|
MENANAM LADA HITAM
JENIS
Jenis yang ditanam ialah jenis
Kuching yang berasal dari India.
KEADAAN TANAH
DAN IKLIM
Hidup subur di kebanyakan jenis
tanah yang mempunyai bahan organik yang tinggi dan mempunyai pengaliran air yang
sempurna. Tanah yang tidak begitu sesuai ialah tanah liat padat, tanah
gambut, tanah pasir dan kawasan yang selalu kena banjir. Curam lereng
bukit jangan melebihi 15 darjah. Di Johor Selatan lada hitam tumbuh subur
di tanah Siri Rengam.
Tanah dibersihkan dan
kerja-kerja memancang untuk menanda lubang tanaman dilakukan. Di tanah
berbukit, teres-teres dibuat selebar 1.5 meter (5 kaki).
PENANAMAN
-
Menyedia benih
Benih diperolehi dari keratan pucuk batang (terminal stem) yang mengandungi 7
buku. Keratan-keratan disemai selama 8 minggu sebelum ditanam ke ladang.
Jarak semaian adalah 15 cm - 20 cm (6-8 inci). 3 atau 4 dari 7 buku
keratan ditanam ke dalam tanah atau pasir tempat semaian. Keratan mula
tumbuh selepas 7-10 hari di tapak semaian.
-
Jarak tanaman
Yang diamalkan oleh peladang ialah 2.4 m x 2.4 m (8 x 8 kaki), 2.4 m x 2.1
m (8 x 7 kaki) dan 2.4 m x 1.8 m (8 x 6 kaki). Jarak tanaman yang
disyorkan ialah 2.4 m x 2.4 m memberikan 1,735 pokok sehektar (680 pokok
seekar).
-
Menanam
Lubang yang cetek dibuat di tengah busut tanaman. 3 atau 4 dari buku
keratan semaian yang telah berakar ditanam dan tanah di sekeliling keratan
dikejapkan. Bahagian atas keratan diikat longar-longar ke kayu penyokong
sementara atau penyokong tetap. Selepas disiram diberi lindungan.
Lindungan dijarangkan sedikit demi sedikit dan selepas 8 minggu bolehlah
dibuang.
-
Kayu penyokong tetap
Dari kayu keras berukuran 15 cm x 15 cm (6 x 6 inci) dan 3 cm (12 kaki) panjang.
Jenis kayu yang biasa digunakan ialah kayu balau, resak, tempinis dan cengal.
Kayu penyokong tetap boleh dipacak sebelum menanam atau selepas pokok berumur 4
bulan bagi mengganti kayu penyokong sementara. Kayu penyokong yang mutunya
rendah akan menjadi pembawa kulat.
PENJAGAAN
-
Mencantas
Cantasan dilakukan 3 bulan sekali.
(Sila lihat panduan mencantas pokok di sini) !
-
Mengawal rumpai
Kerja merumput dan menimbun tanah di sekeliling perdu pokok biasanya dijalankan
serentak. Sungkupan dibubuh untuk mengurangkan pertumbuhan rumput rampai
dan menjaga kelembapan tanah. Jika menggunakan racun rumput "paraquat",
ikut kadar yang disyorkan kerana ini adalah sesuai dan selamat.
-
Membaja
Baja campuran, 13% Nitrogen (N), 6% Phosphorus (F205),
18% Kaliam (K20)
dan 4% Magnesium (MgO).
Tahun pertama
Tahun kedua |
-
- |
0.9 kg (2 lb)
dolomite
113
kg (4 lb) baja campuran/sepokok/sekali. Dibubuh 2 bulan sekali. |
|
Tahun ketiga |
- |
0.5 kg (1 lb) dolomite/sepokok/setahun, 227 gm (8 oz) baja
campuran/sepokok/sekali pembajaan. Bagi pembajaan ketiga dan keempat
0.3 kg (12 oz) baja campuran/sepokok/sekali pembajaan. |
MENGAWAL MUSUH
-
Kutu penghisap daun (Pepper tingid bug)
-
Kutu penghisap buah (Green pepper bug)
A
-
Serangga pemakan daun (Tree hopper)
Bagi ketiga-tiga musuh di atas, sembur dengan bancuhan 43 c.c. (1 1/2 oz
cecair) Malathion 50% dalam 18 litre (4 gelen) air atau 42 g ( 1/2 oz)
Agrocide 26 D.P. dalam 18 litre (4 gelen) air.
-
Koya (Mealy bugs)
-
Teritip pokok (Scale insects)
B
-
Kutu daun (Aphide)
Bagi ketiga-tiga musuh di atas, sembur dengan 170 c.c.(6 oz cecair) minyak
putih Albolineum dalam 11 litre ( 2 1/2 gelen) air atau 28 c.c. (1 oz
cecair) Malathion 50% dalam 16 litre (3 1/2 gelen) air.
-
Kumbang pengorek batang (Pepper weevil)
71 c.c. (2 1/2 oz) Agrocide dalam 23 litre (5 gelen) air atau dengan cara
mengawal di bahagian A di atas.
PENYAKIT, PENYEBAB DAN CARA KAWALAN
-
Reput akar (Foot rot) - Phytophthora palmivora butler
Pokok menjadi kuning dan terbantut. Daun dan dahan kecil mudah gugur
sehingga pokok kelihatan tidak berdaun. Gunakan Captafol atau Etridiazole. Sembur keliling bahagian pangkal
dan di bahagian bawah pokok pada musim hujan sekiranya Phytophthora dapat
dikesan. Tentukan saliran yang baik di ladang. Cantas dahan-dahan
mulai dari pangkal pokok hingga 1 kaki tinggi. Jangan guna baja nitrogen
berlebihan. Buang semua pokok-pokok yang berpenyakit. Dedah
tempat-tempat yang diserang supaya kena cahaya matahari.
-
Reput pangkal - Phytophtora palmivora
Daun menjadi layu, kuning dan gugur. Bahagian yang berpenyakit berwarna
hitam. Boleh mengakibatkan kematian pokok setinggi 70-90%.
-
Penyakit akar (White root) - Rigidoporus lignosus Klotzsch Imazeki
Gunakan Quintozene. Buang bahagian-bahagian yang kena penyakit dan
basahkan di sekeliling/ pangkal pokok secukupnya dengan campuran racun ini.
Cabut pokok dan musnah jika penyakit terlalu teruk. Jika membuka
kawasan-kawasan baru, cabut dan abar semua tunggul-tunggul dan akar-akar.
Sentiasa periksa kawasan-kawasan yang selalu terdapat penyakit ini.
-
Penyakit virus - Stunt virus disease)
Penyakit ini hanya terdapat di Sarawak sahaja.
-
Bintik daun (Leaf spot) - Colletotrichum piperis Corda
Thiram/Copper oxychloride/Captan/Mencozeb pada 0.2% bahan aktif. Buang
dan musnah daun-daun yang terkena penyakit.
-
Karat merah (Red rust) -Cephaleuros parasitica
Guna Cuprous oxide atau sebarang racun kulat jenis ini pada kadar 0.2% bahan
aktif. Buang dan musnah
daun-daun yang terkena penyakit.
-
Penyakit buah hitam (Black berry disease) - Caphaleuros virescens Kunze
Guna Triadimefon atau Carbendazim. Semburan pertama bila 50% daripada
sagaran telah terbentuk, diikuti dengan 2-3 kali semburan bagi tiap-tiap 2-3
minggu. Pokok tua dan pokok yang rosak adalah lebih peka. Jenis yang
tahan adalah seperti Djambi.
-
Penyakit lembut (Velvet blight) - Septobasidium spp.
Guna Benomyl (0.08% bahan aktif) atau Captafol (0.2% bahan aktif) atau
Copper oxychloride (0.1% bahan aktif). Sembur apabila daun, cabang-cabang
dan sagaran buah yang diserang telah dibuang. Pemeriksaan ke atas
pokok-pokok perlu dijalankan lebih kerap apabila kulat perosak telah dapat
dikesan. Cantas dan bakar semua cabang, daun dan bahagian yang diserang.
MEMUNGUT HASIL
Masa yang sesuai untuk memetik buahnya ialah 8-9 bulan
selepas berbunga. Hasil pertama diperolehi 30-36 bulan selepas menanam.
Hasil tertinggi bila pokok berumur 5-8 tahun. Bila sebiji buah lada hitam
dalam satu tangkai menjadi masak merah maka keseluruhan tangkai boleh dipetik.
RANTAIAN LAMAN LADA HITAM
Sila klik rantaian di bawah ini:-
|