PANDUAN MENANAM KANTAN

 


PENGENALAN

Kantan (Phaecomeria speciosa) ialah sejenis tanaman yang boleh digolongkan sebagai ulam perasa dan pembuka selera.  Tanaman ini dipercayai berasal dari Malaysia dan didapati tumbuh meliar ataupun ditanam di kawasan-kawasan tropika.  Tujuan utama dimasukkan bunga kantan ke dalam masakan ialah untuk membangkitkan bau dan rasa masakan tersebut.  Biasanya bunga kantan yang belum kembang dicampur ke dalam masakan sama ada secara mentah atau dimasak.  Bunga kantan mengandungi sedikit Vitamin A, B, C dan zat-zat galian. 

Dalam setiap 100 gram bahagian yang boleh dimakan mengandungi air 89.2 gm,  protein 1.6 gm,  lemak 1.3 gm, karbohidrat 5.5 gm, serat 1.4 gm, kalsium 54 miligram, fosforus 11 mg. ferum 3.4 mg, natrium 11 mg, kalium 453 mg, vitamin B1 0.02 mg, niasin 0.2 mg, vitamin C 14 mg.


KEADAAN POKOK

Pokok kantan ialah pokok herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membiak dan merimbun berkelompok.  Tinggi pokok boleh mencapai sederhana 4m atau 5m.  Batangnya bulat.  Daunnya panjang sederhana besar dan berwarna kehijauan.  Terdapat dua jenis sulur yang akan keluar dari rizom atau ubi iaitu sulur yang akan mengeluarkan bunga dan satu lagi akan mengeluarkan daun.  Bunga kantan bewarna merah jambu dan mempunyai aroma yang kuat tumbuh pada batang yang berasingan daripada daunnya.  Setiap batang hanya sekuntum bunga dikeluarkan.


KHASIAT DAN KEGUNAAN

Boleh dikatakan tiap-tiap bahagian pokok kantan mempunyai khasiat dan kegunaannya.  Sebagaimana yang diketahui, bunga kantan ialah satu campuran penting dalam laksana dan nasi ulam.  Tanpa bunga kantan, kurang lengkap dan kurang enak rasa laksa serta nasi ulam tersebut.  Selain daripada itu, bahagian-bahagian yang mempunyai kegunaan dan khasiat ialah:-

Batang
Buah
Ubi
-
-
-
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit bengkak.
Boleh digunakan untuk mengubati kurang selera makan.
Boleh dicampurkan dalam makanan.


KEPERLUAN TANAMAN

Pokok kantan memerlukan tanah yang lembab dan subur iaitu yang mengandungi banyak humas.  Ia hidup subur di kawasan-kawasan teduh.  Oleh itu ia memerlukan sedikit lindungan, biasanya daripada pokok-pokok yang berhampiran.  Di negara kita pokok-pokok kantan banyak terdapat di tepi-tepi sungai.

PENANAMAN

Pokok kantan boleh boleh ditanam dengan menggunakan rizom (ubi) atau biji benih.  Jarak yang sesuai antara satu pokok dengan pokok yang lain ialah 1 meter hingga 2 meter.   Kantan juga boleh ditanam dengan cara belahan rumpun.  Batang semu berizom yang dibuang daunnya boleh ditanam terus ke tanah.  Herba ini mudah hidup tetapi memerlukan tanah yang agak lembap sedikit dan bersaliran baik.  Tanaman ini juga memerlukan sedikit lindungan cahaya matahari seperti di bawah pokok.  Pokok kantan tidak perlukan penjagaan rapi kecuali batangnya dan pangkalnya disungkup dengan daun reput.

Jadual tanaman kantan bagi jarak 2m x 2m

Kepadatan tanaman sehektar (pokok) Keperluan benih sehektar Masa membaja Jenis baja Kadar baja sehektar Umur mula berhasil (bulan) Tempoh pengeluaran hasil Anggaran hasil sehektar

2,500



 
2,500 kantan umbisi

 
1 MST


4 BLT
5 BLT
7 BLT
9 BLT
12 BLT
15 BLT
Ke atas
CIRP
GML

Tahi ayam
12:12:17:2
12:12:17:2
12:12:17:2
12:12:17:2
GML
Tahi ayam
59 g
125 g

1 g
30 g
70 g
100 g
125 g
200 g
500 g
10








 
Sepanjang tahun







 
12,000 hingga 15,000 kuntum/ bulan




 

Nota: 
CIRP - Christmas  Island Rock Phosphate
MST  - Minggu sebelum tuai
BLT   - Bulan lepas tuai


MEMUNGUT HASIL

Hanya setahun atau lebih selepas ditanam, pokok kantan mula berbunga dan berbuah.  Selalunya bunga-bunga kantan yang belum kembang dipungut dengan memotong di bahagian pangkal batang.

Kantan (dari kamus bebas wikipedia)

 [ke Laman Utama]    [ ke belakang ]

 



Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
08 July 2009 11:04:08 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.