai.
Penjagaan
Baja organik seperti tahi ayam boleh
digunakan sebagai baja asas. Baja ini digaulkan ke dalam batas.
Lebih kurang 5 tan metrik baja ini diperlukan untuk sehektar. Sebagai
panduan, kadar pembajaan yang disyorkan oleh MARDI (100 kg N, 23 kg P205, 144
kg, K20/ha) boleh diamalkan:-
-
4 hari dan 10-14 hari lepas mengubah
-
Gunakan 240 gm Sulphate of Amonia, 24
kg Triple Superphosphate dan 120 kg Muriate of Potash untuk sehektar.
-
Baja digaul dan ditabur diantara
lorong-lorong pokok
Menyiram
Bayam memerlukan air yang banyak
untuk pembesarannya. Dalam musim panas dua kali siraman adalah memadai.
Sungukupan
Sungkupan diletakkan di atas batas
selepas menabur benih atau mengubah. Gunakan pelepah kelapa atau
rumput-rumput kering sebagai bahan sungkupan. Sungkupan boleh mengawal
kehilangan air, mengawal pertumbuhan rumput-rampai serta memperbaiki struktur
dan kesuburan tanah.
Merumput
Kawalan rumput rumpai dilakukan
sepanjang masa. Merumput boleh dilakukan dengan tangan.
Musuh tanaman bayam dan Cara Kawalan
|
Jenis Musuh |
Kerosakan |
Kawalan |
Ulat pangkas
(Agrotis ypsilon Rott.)
|
Kerosakan pada bayam
hijau. Potong batang dan anak benih diparas tanah pada waktu malam.
Ulat memotong batang
anak benih diparas permukaan. |
Sembur racun serangga
seperti Trichlorphon dengan kadar 0.1% bahan aktif di sekeliling
anak-anak benih.
|
Ulat ratus
(Prodenia litura F) |
Larvanya memakan daun.
|
Sembur dengan racun
serangga seperti Trichlorphon dengan kadar 0.1% bahan aktif. |
Agrotis ypsilon
|
Kerosakan pada bayam
merah.
Potong batang dan anak benih diparas tanah pada waktu
malam. |
Gunakan umpan
trichlorfon dan dedak dengan kadar 1:20
|
Penyakit Bayam dan Cara Kawalan
|
Jenis Musuh |
Kerosakan |
Kawalan |
Hawar melecuh
(Cysstobus bliti.)
|
Terdapat tompok-tompok
putih pada daun. Bayam jenis daun bujur adalah lebih tahan kepada
penyakit ini. |
Amalkan tanaman
giliran. Tiada kawalan kimia yang berkesan. Tanam bayam pada
kawasan baru yang bebas daripada penyakit. |
Lecuh anak benih
(Phythium aphanidermatum)
|
Penyakit ini disebabkan
kulat.
Bahagian pangkal pokok menjadi
reput dan pokok akan mati.
|
Tanam di tanah yang
mempunyai saliran elok. Amalkan giliran. Elakkan menyiram
berlebihan. Gaulkan 3 gm Thiram (80 WP) dengan 100 gm biji benih
sebelum menyemai. |
Memungut Hasil
Bayam boleh dipungut 3-4 minggu
selepas ditanam atau apabila pokok mencapai 20-25 cm tinggi. Kutipan
dibuat 3-7 hari sekali. Pokok dicabut atau dipotong batangnya.
Pengendalian Lepas Tuai:
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.
Rantaian laman
mengenai bayam
Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah
ini:-
|