|
Kos
Imput |
MKP
Renek |
Kacang Panjang
Memanjat |
Benih : 7 kg (RM40/kg)
Baja dan Kapur
Racun Rumpai
Racun Perosak
Kayu Panjang / Junjung
Pelbagai |
RM 280.00
RM1,288.00
RM 40.00
RM 292.00
-
RM 200.00 |
RM 280.00
RM1,288.00
RM 70.00
RM 450.00
RM4,000.00
RM 200.00 |
|
Jumlah Kos
RM2,100.00 |
RM6,288.00 |
|
Kos Buruh @ RM15.00/orang/hari
Penyediaan Tanah (kontrak)
Penyediaan Batas (kontrak)
Menanam
Menyulam
Memasang Kacyu Pancang
Pengairan
Membaja
Merumput
Meracun
Mengutip Hasil |
RM 350.00
RM 225.00
RM 180.00
RM 45.00
-
RM 300.00
RM 120.00
RM 80.00
RM 160.00
RM 500.00
|
RM 350.00
RM 225.00
RM 180.00
RM 45.00
RM 375.00
RM 300.00
RM 120.00
RM 120.00
RM 240.00
RM1, 500.00 |
Jumlah Kos
Buruh
Jumlah Kos Pengeluaran |
RM1,960.00
RM4,060.00 |
RM3,455.00
RM7,743.00 |
* Kayu Pancang boleh diguna untuk 2 musim
Bekalan Biji
Benih
Biji benih kacang panjang renek
boleh dibeli di Stesen MARDI Jalan Kebun, Klang dan Pusat Penyelidikan
Hortikultur, Ibu Pejabat MARDI di Serdang, Selangor
KACANG PANJANG (jenis memanjat)
Sejenis tanaman menjalar, daun
jenis trifoliate, pendebungaan sendiri dan bunganya berwarna putih krim ke
ungu. Biji berwarna putih, hitam atau kemerahan. Lenggai berukuran
30-75 sm. Mengeluarkan bunga antara 35-40 hari selepas menyemai.
Lenggai boleh dipetik apabila berukur 7-10 hari selepas berbunga.
Lenggai berwarna hijau atau hijau tua bergantung kepada kultivar. Zon
akarnya adalah sedalam 90-120 sm.
Varieti:
-
MPK 5
Kultivar MARDI. Lenggai sederhana panjang iaitu 50-65 sm, berwarna
hijau. Hasil pertamanya ialah 7 minggu selepas ditanam dan tidak tahan
disimpan lama. Hasilnya adalah 18-24 tan/hektar.
-
KP 1 (YB 902)
Berasal dari Taiwan. Lenggainya adalah sepanjang 50-70 sm, berwarna
hijau muda dan hasil pertamanya diperolehi 42 hari selepas menanam dan tidak
tahan disimpan lama. Hasilnya ialah 15-20 tan/hektar.
PENANAMAN:
-
Di
Ladang:
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 cm ke 22 cm (6 ke 9 inci)
supaya pertumbuhan akar baik. Sediakan batas berukuran 12 m (4
kaki) lebar, 25 cm (10 inci) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan
kawasan. Jarak antara batas ialah 60 cm (2 kaki) sm antara
baris dan 50 sm antara pokok (kepadatan pokok 20,000 sehektar).
Biji benih kacang panjang sebanyak 7.0 kg ditanam terus ke atas
batas. Tiga biji benih ditanam dalam setiap lubang dan apabila
bercambah, hanya satu pokok yang sihat disimpan setiap lubang.
-
Dalam
Pasu dan Bekas Lain:
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi
ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran
tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu. Tanam 2 biji benih
sedalam 2.5 cm (1 inci). Selepas 2 minggu ditanam tinggalkan satu
pokok sahaja datu satu pasu.
Membuat Junjung /
Penyokong
Pokok kacang panjang
memerlukan junjung untuk memanjat. Junjung / penyokong yang dibuat
daripada kayu atau sistem para-para dawai (sistem trellis) perlu disediakan 2
minggu selepas menanam.
Di Ladang: Sokong anak-anak
pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran
m (6.5 kaki). Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan
ikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang
bertemu. Pastikan anak-anak pokok meliliti kayu sokongan.
Dalam Pasu/Bekas Lain:
Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan anak pokok
meliliti kayu sokongan. Tabur 1 sudu teh (5 kg) baja NPK Blue
Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.
Pembajaan:
Kadar pembajara yang disyorkan untuk kacang panjang ialah:-
|
Pusingan |
Masa |
Jenis Baja |
Kadar/Batas |
Kadar/Hektar |
1
2
3
4 |
Sebelum
2 minggu
4 minggu
6 minggu |
Baja organan
NPK 15:15:15
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2 |
6 kg
150 g
450 g
600 g |
4 tan
100 kg
300 kg
400 kg |
Pengairan
Kacang panjang memerlukan air yang cukup untuk hidup subur dan mengeluarkan
hasil yang tinggi. Penyiraman perlu dilakukan 1-2 kali sehali kecuali
pada hari hujan, secara manual atau sistem pengairan.
Kawalan Rumpai
Pengawalan rumpai akan menentukan penghasilan yang tinggi. Racun herba
pracambah. Alachlor disembur pada kadar 4 liter/hektar atas batas, 1-2
hari selepas menanam. Biasanya satu pusingan merumput secara manual
adalah perlu selepas ini. Rumpai di keliling batas boleh dikawal
dengan menyembur racun paraquat. Sungkupan plastik boleh juga digunakan
untuk mencegah tumbuhan rumpai. Sungkupan plastik adalah mahal, tetapi
boleh digunakan untuk musim.
Kawalan Serangga/Penyakit
Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman kacang panjang
adalah seperti berikut:-
-
Lalat Kacang (Ophiomyia phaseoli)
Sembur racun Fenthion (Lebaycid), jika perlu.
-
Ulat Pengorek Lenggai (Maruca testulalis)
Sembur racun Deltamethrin (Decisa), jika perlu
-
Kutu Daun/Kutu Hunga (aphid sp./Thrips)
Sembur racun Bendiocarp (Garvox).
-
Antraknos Kekacang (Colletotrichum lindemuthiamum)
Sembur racun kulat Mancozeb (Manzate).
-
Karat (Uromyces appendiculatus)
Sembur racun Maneb atau Copper oxychloride.
-
Penyakit Virus
Amalkan tanaman giliran. Semburkan racun Deltamethrin (Decos) utnuk
mengawal aphids.
Pengutipan Hasil
Di Ladang -
Hasil kacang panjang boleh mula dikdutip kira-kira 6 minggu selepas
menanam. Pungutan dibuat apabila biji terbentuk tetapi belum begitu jelas
dilihat pada buah. Kacang panjang dipungut tiap-tiap 3-4 hari selama lebih
kurang 4-5 minggu. Hasil adalah diantara 12-24 tan/hektar dna hasil purata
adalah 16 tan/hektar.
Dalam Pasu/Bekas Lain - Anggaran hasil
ialah 0.5 kg sepokok.
Pengendalian
Lepas Tuai Kacang Panjang
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.
Spesifikasi Piawaian dan Gred Kacang Panjang
Indeks
1
Tidak matang. Kacang panjang berkenaan belum mencapai tahap kematangan
sebagaimana ciri varietinya dan kelihatan masih terdapat kelopak bunga pada
bahagian hujung serta saiznya agak kecil. Tidak sesuai untuk
dipasarkan. Kulit kacang panjang berkenaan berwarna hijau pekat.
Indeks
2
Cukup matang. Kacang panjang berkenaan telah mencapai tahap kematangan
sebagaimana ciri varietinya di mana lebih daripada dua pertiga kacang
tersebut mengandungi biji dan saiznya sederhana besar serta sesuai untuk
dipasarkan. Kulit kacang panjang berkenaan berwarna hijau.
Indeks 3
Terlalu matang. Kacang panjang berkenaan dikedudukan penghujung
jangkahayat kesegaran. Tidak digalakkan untuk dipasarkan. Kulit
kacang panjang berkenaan berwarna hijau kekuningan atau keputihan.
Pengelasan Gred dan Saiz
|
Gred |
Ketentuan |
Kelonggaran (%
maksimum) |
| 1 |
Jenis yang sama
Warna segaram
Tidak Segar
Cacat. kotor, rosak
Saiz yang seram (panjang > 50 cm) |
Tiada
5
5
15
5 |
|
2 |
Jenis yang sama
Warna segaram
Tidak Segar
Cacat. kotor, rosak
Saiz yang seram (panjang <35 - <50 cm) |
Tiada
5
5
20
5 |
|
Luar Gred |
Kacang panjang
yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas |
Pembungkusan dan Perlabelan
Pembungkusan
Kacang panjang daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas
yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada
kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kertas atau bahan lain yang
digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan
menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Berat bersih
yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg.
Perlabelan
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat
berikut:-
- Tarikh
- Nama / Kod Penanam
- Nama / Kod Pengeksport
- No. Kad Pengenalan
- No. Pendaftaran Syarikat
- Alamat
- Komoditi
- Berat Bersih
- Gred
PERSAMPELAN
Bilangan sampel dan
kadedah bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 1187:1990 Method
of Sampling For Fresh Vegetables, atau kaedah statistik yang dipersetujui.