|
PENANAMAN KAI LAN
 |
PENDAHULUAN
Kai Lan (Brassica
alboglabra L.H. Bailey P daripada famili Crucifereae adalah sejenis sayuran
berdaun hijau yang mengandungi vitamin B, B, C serta zat-zat galian seperti
kalsium dan besi. Tanaman ini merupakan salah satu daripada jenis
sayur-sayuran yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil.
JENIS
Terdapat dua jenis Kai Lan tempatan yang selalu ditanam iaitu Jenis berdaun rapuh
dan Jenis berdaun lembut
- Full White
tahan panas, buku pendek dan berdaun tebal serta berwarna hijau tua.
- Kailan Tempatan
Tahan panas dan berdaun tebal.
|
TANAH
Kai Lan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organan dan mendapat
cahaya matahari yang cukup serta mempunyai saliran yang baik dan mempunyai suhu
di antara 23oC- 35oC dan kelembapan yang tinggi. pH yang
sesuai ialah diantara 5.0 - 6.5. Sekiranya pH di bawah nilai 5.0
pengapuran perlu dilakukan.
PENANAMAN
-
Menyediakan batas:
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Sediakan batas berukuran 1.2m lebar, 7.6
m panjang dan 20 cm tinggi. Jarak antara batas ialah 30 cm.
-
Semaian:
Biji benih Kai Lan berkeadaan halus dan berwarna perang kehitaman. Untuk
04 ha. kawasan, sebanyak 0.6 kg. biji benih dengan racun kulat seperti Thiram
dengan kadar 3 gm. bagi 100 gm. biji benih untuk mencegah penyakit melecuh.
Kemudian, gaulkan biji-biji benih dengan pasir halus atau tanah peroi.
Biji-biji ini boleh ditabur terus di atas batas-batas di ladang ataupun disemai terlebih dahulu di
tapak semaian.
-
Semaian Terus ke Batas:
Taburkan biji benih sama rata ke atas batas di ladang. Selepas 14-21 hari, anak benih
akan cambah. Kemudian jarangkan mengikut jarak tanaman yang disyorkan
iaitu 15 cm x 15 cm. Sulaman dibuat untuk menggantikan anak benih yang
mati dan kurang subur.
-
Semaian di Tapak Semaian:
Taburkan sama rata biji benih yang telah dirawat dan dicampur dengan pasir halus ke atas batas
semaian yang telah disediakan. Seelok-eloknya taburkan pula tanah-tanah
yang subur untuk menutup biji-biji benih tadi. Lindungi permukaan batas
dengan rumput kering untuk mengekalkan kelembapan tanah. Percambahan biji
benih berlaku selepas 3-4 hari disemai.
Siram anak-anak
semaian 2 kali sehari, pagi dan petang kecuali hari hujan. Semasa di
peringkat semaian, sembur anak-anak benih dengan larutan baja nitrophoska
seperti berikut:-
|
Masa |
Kadar / Batas |
|
7
hari selepas menyemai |
2
camca besar nitrophoska - 40 liter air. |
|
10 hari
selepas menyemai |
4 camca besar
nitrophoska - 40 liter air. |
Selepas 10 hari
(selang seminggu sekali) |
4 camca besar
nitrophoska - 40 liter air. |
-
Mengubah dan
Menanam
Ubah anak benih ke
batas-batas di ladang setelah berumur 3-4 minggu atau apabila telah mempunyai 4
helai daun dan tingginya lebih kurang 7 cm -10 cm. Tanam satu anak benih
pada setiap lubang dengan jarak tanaman 15 cm antara pokok-pokok dan 15 cm
antara baris. Lindungkan anak-anak benih yang baru diubah dengan
menggunakan pelepah kelapa selama tiga hari bagi mengelakkan pokok layu.
Siram anak-anak benih yang baru diubah.
PENJAGAAN:
-
Meletak
Sungkupan:
Rumput-rumput
kering, jerami kering atau lalang kering perlu diletak di permukaan batas
sebagai bahan sungkupan. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan keadaan
tanah supaya sentiasa lembab dan mengawal pertumbuhan rumpai. Ia juga
dapat mengurangkan hakisan.
-
Membaja:
Penggunaan baja
organan seperti tahi ayam sebagai baja asas adalah perlu untuk kesuburan tanaman
sayur-sayuran. Baja ini digaul ke dalam batas sebelum menanam. Lebih
kurang 2.5 tan baja ini diperlukan untuk 0.4 hektar (1 ekar). Selain daripada
baja organan, baja sebatian seperti Nitrophoska (15:15:15) boleh digunakan.
Baja ini ditabur di antara lorong-lorong pokok. Sebagai panduan kadar
pembajaan yang diyorkan oleh MARDI (50 kg. N, 60 kg. P205,
50 kg. K20/04.ha) boleh diamalkan. Jumlah baja yang diperlukan
adalah seperti dalam jadual berikut:-
|
Masa |
Jumlah (Kg/04 ha)
NPK (15:15:15) |
|
4
hari lepas mengubah |
120 |
|
12 hari lepas
mengubah |
140 |
|
24 hari lepas
mengubah |
140 |
Menyiram:
Kai Lan memerlukan air yang banyak untuk tumbesaran. Siram dua kali
sehari iaitu pagi dan petang kecuali jika hari hujan
Merumput:
Kawalan rumpai perlu dilakukan sepanjang masa. Cabut rumpai di atas
batas dengan tangan, sementara cangkul boleh digunakan di antara batas.
Menyembur Racun:
Kerja-kerja menyembur racun perlu dijalankan awal-awal lagi untuk mengawal serangan musuh
dan penyakit. Hentikan semburan racun sekurang-kurangnya 10 hari sebelum
memungut hasil:
Serangga perosak tanaman kailan
-
Serangga Renda
(Helulla undelais, F.)
Larva makan pucuk serta epidermis bawah daun. Larva dewasa mengorek
batang, daun dan tunas. Sembur Bacillus thuringliensis pada peringkat awal
tanaman. Serangan lebih 5% sembur dengan cypermethrin, deltamethrin,
fenvalerate atau acephate.
-
Ulat Ratus
(Spodopstera liture, F.)
Larva makan pucuk serta epidermis bawah daun. Larva dewasa mengorek
batang, daun dan tunas. Sembur racun seperti fenvalerate dan
cypermethrin. Pungut dan musnah serangga dan daun yang diserang.
-
Spodoptera
Exigua
Menyerang daun dan pucuk pada semua peringkat secara kelompok. Guna
feromon dan perangkap lampu.
-
Kumbang Kutu
(Phyllotgreta sinuata, Steph)
Makan bahagian daun di semua peringkat menyebabkan daun berlubang halus.
Kadang-kadang makan bahagian akar dan pangkal pokok. Sembur dengan cacun
seperti acephate dan cypermethrin.
-
Ulat Plutella
(Plitella xylostella L)
Makan daun di semua peringkat. Daun yang diserang menunjukkan
lubang-lubang lutsinar. Sembur dengan Bacillus thuringliensis jika
terdapat 4 ekor larva/pokok. Jika perlu sembur dengan racun serangga
seperti acephate chlorifluazuron.
-
Ulang Pangkas
(Agrotis ypsilon Rott.)
Memotong batang dan daun anak pokok di paras tanah pada waktu malam. Guna
umpan trichlorfon dan dedah dengan akdar 1:20, atau sembur dengan chlorfluazuron
atau fenvalerate.
-
Kutu Daun
(aphis sp. Lipaphis erysimiphis spp. Kitb.)
Menghisap cecair daun. Boleh mengakibatkan daun berkedut dan kecut, daun
gugur dan pokok terbantut. Sembur bahagian atas dan bawah daun dengan
cypermethrin atau dimethoate.
-
Ulat Pelombong
Daun (Phytomyza Sp.)
Menyebabkan lingkaran di permukaan daun. Batang yang diserang kecut dan
layu. Sembur dengan dimethoate atau diazinon.
Penyakit Tanaman Kailan, KUBIS BULAT, KUBIS BUNGA DAN
SAWI
-
Reput lembut
(Erwinia carotovora J.R.)
Terdapat reput yang berair di bahagian yang diserang. Musnah pokok yang
berpenyakit dan pastikan kawasan tidak lembab dan berbau busuk.
-
Reput daun
(Corticium solani)
Daun reput dan busuk. Sembur racun seperti fenvalerate dan cypermethrin.
Pungut dan musnah seranga dan daun yang diserang.
-
Reput hitam (Xanthomonas campestris)
Pereputan bermula dengan lekok hitam di tepi daun dan terus merebak.
Akhirnya seluruh daun menjadi perang dan gugur. Baang dan akar juga
menjadi hitam. Cabut dan musnah pokok yang dijangkiti. Amalkan
tanaman giliran dan sisitem saliran yang baik. Sembur dengan copper
hydroxide atau cupric hydroxide.
-
Club root
(Plasmidiophora brassicae)
Akar pokok diserang menjadi bengkak dan busuk di peringkat batang. Musnah
pokok berpenyakit dan kawal dengan racun quintozence. Pastikan saliran
baik. Rawat biji benih dengan captan.
-
Damping off
(Phythium sp.)
Anak benih yang baru cambah layu dan busuk di pangkal batang. Rawat biji
benih dengan captan.
Jenis Siput Darat di Kawasan Sayur Jenis Daun
- Siput panjang kecil (Lamellaxis gracillis, Hutt) - Makan daun dan anak pokok peringkat kecil.
- Siput panjang besar (Subulina octona, Brugurera) - Makan daun dan anak pokok peringkat kecil.
- Siput kacang (Succinea taylori (Marts) - Makan bahagian bawah daun pokok yang sudah besar
- Siput leper kecil (Pseudoplecta bijuga) - Makan bahagian bawah daun pokok yang sudah besar, batang.
Tindakan:
Gunakan metaldehyde atau mercaptodimethur. Perlu saliran yang baik dan
mengawal pengaliran supaya tidak berlebihan.
MEMUNGUT HASIL:
Kai Lan boleh
dipungut hasilnya selepas 7-8 minggu ditanam. Pokok dicabut bersama akar
dan dibersihkan dalam air. Pungutan hasil dibuat 3 hari sekali pada awal
pagi. Hasil purata yang dipungut dianggarkan 5,700 kg / 0.4 ha.
(1 ekar).
Pengendalian Lepas Tuai:
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.
RANTAIAN KE LAMAN WEB KAI LAN:
|