PANDUAN MENANAM JAGUNG
(JAGUNG MANIS "IMPROVED
MASMADU" DAN JAGUNG SAYUR)
PENDAHULUAN
Hibrid telah lama digunakan di dalam tanaman jagung. Terdapat tiga kategori hibrid yang
biasa digunakan dalam pengeluaran komersial jagung. Keistimewaan dan
kelebihan yang diperolehi dari varieti-varieti hibrid telah lama terbukti,
dimana hibrid berupaya memberikan mana-mana varieti pendebungaan terbuka, atau
komposit jika diberikan persekitaran yang baik.
Diantara kelebihan penggunaan varieti hibrid ialah:-
- Hasil yang tinggi serta keseragaman sifat pokok yang tinggi terutama pada saiz tongkolnya.
- Kebanyakan hibrid komersial berbunga serta matang lebih awal dari
varieti komposit.
- Walaupun berhasil tinggi, pada amnya pokoknya adalah elbih kecil dan rendah.
Beberapa perkara penting harus difahami dan diteliti jika varieti hibrid digunakan untuk
pengeluaran, diantaranya ialah:-
- Varieti hibrid perlu dibeli biji benihnya untuk setiap kali penanaman. Jangan sekali-kali
menggunakan biji benih yang dihasilkan dari penanaman lepas untuk penanaman
seterusnya, walaupun telah dipilih. Ini adalah kerana kandungan genetik
dalam varieti tersebut berubah akibat dari proses penginbredan, menyebabkan
penurunan hasil yang mendadak jika digunakan juga.
- Harga jualan biji benihnya adalah lebih tinggi sedikit dari varieti pendebungaan terbuka.
- Beli beji benih dari penjual / pengedar yang berdaftar agar varieti yang digunakan dapat
dipastikan ketulenannya.
- Pastikan varieti-varieti dengan gen pengawal kemanisannya berlainan tidak ditanam dalam
satu kawasan secara serentak. Bercampuran dalam pendebungaannya akan
mengakibatkan pembentukan bijian yang rendah kemanisannya. Keadaan ini
sama untuk jagung yang ditanam berdekatan (ladang lain yang berhampiran) dan
tidak kira samada varieti yang ditanam varieti komposit atau hibrid.
JAGUNG MANIS
"IMPROVED MASMADU"
Nama Botani
: Zea mays
Famili
: Gramineae
Jagung manis
adalah diantara tanaman jangka pendek yang popular di kalangan pekebun kecil.
Beberapa varieti jagung manis telah diperkenal. Diantaranya ialah Thai
Supersweet, Manis Madu dan Masmadu.
VARIETI:
-
Thai Supersweet
Mempunyai warna tongkol yang berbeza-beza daripada kuning muda hingga jingga.
Warna endosperm kuning ke oren, bilangan barisan 12-16, panjang tongkol 15 sm,
tempoh pengeluaran jambak bunga betina (50%) 59 hari, potensi pengeluaran 30,000
tongkol/hektar, rasa manis.
-
Manis Madu
Warna endosperm kuning putih ke kuningan, bilangan barisan 12-16, panjang 15 sm.
Tempoh pengeluaran jambak bunga betina (50%) 59 hari, potensi pengeluaran 30,000
tongkol/hektar, rasas manis.
-
Mas Madu
Mempunyai tongkol yang manis seperti madu serta lebih manis daripada Manis Madu.
Warna ensperm kuning emas ke oren, bilangan barisan setongkol 14, panjang
tongkol 14-18 sm, tempoh pengeluaran bunga betina 45-50 hari, potensi
pengeluaran 30,000 tongkol/hektar. Tongkolnya juga lebih besar.
Rasanya manis, bagaimanapun warna tongkol varieti Masmadu yang kuning keemasan
kurang digemari. Pengguna lebih gemar jagung manis yang berwarna kuning
muda (pucat).
Satu program
pembiabakaan telah dijalankan untuk membaiki warna tongkol varieti Masmadu.
Hasilnya, satu varieti baru yang tongkolnya berwarna kuning muda telah ditemui.
Varieti ini dinamakan "Improved Masmadu".
PENANAMAN
-
Penyediaan
Tanah
Jagung manis boleh ditanam di kebanyakan kawasan di negara ini. Tanah yang
tidak terlalu masam (pH 5.5-6.5) dan mempunyai saliran yang baik adalah sesuai
untuk tanaman ini. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 25 cm.
Tabur dengan kapur sekiranya pH tanah didapati rendah. Biasanya sebanyak
2.5 tan metrik kapur bagi setiap hektar kawasan adalah memadai. Kapur
hendaklah digaul ke dalam tanah. Sekiranya penanaman dijalankan berterusan
adalah disyorkan supaya kapur ditabur setahun sekali pada kadar 1 tan metrik
sehektar setahun. Bagi tanah-tanah yang mudah terendam air batas perlulah
dibuat.
Keperluan Biji Benih
Biji benih sebanyak 10 kg diperlukan bagi setiap hektar kawasan. Seperti
menanam jagung manis lain, petani-petani disyorkan supaya mendapat bekalan biji
benih jagung Supersweet Kuning daripada pembekal-pembekal yang sah seperti
Jabatan Pertanian. Petani-petani juga dinasihatkan supaya mendapatkan
benih-benih baru setiap kali menanam.
Menanam
Rendam biji benih dalam air biasa selama 1 jam untuk memudahkan percambahan.
Biji benih kemudian digaul dengan racun kulat seperti thiram dan terus di
tanam ke ladang. Gunakan tali yang telah ditanda dengan jarak tanaman yang
disyorkan untuk memudahkan kerja menanam. Buat lubang untuk biji benih
dengan menggunakan tugal. Masuk 1 atau 2 biji benih dan tambus.
Pengairan
Sistem renjis boleh digunakan. Sekiranya bergantung kepada air
hujan, rancangkan supaya masa penanaman adalah bertepatan dengan musim
hujan setempat.
Pembajaan
Baja sebatian 15:15:15 sebanyak 400 kg digunakan sebagai baja asas.
Baja tambahan sebanyak 130 kg urea ditabur 30-35 hari selepas menanam.
Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai pada peringkat awal pertumbuhan adalah sangat penting.
Racun pracambah seperti Atrazine digunakan sebaik sahaja baja asas
dibubuh. Rumpai yang tumbuh, kemudiannnya boleh dikawal secara
manual.
HASIL DAN PENYESUAIAN
Sesuai ditanam dikebanyakan kawasan di negara ini. Hasil dapat dipungut 68-72 hari
selepas ditanam. Hasil yang boleh dipasarkan ialah sebanyak 26,000 hingga
38,000 tongkol sehektar (bergantung pada kesuburan tanah dan pengurusan
tanaman).
PENYIMPANAN
Mutu jagung manis akan terjejas jika tidak disimpan dengan betul. Untuk penyimpanan
sementara, sejukkan jagung dengan menyimbah air sejuk (1-3oC), atau
3-5 hari pada suhu 5oC atau 2 hari pada suhu 10oC tidak
akan menjejaskan mutu tongkol.
PENYEDIAAN JAGUNG UNTUK DIMAKAN
"Improved" Masmadu boleh disediakan dalam beberapa cara. Diantaranya ialah dengan cara
merebus, mengukus (tanpa kulit) dan dimasak di dalam ketuhar gelombong mikro.
PULANGAN
Jumlah pokok yang
disyorkan bagi sehektar pada jarak tanaman 50 cm antara pokok dan 75 cm antara
barisan serta dua pokok ditanam pada setiap lubang adalah (50 cm x 75 cm x 2
pokok) = 53,000 pokok/hektar. Hasil yang boleh dipasarkan (andaian 50%) =
26,500 tongkol.
Dengan kos pengeluaran RM2,025/hektar, pulangan daripada sehektar adalah seperti berikut:-
|
Harga setongkol (RM) |
0.15 |
0.20 |
0.25 |
|
Pendapatan kasar (RM) |
3 795 |
5 300 |
6 625 |
|
Kos Pengeluaran (RM) |
2 025 |
2 025 |
2 025 |
|
Pulangan Bersih (RM) |
1 950 |
3 275 |
4 600 |
JAGUNG SAYUR
Zea mays L.
Famili: Graminae
Dikenali sebagai putik jagung,
ketiak jagung, jagung muda ataupun jagung sodek. Rasanya manis,
ranggup dan sedap dimakan secara segar. Ia merupakan sejenis sayuran
yang agak selamat untuk dimakan kerana tiada penggunaan racun kimia di
dalam pengeluaran jagung sayur.
Kultivar yang sesuai untuk
pengeluaran jagung sayur mestilah memenuhi dua ciri penting iaitu hasil
yang tinggi dan rasa yang manis. Ia boleh dihasilkan dari jagung
jenis bijirin, pulut atau manis. Kultivar yang sesuai
dan senang diperolehi ialah Suwan 1, Suwan 2, Suwan 3, Manis Madu, Thai
Supersweet dan Mas Madu. Bagi pengeluaran sampingan dengan jagung
tongkol, kultivar jagung manis seperti Manis Madu, Mas Madu dan Thai
Supersweet digunakan. Bagi pengeluaran komersil atau bersepadu
dengan perusahaan ternakan, varieti Suwan 1 dan Suwan 3 digunakan kerana
bahan sisanya tinggi, tahan penyakit dan harga benihnya lebih murah.
Kesesuaian tanah dan iklim
Mineral, gambut, bris dan tanah bekas lombong . pH tanah 5.5 - 6.5,
suhu 22-33oC, taburan hujan 500-800 mm/semusim dan kelembapan
40-80%.
PENJAGAAN
TANAMAN JAGUNG SECARA UMUM:
Penyediaan
benih:
Biji benih yang bermutu
hendaklah digunakan untuk penanaman jagung sayur dimana percambahannya
hendaklah melebihi 70%. Biji benih yang rosak, dijangkiti penyakit,
kecil atau nipis hendaklah dibuang. Sebelum menanam, biji benih
perlulah dirawat untuk mengawal penyakit dan serangga perosak. Racun
kulat seperti thiram atau captan pada kadar 3 g/kg. biji benih dan racun
serangga seperti carbaryl pada kadar 2.5g/kg. biji benih digunakan.
Untuk mendapatkan kesaan rawatan yang lebih baik, rawatan bancuhan pekat
hendaklah digunakan. Sebagai contoh, untuk rawatan 10 kg. biji benih
jagung, bancuh 30 gm thiram dan 25 gm carbaryl di dalam 140 ml. air.
Bancuhan pekat yang diperolehi ini digaulkan dengan 10 kg. biji benih
tersebut sehingga semua biji benih disaluti dengan bancuhan racun.
Biji benih yang telah dirawat hendaklah ditanam dalam tempoh 2 hari.
Menanam:
Lubang penanaman sedalam 2-3 cm
boleh dibuat dengan menggunakan cangkul atau jentera. Sejumlah 15-17
biji benih digunakan bagi semeter penanaman menggunakan jentera iaitu
berjarak 6 cm di dalam barisan manakala 7 cm antara barisan penanaman.
Kadar percambahan 70-80% akan memberikan kepadatan 160,000 pokok/ha
seperti yang disyorkan. Keperluan biji benih adalah 65 kg/ha. bagi
Suwan I dan Suwan II manakala 36 kg./ha bagi jagung Thai Super Sweet dan
Manis Madu.
Bagi penanaman menggunakan
batas bersaiz 1.5 m (batas dan alur), 2 baris penanaman sesuai digunakan.
Jarak penanaman antara baris di atas batas adalah 30 cm dan 11 cm di dalam
baris di atas batas adalah 30 cm dan 11 cm di dalam baris penanaman.
Mengawal Rumpai
Dilakukan dua kali dengan cara biasa atau menggunakan racun rumput
rampai. Merumput yang pertama dilakukan 3 minggu selepas menanam
manakala yang kedua 3-4 minggu selepas merumput kali pertama.
Panduan merumput dengan menggunakan racun dan kadar baja yang diperlukan
untuk tanaman jagung adalah seperti berikut:-
Panduan Mengawal Rumpai Menggunakan Racun Kimia
|
Jenis Rumpai |
Cara Mengawal |
Takaran
(kg bahan aktif/ha) |
Cara Penggunaan |
Ulasan |
|
|
Atrazine
(serbuk bancuh (WP) |
1.0 - 3.0 |
Digunakan sebagai
racun rumpai pracampah
selepas menyemai biji
benih jagung. |
Tidak boleh digunakan jika
tanaman
berikutnya ialah kekacang atau sayur-
sayuran. Boleh juga dicampurkan
dengan Paraquat (0.25-05 kg.bahan
aktif) atau MSMA (1.0-1.5 kg bahan
aktif) untuk membunuh rumpai yang
tumbuh lebih awal. |
Rumpai
semusim |
Alachlor
(cecair) |
1.0 - 3.0 |
Digunakan sebagai racun
rumpai pracambah
selepas menyemai biji
benih jagung. |
- |
| |
Paraquat
(cecair) |
0.25 - 0.5 |
Sebagai semburan tepat
diantara barisan jagung.
Guna penahan (shield)
pada hujung nozzle. |
Sembur dengan berhati-hati dan
elakkan tempias semburan daripada
terkena daun-daun tanaman.
Gunakan kadar yang rendah untuk
rumpai muda dan kadar yang tinggi
untuk rumpai tua. Gunakan sukatan air
yang lebih untuk rumpai yang
tebal. Boleh mti jika termakan racun
ini. Jangan menggunakan alat
penyembur berjentera (motor-blower). |
Rumpai
daun
lebar |
2, 4-D Amine
(cecair) |
0.8 - 1.1 |
Racun rumpai lepas
cambah. Digunakan
sebagai semburan tepat
diantara barisan jagung. |
Gunakan kadar yang rendah bagi
jagung setinggi 7-10 cm. Tambahkan
sukatan bagi jagung yang tingginya 10
cm ke atas |
Membaja
Nitorgen (N) yang paling penting. Pastikan bekalan mencukupi terutamanya pada peringkat
pertumbuhan awal sehingga peringkat berbunga. Nitrogen digunakan
dalam proses fotosintesis dan perlu dibekalkan untuk meningkatkan hasil.
Fosforus (P) menggalakkan pertumbuhan akar jagung, pembentukan benih dan
mempercepatkan kematangan manakala kekurangan kalium
memperlahankan tumbesaran pokok dan akar. Kadar penggunaan baja
NPK yang disyorkan untuk penanaman jagung ialah 120:60:60 hingga
120:60:120 kg/ha. Penentuan kadar yang paling sesuai harus
mengambilkira faktor-faktor seperti keadaan tanah, iklim, varieti
jagung, densiti penanaman, jenis baja yang digunakan dan peringkat
tumbuhan. Penggunaan baja sebatian digalakkan kerana menyenangkan
proses pembajaan, terutamanya jikalau pembajaan dilakukan dengan
jentera.
Kadar Baja Yang Diperlukan
|
Siri Tanah |
Berat |
|
N |
P2O5 |
K20 |
|
Kg/ha (lb/ekar) |
Kg/ha (lb/ekar) |
Kg/ha
(lb/ekar) |
|
Siri Selangor |
67-90 (60-80) |
34-51 (30-45) |
- - |
|
Siri Telaga & Telemong |
67-90 (60-80) |
45-67 (40-60) |
22 20 |
|
Siri Akob |
112-135 (100-120) |
67-102 (60-90) |
22 20 |
|
Siri Rompin |
112-135 (100-120) |
51-67 (45-60) |
34-51 (30-45) |
Tanah Kapur & Tanah
Gambut Cetek |
135-168 (120-150) |
34 (30) |
67-101 (60-90) |
Separuh baja
Nitrogen, separuh baja Kaliam dan kesemua baja Fostat diguna waktu
menanam. Baki baja diberikan 3-4 minggu selepas menanam.
Penggunaan bahan organik
digalakkan di tanah berpasir dan kurang subur. Pembajaan untuk tanah
mineral adalah seperti berikut:-
|
Jenis Baja |
Kadar Baja
(Kg/Ha) |
Masa Membaja
(1 hari sebelum ditanam) |
Cara Baja |
|
NPK (12:12:17:2) |
500 |
1 |
Dibajak ke dalam tanah. |
|
Urea |
130 |
15 |
Ditabur 15 cm dari barisan jagung dan digaulkan
ke dalam tanah. |
|
Urea |
130 |
35 |
Ditabur 20 cm dari barisan jagung dan digaulkan
ke dalam tanah. |
Pengairan
dan Saliran:
Memandangkan keaadaan cuaca yang tidak menentu dan untuk menjamin
pengeluaran yang tinggi dan berterusan, pengairan hendaklah diberi
keutamaan dari masa menanam hingga 20 hari lepas tanam dan selepas 45
hari pembentukan bunga jantan. Sistem perenjis hendaklah digunakan bagi
menampung kekurangan air di ladang. Pengairan dijalankan 2-3 hari
sekali pada musim kering sehingga mencapai kelembapan di paras field
capacity. Tanda-tanda kekurangan air pada jagung sayur di peringkat
tumbesaran ialah daun kelihatan bergulung walaupun pada awal pagi. Daun
akan kelihatan layu sekiranya kekurangan air selepas peringkat jagung
berbunga. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah
saliran. Parit ladang boleh dibina untuk menyalirkan air yang bertakung
ke parit utama.
Kesan kekurangan air:
Peringkat percambahan - melambatkan percambahan, menyebabkan percambahan
tidak seragam dan kadangkala kematian biji benih.
Peringkat tumbesaran tampang - mengakibatkan kebantutan pokok,
pengeluaran bunga jantan yang lambat dan seterusnya melambatkan
kematangan bijiiran.
Peringkat pembungaan -
peringkat yang paling kritikal. Menyebabkan pertumbuhan bunga
terbantut atau terus gugur dan hasil terjejas.
Peringat tumbesaran bijiran -
mengurangkan isi dan keberatan tongkol. Hasil terjejas.
Kesan
ketakungan air atau banjir yang berpanjangan:
Pada amnya, mengakibatkan pokok kelihatan kuning dan terbantut.
Hasil terjejas. Kalau berlaku pada peringkat tampang, ketiadaan
hasil langsung.
Mengawal Penyakit dan Serangga pada tanaman jagung
Bintik perang (dreschslera maydis)
Bintik berwarna perang muda pada daun berbentuk bujur memanjang.
Musnah sisa-sisa tanaman. Guna biji benih dari pokok yang sihat. Sembur racun serangga
seperti Maneb atau Zineb seminggu sekali jika perlu. Rawatan
basah (wet-seed treatment) bagi biji benih menggunakan Captan/Zineb.
Bintik daun (Curvularia lunata)
Bintik-bintik bulat 1-2 mm berwarrna perang kekuningan dengan pinggir
berwarna coklat dan terdapat lingkaran berwarna kuning mengelilingi
bintik. Penyakit ini kurang serius.
Karat daun (Puccinia polysora)
Bintik-bintik halus berwarna oren/karat besi pada permukaan daun
mengakibatkan daun kering. Juga kurang serius. Sembur dengan Oxycarboxin atau Copper
oxychloride pada kafar 0.1% bahan aktif.
Kulapok downy (Sclerophthora rayssiae)
Jalur kekuningan pada daun diikuti dengan pembentukan kulapok,
tanda-tanda reput dan keperangan. Guna biji benih bebas penyakit
dan musnahkan pokok berpenyakit.
Hawa upeh (Rhizoctonia solani)
Bintik kelabu bujur memanjang. Bintik dikelilingi selapis jalur
berwarna coklat keperangan. Buat giliran tanaman dan musnah pokok
berpenyakit.
Reput batang (Erwinia caratovora)
Pokok reput dan basah. Musnah pokok yang diserang dan dapatkan
saliran yang baik.
Semut (Ustilago maydis)
Bonggol pada tongkol berwarna hijau muda keputihan. Spora berwarna
coklat kehitaman dan disebar angin atau air. Bakar tunggul selepas
mengambil hasil. Musnahkan dengan membakar buah yang
berpenyakit. Ianya beracun pada ternakan jika dimakan.
Hawar seludang (Thanatephorus, Cucumeris (Frank) Donk, Rhizoctonia solani Kuhn A.
Strain Park & Bertus)
Semburkan Benomyl pada
kadar 0.1% bahan aktif.
-
Lecuh anak benih (Phythium spp.,
Fusarium spp., Rhizoctonia spp.)
Sembur dengan Captan atau
Thiram pada kadar 0.2% bahan aktif. Rawatan basah bagi biji
benih (wet seed treatment).
Panduan
Mengawal Musuh-musuh Serangga Tanaman Jagung Dengan Racun Kimia
-
Ulat pengorek batang (Ostrinia salientalis)
Larva mengorek dan memakan bahagian dalam batang serta meninggalkan sisa
najis. Sembur racun serangga seperti bacillus thuringiensis,
methidiathion, quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin
mengikut kadar yang disyorkan.
-
Ulat ratus (Spodoptera litura)
Ulat makan daun, pucuk dan kadangkala rerambut dan hujung tongkol. Sembur
dengan profenofos, quinalphos atau cypermethrin.
-
Kutu daun (Rhopalosiphum maydis)
Bena menghisap cecair dari daun muda, tongkol dan bung jantan. Sembur racun serangga
seperti quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin
mengikut kadar yang disyorkan.
-
Ulat tongkol (Helicoverpa armigera)
Ulat menyerang dan memakan tongkol muda. Sembur racun serangga
seperti Bacillus thuringiensis, chlorpyrifos, verfenuron, profenofos,
betacyfluthrin atau abamectin benzoate mengikut kadar yang disyorkan.
-
Kepinding hijau (Nezara viridula)
Kepinding menghisap cecair biji jagung yang sedang berisi menjadikannya
hitam dan berpenyakit.
Sembur racun serangga seperti quinalphos, profenofos, chlorpyrifos
atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan.
Perangkap lampu untuk mengawal ulat pengorek tongkol jagung.
Dalam satu pemerhatian yang dijalankan, didapati perangkap lampu boleh
mengawal ulat pengorek tongkol jagung dengan baik. Penggunaan perangkap
lampu berjaya mengawal kerosakan ke tahap 16% sahaja. Walau bagaimanapun,
kawalan ke atas ulat ini lebih berkesan sekiranya pengguna perangkap lampu
ini bertambah daripada 2 semburan racun perosak seperti chlopyrifos,fibronil
atau diazinon di peringkat 50% tasselling dan seminggu selepas itu.
KEMATANGAN, KUTIPAN DAN PENGENDALIAN HASIL
Jagung sayur
mula dipungut kira-kira 50 hari selepas tanam. Ianya boleh dipungut
sebelum rerambut bunga betina melebihi 6 cm panjang. Sekiranya telah
melebihi 6 cm panjang, jagung perlulah dipungut setiap hari kerana tongkol
jagung akan membesar melebihi 10 cm panjang dan menjejaskan kualitinya di
pasaran. Jagung sayur digredkan mengikut kualitinya dengan mengambil kira
kriteria-kiriteria berikut:-
- jagung hendaklah berwarna kuning
- barisan biji tersusun elok di sepanjang sodek
- panjang sodek diantara 5-8 cm dan diameter 1-1.5 cm
- tiada kecacatan pada sodek disebabkan perosak atau mekanikal.
- berbentuk seragam dan berkeadaan segar.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Penuaian - pemilihan -
pembasuhan - pengeringan - penggredan - pembungkusan - penyimpanan sementara -
pengagihan.
ANGGARAN KOS PENGELUARAN
Keterangan mengenai anggaran kos pengeluaran (sila klik) !
RANTAIAN LAMAN MENGENAI TANAMAN JAGUNG
|