|
MENANAM KOKO
PENGENALAN
Tanaman koko (Theobroma cacao L.) adalah sejenis tanaman daripada keluarga
Sterculiaceae. Terdapat sebanyak 21 spesi tanaman koko yang tumbuh di dunia.
Daripada ini hanya satu spesi sahaja iaitu Theobroma cacao yang digunakan untuk
tanaman secara komersil.
IKLIM
Sesuai dengan kawasan yang
menerima purata taburan hujan di antara 1,250 mm hingga 2,800 mm setahun tanpa
musim kemarau melebihi tiga bulan dengan suhu diantara 18oC - 32oC.
Angin yang kencang melebihi kelajuan empat meter sesaat boleh mengakibatkan
kerosakan pada tangkai daun dan pokok. Untuk menyesuaikan kawasan sedemikian,
kelajuan angin kencang boleh dikurangkan dengan menanam pokok-pokok penahan
angin di sekeliling kebun koko.
FAKTOR TANAH
Sifat-sifat tanah yang sesuai untuk tanaman koko adalah
seperti berikut:-
|
Sifat Tanah |
Sesuai |
Sederhana Sesuai |
|
Kecerunan |
0.12 |
12-20 |
|
Saliran |
Tak sempurna salir |
Agak sangat salir |
Kedalaman tanah yang
berkesan |
> 100 cm |
50-100 cm |
|
Tekstur dan struktur |
Selain dari pasir yang tak berstruktur
dan lempung masif |
Lempung masif |
|
Kemasinan |
< 0.1 mmhos |
0.1 - 1 mmhos |
|
Kedalaman lapisan asid sulfat |
> 125 cm |
100-125 cm |
|
Ketebalan gambut |
Tiada
lapisan gambut |
< 25 cm |
|
Keberbatuan |
< 25% tersebar samarata atau terdapat di bawah
kedalaman 75 cm |
25 - 75% |
|
Ketidakseimbangan |
Tiada kandungan nutrien mikro dan nutrien
berlebihan atau CEC
sederhana rendah. |
- |
JENIS-JENIS KLON
Pemilihan baka klon boleh
dibuat berpandukan kepada ciri-ciri klon berikut:-
|
Klon |
Bil.Buah/
Pokok |
Bil.Biji/
Buah |
Berat Sebiji
Koko Kering (g) |
Kulit
Biji
(%) |
Lemak
Koko
(%) |
Berat Biji Kering/Pokok
Tahun (kg) |
Berat Biji Kering/Ha/
Tahun (tan) |
| KKM 1 |
56.3+10.0 |
54.1+2.8 |
1.05+0.05 |
10.6 |
56.0+0-7 |
3.2+0.6 |
4.1+0.7 |
| KKM 2 |
58.9+12.0 |
45.1+1.1 |
1.05+0.08 |
11.3 |
61.4+1.1 |
2.8+0.5 |
3.6+0.6 |
| KKM 3 |
30.3+10.7 |
44.2+1.3 |
1.00+0.12 |
9.2 |
57.9+5.1 |
1.7+0.5 |
2.2+0.6 |
| KKM 4 |
41.8+14.3 |
37.8+2.6 |
1.06+0.23 |
10.0 |
53.8+12.6 |
1.7+0.6 |
2.1+0.7 |
| KKM 5 |
36.0+12.3 |
43.0+3.6 |
1.07+0.10 |
10.5 |
48.9+0.3 |
1.6+0.5 |
2.1+0.6 |
| KKM 6 |
39.4+13.5 |
32.0+0.3 |
1.02+0.06 |
11.2 |
57.8+0.9 |
1.3+0.6 |
1.6+0.7 |
| KKM 15 |
38.2+18.8 |
52.3+1.5 |
1.08+0.19 |
11.9 |
53.9+3.6 |
2.1+0.9 |
2.7+1.0 |
| KKM 17 |
34.5+19.6 |
50.3+7.8 |
1.07+0.14 |
13.1 |
55.8+9.3 |
1.8+1.0 |
2.3+1.3 |
| KKM 19 |
31.0+18.0 |
47.2+1.1 |
1.18+0.12 |
10.5 |
55.8+6.9 |
1.7+0.9 |
2.2+1.1 |
| KKM 22 |
48.3+15.0 |
38.2+2.3 |
1.09+0.12 |
12.3 |
56.9+7.0 |
2.0+0.5 |
2.6+1.0 |
| KKM 25 |
59.6+18.5 |
25.9+4.7 |
1.30+0.10 |
8.7 |
51.6+8.5 |
2.0+0.8 |
2.6+0.9 |
| KKM 26 |
39.3+15.6 |
32.9+2.0 |
1.03+0.09 |
12.4 |
57.2+8.8 |
1.3+0.6 |
1.7+0.7 |
| KKM 27 |
30.6+23.0 |
42.0+1.3 |
1.18+0.12 |
12.0 |
54.5+13.9 |
1.5+1.0 |
1.9+1.3 |
| KKM 28 |
45.6+15.0 |
38.7+1.5 |
1.09+0.04 |
11.9 |
52.3+7.0 |
1/.9+0.5 |
2.4+1.0 |
(1,283 pokok: tanaman tunggal 3m x 3m x 3m)
BENIH
Bahan tanaman daripada baka
klon adalah disyorkan untuk penanaman kerana ia boleh mengeluarkan hasil yang
tinggi berbanding pokok daripada biji benih kacukan. Disamping itu ia juga
mempunyai ciri mutu biji koko yang lebih baik dan seragam. Bagi penanaman
baka klon, disyorkan supaya sekurang-kurangnya lima jenis klon ditanam di dalam
satu-satu kawasan. Klon-klon ini boleh dipilih samada daripada klon KKM
atau PBC berasaskan kepada kecergasan dan kesesuaian klon-klon tersebut mengikut
lokasi.
Klon PBC
|
Klon |
Bil.Biji/
Buah |
Berat Sebiji
Koko Kering |
Lemak
Koko |
Berat Biji
Kering/Buah |
Potensi Hasil (kg/ha/tahun) |
Ketahanan Penyakit |
|
VSD |
S/Canker |
S/Pod |
PBC 113
PBC 123
PBC 130
PBC 140
PBC 159
PBC 179
PBC 207
PBC 208
PBC 211
PBC 230
PBC236
PBC 247 |
44
41
33
33
43
38
36
39
36
41
40
38 |
1.15
1.10
1.24
1.38
1.34
1.28
1.6
1.03
1.38
1.15
1.10
1.25 |
55.6
54.5
56.6
57.6
60.0
55.2
56.3
56.5
56.7
56.5
56.7
56.0 |
50.6
45.1
40.9
45.5
56.9
48.6
41.8
40.0
52.4
47.2
44.0
45.0 |
>2000
>2500
>2500
>2500
>2500
>2500
>2500
>2500
>2500
>2500
>2500
>2500 |
3
5
2
3
3
3
3
3
3
4
4
3 |
3
3
3
4
4
5
3
3
4
4
4
4 |
3
3
2
4
5
4
3
3
4
5
4
4 |
Ketahanan penyakit: 1-kurang tahan, 5-paling
tahan
Biji koko mempunyai ciri-ciri
biji benih recalcitrant iaitu percambahan biji benih akan terjejas sekiranya
kelembapan biji didapati kurang daripada 25% dan suhu kurang daripada 15oC
atau lebih daripada 35oC.
SEMAIAN
Di peringkat permulaan anak
semaian koko memerlukan lindungan yang tinggi hampir 80%. Keperluan
lindungan dikurangkan apabila anak semaian membesar dan sebaiknya sama dengan
tahap lindungan di ladang sebelum anak benih diubah. Bergantung kepada matlamat
kegunaan, tiga jenis rumah semaian dapat dibuat iaitu jenis kekal, jenis separa
kekal dan jenis sementara. Rumah semaian separa kekal diutamakan kerana ia
memudahkan pengurusan tahap lindungan yang diperlukan.
Saiz beg politina yang
digunakan bergantung pada jangkamasa anak benih disimpan di tapak semaian.
Sekiranya anak benih yang disemai dicantum pada peringkat umur 1-2 bulan, beg
politina berukuran 6"x 9" (15 cm x 22.5 cm) hendaklah digunakan. Sebaliknya
jika anak benih dicantum pada umur 3-4 bulan, beg politina yang besar (8"x12 /
23 cm x 30 cm) hendaklah digunakan.
Pengisian tanah ke dalam
polibeg hendaklah menggunakan tanah campuran dengan formulasi 2:1:1 (tanah:
pasir: bahan organan). Sebagai baja asas sehanyak 15-20 kg CIRP dan GML
digunakan untuk setiap 1 meter padu tanah campuran.
Pengurusan di tapak semaian
perlu dilakukan.
- Penyiraman di tapak semaian
sekali sehari pada waktu pagi kecuali hujan lebat.
- Anak semaian disiram diantara 0.5-1.0 liter air/beg/sehari, bergantung pada
saiz beg
- Sembur racun serangga dan racun kulat 2-3 minggu sekali
- Kawal pertumbuhan rumpai
PENANAMAN BAGI PEKEBUN KECIL
Untuk tanaman selingan dengan kelapa, koko
ditanam 3.0 - 3.7 m (10-12 kaki) antara dan 2.4 - 3.0 m (8-10 kaki) antara pokok
dalam barisan dan jarak barisan kelapa ialah 3.0 m (10 kaki).
|
PENANAMAN DI LADANG
Pokok koko ditanam pada jarak 3.0 meter diantara barisan dan
3.0 meter diantara pokok dalam barisan. Biasanya penanaman di ladang
dibuat apabila tiba musim hujan. Ini bertujuan untuk mengurangkan kadar
kematian anak pokok apabila diubah dan memastikan pertumbuhan yang baik.
SISTEM PENANAMAN
Beberapa jenis pokok lindungan
digunakan dalam penanaman koko. Diantaranya adalah albizza, gliricidia,
kelapa dan petai. Sistem penanaman yang selalu dipraktikkan ialah:-
-
Sistem Penanaman Tunggal
Pokok-pokok giiricidia ditanam 9-12 bulan lebih awal dan sistem ini memberikan
kepadatan pokok koko dan gliricidia sebanyak 1,241 pokok sehektar.
|
|
|

sistem penanaman tunggal |
|
-
Tanaman koko di
bawah kelapa yang sedia ada
Sistem ini biasa digunakan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Kepadatan koko ialah 815 pokok sehektar. Pokok kelapa sedia ada
hendaklah berumur sekurang-kurangnya berumur 10-15 tahun bagi memberi naungan
yang secukupnya.
PEMBAJAAN
DI LADANG
Memerlukan pembajaan dan pengapuran yang mencukupi
untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Kerja-kerja mengapur selalunya
dijalankan selepas musim hujan, manakala membaja pula dilakukan selepas
kerja-kerja mencantas dan memungut hasil serta sebelum pokok koko mengeluarkan
bunga.
|
|
|

Tanaman koko dibawah kelapa
|
|
Umur anak benih
(bulan) |
Jumlah baja
(gm/pokok) |
Sebelum
mencantum
2-3 bulan
3-4 bulan
4-5 bulan
> 6 bulan |
5
5
5 -10
5 -10
|
Selepas
mencantum
1-2 bulan
2-3 bulan
> 4 bulan |
5
5 -10
5 -10 |
-
Diperingkat tumbesaran
Pokok di ladang penggunaan baja seperti berikut:
|
Peringkat
Tumbesaran |
Kawasan Pantai |
Kawasan
Pendalaman |
Peringkat
juvana
Peringkat buah |
NPK 18:11:5:2
1/2
NPK 14:14:14 atau
NPK 15:7:18: 2 1/2 |
NPK 14:13:9:2
1/2
NPK 15:7:18: 2 1/2 atau
NPK 12:6:22:34 |
Jadual pembajaan pokok klon pada peringkat juvana
| Umur di
ladang |
Gm /
Pokok |
|
1 bulan
3 bulan
6 bulan
9 bulan
10 bulan
12 bulan
16 bulan
20 bulan
22 bulan
24 bulan |
20
40
70
100
200 (GML)
120
150
150
200 (GML)
150 |
Jadual pembajaan pokok klon
pada peringkat buah di kawasan
Timur Semenanjung Malaysia
|
Bulan |
Tanah
Pendalaman |
|
Tahun pertama
berbuah (g/pokok) |
Tahun kedua
berbuah dan keatas (g/pokok) |
Jannuari-Februari
April
Jun-Julai
Oktober-November |
350 (GML)
170
170
170 |
350 (GML)
250
250
250 |
Jadual pembajaan pokok klon pada peringkat buah di kawasan
Barat Semenanjung Malaysia
|
Bulan |
Tanah Lanar Pantai |
Tanah
Pendalaman |
|
Tahun pertama
berbuah (g/pokok) |
Tahun kedua
berbuah dan
keatas (g/pokok) |
Tahun pertama
berbuah
(g/pokok) |
Tahun kedua
berbuah dan keatas (g/pokok) |
Jannuari-Februari
April
Jun-Julai
Oktober-November |
170
350 (GML)
170
170 |
250
350 (GML)
250
250 |
170
350 (GML)
170
170 |
250
350 (GML)
250
250 |
Bagi kawasan koko yang ditanam
secara tunggal, pokok lindungan hendaklah dibaja untuk mempercepatkan
pertumbuhan (peringkat awal). Semasa penyediaan ladang disyorkan tabur
sebanyak 1200-2500 kg GML dan 250 kg baja batu fosfat sehektar sebelum menanam.
Untuk Gliricidia tambah sebanyak 112 g baja batu fosfat ke dalam lubang tanaman.
CANTASAN
Cantasan merupakan satu aktiviti penting dalam pengurusan
tanaman koko. Cantasan yang betul dan mengikut syor dan kekerapan
melaksanakannya memberi kesan yang positif terhadap pembajaan serta mengurangkan
serangan penyakit dan serangan perosak. Cantasan juga membentuk pokok
kepada bentuk yang dikehendaki, menggalakkan pertumbuhan lain, kesuburan serta
daya pengeluaran hasil yang lebih baik. Dua jenis cantasan yang biasa dilakukan untuk tanaman koko
iaitu:-
-
Cantasan pembentukan
Dilakukan untuk mendapatkan bentuk asas pertumbuhan pokok. Cara cantasan
dibuat adalah berbeza diantara pokok klon dengan pokok daripada anak benih
hibrid. Bagi pembentukan pokok klon, sistem berbilang batang adalah
disyorkan. Ini selaras dengan ciri tumbesaran dahan kipas.
Pembentukan ini boleh dilakukan dengan cara berikut:-
(i) Membiarkan tunas utama (dahan kipas yang keluar daripada mata
cantuman) tumbuh
sepanjang lebih kurang 45 cm. Pucuk dahan
ini kemudiannya dipotong bagi menggalakkan
pertumbuhan tunas-tunas ketiak.
(ii) Dua atau tiga tunas yang seimbang dipilih supaya menjadi batang utama
ataupun rangka utama
pokok tersebut yang berbentuk 'V'.
(iii) Tunas-tunas air, dahan-dahan yang melentur ke bawah serta dahan-dahan
ranting yang mati
atau diserang penyakit dipotong
-
Cantasan penjagaan
Membuang semua dahan dan ranting kecil yang menghala ke tanah, membuang semua
tunas air serta ranting kecil yang mati. Ini dapat mengelakkan pertumbuhan
dahan-dahan yang terlalu rapat seterusnya memberikan pengedaran udara serta
kemasukan cahaya yang lebih baik. Bagi pokok klon, cantasan ringan dan
kerap adalah disyorkan. Ini dibuat 6 kali setahun dengan membuang semua
dahan mati, terlalu rapat dan juga tunas air. Apabila pokok semakin
berumur, dahan-dahan yang rendah hendaklah dibuang berperingkat-peringkat hingga
ke paras 1.5 meter tinggi.
Sila lihat panduan mencantas pokok (klik di sini)
...
CANTUMAN POKOK
Bertujuan untukk mendapatkan baka. Ini dilakukan dengan
mencantum baka-baka klon yang berpotensi memberi hasil yang tinggi dan bermutu.
Cantuman boleh dilakukan sama ada di tapak semaian ataupun di ladang.
Kebiasaannya teknik cantuman Modified Green Budding digunakan untuk
mencantum pokok di tapak semaian, manakala cantuman biasa boleh dibuat di
ladang. Dalam menentukan teknik cantuman yang hendak dibuat, perkara-perkara
berikut perlulah diambilkira:-
- teknik cantuman yang mudah
- kos melaksanakan yang murah
- mempunyai kejayaan yang tinggi
- bergantung kepada kemahiran petani
Sila lihat panduan cantuman pokok:
PEMULIHAN KAWASAN
Kebun/ladang yang mengeluarkan hasil serta kualiti biji yang
rendah hendaklah dipulih supaya mutu hasil koko dapat dipertingkatkan.
Diantara faktor-faktor yang menyebabkan hasil koko menjadi rendah ialah:-
- amalan kultura pertanian yang tidak sempurna
- pokok terlalu tua
- baka tanaman yang tidak terpilih
Teknik-teknik pemulihan berikut perlulah diambilkira:-
- amalan kultura pertanian yang betul
- cantuman dewasa
- penanaman semula
- pengurusan air
PENYAKIT TANAMAN KOKO:
-
MATI PUCUK KOKO
Penyakit Mati
Pucuk (Vascular Streak Die Back) menyebabkan kerosakan pada anak dan pokok
dewasa dan mengakibatkan pengeluaran hasil yang rendah. Penyakit ini juga
melemahkan pokok hingga boleh menyebabkan kematian. Penyakit Mati
Pucuk disebabkan oleh sejenis kulat, Oncobasidium theobromae, dan telah
dilapurkan berlaku di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. Penyakit
ini merupakan satu daripada faktor utama yang menyebabkan tanaman tidak subur.
Tanda-tanda penyakit
Serangan kulat ini
akan bermula di bahagian pucuk. Satu atau dua helai daun di bahagian pucuk
akan menjadi kekuningan. Kadang-kadang daun-daun kuning itu juga berbintik
hijau. Kemudian kesan kekuningan akan merebak kepada daun lain dan
kerosakan di tepi daun akan berlaku. Akhirnya daun-daun yang diserang akan
gugur. Liang-liang
penafasan pada batang kelihatan besar dan senang dikenali. Apabila kulit
batang yang berpenyakit dibuang, batang yang didedahkan menjadi perang dengan
serta merta. Sekiranya penyakit
tidak dikawal di peringkat awal, ianya akan merebak ke dahan serta batang utama
dan akan menyebabkan kematian pokok.
Pengawalan
Cantas batang atau
dahan yang diserang penyakit iaitu sehingga 12 inci ke bawah daripada kawasan
tanda jalur-jalur perang. Sapukan racun kulat Santar A di permukaan
cantasan. Selepas 3 bulan, jika kawalan ini tidak berjaya, ulangi catasan. Tanamlah jenis
koko yang tahan serangan penyakit ini. Jenis Upper Amazon dan
kacukan-kacukannya adalah disyorkan. Jangan tanam jenis Amelomado
dan kacukannya kerana jenis ini mudah di serang oleh kulat ini.
-
MATI ROSOT KOKO
Penyakit Mati
Pucuk (Vascular Streak Die Back) menyebabkan kerosakan pada anak dan pokok
dewasa dan mengakibatkan pengeluaran hasil yang rendah. Penyakit ini juga
melemahkan pokok hingga boleh menyebabkan kematian. Penyakit Mati
Pucuk disebabkan oleh sejenis kulat, Oncobasidium theobromae, dan telah
dilapurkan berlaku di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. Penyakit
ini merupakan satu daripada faktor utama yang menyebabkan tanaman tidak subur.
Tanda-tanda Penyakit
Serangan kulat ini
akan bermula di bahagian pucuk. Satu atau dua helai daun di bahagian pucuk
akan menjadi kekuningan. Kadang-kadang daun-daun kuning itu juga berbintik
hijau. Kemudian kesan kekuningan akan merebak kepada daun lain dan
kerosakan di tepi daun akan berlaku. Akhirnya daun-daun yang diserang akan
gugur. Liang-liang
penafasan pada batang kelihatan besar dan senang dikenali. Apabila kulit
batang yang berpenyakit dibuang, batang yang didedahkan menjadi perang dengan
serta merta. Sekiranya penyakit
tidak dikawal di peringkat awal, ianya akan merebak ke dahan serta batang utama
dan akan menyebabkan kematian pokok.
Pengawalan
Cantas batang atau
dahan yang diserang penyakit iaitu sehingga 12 inci ke bawah daripada kawasan
tanda jalur-jalur perang. Sapukan racun kulat Santar A di permukaan
cantasan. Selepas 3 bulan, jika kawalan ini tidak berjaya, ulangi catasan. Tanamlah jenis
koko yang tahan serangan penyakit ini. Jenis Upper Amazon dan
kacukan-kacukannya adalah disyorkan. Jangan tanam jenis Amelomado
dan kacukannya kerana jenis ini mudah di serang oleh kulat ini.
-
AKAR PUTIH (Rigidoporus lignosus)
Kulat menyerang akar mengakibatkan pokok layu, daun kuning dan akhirnya mati.
Kelihatan misellum berwarna putih. Buang sisa atau tunggul tanaman yang
terdahulu. Merawat lubang tanaman dengan belerang. Guna racun kulat
seperti cyproconazole dicurah ke pangkal pokok.
-
MATI ROSOT JALUR VASCULAR (Oncobasidium theobroma)
Jalur terdapat dalam tisu vascular apabila dibelah. Dahan akan cepat
bertukar kepada warna perang apabila dikopek kulitnya. Lenthisel pada
batang menjadi kasar dan bengkak. Pucuk yang diserang akan mati rosot.
Cantas dahan yang berpenyakit. Jauhkan kawasan semaian dari pokok dewasa
yang berpenyakit. Sembur dengan racun kulat seperti cyproconazole,
propiconazole, tebuconazole atau difenoconazole.
-
KANKER BATANG (Phytophthora palmmivora)
Bahagian batang yang diserang berwarna gelap dan apabila dikikis bertukar warna
kepada merah tua. Serangan yang merebak akan mengelilingi batang pokok dan
menyebabkan tanda-tanda mati pucuk. Serangan yang teruk menyebabkan pokok
menjadi layu dan kering. Kikis kulit batang yang diserang dan sapu dengan
metalaxyl, phosphorus acid atau chlorothalonil. Kutipan hasil dilaku
dengan kerap dan buah hitam hendaklah dikutip dan dimusnahkan terutama di musim
hujan,. Elak pokok dari terlalu rimbun dan lembap.
-
HAWA BEBENANG (Marasmiellus cyphella)
Terdapat tanda-tanda mati pucuk berlaku. Jalur-jalur kulat berwarna putih
bagi hawar bebenang putih dan rerambut hitam berkilat bagi hwar bebenang hitam.
Buat cantasan pokok. Sebur dengan copper hydroxide atau copper
oxychloride.
-
HAWA DAUN (Phytophthora palmivora)
Terdapat bintik-bintik hitam pada daun-daun muda. Bintik-bintik ini
merebak dan menjadi tompok-tompok seperti lecur. Daun serta pucuk muda
menjadi layu. Jarangkan susunan anak benih. Guna racun kulat.
-
CENDAWAN ANGIN (Corticium salmonicolor)
Terdapat miselium berwarna putih dan berkilat meliputi dahan dan ranting.
Miselium ini kemudian menjadi warna merah jambug. Serangan yang teruk,
dahan serta ranting menjadi layu serta reput. Elak keadaan lembab
dan teduh. Cantas dahan dan ranting yang kena serangan. Semburkan
dengan racun kulat mengaundungi kuprum.
-
KARAH MERAH (Cephaleuros virescens)
Terdapat tompok-tompok perang merekah pada ranting dan dahan. Perlu
pembajaan yang mencukupi. Semburkan dengan racun kulat mengandungi kupram.
-
BUAH HITAM (Phytophthora palmivora)
Bintik-bintik perang pada buah bertukar menjadi perang tua sehingga keseluruhan
buah menjadi hitam. Jaga kebersihan ladang. Kutip buah masak dan
kutip serta musnah buah yang berpenyakit.
-
BUAH PERANG (Botryodiplodia theobromea)
Pada awalnya bintik-bintik berwarna perang pada buah bertukar warna kepada hitam
pekat. Semburkan dengan racun kulat yang mengandungi kupram.
MAKHLUK PEROSAK
-
Ulat pengorek buah koko
Kupu-kupu dewasa berwarna coklat/warna kulit dan dahan koko
menyerang buah koko pada waktu malam. Tentukan status serangan.
Buah masak hendaklah dipetik dengan kekerapan 10-14 hari supaya edaran
hidup serangga tidak dapat diteruskan. Cantas agar pokok tinggi
melebihi 4 meter tinggi dan terlalu rimbun. Kulit buah hendaklah
dibungkus dengan plastik. Sembur racun serangga dan pastikan
bahagian yang disembur akan betul-betul basah.
-
Kepinding nyamuk
Nyamuk dewasa menyerang buah koko. Terdapat bintik-bintik
hijau basah pada buah yang kemudian berubah menjadi tompok-tompok hitam
keras dan menimbul. Pertumbuhan buah akan terbantut, putik-putik
menjadi layu dan mati. Cantas pokok. Sembur racun serangga
pada lewat petang atau senja untuk membunuh nimfa dan serangga dewasa
yang mulai aktif.
-
Kumbang kaboi
Menyerang daun daripada tepi helaian daun terutama daun muda
manakala kumbang berwarna coklat memakan bahagian daun yang separa keras
terutama bahagian tengah helaian dan menyebabkan daun berlubang-lubang.
Pasang tirai di tapak semaian. Pelepah atau plastik boleh
digunakan sebagai pelindung di peringkat anak pokok baru dialih ke
ladang. Sembur dengan cypermethrin pada waktu petang.
ALAT PEMBUKA DAN PEMBELAH BUAH KOKO
Klik untuk
lihat alat pembuka dan pembelah buah koko di sini !
CAPAIAN MAKLUMAT MENGENAI KOKO

|
Panduan
|
|