MENANAM BUAH PALA


JENIS

Di Malaysia Barat jenis yang ditanam ialah dari spesi Myristica fragrans Linn.

KEADAAN TANAH

Boleh ditanam di lereng bukit setinggi 456 meter (1,496 kaki) dari paras laut dan juga di tepi-tepi laut dan kawasan pendalaman.  Memerlukan kadar hujan tahunan lebih kurang 254 cm (100 inci) tanpa musim kemarau dan tidak ada hujan lebat yang berpanjangan serta suhu antara 26.7o C - 29.4oC (80oF - 85oF).  Sesuai ditanam di tanah liat gembur yang mempunyai aras matair lebih dari 3 meter (10 kaki), dan di kawasan yang mempunyai sistem saliran yang sempurna.  Elakkan tanah yang terlalu berpasir dan tanah yang bertakung air.

PENANAMAN

  • Menyedia benih

    Buah pala biasanya dibiak melalui biji benih.  Biji yang cukup matang dan besar dipilih dan disemai secepat mungkin.  Biji-biji benih disemai di batas atau di dalam kotak-kotak semaian yang berisi dengan pasir dan ditutup dengan guni.  Jarak semaian biji benih ialah 3-5 cm (1-2 inci), lindungan diberi untuk tapak-tapak semaian dan air disiram apabila guni-guni telah kering.  Apabila biji-biji telah bercambah dalam masa 1-1 1/2 bulan, guni-guni dibuangkan dan disiram dengan cukup tiap-tiap hari.  Anak-anak semaian diubah ke dalam beg-beg plastik yang berisi tanah campuran apabila tingginya 5-8 cm (2-3 inci).  Anak-anak semaian diletakkan di tempat yang mempunyai saliran yang sempurna dan juga perlindungan yang cukup.  Anak-anak semaian sedia ditanam di ladang setelah berumur lebih dari satu tahun.
     

  • Lubang tanaman

    Saiz lubang tanaman ialah 0.8 x 0.8 x 0.8 meter (2 1/2 x 2 1/2 x 2 1/2 kaki).
     

  • Menanam

    Anak-anak semaian yang subur dan sihat sahaja dipilih untuk ditanam di ladang.  Jarak menanam ialah 7.6 x 7.6 meter (25 x 25 kaki) hingga 9.2 x 9.2 meter (30 x 30 kaki).  Seminggu sebelum menanam, lubang tanaman dipenuhkan dengan tahi lembu yang reput, atau lain-lain bahan organan bersama dengan tanah lapisan atas (top soil).  Anak-anak semaian ditanam di ladang pada awal musim hujan dan disediakan lindungan dengan menggunakan daun-daun kelapa atau daun-daun hutan.  Pokok-pokok pisang boleh ditanam sebagai pokok perlindungan dan sebagai sumber pendapatan sementara menunggu pokok-pokok pala mengeluarkan hasilnya.

PENJAGAAN

  • Mengawal Rumpai
    Merumput 2-3 kali setahun dilakukan di sekeliling pokok.
     

  • Membaja
    Serbuk udang adalah satu daripada baja-baja organan yang boleh digunakan untuk tanaman buah pala.  Panduan membaja dengan serbuk udang adalah seperti berikut:-

    Di lubang tanaman
    Tahun pertama
    Tahun kedua
    Tahun ketiga
    Tahun keempat
    Tahun kelima
    Tahun keenam
    Tahun kesepuluh
    Tahun kedua puluh
    Tahun ketiga puluh
    Tahun keempat puluh
    Tahun kelima puluh

    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -

    0.2 kg
    0.5 kg
    0.9 kg
    1.8 kg
    2.3 kg
    2.7 kg
    4.1 kg
    9.1 kg
    11.4 kg
    12.7 kg
    14.1 kg
    16.8 kg

    sepokok setahun
    "
    "
    "
    "
    "
    "
    "
    "
    "
    "
    "

Jabatan Pertanian juga mengesyorkan rancangan membaja selama 5 tahun seperti berikut:-

Di lubang tanaman
Tahun pertama
Tahun kedua
Tahun ketiga
Tahun keempat
Tahun kelima

-
-
-
-
-
-

tahi lembu reput bersama 0.2 kg (1/2 lb) CIRP untuk satu lubang
0.5 kg (1 lb) malameal sepokok setahun
0.9 kg (2 lb)                    "
1.4 kg (3 lb)                    "
1.9 kg (4 lb)                    "
2.7 kg (6 lb)                    "


MENGAWAL MUSUH DAN PENYAKIT

Terdapat beberapa jenis penyakit yang menyerang tanaman pala tetapi kebanyakannya tidak mustahak dari segi ekonomi.  Hanya penyakit reput kulit gabol (cambial rot) didapati telah memusnahkan tanaman.

 

 [ke Laman Utama]    [ ke belakang ]

 



Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
08 July 2009 10:50:20 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.