|
PANDUAN MENANAM BELIMBING
(Tanaman Jangka Panjang)
PENGENALAN
Nama
Saintifik
Nama Tempatan
Famili |
:
Averrhoae Carambole L.
: Belimbing Besi
: Oxalidaceae |
Belimbing berasal dari gugusan
pulau-pulau Asia Tenggara. Buah belimbing mengandungi vitamin A dan C yang
tinggi dan komposisi nutrien lain ialah tenaga, protin, lemak, serabut dan
mineral (Ca, Fe).
PENANAMAN DAN
KESESUAIAN TANAH:
Belimbing boleh ditanam di atas
berbagai jenis tanah iaitu dari tanah liat hinggalah ke tanah berpasir.
Belimbing adalah sejenis tanaman yang tumbuh dengan cepat dan memerlukan
kelembapan yang mencukupi sepanjang tahun untuk hidup subur. Kebanyakan
penanaman belimbing di kawasan lombong menggunakan sistem pengairan renjis untuk
memberikan kelembapan pada tanah dan kos penggunaan sistem ini hendaklah
diambilkira yang mana lebih tinggi jika dibandingkan dengan penanaman di kawasan
selain daripada kawasan lembap
Belimbing ditanam dengan jarak 0.5 m
x 0.5 m hingga 0.7 m x 0.7 m bergantung kepada jenis yang hendak ditanam.
Saiz lubang tanaman berukuran 60 x 60 x 60 cm dan dicampurkan dengan 10 kg. tahi
ayam dan 200 gm CIRP bagi setiap lubang. Kayu pancang digunakan untuk
menyokong tanaman semasa peringkat awal pertumbuhan.
VARIETI / KULTIVAR YANG DISYORKAN
-
B2
Berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan didaftarkan pada tahun
1966. Dikenali dengan nama MAHA 66. Buahnya berbentuk bujur,
bersaiz sederhana besar (160-220 gm sebiji) dan berukuran diantara 13-15
cm panjang. Buah berwarna kuning kehijauan dan berubah kepada kuning
pucat apabila matang. Isinya manis dan berair, tekstur isinya halus
dan tidak bersabut, rasanya tidak kelat tetapi kualiti penyimpanannya
rendah. Pengeluaran hasil adalah tinggi. Bunga belimbing
mempunyai benang sari yang panjang dan klon ini digunakan sebagai
pendebunga kepada pokok-pokok klon B10 dan B17 untuk meningkatkan hasil
buah.
-
B10
Berasal dari Serdang Baru, Selangor dan didaftarkan pada tahun 1968.
Merupakan klon paling popular dan ditanam secara besar-besaran.
Berat buah ialah 180-250 gm sebiji, berbentuk bujur iaitu besar di
bahagian pangkal dan kecil di bahagian hujung buah. Kadangkala,
ukuran buah melebihi 15 cm panjang. Kulit buah licin dan berkilat.
Buah masak berwarna oren atau kemerah-merahan. Isinya manis dan
berair, tekstur isinya rapuh, bersabut sedikit dan beraroma.
Pengeluaran hasilnya tinggi.
-
B17
Berasal dari Triang, Pahang. Popular dengan nama Belimbing
Madu dan didaftarkan pada 14 Januari 1988. Buah berbentuk bujur
panjang dengan ukuran diantara 10-15 cm panjang. Tangkai buahnya
besar, hujung buah lekuk ke dalam. Berat buah adalah diantara
200-300 gm sebiji. Bahagian tepi seginya masih berwarna hijau
walaupun buah telah masak. Buah masak berwarna oren dan
berbintik-bintik putih di tepi segi. Tekstur isinya rapuh, pejal
dan sederhana halus. Rasanya sangat manis dan berbau harum.
Pengkelasan
klon belimbing mengikut jenis benang sari
|
Benang Sari |
Klon |
|
Jenis Pendek |
B3, B4, B8, B9, B10, B13,
B14, B17 |
|
Jenis Panjang |
B1, B2, B5, B26, B7, B11, B12, B15, B16, B18, B19 |
Belimbing dari jenis benangsari
pendek memerlukan pendebungaan silang dari jenis benangsari panjang.
Proses ini diperlukan untuk menggalakkan pembentukan buah yang seragam.
Kegiatan serangga seperti lebah akan menyeragamkan bentuk buah dan meningkatkan
lagi pembentukan buah.
PENYEDIAAN BAHAN
TANAMAN
Menggunakan bahan tanaman dari baka
klonal yang dibiak secara vegetatif. Pokok penanti disediakan dengan
menyemai biji benih yang matang. Biji diproses dengan membasuh dan
mengeringkan sebelum di semai. Biji benih mula bercambah 4-5 minggu
selepas disemai. Anak benih yang subur berumur sebulan dipindahkan
ke dalam polibeg yang diisi dengan tanah campuran dengan kadar 3:2:2
(tanah:pasir:bahan organan). Anak benih disusun di bawah lindungan yang
mempunyai sekurang-kurangnya 50% teduhan. Racun serangga dan kulat
disembur jika perlu untuk mengawal serangga dan penyakit. Baja sebatian
NPK (15:15:15) pada kadar 30 gm bagi setiap anak pokok diberi dua bulan sekali.
Pokok penanti yang berumur antara 5-6
bulan (tinggi 20 cm) adalah sesuai untuk dibuat cantuman mata tunas.
(lihat proses cantuman pokok di sini) ! Torehan melintang 0.5 cm dan
torehan ke bawah 3 cm, di paras 5 cm dari tanah, dibuat pada pokok penanti.
Mata tunas dari pokok induk disediakan dengan saiz yang agak kecil sedikit dari
tapak torehan pokok penanti. Mata tunas yang sudah dipisahkan dari kayu
diselitkan ke dalam kelopak kulit torehan pokok penanti. Ianya dibalut
degan pita plastik cantuman dengan kemas supaya kedua-dua kambium mata tunas dan
tapak torehan bersentuhan. Selepas 3 minggu pita cantuman dibuka.
Penilaian kejayaan ditentukan dengan kehijauan mata tunas. Mata tunas yang
aktif akan bercambah dan tumbuh dengan segar. Pokok-pokok penanti dipotong
pada para 3-4 cm dari tempat cantuman dan pertumbuhan tunas. Selepas 4-5
bulan pada ketinggian 25 cm pokok cantuman yang subur dapat dipindahkan ke
ladang.
SISTEM PENANAMAN
Boleh menggunakan samada sistem
penanaman empat segi tepat, sistem empat segi sama atau sistem tiga segi sama.
(lihat sistem tanaman tiga segi dan empat
segi). Belimbing
yang ditanam secara komersil sebaik-baiknya mengamal konsep tanaman tunggal
supaya kerja-kerja pengurusan dapat dijalankan dengan sempurna. Penanaman
klon komersil dan klon pendebunga dengan kadar 5:1 (5 pokok klon komersil dan 1
pokok klon pendebunga) adalah digalakkan.
Selain daripada mempunyai sistem
seperti di atas, pokok belimbing klon komersil boleh juga dicantum dengan klon
pendebunga pada dahannya. Dengan ini setiap pokok komersil mempunyai klon
debunga di atasnya untuk membantu proses pendebungaan.
PENANAMAN DI LADANG
Selepas seminggu, anak-anak pokok
cantuman yang terpilih diubah ke ladang. Anak-anak pokok diletakkan di
tengah-tengah lubang setelah polibeg dipotong dan dibuang. Boleh ditanam pada
jarak 4.5-6.0 m bergantung kepada klon yang dipilih dan jenis tanah. Jarak
penanaman yang sesuai ialah 6m x 6m (278 pokok/ha.), sementara di tanah bekas
lombong jarak 4.6 m x 4.6 m (480 pokok/ha) boleh digunakan kerana pertumbuhan
pokok di tanah jenis ini tidak begitu besar berbanding dengan keadaan tanah
mineral. Pengusaha boleh menggunakan sistem kepadatan tinggi dengan jarak
4 m x 6 m (417 pokok/ha) bagi tanah mineral. Kayu sokongan yang berukuran
1 meter tinggi perlu dipacak pada setiap anak pokok untuk mendapatkan
pertumbuhan tegak pada batang utama.
Pembajaan:
Seperti jadual di bawah:-
Kadar penggunaan baja
|
Umur |
Jenis Baja |
Masa (kekerapan) |
|
1 tahun |
NPK 14:14:14
(1.8 kg) + tahi ayam (2.0 kg) |
3-4 kali setahun |
|
2 tahun |
NPK 12:12:17:2
(3.6kg )+ tahi ayam (15 kg) |
3-5 kali setahun selepas kutip hasil |
|
3 tahun |
NPK 12:12:17:2
(7.3 kg) + tahi ayam (15 kg) |
3-5 kali setahun selepas kutip hasil |
|
4 tahun |
NPK 12:12:17:2 (11.4 kg)+ tahi
ayam (20 kg) |
3-5 kali setahun selepas kutip hasil |
|
5 tahun |
NPK 12:12:17:2 (18.2 kg) + tahi
ayam (20 kg) |
3-5 kali setahun selepas kutip hasil |
|
6 tahun |
NPK 12:12:17:2 (27.3 kg)+
tahi ayam (20 kg) |
3-5 kali setahun selepas kutip hasil |
|
7-15 tahun |
NPK 12:12:17:2 (27.3 kg) +
tahi ayam (20 kg) |
3-5 kali setahun selepas kutip hasil |
Mencantas:
Biarkan pokok 30-45 cm dari permukaan tanah, pangkas dan biarkan tunas baru
naik. Simpan 4-5 tunas sebagai dahan utama. Kemudian dahan tersebut
dibiarkan mempunyai 4-5 ranting sahaja. Ini dilakukan kepada pokok yang
telahpun mengeluarkan hasil, cantasan perlu dilakukan memandangkan belimbing
begitu cepat mengeluarkan pucuk dan tunas baru.
Bagi kaedah menggunakan sistem pepara, dahan-dahan diikat pada kayu sokong yang
dicondongkan supaya ia memanjat sehingga sampai ke para-para setinggi 6 kaki
yang dipasang di atas. Kaedah seperti ini dilakukan untuk memudahkan
kerja-kerja memangkas, membalut buah dan memungut hasil.
(klik sini untuk lihat proses cantasan/pangkasan pokok) !
Pengurusan Air:
Pengurusan air yang berkesan dapat
mengurangkan kematian pokok pada peringkat awal pertumbuhan pokok.
Terdapat dua jenis sistem pengairan yang boleh digunakan untuk tanaman belimbing
iaitu sistem pengairan titis dan sistem pengairan penyembur. Pemilihan
jenis sistem pengairan bergantung kepada kedapatan sumber air, kualiti air,
bentuk muka bumi, topografi, perbezaan aras tinggi dan terendah serta modal kos
pembangunan.
Perbandingan sistem pengairan titis dan pengairan penyembur:
Pengairan Titis
|
Kebaikan |
Keburukan |
|
Kos pembangunan antara
RM7,000-RM8,000 sehektar.
Kos operasi dan penyelenggaraan rendah.
Kecekapan pengairan tinggi (95%).
Sistem memerlukan jumlah tekanan |
Penyebar mudah tersumbat
Jangkamasa operasi panjang.
Penyeliaan sistem rumit.
|
Pengairan Penyembur
|
Kebaikan |
Keburukan |
|
Kepala
penyembur jarang tersumbat.
Jangkamasa operasi singkat.
Penyeliaan sistem mudah.
|
Kos pembangunan tinggi
antara RM13,00-RM14,000 sehektar.
Kos operasi & Penyelenggaraan tinggi RM500/hektar/tahun.
Kecekapan pengairan rendah (60%).
Sistem memerlukan jumlah tekanan dan kadar alir air yang tinggi. |
Pengairan untuk tanaman belimbing
selalunya dibuat pada sebelah pagi dan petang, ini adalah untuk mengelakkan
perwapan yang berlaku di waktu tengahari, meningkatkan kecekapan pengairan dan
menentukan supaya air yang dibekal bukan air panas yang terkena kepada cahaya
matahari. Jangkamasa pengairan setiap hari bergantung kepada keluasan zon
akar, faktor tanaman, keupayaan pegangan air bagi tanah, jumlah penyebar setiap
pokok, kadar alir air setiap penyebar, cuaca dan peringkat pertumbuhan pokok.
Pengairan perlu dikawal pada peringkat matang pokok untuk merangsang pembungaan.
Membungkus buah:
Buah perlu dibungkus untuk
mendapatkan kualiti yang baik. Juga dapat mengelakkan daripada diserang
lalat buah dan perosak-perosak lain serta mengelakkan kerosakan ketika buah
diangkut ke rumah pembungkusan. Buah belimbing mula dibungkus pada
peringkat empat minggu selepas berputik. Membungkus pada peringkat ini
memberikan peratus kejayaan pembentukan dan pembesaran buah lebih daripada 90%..
Buah yang dipilih untuk dibungkus berbentuk lurus, bersih dari titik-titik hitam
atau tanda-tanda sengatan. Buah yang dibungkus juga adalah lebih
besar, lebih menarik dan berkilat daripada buah yang tidak dibungkus.
Mengutip Hasil:
Belimbing adalah tanaman tidak bermusim tetapi ada 3-5 kali hasil yang banyak
dalam setahun. Jangka masa dari bunga berkembang hingga masak ialah 2 1/2
bulan. Buah mestilah dibalut bila berukuran 2-4 cm panjang. Buah
boleh masak dalam masa 40-60 hari. Kerja-kerja memetik mestilah dijalankan
pada awal pagi. Tempoh yang dilarang mengutip hasil selepas semburan akhir
racun perosak adalah seperti berikut:-
|
Racun Perosak |
Tempoh Dilarang Tuai |
Malathion
Fenthion
Cypermethrin
Tiademefon
Racun berunsur kuprum
Glufosimate-amonium |
7
14
5
30
-
14 |
Pemasaran:
Untuk tujuan pemasaran, dari segi buah hendaklah dijaga supaya tidak rosak kerana
ianya mudah diserang penyakit dan cepat menjadi busuk. Buah boleh diisi ke
dalam kotak atau bakul dan disusun di antara 4-5 lapisan. Buah belimbing
boleh dipetik apabila didapati masak 75%. Warna buah menjadi kuning.
Ianya tahan 1-2 minggu jika disimpan didalam suhu bilik 24oC-35oC
dalam suhu 5oC.
Ianya boleh disimpan selama 5 minggu tanpa kerosakan pada rasa dan kualiti.
INDEKS KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH BELIMBING
Indeks warna belimbing telah dibentuk mengikut peringkat kematangan tertentu
yang boleh digunakan sebagai indeks kematangan. Warna kulit dikelaskan
kepada 7 jenis seperti berikut:-
| Indeks warna 1 |
: |
Keseluruhan buah hijau gelap |
| Indeks warna 2 |
: |
Buah berwarna hijau muda berkilat |
| Indeks warna 3 |
: |
Buah berwarna lebih hijau daripada kuning |
| Indeks warna 4 |
: |
50% bahagian buah berwarna hijau dan 50% kuning |
| Indeks warna 5 |
: |
Buah berwarna lebih kuning daripada hijau |
| Indeks warna 6 |
: |
Keseluruhan buah berwarna kuning |
| Indeks warna 7 |
: |
Keseluruhan buah berwarna kuning oren |
Bagi varieti B10, buah pada indeks warna 1 masih belum matang
dan tidak sesuai untuk dituai dan dipasarkan. Buah pada peringkat ini
mempunyai rasa yang masam dan kelat. Buah yang dipetik pada warna 2 dan 3
sesuai dipetik untuk dieksport melalui kapal laut. Buah yang dipetik pada
indeks warna 4 dan 5 mempunyai warna lebih kuning dan sesuai untuk dieksport
melalui udara. Buah pada indeks warna 6 tidak digalakkan untuk dieksport,
walaupun masih boleh dieksport melalui udara, kerana buah sudah terlalu masak
dan tidak tahan lama. Walau bagaimanapun, buah pada indeks warna 6 dan 7
adalah paling manis dan berjus.
|
Pokok belimbing berbuah tidak bermusim dan penuaiannya boleh dilakukan 4-6 kali
setahun. Penuaian varieti B10 dilakukan dengan tangan selepas 60-65 hari
dari peringkat berputik ketika buah mencapai peringkat indeks warna 2.
Buah biasanya dibalut dengan beg pembungkus lebih kurang 4 minggu selepas
berputik dan saiznya mencapai 5-6 cm. Beg pembungkus daripada kertas surat
khabar diberi kod warna untuk memudahkan penuaian. Belimbing biasanya
dipetik dengan tangan secara menarik buah yang berbungkus daripada
ranting. Buah yang masih berbungkus disusun dengan cermat secara berbaring
di dalam bakul plastik dan diletakkan di tempat redup sementara menunggu untuk
diangkut ke rumah pembungkusan.
|
|
 |
Pengenalan dan Gred Saiz
| Gred |
Ketentuan |
Kelonggaran
(% maksimum) |
|
1 |
Kandungan bahan pepejal larut >
8 Birx:
Seragam indeks warna
Kesegaran
Kerosakan
Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor)
Saiz yang seragam (berat > 200 gm) |
5
5
5
10
5 |
|
2 |
Seragam indeks warna
Kesegaran
Kerosakan
Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor)
Saiz yang seragam 120-200 gm) |
5
5
10
15
5 |
PENYAKIT TANAMAN BELIMBING SERTA
CARA KAWALANNYA
-
Mati rosot dahan (Cephaleuros virescens)
Disebabkan oleh Cephaleuros virescens, sejenis alga yang menyerang daun, batang
dan buah. Ia merebak melalui angin. Alga ini boleh menyebabkan
batang bengkak, retak dan seterusnya daun gugur serta mati rosot pada batang.
Jangkitan pada daun tidak penting kerana ia hanya menyerang pada lapisan luar
sahaja. Bahagian pucuk yang diserang diselaputi dengan tompok-tompok alga.
Pangkas pokok bagi mengurangi serangan alga ini. Kawalan secara kimia
dengan menggunakan racun kulat yang mengandungi kupram pada kadar yang
ditetapkan
(lihat proses pemangkasan pokok).
Penyakit akar putih (Rigidoporus lignosus)
Disebabkan oleh kulat Rigidoporus lignosus yang merebak melalui akar.
Merbahaya dan boleh menyebabkan kematian pokok. Pokok yang diserang boleh
menyebabkan daun menjadi layu, kering dan gugur. Akar-akar yang dijangkiti
akan kelihatan bebenang kulat atau rizomof yang berwarna putih di permukaannya.
Cara jangkitan ialah dari akar ke akar melalui bebenang kulat. Akar yang
diserang hendaklah dibuang dan siram tanah keliling dengan racun kulat disirim
dengan racun jenis sistemik seperti tridemorf atau triademenol. Jika
serangan teruk, pokok hendaklah dicabut dan dibakar bersama akar-akar yang
berpenyakit.
Bintik Daun (Cercospora averrhoae)
Disebabkan oleh Cercospora averrhoae. Kulat ini menyerang daun dan
kerap berlaku apabila keadaan lembab. Tanda awal serangan ialah
bintik-binti kecil nekrotik pada daun dan bintik-bintik ini akan bercantum
menjadi besar. Bahagian tengah bintik berwarna putih kelabu manakala
bahagian tepi gelap dan dikelilingi oleh tisu klorotik. Serangan teruk
boleh menyebabkan daun muda gugur. Sembur dengan racun kulat yang
mengandungi kupram atau mancozeb.
Daun berumpun dan kerekot (bunchy and mainformed
top)
Cladosporium oxysporum dan interaksi dengan kutu thrip)
Serangan berlaku pada betik eksotika. Pucuk daun yang diserang
kelihatan cacat dan terdaapt bintik daun serta bintik berlubang. Pada daun
tua kelihatan bintik perang dan daun kelihatan kerekot. Pokok kelihatan
bantut dan menjadi kecil. Sebur dengan racun kulat seperti mancozeb dan
sembur racun serangga bagi kawalan kutu trip.
SERANGGA PEROSAK
-
Lalat buah
Perosak utama buah belimbing dan perosak yang sukar dikawal. Buah
belimbing muda rentan terhadap serangan lalat buah dalam tempoh 2-3 minggu
selepas peringkat buah berputik. Bungkus buah kerana selepas waktu ini
lalat buah betina mula bertelor. Tanda buah yang disengat ialah bintik
hitam pada buah hijau dan coklat atau lebam pada buah masak.
Pengusaha dinasihatkan memusnahkan buah-buah yang tidak dibalut (atau tidak
diperlukan) di atas pokok dan juga buah-buah yang rosak dan jatuh ke tanah bagi
mengurangkan perumah lalat buah. Jika tidak lalat buah ini akan membiak di
dalam buah tersebut dengan cepat. Pembungkusan hendaklah dijalankan pada
2-3 minggu selepas pembentukan buah. Racun serangga (fenthion atau
cypermethrin) juga digunakan untuk mengawal lalat tetapi penggunaan secara terus
ke atas buah hendaklah dielakkan demi untuk menghindarkan kesan sisabaki
berlebihan. Semburan umpan protin (campuran protin hydrolysate dan racun
serangga) atau perangkap lalat jantan menggunakan bahan penarik juga boleh
diamalkan.
-
Ulat bunga
Larva ulat ini mengorek bunga dan putik buah. Serangan yang teruk boleh
merosakkan keseluruhan jambak bunga dan akibatnya buah tidak terbentuk.
Putik buah yang diserang akan gugur. Apabila menjadi wabak, sekali
semburan dengan racun serangga seperti cypermethrin dan malation adalah memadai
kerana jika berlebihan akan memberi kesan buruk kepada serangga pendebungaan.
-
Ulat lymantriid
Larva menyerang bahagian bunga dan permukaan kulit buah tanpa mengorek ke dalam
isi. Serangan selalu terjadi keatas buah muda yang tidak dibungkus.
Boleh dikawal dengan parasitoid larva.
-
Ulat buah
Larva menyerang buah muda yang tidak dibungkus. Juga menyerang daun hijau
yang matang. Larva menyerang lapisan kulit luar daun dan menyebabkan
bahagian itu menjadi kering dan coklat. Buah yang diserang hendaklah
dibuang semasa pembungkusan buah. Sebelum membungkus buah, sekali
penyemburan dengan eltametrin atau metamidofos 0.05% adalah memadai.
-
Pengorek batang
Serangga bertelur di celah-celah rekahan kulit batang. Larva yang menetas
mengorek batang dan menyerang permukaan kulit. Larva seterusnya membentuk
terowong dan liang-liang. Kepompong terjadi di lorong dalam batang dan
akan bergerak ke liang sebelum serangga dewasa terjadi. Racun serangga
(metamidofos) disuntik ke dalam liang dan kemudian disumbat dengan tanah bagi
mengelakkan larva keluar.
PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN
-
Pembungkusan
Buah belimbing dari gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang
sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa
pengendalian dan pengangkutan.
-
Perlabelan
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat
berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad
pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan
gred.
PERSAMPELAN
Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan
pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 78:1973 Method of Sampling Fresh Fruits,
atau kaedah statistik yang dipersetujui.
PENGENDALIAN PASCATUAI
Bungkusan buah
yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang sedia dibawa oleh pemetik ke pusat
pengumpulan sementara. Di sana, pembalut dan buah tidak ditanggalkan dan
disusun rapat ke dalam bakul plastik atau kotak kertas beralun. Ini dapat
mengurangkan geseran yang terjadi antara kertas kering dan sading buah.
Buah-buah disusun secara terbaring pada garis panjang. Setiap lapisan buah
dialas dengan kertas. Kaedah ini sesuai untuk pengangkutan buah ke tempat
yang dekat.
Buah belimbing
yang dipasarkan perlu dikendalikan dalam bangsal atau tempat pembungkusan yang
sesuai. Rumah pembungkusan perlu ada ruang untuk aktiviti pemilihan,
penggredan, membuat rawatan, bilik sejuk dan stor untuk menyimpan kotak dan
peralatan. Buah digred mengikut piawaian SIRIM. Buah belimbing untuk
dieksport mestilah segar iaitu dibungkus dalam tempoh 24 jam selepas dipetik.
Pembungkusan adalah perlubagi menjamin mutu buah agar sentiasa berkeadaan pejal,
kulit tidak bertukar warna dan buah tetap berwarna hijau ketika dipasarkan.
Terdapat 3 cara pembungkusan untuk pasaran eksport iaitu,
-
buah dibungkus
dengan filem regang jenis poliner klorida (PVC)
-
buah dibungkus
dengan kertas tisu
-
buah dibungkus
dengan polystyrene net
Buah yang telah
dibungkus disusun di dalam kotak yang disedia khas. Kotak-kotak yang telah
diisi hendaklah diasingkan kepada lot-lot mengikut kelas saiz besar, sederhana
dan kecil dan disimpan dalam bilik sejuk untuk tujuan eksport.
KEGUNAAN BUAH
BELIMBING
Selain jadi
pencuci mulut, belimbing boleh dijadikan penawar kepada beberapa jenis penyakit.
Bagi orang Melayu, buah belimbing dikatakan elok dimakan oleh pesakit darah
tinggi, sama ada dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Ada juga yang
minum air rebusan daun belimbing untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Di India, buah
belimbing yang matang digunakan untuk menghentikan pendarahan dan meredakan
penyakit buasir berdarah. Buah yang dikeringkan atau air buah pula dimakan
sebagai penawar demam. Jika terkena cirit-birit, jem belimbing dikatakan
boleh meredakannya. Manakala salap daripada buah belimbing digunakan untuk
melegakan penyakit mata.
Di Brazil,
belimbing disyorkan sebagai 'diuretik' (bertindak untuk melancarkan pengeluaran
air kencing) bagi pesakit buah pinggang dan pundi kencing. Ia juga
dipercayai dapat meredakan gatal-gatal kulit yang mengalami ekzema. Dalam
perubatan Cina, belimbing dikatakan bertindak untuk menghilang dahaga,
meningkatkan perembesan air liur dan melegakan demam.
Air rebusan buah
dan daun belimbing boleh diminum untuk menghilangkan rasa mual dan loya muntah.
Daun-daun yang diikat pada pelipis pula dapat melegakan sakit kepala.
Cacar air dan kurap juga dikatakan dapat dirawat dengan daun belimbing.
Caranya, daun dan pucuk belimbing dihancurkan dan dituam pada cacar air dan
kurap tersebut. Juga dipercayai bunga belimbing boleh dijadikan ubat
cacing.
Di sesetengah
tempat di Asia Tenggara, mereka menggunakan bunga belimbing untuk mengurangkan
radang kulit bagi pengidap dermatitis (kulit kemerah-merahan dan mengelupas).
Bunga belimbing digosok-gosokkan pada kulit yang terkena jangkitan tersebut.
Air rebusan biji belimbing yang dihancurkan pula, dikatakan dapat menggalakkan
pengeluaran susu dan melancarkan haid. Namun begitu, air rebusan ini
hendaklah diminum sedikit sahaja kerana ia agak memabukkan. Ada juga yang
menggunakan serbuk biji belimbing sebagai ubat penenang bagi penyakit lelah dan
kembung.
Mengikut Burkill,
'kulit dalam' pokok belimbing yang diadun bersama kayu cendana dan Alyxia sp.,
boleh disapu pada ruam panas. Manakala akar belimbing yang diadun bersama
gula, dikatakan boleh menawarkan racun. Daun, batang dan akar belimbing
didapati mengandungi asid hidrosianik.
KEGUNAAN
BELIMBING BULUH
Di Filipina, daun
belimbing buluh digunakan sebagai pes untuk dituam pada bahagian badan yang
mengalami gatal-gatal, bengkak, penyakit beguk dan reumatisme. Pada
sesetengah tempat, pes daun belimbing buluh atau daun yang dihancurkan dijadikan
penawar bagi gigitan binatang yang berbisa dan beracun.
Orang-orang Melayu
dahulu, menggunakan daun yang segar atau yang diperam, untuk merawat penyakit
kelamin. air rendaman daun belimbing ini juga dikatakan berkesan untuk
melegakan batuk dan penyakit seriawan. Selain itu, air rendaman daun ini
dipercayai boleh dijadikan tonik untuk wanita lepas bersalin. Penyakit
radang dubur (rectal inflammative) juga dapat dikurangkan apabila air rebusan
daun ini diminum.
Di Jawa, buah
belimbing buluh yang dicampur dengan lada sulah, dimakan untuk mengeluarkan
peluh apabila badan merasa kurang sihat. Apabila baru lepas demam, pes
buah belimbing buluh jeruk, dilumur ke seluruh badan supaya cepat sembuh dan
untuk mengembalikan kesegaran badan. Jem buah belimbing ini pula boleh
dijadikan ubat batuk, penyakit beri-beri dan 'biliousness' (fungsi hati yang
terganggu atau terlebih hempedu).
Buah belimbing
buluh juga boleh dijadikan siap dan ia baik untuk melegakan demam, menghentikan
pendarahan dubur dan meredakan penyakit buasir dalaman.
RANTAIAN LAMAN BELIMBING
Sila klik
rantaian kepada tajuk-tajuk di bawah ini:-
|