|
PANDUAN MENANAM CENDAWAN
Di bawah diturunkan tapak-tapak web mengenai tanaman cendawan. Sila klik
pada tajuk-tajuk di bawah ini:-
PENANAMAN CENDAWAN
Penanaman cendawan mengikut persekitaran adalah seperti
berikut:-
-
Penanaman cendawan tanah rendah:
Keperluan suhu antara 25-32 oC
Penanaman cendawan tanah tinggi:
Keperluan suhu antara 14-22oC.
Penanaman cendawan persekitaran terkawal:
Keperluan suhu antara 10-18oC
Persediaan di tapak projek (seluas 2 ekar)
1 unit bangunan untuk pejabat, pengumpulan hasil, bilik penyimpanan (chiller) dan bilik proses.
1 unit bangunan untuk menyimpan habuk kayu dan ruang penyediaan beg media
1 unit bangunan untuk pengukusan, penyejukan beg media dan bilik penyuntikan benih
10 unit rumah cendawan bersaiz 20' x 50' untuk pemeraman dan pengeluaran hasil
Ciri-ciri asas rumah cendawan
- Pengudaraan yang baik - gunakan dinding netting
- Suhu sesuai: 28
oC-30oC - rumah cendawan beratap dan siram 2 kali sehari
Kelembapan bandingan yang tinggi: 80-90% (siram dua kali sehari)
Kalis serangga dan penyakit - dinding netting dan lantai bersimen
Ukuran rumah cendawan yang sesuai
Besar: 20' x 50' -
memuatkan 10,000 - 15,000 beg
Kecil: 20' x 15' - memuatkan 3,000-4,500 beg
Contoh: Rumah berdinding
jaring (netting) dan rumah berdinding daun nipah. Rumah cendawan
tidak sesuai terlalu besar kerana sukar untuk mengawal jangkitan
pencemaran.
Ruang dalam bangunan
- Ruang penyediaan - ruang menggaul media
- Ruang pengukusan - ruang beg media dibasmi kuman
- Bilik suntik - ruang menyuntik benih
- Bilik pemeraman - ruang untuk meletak beg media semasa pemeraman
- Ruang pengeluaran hasil - ruang menyusun beg untuk memungut hasil
Amalan pengurusan baik
Mematuhi susun atur kerja yang
mengambilkira kawasan basmi kuman dan bukan basmi kuman (perlu dipatuhi
untuk mengelakkan pencemaran). Kebersihan ruang perlulah dijaga.
Kerja-kerja penyediaan beg hendaklah dilakukan di kawasan tidak basmi
kuman dan aktiviti pengukusan di sempadan antara kawasan tidak basmi kuman
dan kawasan basmi kuman. Manakala kerja menyuntik benih dilakukan di
kawasan basmi kuman dan pemeraman serta memungut hasil di kawasan basmi
kuman.
Dapatkan bekalan bahan media
(habuk kayu getah, dedak, kapur) dan bekalan peralatan (tutup dan leher
beg media, mesin bancuh, tong dram atau pengukus besar (steamer) serta
mesin pengisi dan pembekal.
Susun atur kerja yang baik boleh mengurangkan pencemaran
Ruang Penyediaan
---------------------------> |
Ruang Pengukusan
--------------------------> |
- Bilik suntik
- Ruang pemeraman
- Ruang pengeluaran hasil
------------------------------------>
|
KAWASAN TIDAK BASMI KUMAN |
^
^
^
^ |
KAWASAN BASMI KUMAN |
SEMPADAN ANTARA
KAWASAN TIDAK BASMI
KUMAN
DAN BASMI KUMAN |
Susun Atur Kerja
Yang Baik
Contoh rak untuk meletak beg media cendawan
(boleh memuatkan lebih kurang 400 beg media / rak)
Teknik Menanam Cendawan
Aktiviti utama
yang perlu dilakukan ialah menyediakan beg media cendawan, iaitu beg plastik
tahan panas (8.5 cm x 36 cm, tebal 0.6 cm), tutup dan leher beg media,
kapas/span penyumbat. Keperluan penyodok besar dan kecil (bagi projek
kecil) atau mesin bancuh, mesin pengisi beg (projek besar).
Gaulkan habuk kayu
getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1 mengikut berat. Siram
air sehingga habuk kayu tidak berderai apabila dikepal. Masukkan campuran
habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan padatkan sehingga tingginya 18 cm dan
beratnya 1 kg. Pasangkan leher dan tutup (penutup disumbat dengan sedikit
kapas).
Pengukusan Beg Media Cendawan
Masukkan air ke
dalam tong drum sehingga paras lapik. Susun beg media secara menegak
sehingga penuh tong drum. Tutup mulut tong drum dengan lapisan guni gula
dan besen aluminium di atasnya. Kukus selama 7 jam. Padamkan api dan
sejukkan beg media di dalam ruang penyejukan. Sekiranya tanaman cendawan itu
merupakan projek besar, peralatan seperti steamer, set dapur gas, bakul
pastik/besi perlu digunakan.
P emilihan
Benih Cendawan
Faktor-faktor yang
perlu diberi perhatian semasa memilih benih ialah:-
-
pilih dengan teliti
-
miselium benih yang baik berwarna
putih seperti kapas
-
pilih benih yang pertumbuhan
miseliumnya penuh dan padat
-
jangan pilih benih yang berwarna
perang dan yang mengeluarkan cairan seperti minyak kerana ia telah tua dan tidak
aktif
-
jangan pilih benih yang dicemari
kulat yang berwarna hijau, kuning dan hitam.
-
jangan pilih benih yang berbau masam
dan berulat.
Penyuntikan Benih Cendawan
Peralatan yang
diperlukan untuk penyuntikan benih ialah benih, pengorek benih, pelita
spirit/burner dan pen marker. Sebelum memulakan kerja menyuntik, bersihkan
bilik dengan pembasmi kuman sebelum menjalankan kerja menyuntik benih cendawan.
Pindahkan beg cendawan yang telah sejuk ke dalam bilik suntik dan pastikan
pakaian serta diri penyuntik benih dalam keadaan bersih.
Pilih benih
cendawan yang baik iaitu yang berwarna putih bersih seperti kapas dan
pertumbuhannya penuh sehingga ke bawah botol. Hancurkan benih cendawan
dengan pencungkil yang telah dipanaskan (layur) dengan api. Atau, jika
benih dalam beg plastik, picit benih cendawan sehingga lerai. Buka mulut
beg media dan masukkan benih cendawan anggaran sebanyak 1 sudu besar.
Penutup mulut beg media dilayur dan dipasangkan kembali pada beg media (pastikan
benih cendawan turun ke bawah dan tidak berlonggok di leher beg media).
Kemudian tarikh suntik benih dan jenis cendawan dicatatkan pada beg media
cendawan.
Eramkan beg cendawan tersebut sehingga miselium memenuhi beg pada suhu 28-30oC
diruang khas sebelum dialih ke rumah cendawan. Tempoh pengeraman
bergantung pada saiz beg yang digunakan.Pemeraman Beg Media Cendawan
Susun beg media cendawan di atas rak dalam ruang pemeraman cendawan secara rebah atau tegak. Mulut
beg dibuka. Cendawan pertama akan keluar 3-5 hari selepas penutup beg
dibuka. Suhu yang sesuai dalam rumah cendawan ialah 30-32oC
dengan kelembapan bandingan udara 80-90%. Air perlu disembur ke dinding,
lantai dan beg cendawan pagi dan petang bagi meningkatkan kelembapan dan
merendahkan suhu.
Pengawalan Perosak dan Penyakit
Pastikan rumah cendawan sentiasa bersih dan cukup pengudaraannya.
Kulat Neurospora sp. biasanya menyerang pertumbuhan cendawan
di peringkat awal. Buang dan musnahkan beg-beg yang diserang.
Bersihkan persekitaran rumah cendawan daripada rumpai dan sampah
sarap. Rak dan ruang disembur dengan larutan Dettol 10%.
Serangan bakteria dapat dikenalpasti apabila batang dan kelopak
cendawan berwarna perang dan berlendir. Ia boleh dikawal
dengan mencabut tangkai cendawan semasa mengutip hasil, dan
kurangkan siraman air serta perbaiki pengudaraan. Serangan
serangga perosak dapat dielakkan dengan memasang jaring di
sekeliling rumah cendawan. Bagi mengawal serangan lipas, semut
dan tikus, gunakan racun berbentuk umpan atau perangkap untuk
mengelakkan pencemaran racun terhadap cendawan.
Tanamlah pokok di sekitarnya untuk mewujudkan suasana yang redup.
Rumah cendawan juga memerlukan pengudaraan yang baik, cahaya yang
malap dan serata. Pancaran cahaya matahari yang kuat akan
membantutkan pertumbuhan cendawan. Memungut Hasil
Buka mulut beg media cendawan setelah pemeraman selama 45-60 hari dan maisiliam memenuhi
keseluruh beg media. Peringkat pertumbuhan cendawan bermula pada hari
kedua cendawan mula keluar seperti anak mancis dan pada hari ketiga cendawan
mula membesar dan kembang. Pada hari keempat, cendawan membesar ke
peringkat optima. Di peringkat ini cendawan mempunyai ciri-ciri berkualiti
seperti kelihatan segar dan cantik, rasanya rangup dan manis, tahan lebih lama
serta tidak mudah lembik dan tidak cepat berbau busuk. Pada hari kelima,
tepi cendawan mula berombak dan pecah. Ini menunjukkan cendawan terlalu
matang/tua. Kualiti rendah, rasanya kurang manis, liat dan cepat berbau
busuk.
Oleh itu, pungut hasil pada hari ketiga atau keempat (sebelum tepi cendawan berombak dan pecah)
dengan cara mencabut seluruh rumpun cendawan. Bersih dan tutup kembali
mulut beg media dengan penutup rehat. Rehatkan beg media cendawan selama
10 hari sebelum dibuka untuk hasil berikutnya. Kutipan berikutnya 10-14
hari selepas direhatkan. Untuk mendapatkan cendawan segar pada kuantiti
yang sama pada setiap hari:-
- Jumlah beg media cendawan dibahagi kepada 15 kumpulan
- Jumlah beg cendawan yang dibuka setiap hari didharabkan dengan 50 gm (anggaran hasil/beg/petik)
Contoh perkiraan:
Untuk mendapatkan cendawan segar sebanyak 50 gm pada setiap hari mesti ada
sejumlah 15,000 beg media cendawan yang dibahagikan kepada 15 kumpulan untuk
mendapatkan 15 hari pusingan rehat dan buka. Bermakna 1,000 beg media
dibuka setiap hari.
Pengendalian Lepas Tuai
Leraikan cendawan, buangkan cendawan yang terbantut pembesarannya dan cendawan yang cacat.
Kerat pangkal tangkai cendawan dengan pisau atau gunting. Susun dalam
plastik secara satu hala. Cendawan diisi ke dalam beg plastik atau
bakul jika hendak dijual dalam masa sehari. Beg plastik yang digunakan
tidak perlu ditutup rapat (jika ditutup rapat, ia akan berwap dan merosakkan
cendawan). Jual terus hasil cendawan yang masih segar atau
simpan dalam peti sejuk tidak lebih dari 3 hari (simpan dalam keadaan insang
cendawan menghala ke atas).
Pemasaran Hasil
Cendawan boleh dipasarkan dalam bentuk cendawan segar, cendawan kering dan cendawan yang
diproses. Selain dari dimakan segar dan kering, kini telah dipelbagai
produk dari cendawan seperti pengetinan, 'vacuum deep fry' 'forezen tempura',
campuran dalam kopi / minuman, penjagaan kesihatan, perapi diri, dan kosmetik.
Anggaran Kos Pengeluaran
Keterangan mengenai anggaran kos pengeluaran (sila klik) !
KATEGORI CENDAWAN:
Edible Mushroom - boleh dimakan
Medical Mushroom - mempunyai nilai
perubatan
Poisonous Mushroom - cendawan beracun
Cendawan liar / hutan
Jenis-jenis cendawan Edible dan fungsinya:
1. |
Auricularia sp. (Telinga Kera / Jeli Hitam) |
| |
- Merawat gangguan kardiovaskular - memecah darah beku, mengawal atur tekanan darah, merendah kolesterol dan lipid.
- Antioksidan dan melindungi dari kerosakan DNA.
- Boleh mengurangkan berat badan.
|
2. |
Schizophyllum Commune (Cendawan Kukur) |
| |
- Mengandungi
Schizophyllan iaitu ubat antitumor dan kanser.
- Meningkatkan
sistem imun: anti-radangan, antibakteria dan antiparasit.
- Melindungi hati.
|
|
3. |
Lentinus Edodes (Shitake) |
|
(sumber: Agromedia Bil. 6, 1999 dan Bil. 8, 2000)
Walaupun harganya mahal, cendawan shitake paling lazat jika
dibandingkan dengan cendawan lain dengan kandungan zat makanan dan
protin yang tinggi. Dari segi perubatan, cendawan ini
dikatakan dapat mengurangkan kolesterol serum; bertindak sebagai
antivirus, antiketumbuhan dan berkesan untuk menghalang pendarahan
otak. Fungsi-fungi lain adalah seperti berikut:-
|
| |
- Mengandungi Lentinan iaitu ubat antikanser. Juga diguna sebagai terapi
imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara.
- Merencat kejadian semula kanser.
- Meningkatkan sistem imun dengan merangsang imfosit dan makrofaj melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin.
Cendawan Shitake
(Wikipedia - Ensiklopedia Bebas)
|
| |
Di Sarawak, jenis shitake dari negeri China yang lebih sesuai dengan
iklim tropika digunakan untuk penanaman. Cendawan shitake
ini boleh dituai 6 bulan selepas substrat disuntik dengan benih.
cendawan boleh dituai beberapa kali sehingga umur substrat
tersebut menjangkau 10 bulan. Jumalah hasil yang diperolehi
daripada satu beg substrat dalam masa 10 bulan ialah 300-350 g.
Berat sekuntum cendawan lebih kurang 40-80 g. Malah terdapat
cendawan yang beratnya mencapai 100 g dengan garis pusat kuntum 14-15 cm.
Dalam penanaman shitake, substrat untuk diisi ke dalam beg plastik
terdiri daripada campuran habuk kayu, dedah, amonium sulfat,
kapur dan air (75% lembapan). Campuran dengan berat basah
1.2 - 1.5 kg dimasukkan ke dalam beg. Beg yang berisi
substrat ini dikukus selama 10 jam pada suhu 100o>C
untuk menyagkuman. Beg-beg ini kemudiannya dibiarkan sejuk
di dalam bilik suntikan benih. Benih shitake disuntik di
permukaan substrat yang sudah sejuk. Kemudian beg-beg
dipindahkan ke dalam rumah cendawan bagi tujuan pertumbuhan akar
(miselium). Pertumbuhan miselium mengambil masa 2 bulan bagi
memenuhi keseluruhan beg tersebut. Tempoh masa pertumbuhan
miselium boleh disingkatkan dengan menebuk lubang di tengah beg
yang mengandungi substrat bagi tujuan penyuntikan benih.
Selepas miselium tumbuh dengan sekata, substrat ditanggalkan
daripada beg plastik dan dipindahkan ke tapak pengeluaran
cendawan. Sebelum substrat dipindahkan, tapak pengeluaran
perlu disembur dengan racun serangga dan ditabur dengan kapur
supaya keadaannya sesuai untuk pertumbuhan cendawan.
Substrat-substrat disusun di atas tanah secara menegak dan ditutup
dengan plastik hitam. Lembapan di dalam rumah cendawan
ditingkatkan dengan menyembur air dua kali sehari pada sebelah
pagi dan tengah hari. Selepas 2 bulan, substrat yang
mengandungi miselium akan bertukar warna menjadi coklat
kehitam-hitaman. Plastik hitam yang menutupi substrat dibuka
sepenuhnya dan lembapan ditingkatkan sehingga 90%. Selepas
beberapa minggu, primodia cendawan tumbuh dan cendawan segar dapat
dituai 3-4 hari kemudiannya. Pertumbuhan cendawan yang besar
dituai manakala yang kecil dibiarkan untuk membesar.
Sistem beg plastik digunakan dalam penanaman cendawan shitake
kerana beberapa kebaikan. Yang pertama sistem ini dapat
mengurangkan tempoh pengeluaran cendawan dari 2-3 tahun kepada
setahun. Dengan ini, kitaran pengeluaran cendawan dapat
ditambah. Sistem ini juga dapat menggunakan berbagai-bagai
jenis habuk kayu yang dihasilkan oleh kilang kayu. Secara
tidak langsung, pencemaran oleh kilang-kilang tersebut dapat
dikurangkan. Selain itu, pengurusan sistem ini juga lebih
mudah dan teratur.(sumber: Agromedia Bil. 6 1999)
Hasil penyelidikan yang telah dan sedang dijalankan di Jepun
mendapati bahawa lebih kurang 50 jenis enzim terdapat pada
cendawan ini. Contohnye enzim asparaginase yang terdapat
pada cendawan ini digunakan untuk merawat penyakit leukimia,
polio, barah, Hepatatis B dan C, AIDS dan kencing manis.
Cendawan ini juga bertindak sebagai anti kulat, anti kanser dan
anti virus yang sangat berfaedah dalam bidang perubatan masa kini.
Dalam bidang pemprosesan makanan shitake boleh digunakan sebagai
bahan makanan, asas ramuan makanan dan agen perasa cendawan.
Shitake juga mempunyai rasa yang sedap iaitu empat kali ganda jika
dibandingkan dengan rasa cendawan butang. Kandungan garam
natriumnya rendah. Penggunaan perasa tiruan yang mempunyai
kandungan garam dan bahan kimia yang tinggi dapat dielakkan jika
shitake digunakan sebagai bahan perasa dalam makanan.
Cendawan ini tidak mengandungi gula, kaji, lemak dan kolesterol
tetapi mempunyai sumber fiber yang tinggi untuk mengatasi masalah
penghadaman dan menyenangkan proses perkumuhan. Fiber juga
dapat menyerap air dan bertindak sebagai penimbal di dalam
sistem tubuh. Pada masa ini, shitake merupakan salah satu
sumber protin yang popular di Jepun dan China. Ia boleh
digunakan sebagai masakan utama dan juga pengganti kepada
resepi-resepi berdaging. Cendawan ini mempunyai potensi yang
luas untuk dikomersialkan.
|
4. |
Flammulina velutipes (Jarum Emas) |
| |
- Toksik terhadap sel tumor.
- Meningkatkan sistem imun untuk menghalang jangkitan kulat dan virus.
- Anti-radangan.
- Aktiviti pelindung gen - menghalang kerosakan DNA sel.
|
5. |
Agaricus Brasillensis (Cendawan Butang) |
| |
- Merencat tumor.
- Mengawal atur tekanan darah.
- Merawat gastrik.
|
6. |
Ganoderma sp. (Ling zhi) |
| |
- Menghalang dan merawat kanser.
- Meningkatkan sistem imun - anti-allergik, anti-radang, antiviral, antibakteria dan antioksidan.
- Melegakan/ merawat paru-paru yang rosak akibat asthma dan masalah pernafasan lain.
- Melindungi hati dengan meningkatkan proses detoksifikasi.
|
7. |
Hericeum Arinaceum (Cendawan Butang Kubis) |
| |
- Merangsang faktor pertumbuhan saraf: berpotensi untuk merawat penyakit gangguan
saraf seperti dementia, trauma saraf akibat strok dna penyakit Alzheimer.
- Memperbaiki otot/gerakbalas motor dan fungsi kognitif.
- Lektin - merencat pengumpulan sel darah merah.
- Merawat ulser perut.
- Meningkatkan sistem imun.
|
8. |
Pleurotue spp. (Cendawan Tiram) |
| |
- Mengawal atur darah - anti-thrombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid.
- Meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria.
- Merencat pertumbuhan tumor.
- Antioksidan dan aktiviti pelindung gen.
|
|