|
PANDUAN
MENANAM KELAPA SAWIT

PENDAHULUAN:
Kelapa sawit sesuai ditanam di
kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu
meter dalam).
Tanah gambut (lebih satu meter
dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa
sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang
sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan
jayanya.
PERLAKSANAAN KERJA:
Kerja-kerja pembersihan,
pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklah
disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit.
Pembersihan: Kerja-kerja
membersih ladang hendaklah mengambilkira kos bunuh dan jentera, keadaan tanah
(curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula.
Adalah penting operasi
pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi
dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang
hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup
matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak
untuk kejayaan penanaman diladang.
Pembarisan: Barisan tanaman
dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari
yang maksima.
Kekacang penutup bumi: Menanam
kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai
dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).
Penutup bumi adalah untuk:
- Mengawal hakisan
- Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
- Memelihara kelembapan tanah
Tiga jenis kekacang penutup bumi
yang biasa ditanam adalah:
- Centrosema pubescens
- Pueraria phaseoloides
- Calopogonium mucunoides/caeruleum
Benih kekacang boleh dibeli dari
pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut
Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi
adalah seperti berikut:
- Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan
10kg biji benih kekacang digunakan.
- Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang
selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit.
- Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.
- Contoh kadar campuran biji benih kekacang
adalah seperti berikut:-
- Kekacang Kg/ha
- Centrocema pubescens 4.0
- Pueraria phaseoloides 1.1
- Calopogonium caeruleum 0.6
- Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan
sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.
- Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada
kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut:
|
Umur
Kekacang |
Kadar
Baja Debu Fosfat (kg/ha) |
|
Semasa menanam
(sepanjang jalur-jalur) |
112 |
|
2 bulan |
112 |
|
6 bulan |
112 |
|
8 bulan |
112 |
|
12 bulan |
112 |
- Pengawalan rumpai dan serangga perosak
diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi
tanaman kacang yang baik.
Penanaman
Penanaman:
Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai
untuk ditanam. Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:-
- Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti
dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah
lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.
- Taburkan 150g - 200g baja Fosfat didalam lubang.
- Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak
benih kedalam lubang yang telah disediakan.
- Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah
lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan
tanah.
- Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
- Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.
- Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada
musim kemarau.
- Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi
136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang
berbeza adalah seperti jadual dibawah:
|
Jarak |
Jumlah Pokok |
|
Meter (Kaki) |
Hektar (Ekar) |
|
8.5 (28) |
160 (65) |
|
8.7 (29) |
148 (60) |
|
9.0 (30) |
136 (55) |
- Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan
sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam.
Tanaman selingan:
Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau
sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama
selepas pokok sawit ditanam.
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan
tanaman selingan ialah:
- Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.
-
- Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan
- kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya
matahari.
- Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan
PENJAGAAN
-
Mencantas
Apabila pokok di ladang berumur 18 bulan, mana-mana pelepah yang terlalu rendah
hendaklah dicantas untuk menyenangkan kerja merumput. Bagi lepepah-pelepah
yang menyokong tandan-tandan buah jangan sekali-kali dicantas sehingga tiba masa
memungut buah.
-
Mengawal rumpai
Merumput di sekeling perdu pokok dengan cangkul atau tajak, 1-2 bulan sekali
semasa pokok belum besar adalah disyorkan. Semasa merumput,
pelepah-pelepah daun jangan dirosakkan. Rumput-rumput diantara barisan
boleh dikurangkan atau dimusnahkan dengan menanam kekacang penutup bumi atau
menjalankan 'selective weeding' dengan menggunakan racun rumpai yang sesuai.
Rumpai 'nonxious' perlu dibuang 3 bulan sekali.
-
Membaja
Panduan membaja kelapa sawit di kawasan tanaman daripada beberapa siri tanah
adalah seperti berikut:-
Tanah Asal Setempat (Sedentary Soils)
(Jerangau, Rengam, Katong, Segamat, Bungor, Munchong, Durian, Jempol, Klau,
Siri Kedah)
Di lubang tanaman: 0.5 kg (1 paun) CIRP
|
BAJA BAGI SEPOKOK |
|
Tahun |
Bulan |
Ammonia Sulphate |
CIRP |
Potash Muriate |
Kieserite |
|
gm |
oz |
gm |
oz |
gm |
oz |
gm |
oz |
| 1 |
4
8
12
18 |
113
170
227
283 |
4
6
8
10 |
-
-
907
- |
-
-
32
- |
_
113
-
227 |
-
4
-
8 |
-
113
-
170 |
-
4
-
6 |
| 2 |
24
30 |
340
397 |
12
149 |
907
- |
32
- |
227
454 |
8
16 |
170
227 |
6
8 |
| 3 |
36
42 |
454
454-680 |
16
16-24 |
-
- |
-
- |
454
907-136 |
16
32-48 |
227
227-340 |
8
8=12 |
| 5 |
48 |
454-680 |
16-24 |
1134-1588 |
40-56 |
907-136 |
32-48 |
227-340 |
8-15 |
|
Pokok telah besar |
1.4-23.kg |
3-4 lb |
1.6-2.0 kg |
3.5-4.5 lb |
2.7-3.6 kg |
6-8 lb |
0.9-1.4 kg |
2-3 lb |
Tanah Pesisir (Coastal Soils)
(Kangkong, Selangor, Parit Botak, Siri Selangor)
Di lubang tanaman: 227 g (8 oz) CIRP + 0.9 kg (2 lb) GML
|
BAJA BAGI SEPOKOK |
|
Tahun |
Bulan |
Ammonia Sulphate |
CIRP |
Potash Muriate |
Kieserite |
|
gm |
oz |
gm |
oz |
gm |
oz |
gm |
oz |
|
1 |
4
8
12
18 |
57
85
113
142 |
2
3
4
5 |
-
-
454
- |
-
-
16
- |
-
113
-
- |
-
4
-
- |
-
45
-
- |
-
16
-
- |
|
2 |
24
30 |
170
198 |
6
7 |
454
- |
16
- |
227
- |
8
- |
454
- |
16
- |
|
3 |
36
42 |
227
227 |
8
8 |
454
- |
16
- |
454
- |
16
- |
907
- |
32
- |
|
4 |
48 |
227 |
8 |
454 |
16 |
907 |
32 |
1,361 |
48 |
|
Pokok telah besar |
0.7-0.9.kg |
1.5-2.0 lb |
0.5-0.9 kg |
1-2 lb |
1.4-1.8 kg |
3-4 lb |
1.4-1.8 kg |
3.4 |
Peringatan:
| a. |
Baja Urea atau
Ammonium Nitrate boleh juga digunakan dengan kadar yang berpatutan untuk
jenis tanah asal setempat (Sedentary soils) selain dari baja Sulphate
of Ammonia. |
| b. |
Untuk jenis
tanah pesisir (Costal soils), baja Ammonium Nitrate bukannya ammonium
Sulfate boleh juga digunakan selain dari Urea, terutama untuk siri Parit
Botak dan 'Selangor Shallow Phase'. |
| c. |
Bagi pokok
yang telah besar, pembajaan boleh dibahagi sama rata dan digunakan dalam
bulan Mac dan September. |
| d. |
Kapur (GML)
hendaklah dibubuh dalam masa satu atau dua bulan sebelum / selepas
pembajaan. |
| e. |
Baja sebatian
(compound fertilizers) boleh juga diguankan dengan kadar yang berpatutan
selain daripada baja tunggal (straight fertilizers). |
Tanah Gambut
Dalam dan Cetek (deep and shallow peat)
(Kangkong, Selangor, Parit Botak, Siri Selangor
| Di lubang
tanaman |
28 gm (1 oz)
Copper Sulfate
113 gm (4 oz) CIRP
227 gm (8 oz) serbuk batu kapur GML |
| Di sekeliling
lubang tanaman |
0.5 kg (1 lb)
CIRP
3 kg (6 oz) serbuk batu kapur |
Pada tahun pertama menanam
|
Jenis Baja |
Banyak Baja / Pokok |
Jumlah |
|
Mac |
Jun |
September |
Disember |
| Urea |
113 gm (4 oz) |
170 gm (6 oz) |
113 gm (4 oz) |
170 gm (6 oz) |
567 gm (20 oz) |
| Muriate of Potash |
- |
227 gm (8 oz) |
- |
453 gm (16 oz) |
680 gm (24 oz) |
| Copper Sulfate |
- |
- |
- |
85 gm (3 oz) |
85 gm (3 oz) |
| Zinc Sulfate |
- |
- |
- |
85 gm (3 oz) |
85 gm (3 oz) |
| Borate |
- |
- |
- |
85 GM (3 oz) |
85 gm (3 oz) |
Untuk tahun seterusnya
|
Jenis Baja |
Banyak baja penyak (Major
Fertilizer) Pokok / Tahun |
|
Kedua |
Ketiga |
Keempat dan Pokok Besar |
| Urea |
0.9 kg (2 lb) |
1.1 kg (2.5 lb) |
1.1 - 1.8 kg (2.5 - 4.0
lb) |
| Muriate of Potash |
1.4 kg (3 lb) |
2.3 kg (5 lb) |
2.3 - 2.2 kg (5.0 - 7.0
lb) |
| Bunch Ash |
2.7 kg (6 lb) |
4.5 kg (10 lb) |
4.5 - 5.5 kg ( 10.0 - 12.0
lb) |
| Rock Phophate |
0.5 kg (1 lb) |
0.9 kg (2 lb) |
0.9 - 1.4 kg (2.0 - 3.0
lb) |
| Serbuk batu kapur |
3.6 kg (8 lb) |
3.6 kg (8 lb) |
- |
| |
Banyak baja peket (trace fertilizer)
pokok / tahun |
|
Copper sulfate |
85 gm (3 oz) |
85 gm (3 oz) |
Jika perlu |
| Zinc
sulfate |
85 gm (3 oz) |
85 gm (3 oz) |
Jika perlu |
|
Borate 48 |
113 gm (4 oz) |
170 gm (6 oz) |
Jika perlu |
Mengawal musuh dan penyakit kelapa
sawit
Terdapat banyak musuh dan penyakit menyerang kelapa sawit tetapi kerosakannya
tidaklah begitu teruk. Kerosakan mestilah dikesan lebih awal lagi supaya
tindakan mengawalnya dapat diambil dengan segera.
Penyakit dan penyebabnya adalah seperti berikut:-
-
Bintik daun (Curvelaria maculans, Helminthosporium
incurvatum dan Pestalothipsis palmarum)
Serangan berlaku di peringkat semaian. Bintik-bintik berwarna perang
berbentuk bulat atau bujur dengan lingkaran berwarna kuning pada daun yang
diserang. Jarangkan anak benih di tapak semaian agar terdapat pengudaraan.
Sembur dengan racun kulat seperti ziram atau propineb.
-
Hawa bebenang putih (Marasmiellus semiustus)
Menyerang anak benih. Pucuk mati sebelum keluar sabut. Sekiranya menyerang
selepas pucuk keluar pokok kelihatan layu dan terdapat maisilium putih pada
pangkal pokok. Jaga kebersihan dan saliran di tapak semaian.
-
Antraknos (Botryodiplodia spp, Melanconium
spp. dan Glomerella spp.)
Menyerang anak benih di peringkat semaian. Bintik-bintik perang
dikelilingi oleh lingkaran kuning. Semburkan dengan racun
kulat seperti mancozeb.
-
Karah daun (Phthium spp. dan Rhizoctonia spp.)
Daun bertukar warna dari hijau tua kepada hijau kekuningan kemudainnya perang.
Akar dan pangkal yang diserang menjadi reput. Pastikan tanah mempunyai
imbangan baja yang sesuai, bekalan air yang mencukupi, naungan yang optima
dan kurangkan kejutan semasa pemindahan anak benih. Semburkan dengan racun
kulat seperti thiram, captan atau ziram.
-
Reput pangkal batang (Ganoderma boninense)
Pucuk yang diserang tidak mengembang dan pelepah tua akan patah. Jika
pangkal dibelah, kelihatan tisu yang reput dan berbau busuk. Pokok yang
diserang biasanya akan mati dalam masa 6-12 bulan. Musnahkan
sisa tunggul kelapa dan kelapa sawit sebelum penanaman. Pokok yang
dijangkiti hendaklah dibakar atau diracun dengan cyprononazole atau
difenoconazole.
-
Reput perdu (Colletotrichum spp. dan Fussarium spp.)
Pucuk yang tidak mengembang, pertumbuhan terbantut dan pelepah yang melentur ke
bawah. Kadang-kadang ia patah di tengah pelepah. Lidi daun akan
patah menyebabkan daun terkulai jatuh. Jaga kebersihan ladang.
Pastikan pembajaan yang sempurna. Guna anak benih bebas penyakit.
SERANGGA PEROSAK

MEMUNGUT HASIL
Bila berumur antara 36-50 bulan, kelapa sawit telah mula
mengeluarkan hasil pertama. 5 1/2 - 6 1/2 bulan dari masa pendebungaan,
maka buah kelapa sawit telah cukup masak. Apabila didapati 40-60 biji buah
kelapa sawit dari satu mayang yang dianggar beratnya 9-14 kg (20-30 lb) atau 2
biji buah gugur ke tanah, maka mayang-mayang ini telah sesuai dipotong.
Ini adalah panduan yang senang digunakan dan yang diamalkan di ladang-ladang
kelapa sawit. Kelewatan atau terlalu awal memungut hasil boleh menyebabkan
pengurangan kandungan minyak dan juga menurunkan mutu minyak. Pusingan
mengutip hasil bagi peringkat permulaan ialah tiap-tiap 10 atau 15 hari sekali
tetapi apabila hasil mencapai paras ekonomik, maka pusingan mengutip hasil ialah
tiap-tiap 5 hari.
Pendebungaan berbantu
Pendebungaan berbantu perlu dibuat dalam masa 6 bulan sebelum
tarikh pengeluaran hasil yang ekonomik. Ia perlu dilakukan tiap-tiap 3
hari (9-10 pusingan sebulan). Ini adalah lebih mustahak bagi kawasan yang
selalu hujan. Tiap-tiap bunga betina perlulah didebungakan dengan debunga
yang tulin dengan menggunakan alat menyembur khas. Debunga perlulah
disembur terus kepada bunga betina yang sedang kembang.
Ternakan
Haiwan ternakan terutamanya kambing biri-biri mempunyai
potensi yang baik untuk diternakkan diladang kelapa sawit. Disamping menambahkan
hasil dari jualan ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpai.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Bahagian Biologi
Institut Penyelidikan
Minyak Kelapa Sawit Malaysia
Peti Surat 10620,
50720 Kuala Lumpur
Tel: 03-8259155/8259775, Teleks: MA 31609, Telefax: 03-8259446
Dipetik dari risalah Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa
Sawit Malaysia (PORIM), Kementerian Perusahaan Utama Malaysia, 1992.
RANTAIAN LAMAN
|