PENDAHULUAN
Sejenis tanaman semusim. Terdapat 3 jenis iaitu
Virginia (lenggai besar mempunyai 3-4 kacang, pokok merayap), Spanish (biji
kecil, pokok tumbuh tegak, lenggai 2 biji) dan Valencia (mengandungi 3 biji
kacang yang besar). Kacang tanah ditanam berluasa di Kelantan, Terengganu dan Perak. Kegunaannya
ialah untuk membuat minyak/minyak masak, majerin, sabun, makanan ternakan, kacang goreng dan juga kuih-muih/biskut.
JENIS
Jenis-jenis yang disyorkan ialah MKT 1, V12, Viz 13, Arachis Hypogaea 47-5, Tempatan 29, Sungai Siput (Chemara) dan
Arachis Hypogaea Matjam. Varieti MKT 1 dihasilkan daripada kacukan diantara Early Bunch dengan Matjam.
Early Bunch ialah kacang tanah jenis Virginia yang mana lengai dan bijinya besar dan menarik. Sementara Matjam pula kacang tanah jenis Spanish yang
memberikan hasil yang agak tinggi dan stabil sesuai untuk diproses di kilang kacang.
Pada keseluruhannya, tiada perbezaan ketara antara varieti MKT 1 dengan varieti Matjam, walau bagaimanapun MKT 1 mempunyai beberapa kelebihan seperti berikut:-
dedaunnya yang lebih besar dari dedaun Matjam
hasilnya lebih tinggi 10% daripada variti Matjam iaitu MKT 1 (3.2 tan/ha)
sementara varieti Mat Jam (2.9 tan/hek)
saiz lengai serta bijinya lebih besar berbanding dengan lengai serta biji Matjam.
Varieti MKT 1 dijangka mempunyai potensi yang baik untuk ditanam. Hasil yang lebih
tinggi akan memberi pendapatan yang lebih lumayan kepada petani. Oleh sebab saiz lengai yang lebih besar dan berat, kos menuai akan dapat dijimatkan
sebanyak 20% bagi setiap tan hasil kacang tanah. Saiz lengai yang lebih besar akan kelihatan lebih menarik apabila diproses dan dibungkus sebagai kacang
rebus ala menglembu.
TANAH
Tanah pasir, ringan dan gembur yang mengandungi bahan organik serta mempunyai pH 5.0-6.5
adalah sesuai. Ini membolehkan kacang masuk mencengkam dan benih membesar
dengan mudah. Kacang tanah tumbuh dengan elok pada jenis tanah yang berikut:-
- tanah liat berpasir
- lanar sungai
- tanah pasir terkambus (paling sesuai)
- tanah liat terkambus
- lanar tanah liat
PENANAMAN
Menyediakan tanah:
Bajak tanah 2 kali, dan gemburkan sedalam 23 sm (9 inci). Buatkan batas di kawasan air
bertakung. Sekiranya tanah masam / asid, taburkan kapur dengan kadar 1/2 - 1 tan seekar sebulan sebelum menanam.
Pengapuran:
GML pada kadar 1-2 tan/hektar digaulkan semasa penyediaan tanah, tidak kurang
dari 14 hari sebelum menanam.
(Sila lihat glossary untuk GML)
Menanam:
Rendam biji yang telah dipilih selama 5 minit dengan racun kulat seperti Benlate, Tersan 75 atau
Captan, dengan kadar 85-142 gm (3-5 aun) /100 biji. Kemudian tanam 1-2 biji selubang sedalam 2.5 sm (1 inci) dalam tanah/batas. Gunakan jarak
tanaman 31 sm (12 inci) antara barisan dan 23 sm (9 inci) antara pokok. Keperluan biji benih seekar ialah 30-32 kg (60-70 paun).
PENJAGAAN
Merumput:
Lakukan kerja -kerja merumput 3-4 minggu sekali sebanyak 3 kali.
PANDUAN MENGAWAL RUMPAI DENGAN MENGGUNAKAN RACUN HERBA