|
MENANAM KOPI
(KOPI ROBUSTA,
KOPI LIBERICA,
KOPI LUWAK)
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Pokok kopi memerlukan taburan
hujan di antara 2000-3000 mm setahun. Dalam masa yang sama pokok kopi juga
memerlukan musim kering semasa pembentukan primordia bunga bagi pengeluaran
hasil yang baik. Pokok kopi juga memerlukan purata suhu di antara 19oC
- 28oC serta kelembapan di antara 70-80%.
Faktor tanah
Pokok kopi boleh
tumbuh dengan
baik di kebanyakan jenis tanah. Ini termasuk tanah-tanah yang berasal
daripada lahar, granit, shales serta batu pasir. Tanah gembur yang
mempunyai bahan organik yang tinggi serta mengandungi bahan mineral yang
mencukupi adalah sangat sesuai. Tanah terebut mestilah mempunyai saliran
air yang baik serta nilai pH diantara 4.5 - 6.5 disamping mempunyai unsur-unsur
pemakanan yang mencukupi seperti nitrogen, fosforus, kalium, mangnesium serta
bahan organik.
Faktor-faktor
tanah dan kesesuaian untuk tanaman kopi
Sifat tanah |
Kesesuaian
|
|
Sesuai |
Sederhana sesuai |
| Kecerunan |
0 - 12o |
12 - 20o |
| Saliran |
Tak sempurna salir ke salir* |
Agak sangat salir |
| Kedalam tanah berkesan |
> 75 cm |
50 - 70 cm |
| Tekstur dan struktur |
Selain dari pasir yang tidak berstruktur dan lempung masif |
Lempung masif |
| Kemasinan |
> 50 cm |
25 - 50 cm |
| pH |
4.5 - 6.5 |
|
| Ketebalan gambut |
< 25 cm |
25 - 50 cm |
| Kandungan batu |
< 25% tersebar sama rata atau terdapat
di bawah kedalaman 75 cm |
25-75% tersebar sama rata atau terdapat di bawah kedalaman 75 cm. |
| Ketidak seimbangan nutrien |
Tiada kandungan nutrien mikro yang berlebihan atau CEC dari sederhana rendah ke rendah |
CEC sederhana rendah |
* Tak sempurna salir bermaksud mata air (water
table) diantara 50-75 cm.
Air bertakung semasa hujan tetapi keadaan pulih selepas hujan
Tanah-tanah sederhana sesuai untuk tanaman kopi
|
Jenis tanah (siri) |
Masalah |
Pengurusan |
| Batu hitam, chunglun, gong,
chenak, harimau, holyrood, kawang, kerayong, klau, lalat, lating, lintang,
lubuk kiat, medang, merapoh, penambang, rengam, sagu, serada, serdang, tai
tak, tampin, tampoi, tangga, tawar, tebok, telaga, telemong, terah, weng. |
CED 5-10
meq/100 g tanah |
CEC sederhana rendah.
Ikuti program pembajaan yang disyorkan. Gunakan tambahan baja
organik. |
| Kangar
Lempong Organik dan Muk |
Lapisan padat |
Lapisan padat (di
bawah 50 cm) atau berbatu. Pecahkan lapisan padat dan buang
batu-batu jika perlu. |
Chenian
Langkawi |
Curam
Sangat Salir |
Sangat salir. Adakan
sistem pengairan. Sediakan pokok-pokok pelindung secukupnya. |
| Gambut
Nami
Benta |
Lapisan gambut
CEC 5-10 meg/
100 g tanah
Curam
Lapisan padat |
Ikuti syor pembajaan yang
disyorkan. Buat lubang tanaman di dalam lubang. Sediakan
sistem saliran. |
| Setiawan |
Tekstur sederhana kasar dan
struktur lemah. CEC 5010 meq/100g tanah |
|
| Baling, Batang Merbau, Chat,
Beserah, Bungor, Yong Peng, Jerangau, Kala, Kampong Kolam, Kangkar,
Katong, Kekura, Laka, Lambak, Pohoi, Lancang, Munchong, Musang. |
Curam. CEC 5-10
meq/100g tanah |
|
| Kuantan |
Sangat salir. CEC 5-10 meq/100g
tanah |
|
| Chuping, Kodiang, Masai, Pokok
Sena dan Tavy |
Berbatu. CEC 5-10g
meg/100g
tanah |
Tekstur halus/kasar.
Ikuti pgoram pembajaan yang disyorkan. Gunakan tambahan baja
organik. Elak kerja-kerja penyediaan tanah ketiak tanah basah dan
sediakan sistem saliran untuk tanah-tanah berstruktur halus. |
| Durian |
Curam. Tekstur halus dan
struktur kasar dan halus |
Elakkan hakisan tanah dengan
menanam penutup bumi, menanam mengikut kontor, membina teres atau tapak
pentas. |
| Apek |
Lapisan padat. Tekstur
sederhana halus dan struktur lemah. CEC 5-10 meg/100 g tanah. |
|
| Asahan |
Berbatu, lapisan padat.
CEC
5-10 meq/100g tanah |
|
Hanya dua spesies kopi sahaja
yang sesuai ditanam di negara ini, iaitu Kopi Liberica dan Kopi Robusta.
Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bull ex Hiem) sesuai ditanam
di Semenanjung Malaysia (terutama Johor dan Selangor). Manakala kopi jenis
Robusta pula banyak ditanam di Sabah dan Sarawak. Pokok kopi adalah dalam
golongan tanaman saka. Tanaman ini boleh hidup sehingga melebihi 25 tahun
dan membesar sehingga kepada paras ketinggian 6-15 m sekiranya tidak dikawal.
Bagi tanaman kopi jenis
Liberica, pertumbuhan akar tunjangnya boleh mencapai 0.5- 6.0 m manakala
pertumbuhan akar sisi pula adalah diantara 2-3 m. Kebiasannya sebanyak 4-8
akar sisi akan keluar daripada akar tunjang dan tumbuah secara mendatar.
Bagi kopi jenis Robusta pula,
pertumbuhan akar tunjangnya adalah lebih pendek dan biasanya tidak melebihi 0.5
m. Ini diikuti dengan pertumbuhan akar sisi yang kebanyakannya tumbuh
secara mendatar diikuti dengan pertumbuhan akar rerambut dalam lingkungan 0.3 m
menghala permukaan tanah.
Pokok kopi yang ditanam
menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas
ditanam di ladang. Ini berbeza daripada anak benih yang ditanam
menggunakan baka cantuman di mana ia mula mengeluarkan bunga pada peringkat umur
6-9 bulan selepas ditanam Kopi Liberica mengambil masa 8-13 bulan dari
tarikh pengeluaran bunga untuk masak manakala kopi jenis Robusta mengambil masa
antara 9-10 bulan untuk masak.
SEMAIAN
-
Menggunakan biji benih
Biji kopi terpilih disemai di dalam kotak semaian atau terus ke dalam polibeg.
Penyemaian terus ke dalam polibeg dapat mengurangkan kerossakan anak pokok
semasa menjalankan kerja-kerja mengubah dan menjamin anak pokok kopi yang lebih
seragam. Biji benih mula bercambah 4-7 minggu selepas tarikh disemai dan
lebih kurang 80% percambahan akan diperolehi selepas 8-10 minggu. anak
benih kopi hendaklah diubah ke ladang selepas 4-6 bulan.
-
Pembiakan Secara Tampang
Terdapat dua cara pembiakan tampang yang biasa digunakan di dalam pembiakan
kopi, iaitu cara keratan dan cara cantuman
(lihat
teknik cantuman pokok).
Cara Keratan:
Pembiakan ini sangat sesuai untuk kopi jenis Robusta tetapi kurang sesuai untuk
jenis Liberica.
Cara Cantuman:
Anak benih kopi yang ditanam di dalam polibeg boleh dicantum selepas berumur 6-8
bulan. (Sila lihat teknik cantuman pokok)
SISTEM TANAMAN
Tanaman tunggal
Tanaman boleh dibuat menggunakan jarak tanaman 3m x 3 m segitiga sama dan dapat
memberikan sebanyak 1,280 pokok sehektar.
Tanaman Selingan Dengan Kelapa
Tanaman boleh dibuat menggunakan jarak tanaman 3m x 3m di mana dua barisan kopi
ditanam diantara barisan kelapa yang mempunyai jarak 9m x 9m. Sebanyak 790
pokok boleh ditanam untuk setiap hektar.
PEMBAJAAN
Panduan membajaan kopi mengikut siri tanah seperti berikut:-
Selangor:
Jenis tanah: Selangor, Briah, Kangkong
Di lubang tanaman: 113 (4 oz ) CIRP dalam tiap-tiap lubang
|
Umur Pokok |
Baja Bagi Sepokok |
|
Bulan |
N 26 |
CIRP |
KCI |
| gm |
oz |
gm |
oz |
gm |
oz |
2
6
10
14
18
22
26
30 |
14
23
42
42
57
57
85
85 |
0.5
0.7
1.5
1.5
2.0
2.0
3.0
3.0 |
-
-
14
-
14
14
14
14 |
-
-
0.5
-
0.5
0.5
0.5
0.5 |
-
-
14
-
14
14
14
14 |
-
-
0.5
-
0.5
0.5
0.5
0.5 |
Pokok besar
(6
bulan sekali) |
170 |
6.0 |
42 |
1.5 |
28 |
1.0 |
Johor:
Jenis tanah: Shallow Phase, Parit Botak Briah
Di lubang tanaman: 113 (4 oz ) CIRP + 227 gm (8 oz) Serbuk Batu Kapur
dalam tiap-tiap lubang
|
Umur Pokok
|
Baja Bagi Sepokok |
|
Bulan |
N 26 |
CIRP |
KCI |
|
gm |
oz |
gm |
oz |
gm |
oz |
2
6
10
14
18
22
26
30 |
14
23
42
42
71
71
99
99 |
0.5
0.8
1.5
1.5
2.5
2.5
3.5
3.5 |
-
-
14
14
14
14
28
28 |
-
-
0.5
0.5
0.5
0.5
1.0
1.0 |
-
-
14
14
23
23
28
28 |
-
-
0.5
0.5
0.8
0.8
1.0
1.0 |
Pokok besar
(6 bulan sekali) |
198 |
7.0 |
57 |
2.0 |
71 |
2.5 |
Untuk tanah jenis Johor, tabur serbuk batukapur atau GML
sebanyak 227 gm (8 oz), jarak 0.9 m (3 kaki) di sekeliling lubang semasa
hendak menanam dan dilakukan sekali setahun atau tabur sebanyak 454 gm (16 oz)
tiap-tiap dua tahun.
Bagi tanah jenis Selangor, cara menabur sama seperti tanah
jenis Johor disebabkan mempunyai keasidan tanah yang sama. Baja sebatian boleh
juga digunakan selain daripada baja tunggal (straight fertilizers). Selain
daripada N-26 atau Urea, Calcium Ammonium Nitrate boleh juga digunakan dengan
kadar yang berpatutan. Di tanah yang lebih asid, baja yang mengandungi
sulphate hendaklah dielakkan.
Jenis tanah: Shallow Phase, Parit Botak Briah
Di lubang tanaman: 113 (4 oz ) CIRP + 227 gm (8 oz) GML
|
Umur Pokok
|
Baja Bagi Sepokok |
|
Bulan |
N 26 |
CIRP |
KCI |
|
gm |
oz |
gm |
oz |
gm |
oz |
2
6
10
14
18
22
26
30 |
14
23
42
42
71
71
113
113 |
0.5
0.8
1.5
1.5
2.5
2.5
4.0
4.0 |
-
-
14
-
14
14
14
14 |
-
-
0.5
-
0.5
0.5
0.5
0.5 |
14
14
28
28
42
42
57
57 |
0.5
0.5
1.0
1.0
1.5
1.5
2.0
2.0 |
Pokok besar
(6 bulan sekali) |
227 |
8.0 |
42 |
1.5 |
170 |
6.0 |
Jenis tanah: Gambut Cetek
Di lubang tanaman: 113 (4 oz ) CIRP + 227 gm (8 oz) GML + 7 gm Copper
Sulphate
|
Umur Pokok
|
Baja Bagi Sepokok |
|
Bulan |
N 26 |
CIRP |
KCI |
CuSO4 |
|
gm |
oz |
gm |
oz |
gm |
oz |
gm |
oz |
2
6
10
14
18
22
26
30 |
14
23
42
42
85
85
142
142 |
0.5
0.8
1.5
1.5
3.0
3.0
5.0
5.0 |
-
-
14
-
14
14
14
14 |
-
-
0.5
-
0.5
0.5
0.5
0.5 |
14
14
28
28
57
57
85
85 |
0.5
0.5
1.0
1.0
2.0
2.0
3.0
3.0 |
-
-
7
-
-
14
-
14 |
-
-
0.25
-
-
0.5
-
0.5 |
Pokok besar
(6 bulan sekali) |
283 |
10.0 |
42 |
1.5 |
255 |
9.0 |
- |
- |
Tabur serbuk batukapur atau GML sebanyak 0.5 kg (1 lb) jarak
0.9 m (3 kaki) di sekeliling lubang semasa hendak menanam dan dilakukan sekali
setahun. Di tanah yang lebih asid seperti Siri Linau, tabur sebanyak 0.9
kg (2 lb) tiap-tiap tahun. Tanah gembur cetek boleh berlaku kekurangan
unsur-unsur pekit (trace element) selain daripada Cu seperti Zu dan B.
Oleh itu analisa daun (foliar analysis) diperlukan.
Jenis tanah: Tanah tinggi asal setempat (upland
sedentary soils)
Di lubang tanaman: 1170 gm (6 oz) CIRP
|
Umur Pokok
|
Baja Bagi Sepokok |
|
Bulan |
N 26 |
CIRP |
KCI |
CuSO4 |
|
gm |
oz |
gm |
oz |
gm |
oz |
gm |
oz |
2
6
10
14
18
22
26
30 |
14
23
42
42
71
71
113
113 |
0.5
0.8
1.5
1.5
2.5
2.5
4.0
4.0 |
-
-
14
14
28
28
42
42 |
-
-
0.5
0.5
1.0
1.0
1.5
1.5 |
14
14
28
28
42
42
57
57 |
0.5
0.5
1.0
1.0
1.5
1.5
2.0
2.0 |
-
14
-
14
-
28
-
42 |
-
0.5
-
0.5
-
1.0
-
1.5 |
Pokok besar
(6 bulan sekali) |
227 |
8.0 |
85 |
3.0 |
170 |
6.0 |
- |
- |
MEMUNGUT HASIL
Hasil pertama untuk jenis
Liberica sudah boleh diperolehi selepas berumur 2 1/2 - 3 tahun. Hanya
buah masak dipungut setiap 2 minggu sekali. Buah-buah kopi boleh
diperolehi di sepanjang tahun tetapi musim yang berhasil tinggi ialah dari bulan
Oktober ke Februari dan musim kecil dari bulan Mei dan Jun.
HASIL
PENGELUARAN
Hasil kopi jenis Liberica yang
didapati oleh pekebun-pekebun kecil ialah seperti berikut:-
Tanaman kopi tunggal
6.7 - 9 ton. - kopi jambu/ha/tahun (45-60 pikul/ekar/tahun) atau (5-6
pikul biji kering).
Kopi sebagai tanaman
(selingan dengan kelapa)
6 - 7.5 ton - kp\opi jambu/ha tahun (40-50 pikul/ekar/tahun) atau (4-5 pikul
biji kering).
Hasil kopi jenis Robusta:
4.5 - 5.2 ton - kopi
jambu/ha/tahun (30-35 pikul/ekar/tahun) atau (7-8 pikul biji kering).
Kadar pertukaran kopi
jambu/biji kering ialah:- Liberica (10:1)
Robusta (4.5:1) Arabica (5.5:1)
PENYAKIT TANAMAN KOPI
Karat daun
Bintik berwarna jingga kemudiannya perang. Permukaan bawah duan
terdapat spora berwarna jingga. Sembur dengan racun copper
hydroxide, cyproconazole, hexaconazole atau copper oxydhloride.
Penyakit hawa bebenang
Jalinan benang kasar berwarna putih pada batang dan daun. Batang
dan daun yang diserang menjadi perang dan gugur. Cantas dan musnah
bahagian yang diserang dan sembur dengan bordeaux mixture.
Penyakit cendawan angin
Selaput kulat berwarna putih kemerahan lama kelamaaan akan mati.
Cantas dan musnah bahagian yang diserang.
Antraknos buah
Tanda bintik-bintik hitam di kulit kemudian menjangkit hingga ke
bahagian biji. Akhirnya buah kering. Sembur dengan racun
kulat seperti mancozeb, kuprum oksiklorida atau chlorothalonil.
Penyakit akar putih dan Penyakit akar merah
Menyerang akar menyebabkan reput. Kelihatan jalinan bebenang putih
dan jalinan bebenang merah. Gali dan musnah pokok yang diserang.
Siram racun kulat seperti tridemorph pada pokok yang diserang dan yang
berdekatan.
PEROSAK TANAMAN KOPI
Kumbang pengorek buah kopi
Kumbang menebuk buah, dahan dan batang pokok. Lundi memakan
tisu-tisu buah menjadikannya hitam. Pungut buah masak dengan
segera.
Ulat
daun kopi
Ulat memakan daun tua dan muda. Kebersihan ladang hendklah dijaga.
Kumbang
kaboi
Kumbang dewasa memakan daun muda atau bunga. Seburkan dengan
cypermethrin.
Teritip
Serangga menghisap ssap pada pokok muda, daun muda, tangkai tulang daun,
ranting muda, tangkai bunga dan buah. Sembur dengan white-oil atau
malathion.
Nematod
Akar pokok menjadi reput dan berwarna perang. Guna pokok
penanti yang rintang.
TANAMAN KOPI DI MALAYSIA
|
Kopi Liberica |
- |
Johor |
| Kopi Robusta |
- |
Kedah |
| Kopi Arabica |
- |
Cameron Highlands |
RANTAIAN KE LAMAN-LAMAN KOPI
Untuk penerangan seterusnya, sila klik pada tajuk-tajuk di bawah ini:-
|