JENIS
Di Malaysia Barat jenis yang
ditanam ialah berasal dari Moluccas.
KEADAAN TANAH
DAN IKLIM
Tanah gembur, tanah liat gembur
dan tanah dataran atau berbukit 61 meter hingga 610 meteri dari paras laut
adalah didapati sangat sesuai. Memerlukan hujan tahunan lebih kurang 254
cm dan terdapat hujan yang sama rata pada tiap-tiap bulan tanpa musim kemarau
atau hujan lebat yang berpanjangan. Mempunyai aras matair (water table)
lebih dari 3 cm serta sistem saliran yang sempurna. pH tanah yang sesuasi
bagi tanaman ini ialah diantara 5.0 - 6.5.
PENANAMAN
-
Menyedia benih
Tanaman cengkeh biasanya dibiak melalui biji. Biji-biji dipilih dari
pohon-pohon yang subur, cukup matang dan banyak buah dan ditabur dengan secepat
mungkin. Kulit buah cengkeh dibuangkan dan biji-biji ini diletakkan
melintang di atas tanah gembur berpasir dalam kotak-kotak atau batas-batas
semaian. Kotak-kotak semaian disiramkan dengan secukupnya dan diberi
perlindungan. Dalam masa 3-4 minggu, biji-biji akan cambah dan anak-anak
semaian ini diubahkan ke dalam beg-beg plastik apabila telah mempunyai 4 helai
daun. Anak-anak semaian sedia ditanam di ladang apabila berumur lebih dari
satu tahun.
-
Lubang tanaman
Saiz lubang tanaman ialah 0.8 x 0.8 x 0.8 meter (2 1/2 x 2 1/2 x 2 1/2 kaki).
-
Menanam
Anak-anak semaian yang subur dan sihat sahaja dipilih untuk ditanam di ladang.
Jarak menanam ialah 7.6 x 7.6 meter (25 x 25 kaki) hingga 9.2 x 9.2 meter (30 x
30 kaki). Seminggu sebelum menanam, lubang tanaman dipenuhkan dengan tahi
lembu yang reput, atau lain-lain bahan organan bersama dengan tanah lapisan atas
(top soil). Anak-anak semaian ditanam di ladang pada awal musim hujan dan
disediakan lindungan dengan menggunakan daun-daun kelapa atau daun-daun hutan.
Pokok-pokok pisang boleh ditanam sebagai pokok perlindungan dan sebagai sumber
pendapatan sementara menunggu pokok-pokok pala mengeluarkan hasilnya.
PENJAGAAN
-
Mencantas
Cantasan dilakukan untuk mengawal supaya pokok tumbuh sehingga 4.6 m -
6.1 m tinggi. Ini akan menyenangkan pungutan hasil.
(Sila lihat panduan mencantas pokok di sini) !
-
Mengawal rumpai
Merumput di sekeliling pokok-pokok dilakukan 2-3 kali setahun.
-
Membaja
Baja organan dari serbuk udang disyorkan seperti berikut:-
Di lubang tanaman
Tahun pertama
Tahun kedua
Tahun ketiga
Tahun keempat
Tahun kelima
Tahun keenam
Tahun kesepuluh
Tahun kedua puluh
Tahun ketiga puluh
Tahun keempat puluh |
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- |
0.2 kg
0.5 kg
0.9 kg
1.8 kg
2.5 kg
3.2 kg
4.1 kg
6.8 kg
9.1 kg
11.4 kg
13.6 kg |
sepokok setahun
"
"
"
"
"
"
"
"
"
" |
Serbuk udang selalunya dibahagikan kepada 2-3 kali taburan
setahun. Selain daripada serbuk udang, baja organan malameal pun boleh
digunakan juga.
Tahun pertama
Tahun kedua
Tahun ketiga
Tahun keempat
Tahun kelima
Tahun kesepuluh |
-
-
-
-
-
- |
0.5 kg (1 lb)
pokok setahun
0.9 kg (2 lb)
"
1.4 kg (3 lb)
"
1.8 kg (4 lb)
"
2.3 kg (5 lb)
"
3.6 kg (8 lb)
" |
MENGAWAL MUSUH DAN PENYAKIT
-
Ulat Pengorek Batang dan Ranting
Pancutkan dengan Dieldrin atau BHC ke dalam lubang.
-
Kutu Daun (Mealy bugs)
Serang anak semaian. Sembur dengan Malathion pada kadar 0.1% bahan
aktif.
-
Penyakit Bintik Daun
Disebabkan oleh Phyllosticta sp. di tapak semaian. Sembur tiap-tiap
minggu dengan racun kulat Maneb dengan kadar 0.1% bahan aktif.
-
Mati Pucuk
Tiada kawalan yang berkesan. Cuba cara di atas.
MEMUNGUT HASIL
Pokok-pokok cengkeh mulai berbunga apabila berumur 5-6 tahun
selepas ditanam. Petik kuntum bunga cengkeh apabila telah cukup besar tetapi
belum kembang dan asingkan bunga cengkeh dari tangkainya.
Untuk penerangan seterusnya, sila klik pada tajuk-tajuk di bawah ini:-