|
PANDUAN MENANAM CEMPEDAK
Nama sainstifik: Artocarpus champeden spreng.
Sila klik rantaian laman
kepada
tajuk-tajuk di bawah ini:-
VARIETI-VARIETI CEMPEDAK:
CH 28
Klon ini berasal dari Pusat Pembangunan Komoditi Serdang dan didaftarkan
pada 1 Jun 1978. Saiz buah sederhana besar dengan berat yang boleh
mencapai sehingga 2.5 kg. Ukuran panjang buah adalah diantara 30-76
cm. Kulit buah berwarna kekuningan dan permukaannya berombak
sedikit. Isi ulasnya tebal, sangat manis, berbau sangat harum dan
berwarna kuning.
-
CH 30
Dikenali dengan nama Kuang 5, berasal dari Kuang, Sungai Buloh, Selangor
dan didaftarkan pada 1 Jun 1978. Buah bersaiz sederhana besar (2.5
kg) dan berbentuk lurus. Kulit berwarna hijau, licin dan tidak
berbonggol-bonggol. Durinya leper dan lebar. Klon ini
mengandungi ulas sederhana besar. Isinya tebal dan berwarna kuning
oren.
-
CH 33
Buah cempedak ini digelar cempedak 'syin', berasal dari
kampung Banggol Lalang, Gurun, Kedah dan didaftarkan pada 15 Ogos 1989.
Saiz buah sederhana (2.2 kg) dan berbentuk panjang. Kulit berwarna
hijau dan terdapat tompok-tompok berwarna kuning. Durinya
hampir-hampir rata. Isi berwarna oren, sederhana tebal, manis dan
ira isi yang halus. Bijinya kecil, berbentuk bujur dan leper.
PANDUAN MENANAM:
Iklim:Cempedak sesuai ditanam di
bawah iklim yang panas dan lembap. Walau bagaimanapun pokok pada
peringkat dewasa tidaklah begitu terjejas sangat oleh keadaan kemarau.
Suhu yang sesuai untuk tanamaj cempedak ialah antara 22oC -35oC.
Curahan hujan yang optimum untuk tanaman cempedak ialah 2500 mm setahun.
Musim berbuah bagi tanaman cempedak dipengaruhi`oleh musim kering.&lbsp; Kawasan yang mempunyai dua
musim kering yang pendek dalam setahun biasanya mempunyai dua kali musim
buah dalam setahun. Di kawasan yang hanya mempunyai satu musim
kering seperti di Perlis, Kedah, Kelantan dan sebahagian kawasan di
Terengganu, pokok cempedak berbuah hanya sekali dalam setahun.
Tanah:
Sesuai ditanam di berbagai
jenis tanah dan keadaan tanah yang mempunyai saliran yang baik. pH
yang sesuai ialah antara 4.5 6.5. Penanaman di tanah rendah
dan mempunyai masalah air bertakung hendaklah dielakkan oleh sebab tanaman
cempedak rentan kepada penyakit bakteria yang senang merebak dalam keadaan
lembab. Ia paling sesuai di tanah lanar yang mempunyai saliran yang
baik. Tanaman ini juga boleh ditanam di tanah yang kurang subur
seperti tanah laterit dan tanah pasir sekiranya diberi baja yang cukup.
Tanaman yang ditanam di tanah yang tidak subur seperti tanah bris tidak
disyorkan memandangkan kos baja yang diperlukan adalah tinggi.
Pokok
cempedak boleh tumbuh dengan sempurna di tanah yang mendatar hingga
kecuraman tanah 20o. Di kawasan yang mendatar sistem
perparitan yang berkesan perlu dibina sebelum penanaman dibuat.
Manakala di kawasan yang curamnya melebihi 12o, penanaman
berteres atau berpentas perlu diamalkan. Penanaman di terain yang
melebihi 20o tidak disyorkan untuk mengelakkan hakisan tanah
terutamanya di kawasan yang mempunyai musim tengkujuh yang berpanjangan.
Penyediaan
benih tanaman:
Anak pokok cempedak boleh
dibiakkan dengan cara cantuman matatunas, cantuman baji dan cantuman
sandingan. Cara yang biasa digunakan ialah cantuman matatunas dan
cantuman baji (lihat panduan cantuman).
Anak pokok penanti perlu disediakan terlebih dahulu di tapak semaian.
Benih cempedak atau nangka boleh digunakan sebagai pokok penanti.
Biji benih diperolehi dari buah yang matang atau masak. Kebaikan
menggunakan biji benih nangka ialah ia boleh diperolehi sepanjang tahun.
Sebelum menyemai, kotak semaian yang dilengkapi dengan sistem pengairan
perlu disediakan. Pasir sungai yang bersih digunakan sebagai medium
semaian. Pasir di kotak semaian hendaklah sedalam 20 cm. Pasir
yang boleh digunakan perlu dirawat dengan butir dazomet 99.0% dengan kadar
40 gm/m2 sebulan sebelum biji benih disemai. Rawatan ini
bertujuan untuk mengawal kulat tanah, nematoda dan juga dapat memusnahkan
biji benih rumpai.
Kawasan
penanaman:
Kawasan penanaman hendaklah
dibersihkan dengan sempurna sebelum menanam dan diikuti dengan pembajakan
bagi kawasan yang mempunyai kecerunan kurang daripada 6o.
Amalan ini penting untuk memusnahkan segala rumpai dan membaiki struktur
tanah. Di kawasan yang mempunyai kecerunan tanah melebihi 12o,
pembinaan teres atau pentas untuk tapak pokok adalah disyorkan bagi
mengurangkan masalah hakisan tanah, dan juga memudahkan kerja menanam dan
penyenggaraan ladang. Penanaman penutup bumi selepas kerja
penyediaan tanah digalakkan kerana ianya boleh membaiki kesuburan tanah
dan mengurangkan hakisan.
Bagi tanah yang masam dan
mempunyai pH kurang daripada 4.5, pengapuran perlu dijalankan.
Secara am, pada tanah lempung kadar yang digunakan ialah 3-5 tan metrik
sehektar dan kadar ini berkurangan bagi tanah berpasir. Bagi kawasan
yang mendatar, sistem perparitan (parit ladang, parit sekunder, parit
utama) perlu disediakan. Bagi tanah lempung jarak 40 meter. Di
kawasan tanah datar, parit sekunder sedalam 1.2 m digali dengan jarak
lebih kurang 300 m antara satu sama lain.
Penanaman di
ladang:
Sebelum tanaman di ladang, anak
pokok perlu didedahkan kepada cahaya matahari sepenuhnya secara
berperingkat-peringkat bagi mengurangkan kejutan penanaman dan seterusnya
mengurangkan peratusan anak pokok yang mati atau terbantut di ladang.
Penanaman sebaik-baiknya dijalankan pada awal musim hujan supaya pokok
mendapat air dengan secukupnya.
Sistem
penanaman:
Sistem penanaman yang diamalkan
ialah sistem empat segi sama, sistem tiga segi sama dan sistem siku
keluang. Jarak tanaman yang disyorkan untuk cempedak yang ditanam
secara tunggal ialah 9 meter antara pokok. Penanaman menggunakan
sistem tiga segi akan memberikan kepadatan yang lebih tinggi, iaitu
sebanyak 15% dibandingkan dengan sistem empat segi sama.
Sistem siku keluang melibatkan
penanaman pokok selingan di tengah-tengah pokok utama yang ditanam
mengikut sistem empat segi sama. Pokok selingan merupakan tanaman
sementara dan akan dibuang apabila kanopinya mula bersaing dengan tanaman
utama. Dengan sistem ini, cempedak ditanam sebagai tanaman sementara
berselingan dengan pokok-pokok buah-buahan kekal seperti durian, manggis
dan duku langsat. Dengan sistem ini kepadatan pokok cempedak adalah
sama dengan pokok kekal. Pokok cempedak perlu dibuang lebih kurang
10 tahun selepas penanaman.
(Sila lihat rajah sistem tanaman
tiga segi dan empat segi).
Pemangkasan:
Pokok cempedak perlu dipangkas
untuk tujuan berikut:-
- membentuk pokok yang seimbang
- memastikan edaran udara yang baik
- memelihara kecergasan pertumbuhan pokok
- mewujudkan dahan yang kuat dan boleh mengeluarkan buah yang banyak dan berkualit
- mengawal ketinggian dan saiz kanopi pokok
Dua jenis pemangkasan perlu
dilakukan seperti berikut:-
Pemangkasan pembentukan
Bertujuan untuk mendapatkan bentuk pokok yang baik setelah pokok berumur 1
1/2 tahun.
(Sila lihat proses cantasan/pangkasan pokok) !
Pemangkasan penjagaan
Dijalankan sepanjang umur pokok. Ia bertujuan untuk mendapatkan
pokok yang subur, seimbang dan produktif. Pemangkasan ini melibatkan
penjarangan dahan atau ranting yang rapat, bertindih, bersilang atau lemah
membuang tunas-tunas air, dahan-dahan berpenyakit, rosak, patah dan mati.
Jadual
Pemangkasan
|
Umur pokok |
Anggaran tinggi pokok |
Gerak kerja |
|
Catatan |
|
6 bulan |
0.6 m |
Memancang
kayu sokong. |
|
Pastikan
batang pokok adalaah tegak. |
|
6 bulan |
1.1 m |
Pangkas
segala dahan sisi di bawah paras 0.3 meter rapat pada batang pokok.
Dahan-dahan sisi di atas paras 0.3 meter yang cergas dan saiznya
hampir sama dengan batang utama pokok dicantas separuh dahannya. |
|
Elakkan
daripada pemangkasan yang keterlaluan. Pemangkasan yang
keterlaluan boleh mengencatkan pertumbuhan pokok. Disyorkan
ketinggian paras pemangkasan tidak melebihi 1/3 ketinggian pokok
pada ketika kerja pemangkasan dilakukan. |
|
1 tahun |
1.6 m |
Pangkas
segala dahan sisi dibawah paras 0.5 meter. Dahan-dahan sisi
lain dijarangkan untuk mendapatkan
orientasi dahan yang seimbang.
|
|
Pastikan
hanya satu batang utama pokok sahaja. Dahan-dahan sekunder
(dahan yang muncul dari dahan sisi) yang lemah, bertindih, melempai
atau terlalu rapat antara satu dengan lain juga dipangkas. |
|
1 1/2 tahun |
2.1 m |
Cantas
segala dahan sisi di bawah
paras 0.7 meter. Dahan-dahan sisi
lain dijarangkan untuk mendapatkan
orientasi dahan yang seimbang. |
|
Dahan-dahan
skunder yang lemah, bertindih, melempai atau terlalu rapat antara
satu dengan lain juga dipangkas.
|
|
2 tahun |
2.5 m |
Pangkas
segala dahan sisi dibawah paras 0.75 meter. Dahan-dahan sisi
lain dijarangkan supaya setiap pokok mempunyai 6-8 dahan sisi yang
seimbang. |
|
Dahan-dahan
sekunder yang lemah, bertindih, melepai atau terlalu rapat antara
satu dengan lain juga dipangkas.
|
|
2 1/2 tahun |
2.9 m |
Pemangkas
pembetukan kali terakhir dilaksanakan. Bagi klon (CH 28) yang
batang pokoknya jauh lebih dominan
dari dahan sisi, batang utama pokok dipangkas pada paras 2 - 2.5
meter. |
|
Ketinggian
paras dahan sisi primer yang pertama selepas pemangkasan pembetukan
terakhir ialah antara 0.75 hingga 1 meter. Segala dahan
sekunder di sepanjang satu meter dari pangkal dahan sisi dipangkas. |
|
3 tahun |
3.3 m |
Mencantas
dahan yang berpenyakit, bertindih, bergeser. Buang segala
tunas air. |
|
Pemangkasan
penjagaan diteruskan setiap setengah tahun sekali selepas ini.
|
Pembajaan
Umur pokok
(tahun) |
Kadar Baja Kimia
(g/pokok/tahun) |
Baja Organik
(kg/pokok/tahun) |
| |
N |
P |
K20 |
Mg |
|
|
1 |
165 |
163 |
125 |
40 |
10 |
|
2 |
330 |
325 |
250 |
75 |
10 |
|
3 |
495 |
488 |
375 |
110 |
15 |
|
4 |
530 |
520 |
565 |
150 |
15 |
|
5 |
670 |
650 |
710 |
185 |
20 |
|
6 |
795 |
780 |
850 |
225 |
30 |
|
7 |
1,060 |
1,040 |
1,130 |
300 |
40 |
|
8-20 |
1,325 |
1,300 |
1,415 |
375 |
40 |
Pengurusan air:
Anak pokok yang baru ditanam di
ladang perlu disiram sekiranya keadaan tanah adalah kering. Siraman
boleh dihentikan apabila anak pokok pulih dari kejutan pindahan ke ladang.
Penjarangan
buah:
Untuk mendapatkan hasil yang bermutu tinggi dan buah yang besar,
penjarangan buah perlu diamalkan dengan membiarkan hanya satu biji sahaja
untuk membesar bagi setiap ranting pendek. Penjarangan buah juga
membolehkan pembentukan buah yang seragam saiznya dan juga membantu
mengurangkan kerosakan daripada serangan ulat pengorek tanah.
PENYAKIT, PEROSAK TANAMAN CEMPEDAK DAN CARA KAWALANNYA
PENYAKIT:
Mati rosot
Penyakit yang paling serius untuk tanaman cempedak ialah penyakit
bakteria yang disebabkan oleh pathogen Erwinia carotovora yang menyerang
bahagian dahan dan pangkal pokok. Pada permulaan serangan,
daun-daun yang dijangkiti penyakit akan menguning. Bahagian dahan
yang diserang mengeluarkan pembesaran damar yang berwarna putih
kekuningan. Permukaan kulit menjadi lembut, berair dan berbau
busuk. Apabila kulit dikopek, permukaan kayu di dalamnya telah
bertukar ke warna perang. Untuk membasmi, cantas dahan-dahan yang
diserang dicantas dan bakar. Bagi jangkitan yang telah parah,
pokok perlu ditebang dan dibakar. Semua alat yang digunakan
untuk memotong dan memangkas pokok hendaklah dibasmi kuman dengan
mencelupkannya di dalam alkohol 85% atau formalin 3%.
Reput putik buah
Serangan kulat Rhizopus artocarpi atas putik-putik buah mengakibatkan
putik-putik menjadi hitam dan gugur. Sembur racun kulat seperti
cuprous oxide dengan kadar 0.2% bahan aktif dua minggu sekali pada
peringkat pembungaan adalah disyorkan.
MAKHLUK PEROSAK :
-
Pengorek buah (Margaronia caesalis)
Larva yang baru menetas mengorek dan masuk ke dalam isi buah dan
memakannya dan meningalkan lubang di permukaan buah. Bahan buangan
atau fras dikeluarkan dari lubang ini. Balut buah dua minggu
selepas berputik dengan karung kertas.
-
Pengorek batang (Apriona flavescens)
Larva mengorek ke dalam batang dan mengambil masa lebih enam bulan untuk
matang. Larva akan mengorek terowong di sepanjang ranting hingga
ke dahan dan ke batang utama. Ia mengeluarkan frass melalui
lubang yang dikorek. Daun dan pucuk menjadi kuning dan kering.
ranting dan dahan yang diserang dipangkas dan dibakar.
-
Lalat Buah (Backtrocera spp.)
Bertelur di dalam buah yang hampir masak. Mengorek dan memakan isi
buah. Bungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung
kertas. Penggunaan umpan protein promar dicampur dengan racun
perosak seperti malathion dan disembur ke daun. Penggan bahan
penarik methyleugenol untuk memerangkap lalat buah.
KEMATANGAN BUAH CEMPEDAK
Buah cempedak klon CH 28 akan
masak di atas pokok 94 - 105 hari selepas tarikh jambak bunga betina mula
berkembang. Buah yang matang dan sesuai untuk dituai apabila salah
satu daripada daun pengasuhnya bertukar warna daripada hijau kepada
kuning, iaitu 9-14 hari sebelum buah masak di atas pokok. Sekiranya
buah dikutip pada peringkat ini, ia akan masak dalam tempoh 4 hari bawah
keadaan ambien. Mutu buah didapati tidak terjejas walaupun warna
isinya adalah sedikit pucat kalau dibanding dengan buah yang dipetik masak
atas pokok.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Pengendalaian di ladang
Buah yang dipetik dikumpulkan di dalam bakul rotan atau bakul plastik
untuk memudahkan pemunggahan ke atas lori atau treler. Anyaman daun
kelapa atau kertas yang membalut buah cempedak dijadikan bahan mencegah
geseran buah. Buah yang dipungut tidak didedahkan kepada cahaya
matahari dan perlu diangkut ke rumah pembungkusan dengan secepat mungkin.
Pengedalian di pusat
pengumpulan
Selepas dibasuh, buah dikering serta digredkan berdasarkan saiz,
kematangan dan kualiti buah secara umum. Buah yang bergred tinggi
hendaklah mempunyai ciri-ciri yang seragam, matang, tidak terlalu masak,
bersih, rupabentuk yagn menarik, tiada tanda kerosakan oleh penyakit atau
perosak, tiada lebam, luka atau kepecahan kulit. Buah yang telah
digred kemudian dibungkus dengan kertas sebelum dimasukkan ke dalam bakul
untuk dipasarkan. Bagi pasaran jauh, penggunaan kotak 'corrugated
fiberboard' yang mempunyai lubang pengudaraan sesuai digunakan untuk
mengelakkan buah bertindih atau bergesel.
Pengangkutan
Buah cempedak yang matang akan mula masak dalam tempoh 4 hari. Oleh
yang demikian, hasil buah hendaklah dihantar ke pasar dengan secepat
mungkin. Bakul-bakul atau 'corrugated fibreboard' yang diisi dengan
buah cempedak perlu disusun di atas lori bagi memastikan pengudaraan yang
baik.
ALAT PENYAMPUL PUTIK CEMPEDAK (APC):
Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
Peringkat Jabatan Pertanian 1999
Secara fisiologinya, pokok
cempedak yang matang mengeluarkan bunga pada bahagian batang pokok dan
dahan, bermula dari bawah hingga ke bahagian atas pokok sebanyak tiga
peringkat dalam setahun. Untuk membungkus putik cempedak pada
bahagian batang dan dahan yang di bawah tidak menimbulkan masalah tetapi
tidak pada putik yang terbit pada batang dan dahan di bahagian atas
disebabkan kedudukannya yang tinggi.
Bagi mengatasi masalah
kesukaran membungkus putik yang terbit pada batang dan dahan di bahagian
yang tinggi, alat Penyampul Putik Cempedak (APC) telah dicipta.
Bahagian utama alat ini ialah rumah penyambut (hopper) yang disambung
dengan beberapa bahagian galah untuk menyampul putik cempedak pada
ketinggian yang berbeza-beza.
Faedah-faedah daripada penggunaan APC:
-
Pengurangan Kos Operasi
Kos operasi menyampul putik cempedak menggunakan APC dapat dikurangkan
sehingga 60% kos berbanding dengan kaedah menyampul dengan cara memanjat
dan menggunakan tangga. Kos operasi menyampul dengan kaedah
memanjat dan menggunakan tangga dianggarkan sebanyak RM1339.30 perhektar
manakala kos operasi menyampul dengan APC ialah 762.50 perhektar sahaja.
-
Penjimatan Masa
APC dapat menjimatkan hampir 51% masa menyampul putik cempedak.
Ini berdasarkan masa yang diambil selama 2.63 minit untuk membungkus
satu putik cempedak berbanding dengan 5.44 minit dengan kaedah lama.
-
Pengurangan Kadar Kerosakan Buah
Dengan APC, peratus kerosakan buah cempedak dapat dikurang dari 41.1%
kepada 9.43%.
-
Peningkatan Tahap Penerimaan dan Kepuasan Hati Petani
Harga seunit APC murah, tahan lama, ringan dan mudah alih.
Seseorang petani boleh menggunakannya dengan cekap dalam tempoh yang
singkat dan seusai digunakan oleh semua petani tanpa mengira peringkat
usia. Lebih menarik, APC boleh juga digunakan untuk menyampul
putik buah-buahan lain seperti limau bali, mangga dan sebagainya.
APC juga menjamin keselamatan petani kerana tidak perlu memanjat pokok
cempedak untuk kerja-kerja menyampul selain tidak membebankan petani
untuk membawa tangga merata-rata di sekeliling dusun.
Alat
Pembungkus Cempedak (APC)
Komponen-komponen APC dan fungsi setiap komponen:
-
Sarung plastik penyampul
Untuk menyampul putik cempedak. Saiz 12 x 18" (cerah) - 1 kg.
-
Gelang getah
Untuk mencerut plastik pada tampok putik cempedak. Gelang getah
ukuran lilitan 3"
-
Lengkang penahan
Untuk memegang plastik sebelum dilekatkan ke putik cempedak - Paip PVC
nipis 3" garis pusat x 1 1/2" lebar
-
Hopper (rumah penyampul)
Struktur utama 80mm x 40mm - PVC reducer.
-
Jejari plastik
Memudahkan plastik penyampul dipisahkan dan hopper dan lekat di putik
cempedak. Boleh gunakan bahan terpakai saiz 1 x 3 cm x 14 cm
panjang
-
Hose Clipse
Untuk memegang jejari plastik kepada tapak hopper. Saiz 5 (95-115
mm garis pusat)
-
Spring dan Dawai
Spring lembut untuk menggerakkan lengkung penahan ke atas dan ke bawah.
Saiz 30mm x 8 mm garis pusat (2 unit spring dan 2 unit dawai)
-
Tali Penarik
Untuk menarik dawai pemegang diperbuat dari tali nylon.
-
Adjustable collar
Untuk memberikan gerakan ke kiri dan kanan dan pusingan sehingga 360
darjah.
PVC tank connector 3/4' - 1 unit
PVC faucet connector 3/4" - 1 unit
PNC reducer 3/4" x 1/2" - 1 unit
-
Galah
Meninggikan alat penyampul putik cempedak mengikut paras putik cempedak
di pokok, diperbuat daripada alluminium hollow pipe 3/4" garis pusat x
5' panjang (2 batang).
Perhatian!
Alat APC ini telah dicipta
oleh pasukan kerja Pejabat Pertanian Daerah Mersing, Johor dengan kos
operasi
Inovasi ini telah memenangi Anugerah Inovasi Jabatan Pertanian 1999
anjuran MAMPU.
|