|
PANDUAN MENANAM KANGKUNG
|
PENGENALAN
Nama saintifik: Ipomoea
reptans Pior (kangkung darat) dan Ipomoea equatica Forsk (kangkung air).
-
Kangkung tanah/darat
Jenis yang tumbuh di atas tanah atau batas yang mempunyai batang yang tegak ke
atas dan daun yang panjang menirus. Kebiasannya ditanam secara komersil.
-
Kangkung air
Jenis yang tumbuh di persekitaran berair seperti di kolam-kolam, parit atau
tali air. Pertumbuhan secara menjalar dengan daun berbentuk bujur.
|
 |
PENYEDIAAN TANAH
Tanah perlu
dibajak dan digembur dua kali sedalam 15-20 cm. Kemudian batas yang
berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan. Alur
dibuat merintangi batas dengan jarak 20 cm dan sedalam 3 cm untuk menabur benih.
MENANAM
Biji benih
kangkung boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 46 gm biji benih
sebatas (30 kg biji benih/ sehektar) ditabur jarang-jarang ke dalam alur-alur.
Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20
cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.
PEMBAJAAN
Bagi tanah
mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok.
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
|
Pusingan |
Masa |
Jenis Baja |
Kadar/Batas
(7.5 x 1.2m) |
Kadar/Hektar
(650 batas) |
|
1 |
sebelum menanam |
Baja organan |
6 kg |
4 tan |
|
2 |
2 minggu |
NPK 15:15:15 |
0.4 kg |
0.25 tan |
|
3 |
3 minggu |
NPK 15:15:15 |
0.5 kg |
0.25 tan |
PENGAIRAN
Kangkung
memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali
sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah
disyorkan.
KAWALAN RUMPAI
Kawalan rumpai
dilakukan secara manual dengan kadar dua kali sepanjang umur pokok. Racun
glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.
KAWALAN SERANGGA / PENYAKIT
Kangkung jarang
diserang oleh serangga. Penyakit utama yang menyerang ialah:-
|
Jenis Penyakit |
Bahagian
Diserang |
Kawalan |
1. Serangga Kepinding
mictis
(mictis longicomis westw.)
|
Menghisap cairan pokok dan menyebabkan pokok layu.
|
Jika perlu guna racun seperti dimethoate and cypermethrin. Musnahkan
serangan dan pokok yang diserang. |
2.
Penyakit Karat putih
(Albugo-Ipmoeae aquaticae)
|
Terdapat bintih putih di permukaan bawah daun.
|
Jika perlu, gunakan racun seperti mancozeb
atau benomyl dan amalkan giliran tanaman. |
TEMPOHMENGUTIP HASIL:
Kangkong boleh dipungtu hasilnya 30 hari selepas ditanam.
Pokok dicabut bersama akar dan dibasuh dalam air. Pengeluaran hasil adalah
diantara 10-15 tan/hektar. Purata hasil dianggarkan sebanyak 12
tan/hektar.
TEMPOH DILARANG MENGUTIP HASIL:
Penggunaan racun perosak
hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil. Ini
berpandukan kepada tempoh dilarang mengutip hasil yang telah ditetapkan bagi
racun-racun perosak seperti berikut:-
|
Racun perosak |
Tempoh sebelum
kutip hasil (hari) |
Cara Bertindak |
Dimethoate
Cypermethrin
Benomyl
Mancozeb |
7
3
14
14 |
Sistemik,
kontak, racun perut.
Konta, racun perut.
Sistemnik, pemulihan, pelindung.
Pelindung |
TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN
Kekurangan nutrien dapat
ditentukan melalui simptom-simptom seperti berikut:-
| Kekurangan
nutrien |
|
Simptom |
Nitrogen (N)
Fosforus (P) |
-
- |
Keseluruhan
pokok kuning, batang kurus dan pokok terbantut.
Pokok terencat. Daun kurang serta kecil dan warna masih hijau. |
Kalium (K)
|
-
|
Tanda kekuningan bermula di bahagian bawah
daun hingga keseluruhan daun dan menjadi kering dan gugur. |
Magnesium (mg)
|
-
|
Tanda kekuningan bermula di bahagian bawah
tepi daun hingga keseluruhan (berklorosis). Daun menjadi kering dan
gugur. |
|
Kalsium (Ca) |
- |
Pucuk terbantut
dan mati. |
Sulfur (S)
|
-
|
Keseluruhan
duan menjadi hijau muda atau hijau kekuningan. Tanda bermula dari
daun muda. |
|
Kuprum (Cu) |
- |
Pertumbuhan
daun muda terencat dan berklorosis hingga menjadi nektrosis. |
Zink (Zn)
|
-
|
Kesan klorosis
antara urat daun hingga menjadi nekrosis. Daun baru menjadi semakin
kecil. |
|
Molibdenum (Mo) |
- |
Daun tua
bernekrosis serta tepi daun bernekrosis. |
Ferum (Fe)
|
-
|
Kekuningan atau
keputihan diantara urat daun muda dan simptom tersebut akan merebak ke
urat daun serta daun tua. |
Mangan (Mn)
|
-
|
Bintik kuning
halus antara urat daun muda. Jika teruk daun muda bernekrosis
mengakibatkan mati rosot pada pucuk. |
Boron (B)
|
-
|
Pucuk
berkerekot dan batang menjadi pendek. Daun berubah bentuk serta
mudah patah. |
PENGUTIPAN HASIL
Kangkung boleh
dipungut hasilnya 30 hari selepas ditanam. Pokok dicabut bersama akar dan
dibasuh dalam air. Pengeluaran hasil adalah diantara 10-15 tan sehektar.
Purata hasil dianggarkan sebanyak 12 tan sehektar.
Pengendalian Lepas Tuai
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.
RANTAIAN LAMAN
|