PENANAMAN KOPI
ROBUSTA

PENDAHULUAN
Kopi Robusta ialah
sejenis tanaman minuman yang berasal dari kawasan tropika di bahagian yang
berasal dari kawasan tropika di bahagian Barat Afrika. Kopi ini bermutu
tinggi dan sesuai diproses untuk dijadikan bahan utama dalam pembuatan kopi
segera disamping kopi arabica.
Permintaan
terhadap kopi robusta kini semakin meningkat selepas sebuah kilang membuat kopi
segera didirikan di negara ini. Bagi memenuhi permintaan tersebut
penanaman kopi robusta digalakkan ditanam bagi mengurangkan import kopi ini dari
negara luar. Di Semenanjung Malaysia, kopi ini banyak ditanam di
negeri-negeri di sebelah utara terutamanya di Kedah. Permintaan terhadap
serbuk kopi robusta juga tinggi di kawasan ini.
CIRI-CIRI POKOK DAN BUAH KOPI ROBUSTA
Pokok kopi ini
kecil, berbentuk payung dan tingginya mencapai tiga meter sekiranya tidak
dicantas. Daunnya lebih besar, berkerut dan nipis jika dibandingkan dengan
kopi liberica. Bunganya keluar serentak dari ketiak daun, berwarna putih
dan berkelompok-kelompok.
Bunga kopi yang
masih muda bewarna hijau dan akan bertukar menjadi merah tua apabila masak.
Jangkamasa dari berbunga untuk menjadi buah yang matang ialah di antara 8 hingga
10 bulan. Buah kopi berbentuk bulat, berkulit nipis dan berukuran 0.8
hingga 1.5 cm garispusat. Nisbah berat antara buah basah dan biji kering
ialah 3:5:1 hingga 5:5:1 bergantung kepada keadaan sekitar. Bagi setiap
satu kilogram berat terdapat lebih kurang 3,500 biji kopi kering. Biji
kopi kering mengandungi antara 2 hingga 2.5 peratus caffein. Peratus
kandungan ini adalah tinggi berbanding dengan kopi liberika (1.5 - 1.6%) dan
arabica (1- 1.5%).
KESESUAI IKLIM DAN TANAH
Kopi ini sesuai
ditanam di kawasan-kawasan yang mendapat taburan hujan tahunan antara 1,000 mm
hingga 2,500 mm. Sukatan suhu yang sesuai pula ialah diantara 180oC.
Pokok kopi robusta memerlukan satu jangkamasa kemarau walaupun singkat untuk
menggalakkan pengeluaran bunga dan menghalang pertumbuhan tampang. Sesuai
ditanam di kawasan tanah pamah dan juga tanah tinggi tetapi sebaik-baiknya ialah
di antara 300 meter hingga 750 meter dari paras laut.
Umumnya ciri-ciri
tanah yang sesuai untuk penanaman kopi robusta ialah:-
Tanah subur yang dalam, sekurang-kurangnya 1.5 meter dan tiada lapisan keras
Banyak mengandungi bahan organik
Tanah
gembur dengan pengudaraan dan saliran yang baik
Berkeupayaan menyimpan air
pH tanah antara 5
hingga 6.5
PENANAMAN
Penyediaan Anak Benih:
(a)
Daripada Biji Benih
Biji benih disemai
ke dalam kotak semaian mengikut jarak 3 cm antara baris dan 2 cm dalam baris.
Pasir halus ditabur untuk menutupi biji benih tersebut. Semasa menyemai
pastikan permukaan biji yang berlekuk di bahagian bawah. Kotak semaian
hendaklah diletakkan di bawah lindungan (50%) dan disiram dua hingga tiga kali
sehari.
Biji benih akan
bercambah 6 hingga 10 minggu selepas disemai. Anak-anak benih diubah ke
dalam polibeg di peringkat butang atau di peringkat dua daun pertama.

Selepas dicabut akar-akar anak benih direndam dalam air dan
kemudian dicelup ke dalam air lumpur untuk memberatkan anak akar dan
memperbaiki sentuhan dengan tanah dalam beg. Kemudian anak benih
dipindahkan ke dalam polibeg dan diberi naungan sebanyak 50 peratus.
Anak-anak benih boleh diubah ke ladang selepas 5 hingga 6 bulan di tapak
semaian.
(b) Daripada Keratan
Keratan diambil daripada bahagian tengah pucuk air yang
hijau matang daripada pokok-pokok yang terpilih. Pilih nod ketiga hingga
ketujuh pada pucuk air tersebut untuk dijadikan keratan. Setiap keratan
dibuat dengan memotong pada jarak 6 cm di bawah nod dan 1 cm hingga 2 cm di
atas nod. Sebahagian daunnya eloklah dipotong. Jika perlu, keratan
dibelah dua. Bubuh hormon di permukaan bawah keratan untuk menggalakkan
pertumbuhan akar.
Keratan-keratan ini disemai sedalam 5.5 cm dan jarak setiap
keratan ialah 6 cm antara baris dan 3 cm dalam baris. Naungan sebanyak
60% diberikan kepada siram sehingga betul-betul basah. Kotak semaian
hendaklah ditutup dengan lapisan plastik dan disiram dua minggu sekali.
Keratan akan berakar dalam masa 2 hingga 3 bulan.
Keratan yang berakar ini direndam kemudian dicelup ke dalam air lumpur dan
ditanam ke dalam polibeg di paras nod. Anak pokok perlu disiram setiap
hari supaya sentiasa lembab.
Cara menanam di ladang dan penjagaan seterusnya adalah sama
bagi kedua-dua jenis anak pokok samada daripada biji benih atau keratan.
Penyediaan Tanah:
Terlebih dahulu kawasan penanaman hendaklah dibersihkan.
Di peringkat awal pertumbuhan, pokok kopi memerlukan 20 hingga 40 peratus
naungan. Oleh itu pokok naungan seperti petai, ditanam terlebih dahulu
atau dipilih dari pokok yang sedia ada.
Selepas kawasan dibersihkan, lubang tanaman berukuran 50 cm x
50 cm x 50 cm digali. Jarak antara lubang-lubang tanaman tersebut ialah
2.75 m hingga 3 m antara barisan dan 1.25 meter hingga 3 meter dalam barisan.
Semasa menggali asingkan tanah lapisan atas dan lapisan bawah, kemudian tanah
tersebut digaul dengan baja ternakan dan baja "superposfat". Beberapa hari
sebelum menanam masukkan kembali tanah lapisan atas dan diikuti tanah lapisan
bawah.
Menanam:
Enam minggu sebelum menanam anak pokok perlu menjalani proses
pengerasan dengan mengurangkan naungan secara beransur-ansur sehingga semua
naungan dibuang pada peringkat dua minggu ditanam di ladang.
Sebaik-baiknya penanaman dijalankan di awal musim hujan.
Sebelum diubah ke ladang, anak pokok hendaklah disiram
dahulu. Beg politin dibuang dan bahagian bawah anak pokok dipotong
sepanjang 2.5 cm sebelum ditanam. Selepas ditanam berikan naungan
sementara kepada anak pokok.
Pembajaan:
Pokok kopi robusta memerlukan pembajaan yang baik pada semua
peringkat pertumbuhan. Kadar pembajaan bergantung kepada umur pokok dan
banyaknya baja yang masih ada dalam tanah. Sebagai panduan, jadual
pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
|
Peringkat
Tanaman |
Jenis Baja |
Kadar |
Kekerapan |
|
Anak semaian |
Larutan urea |
0.001%
(15 gm urea + 15 liter air) |
2 bulan sekali |
|
Dalam lubang tanaman |
Tahi lembu atau baja
ternakan dan CIRP |
5 kg (1 pungkis) 250 gm |
sekali sahaja
sebelum menanam |
|
Anak pokok di ladang (tahun pertama) |
Urea |
20 gm sepokok (2 sudu
besar) di keliling pokok |
2 bulan sekali
hingga akhir tahun |
|
Pokok kopi (tahun kedua) |
Baja campuran 15:15:15 |
150 gm sepokok setahun
di keliling pokok |
2-3 kali setahun |
|
Pokok kopi (tahun ketiga & berikutnya) |
Baja campuran 12:12:17:2
+ unsur pekit |
1 kg sepokok setahun
(di keliling pokok) |
dilabur sekaligus
atau di bahagia dua |
MEMUNGUT HASIL
Kopi robusta mula berbunga 9 bulan selepas ditanam.
Buah-buah kopi akan matang dan boleh dipungut 8 hingga 10 bulan kemudian.
Hasil yang tinggi boleh diperolehi selepas empat tahun ditanam iaitu lebih
kurang 600 hingga 1,900 kilogram sehektar. Tempoh masa ekonomik bagi pokok
kopi robusta ialah diantara 10 hingga 12 tahun, tetapi dengan sistem cantasan
dan kawalan penyakit serta perosak yang baik, pokok boleh mengeluarkan hasil
sehingga suatu jangkamasa yang tidak terhad.